Wednesday, January 02, 2008

:: Selingan: Punah


Harijadi isterinya telah hampir tiba... maka bersegeralah si suami ke sebuah kedai kek... untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" ... tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada si suami itu. "Mmmm, tulis saja... "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik dan manis" di bahagian bawah," kata si suami itu lagi.


Esoknya... si suami tersebut datang mengambil kek yang ditempah... dan kerana sedikit terlewat... lalu terus dibawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isteri tersayangnya di hadapan tetamu2 yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, si suami itu hampir setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera pada kek itu:
"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS"
"SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK & MANIS DI BAHAGIAN BAWAH"