Monday, October 08, 2007

:: Pekasam pelik

:: Teringat tahun2 1960an... mengikut Tok Wan Lin ke bendang di Matang Raja... berbasikal kira2 10 batu (16 km)... melalui tanah Lebai Semail... kemudian meniti batas ban menuju lot ke-5... meranduk air separas pangkal paha dan kadang2nya separas pinggang... sepanjang lot ke-3 hingga lot ke-5... ditambah dengan terlalu tebalnya pokok senayan... habis berbirat badan, tangan dan muka... bercalar.
:: Pernah sekali tu... dalam perjalanan balik melalui tanah bendang di kepala tanah Pak Lang Bakar Puik (dah tak ingat namanya)... bendang yang dah sedia kering tu... terdapat sebuah lopak besar berdekatan dangau tuan tanah tu... air dah macam teh susu pekat... "berlodiaq"... banyak ikan di dalamnya. Jenuh kami berdua menimba lopak besar tu... banyak jugak la ikan sepat dan haruan yang kami dapat... seronok semacam je bila menimba lopak tu sambil mencekup ikan yang dah tak cukup oksigen tu... tercungap2 je... lalu dimasukkan ke dalam tin biskut yang kami perolehi dari bawah dangau tuan tanah tu. Seminggu kemudiannya... bila ke bendang sekali lagi... baru beritahu tuan tanah tu... yang kami dah ambil ikan dan 2 biji tin biskutnya. Digelaknya kami... sambil mengatakan kalau tak diambil ikan tu... habis mati ikan sepat tu... bukannya macam ikan keli atau haruan yang tahan hidup tanpa air... ditambahnya lagi... lain kali... tak payah nak minta2... ambil je... katanya sambil menampakkan keikhlasan yang nyata.
:: Ikan tu... Tok Che Mah "berbedak" (mengagihkan) sesama jiran... dilonggoknya ikan di bawah pokok nyiur condong yang berdekatan "lau" (reban) ayam... sama2 siang ikan tu... kemudian diagih sama banyak antara jiran. Tok Che Mah buat pekasam... ikan sepat benua. Ikan dimasukkan ke dalam pasu bermulut lebar... disusun berlapis dengan asam jawa, garam dan beras yang digoreng sangan (tanpa minyak)... kemudian ditutup dengan kain... dan diikat ketat. Ikan2 tu biasanya digoreng je... dimakan dengan nasi yang tengah berasap... fuhh... sedapnya jangan cakap le... tapi... bagi yang punya resdung... pastinya akan bersin bertalu2... walaupun baru makan... dan biasanya kata Allahyarham Tok Wan Lin... " amboi2... tak dan nak tolak pinggan ke tepi... tak dan nak basuh tangan... rimas sungguh dengan bersin niii... ", dan yang pasti... bersinnya amat kuat... dapat didengar oleh Tok Su Mat Ali Ketoi Arang dan Pak Ndak Ramli... yang tinggal bersempadan.



Edisi Utara: Pekasam ikan laut bersalut pulut unik
Oleh Raja Norain Hidayah


Hamzah pernah jadi penjaja dari rumah ke rumah kini miliki perusahaan sendiri.

SITIAWAN: Makanan tradisional ikan pekasam mempunyai kelompok peminatnya tersendiri sehingga ada yang menjadikannya hidangan wajib setiap kali tiba waktu makan dan juga ketika berbuka puasa. Kebanyakan produk pekasam yang berada di pasaran ketika ini menggunakan ikan air tawar sebagai bahan utamanya.


Namun, bagi Hamzah Aziz, 56, seorang pengusaha ikan pekasam di Kampung Deralik, dekat sini, produk ikan pekasamnya mempunyai kelainan dan unik kerana beliau menggunakan ikan laut sebagai bahan utamanya. Katanya, beliau mendapat idea untuk membuat pekasam ikan laut apabila mendapati kebanyakan ikan pekasam yang berada di pasaran menggunakan ikan air tawar. "Saya memulakan perusahaan ikan pekasam ini secara kecil-kecilan dengan menjaja dari rumah ke rumah menaiki motosikal di sekitar Sitiawan.


"Bagaimanapun ketika itu, saya hanya menjual pekasam ikan air tawar dan saya dapati tidak semua orang menggemari ikan air tawar. "Dari situ saya mula terfikir untuk mencuba membuat pekasam dari ikan laut," katanya ketika ditemui di bengkel pemprosesan ikan pekasamnya, di sini baru-baru ini. Pada mulanya, orang ramai tidak percaya bahawa ikan laut boleh dijadikan pekasam dan Hamzah cuba meyakinkan mereka dan sambutan terhadap produknya kini cukup memberangsangkan. Antara ikan laut yang digunakan bagi membuat pekasam ialah talang, gelama, selangat, tamban dan parang dan ia dijual pada harga RM4 sebungkus dengan berat bersih setiap bungkus 200 gram. Selain itu, keunikan ikan pekasam Hamzah ialah beliau tidak menggunakan beras goreng seperti kebanyakan pengusaha lain, sebaliknya menggunakan pulut goreng untuk menyalut ikan pekasam berkenaan. Katanya, ikan pekasam yang menggunakan pulut goreng ini rasanya lebih enak berbanding pekasam yang menggunakan beras goreng.

Beliau juga mendapat bantuan daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Manjung Selatan (PPKMS) untuk memperluaskan perusahaannya. PPKMS membina sebuah bangunan berhampiran rumahnya untuk dijadikan tempat memproses ikan pekasam ini. Selain itu, PPKMS juga menyediakan mesin pengisar, mesin menggoreng, peti sejuk dan mesin kedap udara yang bernilai hampir RM60,000. Selain itu, beliau juga turut mengikuti kursus yang dianjurkan Jabatan Pertanian dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Sementara itu, Pengurus Besar PPKMS, Baharuddin Selamat berkata, PPKMS sentiasa memberi bantuan dan sokongan kepada pengusaha kecil dan sederhana seperti Hamzah. "PPKMS sentiasa menggalakkan orang ramai khususnya Bumiputera menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. "Sekiranya mereka memerlukan bantuan kewangan dan sokongan, pihak kami tidak teragak-agak untuk menghulurkan bantuan," katanya ketika melakukan pemantauan di bengkel pemprosesan pekasam Hamzah. Beliau berkata, projek yang diusahakan Hamzah ini berbeza dengan projek lain yang di bawah kendalian PPKMS. "Saya sering melihat ikan pekasam yang dibuat dari ikan darat tetapi saya belum pernah melihat produk ikan pekasam dari ikan laut," katanya. Baharudddin berkata, PPKMS sentiasa berusaha mempromosikan dan memperkenalkan produk Hamzah. Beliau juga menggalakkan Hamzah menyertai karnival yang membabitkan usahawan perusahaan kecil dan sederhana seperti Hari Peladang dan Penternak dan Karnival Gerak Usahawan 2007 yang diadakan di Ipoh, baru-baru ini. Katanya lagi, PPKMS melakukan pemantauan seminggu sekali untuk melihat sebarang peningkatan dalam perusahaannya.

Hamzah berkata, proses pembuatan ikan pekasam dimulakan dengan ikan segar yang sudah siap disiang dan dibersihkan, digaul dengan garam dan juga asam jawa. "Seterusnya ikan berkenaan akan diperam selama dua hingga tiga hari dan kemudian digaul dengan pulut goreng sebelum diperam semula selama 14 hari di dalam bekas kedap udara," katanya. Katanya, beliau mendapat bekalan ikan daripada dari nelayan pantai di sekitar Pulau Pangkor dan Hutan Melintang. Setelah hampir dua tahun menjalankan perusahaan itu secara komersial, kini beliau boleh berbangga kerana ikan pekasamnya yang menggunakan label Syarikat Janor Gemilang ini berjaya dipasarkan di seluruh Perak dan bakal memasuki pasaran Melaka. Bekas nelayan pantai ini berkata, beliau memperoleh keuntungan sekitar RM4,000 hingga RM5,000 sebulan. Hamzah berhasrat untuk mengembangkan lagi perusahaannya ke seluruh negara dan beliau mensasarkan untuk memperoleh keuntungan sekitar RM20,000 sebulan. "Saya yakin produk saya akan menambat selera peminat ikan pekasam kerana segenap lapisan masyarakat boleh menikmatinya kerana saya menggunakan ikan laut," katanya.

:: Mohon maaf

:: Hari raya puasa... atau Aidil Fitri... atau Eidul Mubarak... akan muncul lagi... dan kita akan berjumpa lagi... insyaAllah... jika dipanjangkan usia kita... diberikan kesihatan yang baik... dalam melengkapi baki usia yang tinggal tak seberapa.

:: Sehubungan itu... bermaafanlah sesama kita... dan mohon dihalalkan segala makan minum selama ini.


