Tuesday, September 30, 2008

:: Maaf dipinta


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
kepada:
MakLong Azizah & PakLong Ismail (Nenering)
PakLang Azizi & MakLang Zuraidah (Putrajaya)
MakNjang Aziah & PakNjang Mansor (Bumi Hijau)
PakNdak Azian & MakNdak Rahimah (Sg. Batu)
PakTeh Hj. Azman & MakTeh Hjh. Nurul (Pantai Remis)
PakTam Azlan & MakTam Rozita (Kluang)
Anak2 sedara & Cucu2 sedara
Saudara mara
Rakan taulan & sahabat handai
daripada:
PakNgah & MakNgah
Along Ainul Amla & Zulkifli Atol (tunangnya)
Angah Ainul Ashiqin
Alang Ahmad Ashfaq
Anjang Ahmad Ashraaf
Acik Ahmad Anwar Ariffin
Kuching, Sarawak

:: Ramadhan di penghujung

Ada yang mengirim kad ucapan selamat hari raya ... ada yang sekadar menghantar ucapan melalui SMS atau email atau melalui telefon atau telefon bimbit... pelbagai cara yang digunakan... namun kesemua itu hanyalah semata2 untuk mengucapkan selamat menyambut ketibaan syawal dan bakal meninggalkan ramadhan yang hanya dapat ditemui sekali lagi... jika dipanjangkan usia kita olehNYA...

Ketupat dan lemang semacam menjadi juadah wajib apabila aidifitri menjelma... namun ada juga yang menjamu nasi beserta lauk pauk yang biasanya lebih banyak dilihat dari dijamah lantaran selera belum terbuka setelah sebulan berpuasa...

Kenangan lampau membalut ketupat palas bersama allahyarhamah bonda dan kekanda Azizah masih segar di dalam ingatan... dan biasanya daun palas diperolehi dari Bukit Teluk Sera... dan pastinya PakNgah akan bersama allahyarham ayahnda untuk mendapatkannya... dan selebihnya akan dijual... buat duit raya...



Pelita masih digunakan oleh sebahagian daripada kita untuk menerangi kawasan keliling rumah... walaupun rumah dan kawasan sekitar telah diterangi oleh lampu elektrik...

PakNgah dibiasakan membuat pelita dari buangan tin susu pekat manis dengan sedikit tambahan kepingan aluminium nipis dari tin susu tepung atau tin milo sebagai pembalut sumbunya... dan meletakkan penutup botol minuman yang ditebuk sebagai alas pembalut sumbu tersebut... dan nampaknya pengalaman itu tidak diperolehi oleh anak2 PakNgah...



Sunday, September 28, 2008

:: Cerita hari Jumaat lepas

Alang (Ahmad Ashfaq) memaklumkan akan bertolak pada pagi Jumaat dari I.P. Sarawak, Miri dengan memandu Kancil bersama rakan sekuliahnya yang berasal dari Bintangor. Sekitar 6 jam memandu, tibalah di Bintangor. Rakannya dihantar pulang... dan mengambil Anjang (Ahmad Ashraaf) setelah tamat sesi taklimatnya pada tengahari itu di I.P. Rajang, Bintangor. Pemanduan yang mengambil masa sekitar 5 jam dari Bintangor ke Kuching sudah dikira laju... mengikut piawaian hanya 90km/jam bagi laluan Pan Borneo. Perjalanan 13 jam telah disingkatkan kepada hanya 11 jam sahaja... Manakala Acik (Ahmad Anwar Ariffin) pula yang bersekolah di SM Sains, Kuching dijemput oleh Angah (Ainul Ashiqin) dan MakNgah (mamanya)... dan berbuka puasalah kami 6 beranak pada petang itu dengan juadah ala kadar sebagai pengalas perut.
Along (Ainul Amla) yang mengajar di Kluang, Johor tiba di LT Kuching sekitar jam 8.30 malam. PakNgah dan Anjang tergesa2 untuk menjemput Along apabila Alang memperlihatkan dirinya agak keletihan setelah memandu selama 11 jam seawal pagi tadi. Banyak juga ole2 yang dibawa Along... termasuklah sebuah pasu bunga yang telah pecah berderai...
Malamnya... berlabun sakanlah mereka... hingga lewat malam... seolah2 tiada esok untuk disambung cerita...

:: Aidil Fitri yang bakal menjelma

Ramadhan semakin menghampiri penghujung dan Syawal bakal mengganti tempatnya. Peniaga dan gedung2 banyak mengaut keuntungan... walaupun rata2 di kalangan kita bersungut mengenai kenaikan harga barangan dan kadar inflasi yang tinggi serta membebankan. Kita masih mengupayakan diri untuk berbelanja menyambut ketibaan Syawal. Paling tidak... juadah dan pakaian anak2 diutamakan. Namun masih ada yang mampu mengecat rumah, perabut diganti baru, langsir dan sofa dipadankan agar sedondon dengan cat dan langsir. Duit raya disedia awal... siap dimasukkan ke dalam sampul mengikut jumlah tertentu. Debu dan sawang dijengah dan disapu atau dilap mengikut kesesuaian. Seluruh anggota keluarga dikerah menyumbang khidmat bakti... demi menyambut Syawal. Begitulah suasana yang mungkin dirasai bagi yang berkemampuan.
Bagaimana pula bagi yang masih bujang dan tidak beraya bersama keluarga? Bagaimanakah rasa dan perasaan yang merentap hati dan jiwa bagi ibu tunggal atau bapa tunggal... dan bagaimana pula bagi anak2 kecil yatim piatu yang ketiadaan sedara mara di dunia ini?

Sunday, September 07, 2008

:: Teh kena stroke

Hidup dan kehidupan... sihat dan kesihatan... senang dan kesenangan... mewah dan kemewahan... sakit dan kesakitan... adalah antara contoh perkataan yang punya hubungan penuh intim dan makna tersendiri... dan begitulah kita dengan kehidupan kita.
Paparan kali ini memfokuskan pada makna sihat dan sakit... kurang lebih begitulah rasanya. Bukan apapun... sekadar teringatkan mesej daripada PakNdak Yan pada 5 September 2008 jam 11.39 malam... Teh At Ketek kena stroke... manakala daripada PakTeh Man pada keesokan harinya jam 7.06 pagi pula memaklumkan bahawa... Teh (JS) berada di wad C6, Hospital Taiping akibat diserang stroke sebelah kanan anggota badan...
Teh... adalah sedara sepupu... muda setahun daripada PakNgah. Beliau adalah anak bongsu dari seramai 3 beradik. Bapanya adalah abang kepada mak PakNgah... kira sebagai bapa sedara le tuu. Beliau juga adalah seorang pendidik dan kini bertugas di PPD Larut dan Matang.
Semoga kesihatannya pulih seperti sediakala... usaha dan ikhtiar serta doa perlulah disekalikan...