Alang (Ahmad Ashfaq) memaklumkan akan bertolak pada pagi Jumaat dari I.P. Sarawak, Miri dengan memandu Kancil bersama rakan sekuliahnya yang berasal dari Bintangor. Sekitar 6 jam memandu, tibalah di Bintangor. Rakannya dihantar pulang... dan mengambil Anjang (Ahmad Ashraaf) setelah tamat sesi taklimatnya pada tengahari itu di I.P. Rajang, Bintangor. Pemanduan yang mengambil masa sekitar 5 jam dari Bintangor ke Kuching sudah dikira laju... mengikut piawaian hanya 90km/jam bagi laluan Pan Borneo. Perjalanan 13 jam telah disingkatkan kepada hanya 11 jam sahaja... Manakala Acik (Ahmad Anwar Ariffin) pula yang bersekolah di SM Sains, Kuching dijemput oleh Angah (Ainul Ashiqin) dan MakNgah (mamanya)... dan berbuka puasalah kami 6 beranak pada petang itu dengan juadah ala kadar sebagai pengalas perut.
Along (Ainul Amla) yang mengajar di Kluang, Johor tiba di LT Kuching sekitar jam 8.30 malam. PakNgah dan Anjang tergesa2 untuk menjemput Along apabila Alang memperlihatkan dirinya agak keletihan setelah memandu selama 11 jam seawal pagi tadi. Banyak juga ole2 yang dibawa Along... termasuklah sebuah pasu bunga yang telah pecah berderai...
Malamnya... berlabun sakanlah mereka... hingga lewat malam... seolah2 tiada esok untuk disambung cerita...