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN
daripada:
Pak Ngah
Mak Ngah
Along
Angah
Alang
Anjang
Acik
Kuching, Sarawak.


:: InsyaAllah akan beraya di Pantai Remis... dan tiba sebelum hari raya pertama...

:: Pilihan kita

:: Entri ini merupakan sambungan daripada entri "Lihatlah" dan "Di sebalik sana" sebelum ini... yang mungkin dapat memperjelaskan sedikit kepada beberapa pihak yang bertanya khabar mengenainya sebelum ini...


:: Kita selalu mendengar istilah "hikmah" yang acapkali digunakan apabila kita mengalami sesuatu yang kurang baik... mengalami musibah... gagal dalam temuduga... kemalangan... dll... seolah2 untuk memberi suatu ledakan motivasi kepada diri... agar tidak berterusan berasa dirundung malang... tidak kekal berada di dalam kesedihan dan kesugulan yang teramat sangat.


:: Jika kita menganggap dan melihat bahawa semua kesusahan... semua kesukaran itu adalah kesedihan... pastinya yang kita perolehi ialah kesusahan dan kesedihan sahaja. Lain pulak yang berlaku... apabila semua kepayahan, kesusahan dan kesedihan dilihat sebagai kemudahan yang mungkin tersembunyi di mana2... hati kita akan lebih berbaik sangka... menerima taqdir... menerima qada dan qadar daripadaNYA dengan penuh keredhaan... dan inilah yang dimaksudkan dengan... bila panas mentari menghilang... rupa2nya pelangi yang datang.


:: Harus kita sedari bahawa... tidak semestinya sesuatu yang menggembirakan kita itu baik untuk kita... adakalanya menjadi masalah yang amat menyusahkan kita. Malah kadang2nya bukan semua yang tidak kita sukai itu tidak baik untuk kita... sebab ada kalanya itulah punca kebahagiaan kita.


:: Hidup kita dan penghidupan kita wajar dilihat dari pelbagai sudut yang berbeza... dari perspektif yang berbeza2. Bagi setiap ujian yang didatangkan oleh Allah kepada kita... wajarkah kita beranggapan bahawa Allah tidak mengasihi kita... sedangkan Yang Maha Pengasih itu adalah sifatNYA? Tidak bermakna Allah tidak mengasihi kita... cuma2nya kita yang gagal untuk melihat kebaikan yang terselindung... kita gagal untuk melihat dengan mata hati... sebab kita terbiasa melihat dengan mata kasar... dan inilah yang selalunya terjadi kepada kita...


:: Hujan yang turun... tidak baik bagi peniaga air batu campur... tidak baik bagi pejalan kaki... tetapi baik bagi penanam sayur... baik bagi ikan2 di kolam yang terasa bahang panasnya... dan baik bagi penjual payung. Itulah suatu contoh mudah. Kalau kita melihat semua perkara buruk itu sebagai buruk sahaja... maka hidup kita tidak akan lebih indah dari hanya sanya ketakutan2 kita terhadap kehidupan itu sendiri.


:: Hidup dan kehidupan tidak perlu kita risau dan bimbang... malah tidak perlu kita takuti. Memang diakui bahawa wajah kehidupan ini pelbagai dan rencam sifatnya... tetapi ketakutan kita terhadap hidup dan kehidupan selalunya akan mengheret kita bersama2 memperhodohkan pandangan kita dan jugak pendirian kita.

:: Hati Anjang

:: Anjang... anak kedua bungsu dari seramai 5 beradik... akan menduduki SPMnya tahun ni. Anak lelaki ni... hatinya... perasaannya... persediaannya... persiapannya untuk peperiksaan itu... tidak sebagaimana anak perempuan. Anak lelaki ni... kelihatannya relax semacam je... tapi kita tak tahu gundah gulananya... tahap kerisauannya... tahap kebimbangannya. Kadang2 tu... kelihatannya mereka lebih tenang berbanding mak bapak... yang amat risau... walaupun anak2 akan tahu untuk merancang masa belajar... merancang masa bermain... merancang masa mengadap tv... dan merancang masa untuk PSnya... di samping menggunakan masa untuk bersantai bersama rakan2. Apa2pun diharap dan didoakan agar kejayaan berpihak kepadanya nanti.
Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis SPM 2007:
Isnin (12 Nov):
8.00 - 10.15: Bahasa Melayu 1
11.10 - 12.10: Sejarah 1 (Obj)
2.00 - 4.30: Bahasa Melayu 2
Selasa (13 Nov):
8.00 - 9.45: Bahasa Inggeris 1
10.30 - 12.45: Bahasa Inggeris 2
2.00 - 4.30: Sejarah 2
Rabu (14 Nov):
8.10 - 9.25: Mathematics 1 (Obj)
10.00 - 12.30: Mathematics 2
Jumaat (16 Nov):
8.00 - 9.15: English for Science and Technology 1
10.10 - 11.10: English for Science and Technology 2 (Obj)
Isnin (19 Nov):
8.00 - 10.00: Pendidikan Islam 1
10.30 - 12.10: Pendidikan Islam 2
Selasa (20 Nov):
8.00 - 10.00: Additional Mathematics 1
2.00 - 4.30: Additional Mathematics 2
Rabu (21 Nov):
8.10 - 9.25: Physics 1
10.00 - 12.30: Physics 2
2.00 - 3.30: Physics 3 (Amali Bertulis)
Khamis (22 Nov):
8.10 - 9.25: Chemistry 1
10.00 - 12.30: Chemistry 2
2.00 - 3.30: Chemistry 3 (Amali Bertulis)
Isnin (25 Nov):
8.10 - 9.25: Biology (Obj)
10.00 - 12.30: Biology 2
2.00 - 3.30: Biology 3 (Amali Bertulis)

:: Ucapan awal

7 Oktober 2007: Ahad
:: Se awal jam 00:02 pagi tadi... ketika masih membaca... dapat mesej ucapan selamat hari raya daripada adik... no. ke3 dari seramai 7 orang adik beradik (tak termasuk 2 yang dah tiada)...
" Ucapan awal dari kami sekeluarga 'SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN'. Jemput beraya di sabah...(azizi lin, politeknik kota kinabalu) "
:: Pak Ngah balas mesej tu...
" T. Kasih. Amboi... Awainya ucap SHR... Apa2pun KAMI pun mcm tu la jugak... Maap zahir batin "

Sunday, October 07, 2007

:: Hantar dan terima

7 Oktober 2007:: Ahad
:: Khamis hingga Sabtu... baru2 ini... ahli MPPP telah mengadakan mesyuarat di Kuala lumpur... lantas macam biasa... maka mesej ringkas untuk adik beradik dan anak dihantar sebagai pemberitahuan dan makluman...
"4 - 6 OKT: mesy diKL."
Jawapan balas yang diterima daripada mereka ialah....:
1. "Depa kata musafir boleh makan siang.... Slmt mesy" ..... dari Sabah.
2. "Alg d tebrau city,jb.Shopping complex bsr.Ngn kwn sek lain.Brdua.Shopping raya.Tp x tau lg nk bli apa.Brbuka pun d sini" ..... dari Kluang.
3. "Brbuka laksami je.." ..... dari Kpg. Sg. Batu... (Pak Ngah balas: "sedap la. Lama dah tak pkena laksa mi ni. Raya prtama & kdua blik SUNGKAI ka?" )
4. "slamat merayau raya d kl. tntunya k jln msjid india. slmt isi 'kkosongan' ..... dari Taman Titiwangsa, Kluang.
5. "msih dkl? ptam dah d kluang sjak khamis, mc 2 hari. nmpak gayanya xde entri le dlm blog perantau ye?"..... dari Taman Titiwangsa, Kluang... (Pak Ngah balas: "Ptg esok bru abis & trus blik. Slalu ikuti prantau dprantauan ke?" )
6. "grenti & sntiasa, xprnah luntur dari dulu ... ada umpphh & kkuatan tersendiri ! mnarik, usah matikan idea trpndam & trendam. mcm luahan rasa gitu! kan?"..... dari Taman Titiwangsa, Kluang... (Pak Ngah balas: "Awal pg tdi, lbai call ank dia nk cabut dr Bruas. Mgkin tarik kPantai @ kSTIAWAN." )
7. "LBAI: juga borak ttg tu. bgelak kami bdua. sngaja aku buka isu mnarik yg baru ttp xabis spy ttggu2 RAYA nnti. sronok dpt bkmpul. thn ni braya d pntai?"..... dari Taman Titiwangsa, Kluang.
8. "BBUKA: jika dswk, tntu bsiap utk bbuka. tp skrg d kl, msih kna tggu. slmt bbuka d htel. kami anak branak, nak meratah ayam golek "rm14". "ruang yg kosong, usah dpndam"..... dari Taman Titiwangsa, Kluang... (Pak Ngah balas: "ruang yg kosong, usah dpndam" ??? )
9. "a'a, knapa?"..... dari Taman Titiwangsa, Kluang... [ persoalan ini sengaja Pak Ngah tak mau panjangkan... biar dijawab dan terjawab bila di Pantai nanti, insyaAllah]

