Saturday, April 17, 2010

:: Berbezakah antara Perodua Kembara (Malaysia) dengan Kijang (Indonesia)?


Entri kali ini muncul ekoran munculnya entri rakan maya berkaitan semakin bertambahnya bilangan lelaki Malaysia yang mengahwini wanita dari negara jiran terdekat. Persoalan yang ditimbulkan.. kenapa berlaku sedemikian ?


Ada yang berkahwin sebagai isteri pertama.. mesti ada sebabnya. Ada juga yang mengahwini wanita seberang itu sebagai isteri kedua atau ketiga atau keempat.. mesti ada sebab dan punca yang menjadi penyebabnya.

Selalunya.. kita mudah teringin apabila melihat kereta orang, rumah orang, pakaian orang, jawatan orang dan apa sahaja yang dimiliki oleh orang lain.. yang belum menjadi hak kita atau yang belum kita miliki. Begitulah selalunya. Kenapa ?

Analogi mudah.. kita seronok melihat kereta orang lain menjadikan kita berhajat memiliki kereta tersebut. Biasanya kita mudah membanding beza kereta orang dengan kereta yang kita miliki. Kita menyangka kereta orang berkeadaan baik.. dan tiada sebarang masalah.. berbanding kereta yang kita miliki. Begitulah selalunya sangkaan kita dan anggapan kita. Selalunya juga kita berterusan menyangka bahawa kereta kita sentiasa bermasalah.

Begitulah juga apabila kita melihat isteri orang, suami orang, anak teruna orang dan anak dara orang.. kita melihat mereka sebagai manusia lengkap.. berbanding isteri kita, suami kita, anak teruna kita dan anak dara kita. Kesemua ini menjadikan kita mudah melihat kekurangan dan kelemahan isteri kita, suami kita, anak teruna kita dan anak dara kita. Begitulah selalunya. Kenapa?

Kata orang.. amat sukar memperolehi atau memiliki pasangan yang lengkap sempurna.. tiada cacat cela dari segi rupa paras dan tingkahlaku.. hatta tutur bicaranya. Sukar.. amat sukar. Kenapa?

Kata orang.. setiap manusia punya kelebihan tersendiri.. malah punya kelemahan tersendiri.. lantaran setiap manusia jarang yang memiliki taraf manusia sempurna. Oleh itu.. adalah menjadi perkara biasa apabila pasangan kita punya karenah2 tertentu.. dan sepatutnya hal2 berkenaan bukanlah suatu masalah besar yang menjadikan kita bermasalah.

Apabila kita menerima pasangan kita seadanya.. sebenarnya kita telah berjaya dari tertewas dalam melayari bahtera rumah tangga. Ini bermakna.. apa sahaja kelainan yang ada.. yang dimiliki oleh pasangan kita itu adalah merupakan cabaran kepada kita.. dan sewajarnya cabaran itu perlulah kita hadapi. Bersyukurlah kita apabila kita mampu dan berjaya mengubah kelainan2 tersebut sebagaimana yang kita inginkan.. dan jika gagal.. terimalah hakikat bahawa tidak semua yang kita inginkan akan kita perolehi.. tidak semua yang ingin diubah akan berjaya diubah.. dan hikmahnya ialah keupayaan kita tidaklah setaraf kekuasaanNYA.

Berbalik semula kepada persoalan asal oleh rakan maya kita itu.. kenapa lelaki Malaysia semakin ramai yang mengahwini wanita seberang.. kenapa?

Analogi lain.. ada yang suka Nissan Sunny.. ada yang suka Toyota Camry.. ada yang suka Honda City.. malah pelbagai jenama lain yang berbeza harga, kuasa kuda, warna dan ciri2 lainnya.

Apabila kita membeli dan memiliki sebuah kereta Toyota Camry.. kita perlulah menerima kereta Toyota Camry berdasarkan ciri2 yang dimilikinya. Tiada pilihan.. kita perlu terima seadanya.. walaupun mungkin akan ada antara ciri2 tersebut amat tidak kita senangi.. selagi ciri2 itu tidak menyusahkan kita.

