Tuesday, September 30, 2008

:: Ramadhan di penghujung

Ada yang mengirim kad ucapan selamat hari raya ... ada yang sekadar menghantar ucapan melalui SMS atau email atau melalui telefon atau telefon bimbit... pelbagai cara yang digunakan... namun kesemua itu hanyalah semata2 untuk mengucapkan selamat menyambut ketibaan syawal dan bakal meninggalkan ramadhan yang hanya dapat ditemui sekali lagi... jika dipanjangkan usia kita olehNYA...

Ketupat dan lemang semacam menjadi juadah wajib apabila aidifitri menjelma... namun ada juga yang menjamu nasi beserta lauk pauk yang biasanya lebih banyak dilihat dari dijamah lantaran selera belum terbuka setelah sebulan berpuasa...

Kenangan lampau membalut ketupat palas bersama allahyarhamah bonda dan kekanda Azizah masih segar di dalam ingatan... dan biasanya daun palas diperolehi dari Bukit Teluk Sera... dan pastinya PakNgah akan bersama allahyarham ayahnda untuk mendapatkannya... dan selebihnya akan dijual... buat duit raya...



Pelita masih digunakan oleh sebahagian daripada kita untuk menerangi kawasan keliling rumah... walaupun rumah dan kawasan sekitar telah diterangi oleh lampu elektrik...

PakNgah dibiasakan membuat pelita dari buangan tin susu pekat manis dengan sedikit tambahan kepingan aluminium nipis dari tin susu tepung atau tin milo sebagai pembalut sumbunya... dan meletakkan penutup botol minuman yang ditebuk sebagai alas pembalut sumbu tersebut... dan nampaknya pengalaman itu tidak diperolehi oleh anak2 PakNgah...