:: Kain sendiri

7 Oktober 2007: Ahad
:: Berita Harian... memaparkan artikel ini...
Jaga kain sendiri yang tercarik...

DALAM bab mengutuk, mengata dan memfitnah, tidak kurang 'hebatnya' lelaki berbanding wanita. Ini kenyataan walaupun majoriti lelaki menafikannya dan dengan rela hati memberi 'anugerah tidak berprestij' itu kepada kaum Hawa. Pasti ramai lelaki melenting dalam akur dengan kenyataan ini dan pasti juga ramai kaum Hawa yang bersetuju. Cuba lihat sekeliling, terutama di pejabat, sama 'naik' saja lelaki bila bab mengata orang ini malah ada ketikanya, mereka jauh lebih hebat. Cuma, mungkin ramai juga yang 'buta' tidak dapat melihat hakikat ini kerana cara lelaki 'beroperasi' sedikit berbeza dengan wanita. Kalau wanita, bila mengata dan anti pada seseorang, terserlah di wajah mereka aura kebencian itu, pendek kata macam tertulislah kat dahi, muncung pula, panjang sampai boleh gantung baju.

Lelaki, kebanyakannya bermuka-muka. Manis muka, manis mulut depan orang yang dikata, belakang, Tuhan saja yang tahu betapa lancangnya mulut mereka. Modus operandi beginilah yang sering membuatkan mereka berjaya meloloskan diri, terus-terusan menjadi orang yang boleh dipercayai walaupun hakikatnya mereka ini ibarat duri dalam daging. Dalam banyak perkara juga, lelaki sering 'terlepas'. Lelaki tak berperangai macam itu, tak macam perempuan; lelaki buat tak apa, perempuan tak boleh; lelaki duda, kasihan dia, wanita janda, jahatnya mereka, pasti merekalah punca perceraian. Kasihankan wanita? Lebih malang, yang beranggapan buruk itu pun tak ketinggalan kaum sejenis. Hai, entahlah, apalah nasib wanita. Kalau yang perempuan, cop janda jahat, gatal dan paling tak tahan nak dengar, takut janda menggatal kacau laki dia. Macamlah janda ini jahat dan macamlah laki dia itu laku sangat.

Kalau yang lelaki pula, mulalah jadi miang keladi, kalau dulu setakat memendam dalam hati, berkenan kat orang lain punyai isteri, bila wanita itu dah tidak berlaki, bersendiri, mulalah mereka pasang strategi. Kalau ikhlas nak buat isteri, boleh terima lagi, ini setakat nak menguji, konon-kononnya nak membuktikan benarlah sangkaan ramai janda ini selalunya 'miang nak berlaki'. Hakikatnya, janda atau duda, ada kisahnya tersendiri. Mengapa perkahwinan berakhir dengan perceraian, itu urusan mereka suami isteri. Mereka yang lebih arif, mengapa tidak lagi harus hidup bersama. Sama ada mereka suka tidak beristeri atau bersuami, keruntuhan rumah tangga adalah satu kegagalan. Itu saja sudah cukup membebankan, belum diambil kira pertelingkahan dalam banyak perkara, hak penjagaan anak-anak, harta sepencarian juga kerenah anak-anak yang mungkin memeningkan gara-gara ibu bapa tidak lagi bersama. Tak perlukah kita sebagai orang luar menambah 'rencah' dalam kehidupan mereka. Kalau rencah baik, tak mengapalah, ini selalunya, tambah rencah yang boleh membunuh. Jaga diri sendiri. Jaga keluarga, jaga rumah tangga, jaga anak-anak. Tak salah kalau nak jaga masyarakat, hendak campur urusan orang lain tetapi biarlah bertempat. Jangan sibuk sangat nak jaga tepi kain orang hinggakan tepi kain sendiri tercarik, kita tak sedar.

:: Lihatlah

7 Oktober 2007: Ahad

:: Jika kita terbiasa dengan melihat sesuatu di sebalik sesuatu... melihat sesuatu yang lebih bersifat +ve... pada sudut +ve... bukan pada sudut -ve... maka kita akan terbiasa pulak menjadi semakin kuat dan gigih untuk mendepani apa jua cabaran dan dugaan.

:: Selalunya kita melihat dengan mata kasar... jarang kita melihat dengan mata hati... itulah sebabnya kita hanya melihat apa yang kita lihat... kita nampak apa yang kita nampak... menjadikan kita tidak terbiasa untuk melihat sesuatu di sebalik setiap kejadian... lantas menjadikan kita sukar untuk menduga hal2 tersebunyi di sebalik setiap kejadian tersebut... ini belum lagi diambilkira hal2 perasaan... kata hati... dan desakan serta asakan musuh2 yang nyata dan yang tidak nyata.

:: Di sebalik sana

7 Oktober 2007: Ahad
:: Kita selalunya punya persepsi kita sendiri... kadang2 betul... tapi adakalanya salah... tapi biasanya setiap insan punya persepsi tersendiri... jika ada persamaan... mungkin itu hanya kebetulan.
:: Kita biasanya menggemari cahaya yang terang... panas yang tidak terik... sebaiknya bercuaca redup... sedapat mungkin kita tidak mahukan hujan lebat... kilat sabung menyabung... dan guruh yang berdentum dentam... dan begitulah kita mengikut kesesuaian masa dan keadaan.
:: Kadang2 matahari dihilangkan... cuaca semakin meredup... gumpalan awan semakin menebal dengan kehitaman yang memekat... dan keadaan sebegitu biasanya diakhiri dengan guruh yang bersahutan dan kilat yang memancar... keadaan2 ini mungkin menjadikan kita sedikit kecewa... malah kata2 bermadah... "ku sangka panas hingga ke petang... rupanya hujan menjengah di tengah hari..." ada kebenarannya... terutama apabila hajat dan hasrat kita tidak kesampaian... menjadikan kita tercari2 si matahari... ke mana perginya... rupa2nya kita bakal dihadiahkan pelangi.
:: Dihilangkan cahaya terang si matahari... si pelangi pulak yang datang mengganti... boleh direnung fikir oleh kita. Kenapa jadi begitu?

:: Siapa punya

6 Oktober 2007: Sabtu
:: Kita dan kehidupan kita... mudah berkait dan terkait dengan banyak pihak... melalui hubungan individu... keluarga... masyarakat... daerah... negeri... dan negara... malah kita jugak punya hubungan yang rapat dan erat dalam hubungan di nusantara ini... yang ada antaranya serta kekadangnya masih punya hubungan darah... dan marganya. Kita jugak kekadangnya punya naluri yang mungkin sama dengan mana2 pihak lain... yang mungkin melibatkan cara berfikir... cara bertindak... malah mungkin punya persamaan dalam penghasilan hasil karya... yang bagaimana punca berlakunya itu mungkin menjadi isu lain... yang boleh difikir dan ditafsir bersama... oleh kita. Cumanya... dalam kehidupan bernegara dan berjiran tetangga... wajarkah kita menimbulkan sengketa dan perbalahan yang mungkin tidak membawa apa2 makna... akibat semua pihak mahukan kemenangan... atas apa sahaja isu yang ditimbulkan... walaupun kita punya banyak pilihan dalam menyusunatur apa2 sahaja tindakan kita?
Rasa Sayang lagu Melayu Nusantara
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin dan Mohamed Farid Noh Tengku Adnan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan kesal dengan laporan akhbar Indonesia, The Jakarta Post mengenai gesaan seorang Ahli Parlimen Indonesia yang mahu kerajaan negaranya menyaman Malaysia kerana menggunakan lagu tradisional Rasa Sayang untuk kempen 'Truly Asia' sempena Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM07). Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata lagu Rasa Sayang adalah lagu tradisi Melayu Nusantara dan sebagai negara serumpun yang memiliki banyak ciri persamaan, dakwaan itu tidak sepatutnya timbul. Beliau berkata, dakwaan itu mungkin diutarakan oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan pelbagai perkara yang berlaku terhadap rakyat Indonesia di negara ini dengan mencari isu yang boleh mencetus konflik antara kedua-dua negara.