Tidak semua ciri yang dimiliki oleh Toyota Camry itu kita senangi.. mungkin kita menyukai prestasinya.. tetapi tidak menggemari bahagian lampu depan dan belakangnya.. atau bahagian pembalut kerusi atau bahagian ruang meter. Ada pihak yang mampu mengubah ciri2 kereta sebagaimana yang diidamkan setelah sedikit pengubahsuaian dilakukan.. tapi lebih ramai yang menerima kereta tersebut sebagaimana asalnya.

Ini bermakna.. ada orang berminat kepada kereta Perodua Kembara.. buatan Malaysia berdasarkan ciri2nya yang sedia ada bagi kereta tersebut.. dan ada juga di kalangan kita yang berminat kepada kereta Kijang.. buatan Indonesia berdasarkan ciri2 kereta tersebut.. sebab citarasa yang pelbagai.. yang berbeza dan yang tidak sama.


Lelaki Malaysia penyayang! Wanita Indonesia menawan dan menggoda !

Senyum. Gelak. Diam. Beku.

Lelaki Indonesia, kamu harus tahu kenapa lelaki Malaysia menjadi pilihan :

  • lebih bersifat penyayang
  • lebih memahami diri wanita
  • baik hati

Wanita Malaysia, kamu juga harus tahu kenapa wanita Indonesia digilai:

  • Berketerampilan dan lebih menggoda
  • kelembutan tingkah laku wanita seberang
  • Lebih langsing, lebih kecil molek
  • hantaran perkahwinan yang lebih murah
  • status wanita Malaysia yang semakin kukuh dan berpelajaran tinggi turut mewujudkan jurang antara mereka dengan lelaki tempatan
  • wanita Malaysia yang berpelajaran menjadikan soal jodoh sebagai perkara kedua selepas karier

Namun, banyak perkara harus dikaji. Bukan alasan harta dan kerakyatan kah?

Dan saya masih memikirkan kata-kata wanita Indonesia ini,

“Memang orang kata perempuan Indonesia suka rampas suami orang, tetapi saya berasa kita bukan bertepuk sebelah tangan.”

“Ada kalanya lelaki tempatan yang hendak sangat kepada wanita Indonesia,”

“dia tidak kisah jika jodohnya di Malaysia ditakdirkan bersama suami orang.”

Dan cerita di bawah hanya sekadar hiburan!

Untuk beberapa tahun, Ahmad Suffian telah mengadakan hubungan sulit dengan orang gajinya, Sutina. Suatu hari, Sutina memberitahu Ahmad Suffian yang dirinya mengandung.

Ahmad Suffian yang tidak mahu merosakkan perkahwinannya, telah mengambil keputusan untuk menghantar Sutina balik ke Bandung untuk melahirkan anak mereka di sana. Beliau berjanji akan menanggung segala kos untuk anak tersebut sehingga anaknya nanti berusia 18 tahun.Supaya rahsia mereka berdua tidak terbongkar, Ahmad Suffian menyuruh Sutina supaya menghantarkan sekeping poskad dengan menulis perkataan “Mee Bandung” dibelakangnya setelah anak mereka lahir nanti. Ahmad Suffian akan menguruskan segala perbelanjaan untuk anaknya setelah mendapat poskad itu nanti.

Suatu hari, 9 bulan selepas itu, ketika Ahmad Suffian pulang dari kerja, isterinya Norzalina menegur Ahmad Suffian dengan muka yang keliru.

“Bang … abang dapat poskad yang peliklah hari ni,” kata Norzalina.

“Oh, tak pe … bagi poskad tu kat Abang. Nanti abang jelaskan,” kata Ahmad Suffian.

Norzalina pun memberi poskad itu kepada Ahmad Suffian dan melihat Ahmad Suffian membaca poskad tersebut, sebelum muka Ahmad Suffian bertukar menjadi biru, ungu dan terus pengsan!!

Poskad itu berbunyi …

“Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung, Mee Bandung – 2 ada telur, 2 tiada telur. Tolong hantarkan kuah lebih ya!”


Nak tau apa bezanya antara wanita tempatan berbanding wanita seberang.. kenalah cuba dulu kedua2nya. Boleh begitu?
Wow..!!!