Wednesday, January 09, 2008

:: Sengsara


sukar makan atau minum akibat ketumbuhan

DUNIA
'Lelaki gajah' ingin hidup normal

GUANGZHOU: 'Lelaki gajah' China, Huang Chuncai, berharap pembedahan kedua akan membolehkan beliau menjalani kehidupan normal. Huang, 32, berasal dari sebuah kampung terpencil di Hunan, berkata dia lega selepas sebahagian ketumbuhan yang pada asalnya seberat 23 kilogram berjaya dibuang tahun lalu. Dia nyata menghadapi masalah menikmati makanan di wad sebelum menjalani pembedahan kedua membuang ketumbuhan yang kini seberat 10 kilogram di sebuah hospital di sini.

Huang menderita masalah Neurofibromatosis, iaitu gangguan genetik sistem saraf yang menjejaskan perkembangan dan pertumbuhan tisu saraf. Keadaan Huang menyebabkan dia disisihkan masyarakat. Malah, dia terpaksa berhenti sekolah ketika berusia 10 tahun kerana sering dibuli rakan sekelas. Katanya, dia turut dipujuk seorang lelaki yang mahu membelinya beberapa tahun lalu kerana mahu menjadikannya sebahagian tarikan sarkas.

Tetapi, harapan meningkat untuk Huang dibedah kali kedua di hospital Guangzhou. ibu kota wilayah Guangdong. Ketua pakar bedah, Dr Liu Lizhi berkata, operasi pada masa ini tidak berisiko tinggi sebaliknya mencabar. 'Berbanding pembedahan pertama, yang kedua memerlukan tumpuan lebih baik. Masalah utama ialah tumor berkenaan terlalu dekat dan masuk dalam telinganya," katanya. "Masalah utama ialah tumor itu terlalu dekat dengan telinganya dan memasukinya. - Agensi