"Jika mereka mahu saman, kita tunggu dan lihat... tapi mengapa mereka nak ambil tindakan undang-undang sedangkan kita negara serumpun yang sangat rapat dan banyak berkongsi persamaan, termasuk lagu Rasa Sayang," katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam. Laporan kelmarin memetik Ahli Parlimen dari Parti Amanah Nasional, Hakam Naja yang mahu kerajaan Indonesia menyelidiki asal usul lagu Rasa Sayang dipercayai berasal dari Maluku, Indonesia sebelum menyaman Malaysia kerana menggunakan lagu itu untuk tujuan komersial. Hakam juga menuduh Malaysia mengakui dan menjadikan kraf tangan tradisional Indonesia seperti batik dan wayang kulit sebagai miliknya.

Sementara itu, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata Indonesia tiada hak mendakwa lagu Rasa Sayang sebagai milik mereka kerana lagu itu adalah milik Nusantara. Bercakap selepas majlis berbuka puasa anjuran kementeriannya, di sini, malam tadi, beliau berkata, Rasa Sayang dan lagu seperti Jauh Di Mata, Burung Pungguk dan Terang Bulan adalah lagu Nusantara dan tiada pihak yang boleh mendakwa ia milik mereka. "Saya cabar mana-mana pihak di Indonesia membuktikan siapa penciptanya dan sila tunjuk bukti," katanya.

:: Macam2 hal

6 Oktober 2008: Sabtu

:: Seawal pagi hari Khamis... ahli Majlis Pengurusan, Pentadbiran dan Profesionalisme bertolak ke Malaya untuk mesyuarat Perancangan 2008... petangnya terus adakan mesyuarat... bersambung hingga jam 11 pagi... hari Sabtu... sebelum berangkat balik... cuma selepas jam 5 petang dan malam2nya free sikit... bagi yang nak bertarawikh dan "menjamu mata" dan membeli apa yang patut... atas keperluan sendiri dan atas pesanan2 ahli keluarga masing2... di samping membantu menjana ekonomi negara... dan mengempiskan poket masing2...

:: Seorang staf... yang sedang enak2 memilih barangan dan membeli belah di Semua House... pada hari Khamis (petangnya) terkejut apabila mendapati dompetnya "diminati" orang... ketika berasak2 di kaunter bayaran... tersedar hanya apabila nak membuat pembayaran. Konon diceritakan oleh yang empunya badan tersebut... ramai wanita... tua muda... berasak2 dan berhimpit2... ketika di kaunter pembayaran tersebut... tetapi cuma tinggal empat lima orang sahaja... apabila dia menjerit tentang kehilangan dompetnya itu... dan dia mengesyaki... yang dok berhimpit2 tu adalah suatu kumpulan perancang terhebat dan bijak mengambil kesempatan dan peluang. Tersedar bila nak membuat pembayaran... beg sandang telah terbuka zipnya... dan dompet yang mengandungi dokumen penting... hilang lesap. Mujur ditemani sorang rakan lain ketika itu... lantas membuat laporan di pondok polis di Jalan Masjid India... dan terus menghubungi pihak bank... untuk menyekat kad kreditnya dari diurusniaga oleh mana2 pihak... dan membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi... serta menguruskan untuk mendapatkan kad pengenalan sementara.

:: Menariknya... pada malam itu juga... staf tadi dihubungi oleh pihak staf Pasaraya Mydin... yang berhampiran Palace Hotel di Jalan Masjid India... bahawa dompet dan dokumen2 lain miliknya didapati bertaburan di pasaraya tersebut... dan bila semakan dibuat... semua dokumen masih ada... kecuali wang tunai.

:: Moralnya... "peminat dompet" itu jugak punya rasa belas kasihan dan memiliki suatu tahap kemanusiaan yang tinggi... untuk memulangkan dompet berserta kandungannya... melalui pihak ketiga... yang hanya cuma memperolehi sejumlah wang tunai... walaupun mungkin sedikit kecewa apabila gagal menggunakan beberapa keping kad kredit yang telah disekat urusniaganya... dan kepada kita... berhati2lah ketika berbelanja... mana tau orang di sekitar kita punya niat yang sukar dikesan dan dimengerti...

:: Bukan dipinta

6 Oktober 2007: Sabtu
:: Ketika menunggu penerbangan balik ke Kuching dengan MH2528... Ketua Jabatan Sains dan Ketua Pusat Sumber menimbulkan isu "jodoh dan suratan"... yang akhirnya membawa kepada wujudnya istilah janda dan duda... apakah kita punya pilihan untuk menolak taqdir... apakah kita tidak mampu berkompromi dengan pasangan masing2... apakah kita mempunyai suatu tanggapan buruk terhadap istilah yang kita sendiri ciptakan... dan berbagai aspek lain yang turut disentuh dalam memenuh isikan waktu kira2 dua jam... sementara menunggu penerbangan jam 3.50 petang tadi...

Janda dan duda: Takdir atau trend?

Oleh Fairuz Zaidan

MEREKA yang berstatus duda atau janda sering dipandang sinis masyarakat.
PERCAYA atau tidak, ketika masyarakat semakin bersikap terbuka menerima pelbagai isu dan kritikan umum, masih ada lagi segelintir mereka yang berpandangan negatif dalam sesetengah perkara. Kesalahan seseorang begitu mudah dijatuhkan hukuman seolah-olah merekalah yang layak menghakimi sesuatu perkara tanpa usul periksa sekali pun. Akibatnya, pihak yang tidak tahu pucuk pangkalnya terpaksa menanggung impak 'dosa' yang belum tentu salahnya, walhal pihak yang menjatuhkan hukuman itu belum tentu mengetahui pucuk pangkalnya. Seolah-olah sudah menjadi fitrah di kalangan masyarakat untuk 'menghakimi' segala benda. Begitu jugalah keadaannya dengan nasib janda dan duda.

Janda dan duda? Tentu pelbagai tanggapan menerjah kotak fikiran bila membicarakan soal status wanita dan lelaki yang pernah berkahwin. Sukar untuk melihat penerimaan orang bila mendapati yang diri ini mempunyai status janda mahupun duda. Bagaikan halilintar perubahan wajah dan personaliti seseorang bila dikhabarkan mengenai status itu. Apakah suatu dosa bila seseorang itu memiliki gelaran sedemikian yang dia sendiri mungkin tidak berkehendakkan status begitu?

