Esok (Isnin), along akan kembali ke Miri setelah bercuti sakit selama 2 minggu di Kuching/Samarahan. Alhamdulillah, semakin sihat kelihatannya.
Hari Rabu lepas, bapa dan mak mertua along datang dari Gedong, menziarahi menantunya yang keguguran setelah kandungan berusia 2 setengah bulan. Kebetulan pula ketika itu ayah along juga sedang bercuti sakit, berpeluanglah bersembang dan bertanya khabar. Udang, kuih jala dan ubat periuk adalah antara buah tangan yang dibawa oleh mereka. Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan.
Along, kelihatannya masih bersedih walaupun dah semakin sihat. Bukan rezeki, bersabarlah... dan itulah antara kata2 yang dibisikkan kepada along oleh mamanya.. mana tau rezeki diperolehi dalam waktu terdekat nanti.. bersabarlah, insyaAllah akan diberiNYA.