Namun, apakan daya mulut tempayan boleh ditutup tetapi sukar untuk menghentikan tohmahan pembawa cerita yang begitu memburu segala cerita luar dan dalam insan bergelar janda - duda ini. Mengalahkan bintang popular pula lagaknya! Berbicara mengenai status 'kumpulan' ini, terdapat beberapa tanggapan sesetengah masyarakat (sekadar mengambil beberapa contoh) mengenai status janda dan duda. Mungkin impak bergelar duda tidak sehangat bergelar seorang janda yang terpaksa berhadapan dengan tohmahan sekeliling. "Selagi seseorang wanita itu bergelar seorang janda, hari-hari yang dia lalui tidak akan sunyi daripada kata-kata berbau negatif berikutan gelarannya itu. "Mahu atau tidak, seseorang janda itu terpaksa menerima pahit manis gelaran ini, sedangkan dia sendiri tidak bermimpi untuk bergelar janda," kata seorang teman yang pernah melalui pengalaman bergelar janda, sebelum membina semula ikatan perkahwinan dengan seorang jejaka sejak tiga tahun lalu. Sebelum bergelar janda, teman rapat tadi yang enggan namanya disiarkan berkata, faktor terburu-buru dan berkahwin muda antara sebab perkahwinan pertamanya gagal. Akibatnya, rumah tangga yang dibina selama dua tahun atas dasar suka sama suka menemui saat genting, sebelum masing-masing membuat keputusan untuk berpisah sebagai jalan terbaik. "Tuhan saja yang tahu bagaimana saya menghadapi hari-hari biasa sebagai seorang janda. Ada saja cerita-cerita negatif dilemparkan teman sekerja, termasuklah rakan karib sendiri yang memfitnah saya sebagai punca perceraian. "Kebetulan, perkahwinan saya itu tidak dikurniakan zuriat. Lagilah orang membangkitkan punca perceraian ini dengan menganggap saya mandul," akuinya yang kini mempunyai seorang cahaya mata lelaki berusia 13 bulan. Berbeza pula dengan lelaki, kebiasaannya masyarakat boleh menerima status seorang duda yang dirasakan lebih matang dan berpengalaman. Paling menarik, kebanyakan duda mencanak naik 'sahamnya', lebih-lebih lagi jika mempunyai pekerjaan dan kedudukan kewangan yang kukuh. Tidak hairan, keluarga pasangan wanita yang ingin disunting tidak menolak jika bermenantukan seorang duda kerana faktor itu, berbanding dengan wanita bergelar janda. Lebih parah lagi, bila seseorang janda itu mempunyai bilangan anak yang ramai.
Faham-faham sajalah... 'Diskiminasi' yang diwujudkan ini seolah-olah menyalahkan seratus peratus perceraian kepada wanita sehingga melayakkan mereka dilabel sebagai JANDA! Sudahlah puas menerima tohmahan sesetengah pihak, gelaran janda tidak mampu dipadam, selagi tiada lelaki yang sudi menyunting kembali seseorang wanita itu daripada gelaran 'ngeri' berkenaan. Apapun, jangan sangka tidak ada yang gembira dengan gelaran janda dan duda ini. Setidak-tidaknya bagi sesetengah mereka ini, gelaran itu memberi kelegaan kerana berjaya juga akhirnya melepaskan diri daripada dibelenggu 'kesakitan' akibat ikatan perkahwinan yang memeritkan. Bagaimana pula dengan mereka yang menjadikan status duda dan janda sebagai peluang mengambil kesempatan terhadap persepsi 'nakal' orang di luar sana?
Anda yang mentafsirkannya... KISAH MEREKA...
> Kisah 1
JIKA perkahwinan dibina hanya bersandarkan hubungan cinta, ia tidak memadai andai tidak mendapat restu keluarga. Ikatan perkahwinan itu pasti akan retak juga di kemudian hari. Begitulah yang dilalui Norkamilawani Kamaruzaman, 29, yang kini bergelar seorang janda! "Tiada siapa yang mahukan gelaran ini (janda). Memang saya tidak terfikir sama sekali yang saya akan mendapat title ini kerana antara saya dengan bekas suami dulu memang saling sayang menyayangi sehingga kami membuat keputusan untuk berkahwin. "Hasrat itu terlebih dulu mendapat tentangan keluarganya yang merasakan saya tidak sesuai untuknya kerana menganggap gaya hidup saya tidak boleh membahagiakan bekas suami. "Namun, kami berkahwin juga walaupun keluarga bekas suami tidak hadir pada majlis itu," katanya yang mengenali suami selama empat tahun sebelum berkahwin pada 2002 ketika berusia 24 tahun. Atas dasar sayang dan mahu menjaga hati suami, Norkamilawani atau lebih mesra dengan panggilan Wani, cuba untuk berbaik dengan mentua. Memang sukar dan hanya selepas menimang cahaya mata pertama, hubungan dengan mentua bertambah baik. Bagaimanapun, malang tidak berakhir buat Wani. Hubungan dengan mentua bertambah baik, suami mula berubah perangai hingga menjejaskan keharmonian rumah tangga mereka. "Dia memiliki sikap panas baran dan pernah memukul saya ketika masih menjadi isterinya. Perbuatannya itu, turut berlarutan bila sudah melepaskan saya. "Sehingga sekarang, dia seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan yang dia sudah menceraikan saya dengan talak tiga selama dua kali serentak," dakwa Wani yang tetap berbaik dengan bekas suaminya itu demi kebahagiaan anak tunggal perempuannya yang kini berusia empat tahun. Walaupun sudah bercerai, dakwa Wani bekas suaminya itu seakan tidak boleh menerima kenyataan yang dirinya kini sudah bebas sehingga ingin mengetahui segala perkara mengenai dirinya. Malah, bekas suaminya juga beranggapan yang Wani tidak berpuas hati kerana mereka tidak boleh merujuk kembali. Banyak perubahan apabila bergelar janda, kata Wani. Dia bukan saja terkejut dan buntu pada peringkat awalnya malah terpaksa menyesuaikan diri menjalani kehidupan bersendirian, baik dari segi soal perbelanjaan hinggalah kepada urusan seharian. Syukur, kata Wani, mereka berdua bertolak ansur soal dalam soal penjagaan anak dan sesekali, bekas suami mengambil anak pada hujung minggu atau ketika ingin pulang ke kampung. Tidakkah terfikir untuk menamatkan zaman solo sekali lagi? Serik, jawab Wani. "Fobia sampai ke hari ini. Rasanya lebih baik bercinta saja daripada berkahwin selepas apa yang berlaku ini. Tetapi, saya akur dengan ketentuan Ilahi. "Kadang-kadang kasihan sendiri dengan bekas suami bila lihat keadaan dirinya ketika melawat anak, tetapi perasaan itu harus diketepikan bila memikirkan kesan yang pernah saya lalui dulu," katanya yang tidak terkecuali dipandang serong sesetengah orang.
> Kisah 2
"SIKAP arwah yang tenang dan begitu mengambil berat membuatkan saya menerimanya sebagai suami walaupun ketika itu dia adalah duda berusia 41 tahun yang kematian isteri akibat kanser payu dara dengan tiga cahaya mata," kata Salisa Salleh, 30. Dia yang kini bergelar janda ekoran bercerai mati dengan arwah suaminya menceritakan bagaimana hatinya boleh tertawan walaupun tahu hakikat yang faktor usia serta status lelaki itu yang bukan bujang sebagaimana yang diidamkan ramai gadis. Tetapi, bila memikirkan semula usianya ketika itu sudah menginjak 28 tahun dan keikhlasan lelaki itu membuatkan hatinya begitu terbuka untuk menyayanginya sepenuh hati. "Memang saya tidak menyangka sama sekali saya hanya berpeluang bersama dengannya untuk jangka masa pendek saja. "Selang lima bulan selepas berumah tangga dengannya, saya dikhabarkan yang dia menghidap kanser usus pada tahap kritikal (tahap empat)," kata Salisa yang hanya sempat bergelar isteri selama sembilan bulan 22 hari. Biarpun cuma seketika berkongsi kebahagiaan bersama orang tersayang itu, Salisa tidak menyesal sama sekali menempuh gerbang perkahwinan itu yang baginya cukup indah sepanjang bergelar seorang isteri. Malah, baginya ujian itu seolah-olah semakin mengeratkan hubungan mereka suami isteri suatu ketika dulu. Ditambahkan lagi dengan hubungan akrab dengan anak-anak arwah sebagai pengubat dan sumber kekuatan untuk menempuh dugaan. Kata Salisa, hari-hari terakhir sebelum kematian arwah suaminya, dia menjadi begitu lemah dan tidak bermaya, tetapi mengenangkan tanggungjawabnya untuk sentiasa memberikan sokongan kepada suami, sikap itu diketepikan bulat-bulat. "Sepanjang arwah suami disahkan menghidap kanser, saya mengambil cuti tanpa gaji sehinggalah selepas arwah meninggal dunia, saya masih lagi bercuti selama dua bulan selepas itu. "Saya bersyukur, syarikat tempat saya bekerja begitu memahami. Rakan dan keluargalah sumber kekuatan saya untuk meneruskan kehidupan," katanya. Ditanya bagaimana dengan kehidupannya kini, Salisa berkata dia kini menetap bersama dengan adik lelakinya dan masih bekerja di tempat lama sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan. Sementara, anak-anak bekas suaminya yang berusia 11 tahun hingga 16 tahun kini dibela oleh keluarga ibu kandung mereka. "Saya masih berhubung dengan mereka walaupun tidak lagi tinggal sebumbung," kata Salisa ringkas sambil meninggalkan seribu pertanyaan.
> Kisah 3
BENARLAH kata orang, kebahagiaan sesebuah rumah tangga tidak akan sempurna tanpa kerukunan dan sikap toleransi di kalangan suami isteri. Tanpa sifat sedemikian, rumah tangga yang dibina akan goyah dan tidak mustahil menjadi pudar di kemudian hari. Walaupun ketika waktu bercinta dulu, hubungan begitu indah belaka. Tiada cacat cela mengenai pasangan, walhal hakikatnya tidak begitu. "Saya memang tidak terfikir akan bergelar duda selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga. Sepanjang tempoh panjang itu, kami dikurniakan dua cahaya mata iaitu sepasang anak, perempuan berusia tujuh tahun dan lelaki yang kini berusia lima tahun. "Apapun, saya menerima ketentuan Ilahi walaupun suatu ketika pernah berusaha untuk menyelamatkan ikatan perkahwinan tetapi bekas isteri tetap berkeras untuk berpisah," kata Nor Azhar Zulkafli, 33, yang mengambil masa kira-kira dua tahun bagi menyelesaikan urusan perceraian. Hak penjagaan kedua-dua anaknya kini diberikan kepada bekas isteri. Cuma sesekali, dia mengambil peluang bertemu dengan anak-anak tanpa halangan kerana hubungan antara dia dengan bekas isteri masih baik untuk kebaikan bersama. Bagi memastikan dirinya tidak sunyi terutama ketika berada di rumah ekoran ketiadaan anak-anak di sisi, Nor Azhar menyibukkan diri di pejabat. Ketika ditanya tidakkah beliau berusaha dalam tempoh itu untuk merujuk semula, Nor Azhar berkata, dia ada berusaha untuk ke arah itu tetapi bekas isteri tetap dengan keputusan untuk berpisah menyebabkan dia reda dengan ketentuan itu. Dalam tempoh beliau 'bertarung' dengan masalah rumah tangganya itu, tanpa sedar hatinya mula membuka ruang untuk mengenali seseorang. Insan bertuah yang bertakhta di sudut hatinya adalah pegawai undang-undang di sebuah institusi kewangan. "Saya sendiri tidak menyangka yang saya akan bertemu jodoh sekali lagi pada waktu terdekat. Perasaan takut itu memang ada ketika mengambil keputusan untuk berkahwin tetapi sebagai manusia kita harus tabah dan jadikan itu sebagai suatu cabaran. "Sebelum mengambil keputusan berkahwin, secara jujur saya memohon petunjuk dari Allah dan alhamdulillah inilah keputusan yang diambil," katanya yang kini sudah empat bulan mendirikan rumah tangga untuk kali kedua dengan Irnyza Ngah, 32. Ditanya apakah ciri-ciri yang ada pada Irnyza sehingga membuatnya mengambil keputusan untuk berkahwin lagi, kata Nor Azhar, sikap wanita itu yang sederhana, selain menerima status dirinya dan anak-anak membuatkan hatinya pantas tertawan. "Paling penting yang saya lihat ada pada kami ialah keserasian. Tiada rahsia antara kami membuatkan saya begitu selesa membicarakan apa saja dengannya. Faktor komunikasi begitu penting yang saya rasakan sebagai rahsia mengekalkan keharmonian rumah tangga," kata Nor Azhar. Sementara itu Irnyza ketika mengulas mengenai duda pilihan hatinya itu berkata, sifat keterbukaan dan berterus terang Nor Azhar mengenai status dirinya sebagai duda yang membuatkan dirinya begitu selesa berdampingan dengan lelaki berkenaan. "Pertemuan kami bukanlah atas faktor temu janji kerana saya hanyalah ingin bertemu kenalan yang kebetulan ada temu janji dengan Nor Azhar. Memang mula-mula tiada menaruh perasaan padanya tetapi lama kelamaan timbul pula perasaan terhadapnya. "Lebih-lebih lagi sikapnya yang tidak berahsia mengenai status dirinya dan sudah memiliki anak membuatkan hati saya begitu terbuka dan tanpa ragu lagi untuk mengatakan ya ketika dilamar dulu," katanya yang nyata bahagia dengan pilihan hatinya itu.

Thursday, October 04, 2007

:: Hilang

4 Oktober 2007: Khamis


:: Mungkin ada di kalangan kita yang cool memanjang... tapi ada masanya kita tersentuh... ada masanya kita terangsang. Ada masanya telinga kita berdesing... degupan jantung semakin kuat iramanya... ada masanya merah padam muka kita... ada masanya dada kita berdebar kencang. Ada masanya pula gigi kita berderup derap akibat rahang yang secara tidak sengajanya diketap rapat... dan selalunya kita adalah sebegitu... walaupun kita maklumi bahawa... dengan berastaghfar... kepala dan minda yang dingin pasti akan muncul menggantikan rasa amarah yang tak keruan itu...


:: Luahan rasa MARAH yang tak terkawal...
mungkin menyebabkan sebahagian keintelektualan kita hilang...
sebab tempat sebahagian yang hilang itu mungkin telah diganti oleh tindakan2 kita...
yang lebih bersifat melulu... bodoh... dan tidak munasabah...
diakibatkan oleh ketidakmampuan kita... dan fikiran kita...
untuk mengawal perasaan yang membuak2 bagai lahar gunung berapi.

:: Kita

3 Oktober 2007: Rabu
:: Kita... dalam keupayaan dan kemampuan kita terbiasa dengan gaya dan sikap kita sendiri. Walaupun kita tahu ada di antara sifat... sikap dan laku perbuatan kita perlukan perubahan ke arah yang lebih baik... ke arah penambahbaikan... tapi kekadangnya kita masih teruskan sifat kita... kita teruskan sikap kita... malah kita mungkin masih meneruskan laku perbuatan kita... yang sewajarnya kita mula kesampingkan... yang sepatutnya kita mula tinggalkan sedikit demi sedikit... secara beransur... tetapi biasanya kita punya alasan... bahawa kita bukannya Nabi... kita bukannya Rasul... tapi kita adalah insan biasa... yang bukannya maksum...
:: Kita boleh berasa tidak puas...
kerana itu salah satu ciri yang memotivasikan diri...
tapi jangan sampai kita terlupa untuk bersyukur.

Wednesday, October 03, 2007

:: Sedikit maklumat

3 Oktober 2007: Rabu
:: Ada orang kata... diabetes ni berkaitan pemakanan... ada jugak yang kata ianya berkaitan dengan keturunan... dan kekadang tu... dalam sesuatu keluarga... ada yang ramai terlibat... walaupun kekadang tu hanya sorang dua sahaja yang mengidapinya... walau apa2 pun yang pentingnya kita perlu berhati2... jaga kesihatan diri... jaga makanan dan pemakanan kita... terutamanya bagi yang dah ada signal dan maklumat awal hasil pemeriksaan kesihatan yang dijalankan... bersama2lah kita saling ingat mengingat di kalangan kita...
3 Kesan diabetes

Aliran darah yang terganggu untuk lelaki boleh mengakibatkan mati pucuk, manakala wanita pula mati putik. PENINGKATAN jumlah pesakit diabetes atau kencing manis di kalangan rakyat negara ini bukan sesuatu yang mengejutkan atau luar biasa lagi. Di sebalik peringatan dan amaran, jumlah itu terus meningkat daripada sehari ke sehari. Saya menerima banyak pertanyaan mengenai kaitan masalah seksual dengan penyakit diabetes dideritai mereka, tetapi nasihat saya ialah supaya tidak menjalani perubatan tanpa rujukan pakar dan doktor.

Sebagai contoh, seorang lelaki yang berkahwin dan mempunyai anak. Bagaimanapun, selepas disahkan menghidap diabetes dia menjalani rawatan dengan mengambil ubat Methformin dan Daonil selama empat tahun.Namun, lelaki ini beralih kepada rawatan lain dan yakin penyakit diabetesnya bukan saja berkurangan tetapi terus ‘pupus’ hinggalah satu hari dia mendapati zakarnya tidak boleh menegang langsung. Diabetes berlaku apabila badan tidak dapat menghasilkan hormon Insulin yang mencukupi untuk membakar glucosa, sekali gus mengakibatkan perubahan kurang sihat kepada badan seperti tekanan kepada urat saraf. Apabila ini berlaku, ia secara tidak langsung menyebabkan perubahan kepada pengaliran darah di penghujung badan seperti kaki, tangan dan anggota sulit, justeru tidak menghairankan jika kaki tidak terasa dan luka sukar untuk sembuh. Pada bahagian anggota sulit pula, aliran darah yang terganggu untuk lelaki boleh mengakibatkan mati pucuk, manakala wanita pula mati putik. Diabetes bukan penyakit biasa. Ia boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi, termasuk koma dan kerosakan teruk buah pinggang. Sehubungan itu, anda perlu memastikan pesakit diabetes mendapat rawatan komprehensif, bukan sekadar rawatan tradisional atau alternatif. Saya ingin mengingatkan yang tiada herba dapat menambah hormon Insulin hanya sekadar merangsang sel menggunakan glucosa. Sehubungan itu, pesakit perlu mendapatkan rawatan menyeluruh untuk penyakit diabetes mereka. Di samping itu, anda perlu amal gaya hidup sihat, tidak merokok, melakukan senaman berkala dan kawal pemakanan. Untuk pemulihan fungsi anggota sulit pula, mereka perlu lakukan senaman kemut atau ‘Kegel’ dan membelai anggota sulit dua kali sehari menggunakan krim pelembap, yang mana saya syorkan krim yang sudah dikaji seperti Virile For Men.Ubat PDE-5 inhibitor seperti Viagra, Cialis dan Levitra dapat membantu melancarkan darah yang banyak ke dalam otot zakar ketika anda dalam keadaan terangsang. Jika hormon Testosterone berkurangan pula, ia dapat diperbaiki dengan hormon gantian Testosterone. Bagaimanapun, nasihat saya ialah, dapatkan semua terapi ini daripada pakar yang berkenaan kerana memakan ubat tanpa maklumat dan keterangan adalah sangat berbahaya, terutama apabila berlaku kecemasan, kerana tiada siapa untuk dirujuk. Jangan cuba makan ubat herba bukan-bukan yang dipasarkan oleh syarikat tertentu. Ini kerana jika terkena dengan herba yang ada ubat larangan, nahas anda!

(Pakar sakit tuan - Oktober 2007: Rabu)

:: Alahan

3 Oktober 2007: Rabu
:: Macam2 yang berlaku... ada yang boleh makan laksa mee berpinggan2 sekali hadap... ada yang tidak... ada yang boleh bermangkuk2 pekena bubur caca... ada yang tidak... ada yang sedap2 menyedut asap "lokok" (racun: istilah Mak Lang)... ada yang terbau asapnya pun dah terbatuk2... ada yang berselera bila berulam sambal belacan... tapi ada yang bersin bertalu2 terciumkannya... macam2 yang berlaku... dan ini hanyalah sekadar beberapa contoh... walaupun tidaklah seperti kanak2 di bawah ini...
Budak alah hampir semua makanan

LONDON: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami alahan terhadap hampir semua jenis makanan menyebabkan dia hanya mampu untuk makan lima jenis makanan. Tyler Savage, akan sakit setiap kali diberikan makanan yang mengandungi produk tenusu atau gandum, gluten, telur, laktosa dan soya. Makanan yang boleh dimakan hanyalah ayam, lobak merah, anggur, kentang dan epal.

Bagi membantunya untuk terus hidup, mineral dan vitamin akan dipam secara terus ke dalam perutnya menerusi satu saluran tiub. Tyler mula jatuh sakit ketika usia enam tahun apabila dia akan mengalami sakit yang teruk dan cirit birit walaupun hanya dengan suapan kecil makanan.

Ibunya, Lynne Savage, 43, berkata: “Kami selalu meminta bantuan tetapi sering diberitahu bahawa dia mengalami jangkitan perut. Akibatnya berat badannya menurun dengan drastik.
“Dia kehilangan tenaga dengan cepat dan tidak boleh melakukan perkara yang dilakukan kanak-kanak lain. Dia kelihatan semakin teruk dan teruk.
“Ia benar-benar sengsara. Kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan.”
Tyler dari Earls Colne di Essex menerima rawatan dari seorang pakar kanak-kanak di St John Hospital, Chelmsford dan pernah menjalani pembedahan apendiks pada Disember 2005. Walaupun pembedahan itu berjaya ia gagal untuk mengatasi masalah alahan dan dia dirujuk kepada Hospital Colchester untuk ujian dan rawatan lanjut. Ia bagaimanapun tidak banyak memberi harapan terhadap penyakit misteri yang dialaminya dan pada April tahun lalu, Tyler dihantar ke Hospital Great Ormond Street di London untuk pemeriksaan perut dan usus. Melalui ujian itu, ‘eosinophilic enteropathy’ dikesan, keadaan yang jarang ditemui di mana usus mengeluarkan terlalu banyak sel darah putih. – Agensi

(Berita Harian: 3 Oktober 2007)


:: Orang mengkaji

2 Oktober 2007: Selasa



Bicara Agama (UTUSAN MALAYSIA):

Terapi puasa
Oleh ROHIDZIR RAIS

Sebagai Pencipta manusia, jasad dan roh, Allah s.w.t. pasti lebih tahu apa yang baik untuk manusia. Kewajipan puasa tidak hanya bertujuan merawat jiwa manusia dalam ketaatan dan kepatuhannya kepada Allah tetapi juga sebagai terapi tahunan untuk tubuh manusia.
Ini jelas dilihat dalam surah al-Baqarah ayat 184 bermaksud: Berpuasa itu lebih baik bagi kamu, kalau kamu mengetahui.

Puasa telah sedia dikenali sebagai satu rawatan semula jadi untuk pelbagai jenis penyakit sejak beribu-ribu tahun dahulu. Ramai pakar perubatan kuno berpuasa dan menyarankan pesakit-pesakitnya agar berpuasa sebagai satu kaedah rawatan. Contohnya, Ibnu Sina, pakar perubatan Islam, menyifatkan puasa sebagai rawatan untuk pelbagai jenis penyakit.

Malah doktor-doktor Islam kini mengakui puasa boleh mengubati penyakit cacar dan sifilis. Napoleon ketika menawan Mesir, mengamalkan terapi puasa untuk mengawal penyakit berjangkit. Dr. Fredrick Hoffman, dari Universiti Moscow pada 1769 menasihatkan pesakit-pesakitnya agar berpuasa ketika sakit. Menurut beliau, puasa memberikan masa untuk perut berehat dan memberikan ruang untuk tubuh mengembalikan kekuatan.

Allah sendiri menjelaskan bahawa puasa yang diwajibkan ke atas kita ini telahpun diamalkan oleh umat-umat sebelum ini. Firman-Nya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183)

Pada kurun ke-19, Zeland, seorang pakar perubatan Rusia, mengumumkan bahawa puasa memberi kesan positif kepada urat saraf, sistem penghadaman dan darah. Katanya lagi, puasa memberikan masa yang cukup untuk tubuh berehat, di samping beroleh kekuatan baru.
Sebenarnya hakikat puasa sebagai terapi melawan penyakit bukan sesuatu yang baru. Rasulullah yang hidup pada zaman gelap sains, mengakui bahawa puasa adalah senjata untuk melawan penyakit. Sabda baginda, “Puasa adalah senjata untuk mempertahankan diri”. (riwayat Imam Ahmad)

Pakar-pakar moden kini mengesahkan bahawa setiap orang perlu berpuasa, sama ada orang itu sihat, apatah lagi jika sakit. Pelbagai racun memasuki tubuh sepanjang hidup kita, melalui makanan dan minuman moden yang tidak sihat dan sarat dengan bahan kimia dan udara yang tercemar.

Tubuh tidak mampu menyingkirkan semua racun ini dan menyebabkan manusia semakin lemah. Puasa dapat memberi ruang dan kesempatan untuk sel-sel tubuh membersihkan diri mereka daripada racun-racun ini dengan lebih berkesan. Berbeza dengan amalan diet biasa, kaedah puasa Ramadan adalah yang terbaik kerana dilakukan dengan sistematik setiap tahun.

Walaupun keberkesanan terapi puasa terhadap tubuh telah diakui tetapi perkara paling menakjubkan ialah kemampuannya untuk merawat masalah psikologi yang kritikal. Puasa memberi masa untuk sel-sel otak berehat dan pada masa sama, bertindak membersihkan sel-sel darah daripada toksik. Darah bersih yang memasuki otak ini akan turut sama membersihkannya.
Hasilnya, orang yang berpuasa mempunyai otak yang lebih kuat dan cerdas untuk berfikir. Ini dibuktikan apabila Pengarah Institut Pesakit Mental Moscow, Dr. Yuri Nikolayev, merawat 7,000 pesakit mental dengan menggunakan terapi puasa, setelah semua kaedah dan ubat-ubatan lain tidak berkesan. Menakjubkan rawatan ini berjaya!

Bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan yang tidak membenarkan mereka yang mempunyai masalah psikologi berpuasa seperti pesakit yang menderita epilepsi (sawan) yang disebabkan oleh kekurangan kandungan gula dalam darah kerana memerlukan pengambilan ubat sepanjang Ramadan.

Begitu juga dengan pesakit skizofrenia, menggunakan ubat yang menyebabkan mulut kering dan dahaga.

Pengguna Lithium juga tidak boleh berpuasa kerana kekurangan air di dalam badan boleh menyebabkan kepekatan darah dan menukarkan dadah menjadi racun.
Kebanyakan doktor menyarankan agar pesakit diabetes jenis 2 agar tidak berpuasa kerana memudaratkan. Tetapi, Dr. Riyadh Sulaimani dan rakan-rakannya di Kuliah Perubatan Hospital al-Malik Khaled al-Jami’, pada 1990, telah menjalankan kajian tentang kesan puasa Ramadan kepada pesakit diabetes jenis 2.
Seramai 47 orang pesakit diabetes jenis 2 yang terlibat dalam kajian ini telah berpuasa dan didapati tidak terdapat kesan yang memudaratkan kepada mereka dari segi berat badan dan kandungan gula dalam badan.
Bagaimanapun, mereka ini sebaiknya mendapatkan nasihat doktor sebelum berpuasa. Pesakit yang bergantung pada suntikan
insulin, tidak disarankan berpuasa kerana mereka perlu makan setengah jam selepas suntikan. Namun begitu pesakit yang menggunakan ubat-ubatan, mungkin boleh mengambil manfaat daripada puasa terutama mereka yang mengalami berat badan berlebihan.

Puasa boleh membantu anda kekal muda remaja! Sekurang-kurangnya itulah yang di dakwa oleh Dr. Masora EJ dari Fakulti Psikologi Universiti Texas, yang mengkaji kaitan puasa dengan faktor panjang umur dan awet muda. Dengan mengurangkan 50-70 peratus makanan yang diberikan kepada beberapa ekor tikus, didapati ia membantu memanjangkan jangka hayat mereka serta dapat mencegah penyakit-penyakit yang berkaitan dengan usia.
Terapi yang dinamakan sebagai Antiaging Action of Caloric Restriction (CR) ini berkesan kerana pembersihan berterusan sel-sel tubuh melalui puasa dapat memanjangkan umur sel dan melambatkan proses penuaan.

Selain itu, keperluan badan terhadap protein juga menurun dan ini membolehkan sel-sel berehat dengan baik. Puasa juga dapat memperbaharui sel-sel dengan cara yang selamat.
Benarlah seperti yang disabdakan Baginda, nabi yang ummi yang tidak mengenal huruf, bahawa puasa adalah senjata untuk mempertahankan diri. Ini kerana, ketika puasa menyebabkan perubahan hormon di dalam badan
.

Kajian Dr. Kernt et. al, telah mengesan perubahan dalam pengeluaran Hormon Pembesaran (Growth Hormone) oleh kelenjar pituari dalam tubuh orang yang berpuasa. Ini memberikan kesan positif dalam menguatkan sistem imuniti tubuh. Seperti yang kita tahu, sistem imuniti adalah ‘senjata’ mempertahankan diri daripada serangan luar. Dengan semua nikmat ini, bulan Ramadan layak dinobatkan sebagai Bulan Kesihatan Sedunia!
Maha Suci Allah yang telah menganugerahkan nikmat Ramadan ini. Kita berpuasa kerana Allah, begitu juga dengan semua ibadat lain. Kerana ketaatan ini, kita menerima kebaikan di dunia dan di akhirat berupa kesihatan yang baik. Sedangkan pada masa yang sama orang bukan Islam berhempas pulas mengkaji tentang puasa
, nikmat yang telah lama kita kecapi.

* ROHIDZIR RAIS ialah Editor di Telaga Biru Sdn

:: Ujian

2 Oktober 2007: Selasa


:: Kelab Kebajikan Pensyarah punya inisiatif mengedarkan kad... bukan kad raya... tapi kad ucapan takziah... yang bakal diserah kepada Ketua Unit Ko-Kurikulum yang baru kehilangan suami tercintanya... ayah kepada anak2nya... anak kepada ibubapa mertuanya... saudara kepada ipar duainya... sahabat dan rakan taulan kepada sahabat dan rakan taulannya.

:: Ketika diedarkan kepada Pak Ngah petang tadi... sudah banyak catatan dari ahli kelab... Pak Ngah cuma catatkan...


Takziah.
Ini hanyalah sebahagian kecil dari ujianNYA.


:: AlFatihah kepada semua yang telah mendahului kita...

:: Menyibuk

2 Oktober 2007:: Selasa


:: Kita kekadangnya sibuk... sibuk betul... sibuk memanjang kata orang. Kekadang perasaan sebegitu muncul bilamana kita terlalu banyak kerja... sedangkan masanya agak terhad... banyak kerja perlu diselesaikan dalam masa yang amat suntuk... bukan tiada perancangan tapi keadaan menjadikannya begitu... malah kekadangnya menjadikan seolah2nya tidak cukup masa 24 jam sehari semalam... seolah2 terasa begitu cepatnya masa beredar... walaupun kekadangnya kita telah usahakan agar melaksanakan mengikut keutamaan... maka begitulah kita... dengan keadaan kita... dengan tugas kita... dengan penggunaan masa kita... dengan pengisian baki usia kita yang semakin pendek... serentak dengan usia kita yang semakin panjang... mudah2an hidup kita dan kehidupan kita ada manfaatnya.

:: Kekadang kita bercakap sesedap mulut... kekadang kita berhujah sesedap rasa... malah kekadang kita berfikir mengikut citarasa kita sendiri... maka begitulah kita... dan mungkin frasa di bawah ini mempunyai sedikit makna bagi kita.

" Jika kita sibuk berteori sahaja...
... sempatkah kita mempraktikkannya?
Jika kita sibuk mempraktikkannya...
... bilakah kita mampu memanfaatkannya?
Jika kita sibuk mencari penghidupan sahaja...

... sempatkah kita menikmati kehidupan?
Jika kita sibuk menikmati kehidupan sahaja...
... apakah itu maknanya hidup?
Jika kita sibuk membodohi orang sahaja...
... sempatkah kita memanfaatkan kepandaian kita?
Jika kita sibuk memanfaatkan kepandaian kita sahaja...
... dapatkah orang lain memanfaatkannya?
Jika kita mempamerkan kepintaran sahaja...

... sempatkah kita membuktikan kepintaran kita itu?
Jika kita sibuk membuktikan kepintaran kita sahaja...
... apakah kita ini sebenarnya pintar?
Jika kita sibuk mencela orang lain sahaja...

... sempatkah kita membuktikan cacat celanya?
Jika kita sibuk membuktikan cacat cela orang lain sahaja...
... bila pula kita mampu menyedari cacat cela sendiri? "

:: Kata2 di atas terhasil apabila mengimbas kembali bualan dengan seorang sahabat... ketika berada di Semariang Batu... sewaktu menziarahi jenazah staf yang meninggalkan alam fana ini... meninggalkan segala harta... meninggalkan kaum keluarga, sahabat handai, rakan taulan... malah isteri tercinta dan anak2 tersayang... maka tinggallah seorang diri di alam kubur... dengan hanya dibekali dengan kain kapan... di samping membawa bersama amalan sendiri dan sedekah jariah yang sempat dilaksanakan ketika di dunia... di samping mengharapkan doa ikhlas dari anak2 yang soleh dan solehah... dan pastinya kita juga akan menyusul...
:: Kata2 di atas juga terhasil apabila terbaca suatu catatan... yang berjaya mencuit Pak Ngah untuk memberi sedikit ulasan...

Tuesday, October 02, 2007

:: Sampai masa

1 Oktober 1007: Isnin
:: Separuh hari perlu adakan mesyuarat Pra-MKSP selepas di audit baru2 ini... yang dapat 3 OBS/Pemerhatian... untuk tujuan menyediakan pelaporan sebagai persiapan mesyuarat MKSP pada November nanti.

:: Sehabis mesyuarat... dapat mesej dari mantan Pengarah IPTAR... Tn. Hj. Mohd Zain Ismail... " Sdr mortadza baru kembali ke rahmatullah. Saya ada d hospital ". Ketika nak keluar bilik kerja... bersua En. Mohd Shukur Abas (Ketua Jabatan HEP) yang baru juga dapat mesej yang sama... bergegas nak beritahu boss... yang juga dah dapat call dari orang yang sama. Pak Ngah balas mesej... " Alfatihah utknya. TQ. Skjap lagi kmi ksana ".... dibalas balik dengan mesej... " Jenazah durus dirumah bapanya di semariang batu esok ". Sempat beritahu Pegawai Eksekutif... gunakan coaster jika ada staff yang nak ikut sama.
:: Bersama boss dan KJ HEP... kami bergegas ke Hospital Umum Kuching... terus ke bilik mayat... sebab mengetahui hal itu melalui call yang dibuat antara KJ HEP dengan isteri Allahyarham. Formaliti saja... jenazah di letakkan di rumah mayat... bukannya di masukkan ke dalam bilik mayat... cuma diletakkan di ruang legar rumah mayat itu... akhirnya sebelum kami bersama2 mengiringi kereta mayat hospital ke rumah ibu bapa Allahyarham di Semariang Batu (Petra Jaya)... ramai staf yang tiba.

:: Kami akhirnya tiba di Sri Kupang, No. 70, Lot 16, Kpg Semariang Batu, Petra Jaya... suatu perkampungan orang Melayu... di tebing Sg. Sarawak. Ramai ahli keluarga Allahyarham dah bersedia menunggu kedatangan jenazah... dibaringkan di atas katil di ruang tamu rumah. Tak lama kemudian semakin ramai staf yang datang... dengan kenderaan masing2 dan coaster IPTAR... menziarahi Allahyarham. Ustazah Sa'anah tiba bersama beberapa orang pelajar JPP dan orang kuat Pusat Pengajian Islam. Bacaan YaaSin diadakan.

:: Allahyarham Mortadza bin Bohari (47 tahun) adalah mantan Ketua Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme... sebelum diserang ahmar pada Februari 2007... diberi cuti sakit secara berterusan... hinggalah datang bertugas semula baru2 ini... dimasukkan ke wad dua malam yang lepas...dengan keadaan koma secara berterusan... beristerikan Pn. Safiah Hj. Shain (Ketua Unit Ko-Kurikulum)... orang Malaya... dan punya 3 orang anak yang masih bersekolah.
:: Alfatihah...

Monday, October 01, 2007

:: Terlibatkah kita

30 September 2007: Ahad
:: HATI:
- syirik terhadap Allah
- berterusan berkecimpung di dalam kemaksiatan
- putus asa dari rahmat Allah
- merasa bebas dari balasan Allah
:: LISAN:
- kesaksian yang dusta
- tuduhan berzina terhadap orang2 yang baik
- sumpah palsu
- sihir
:: PERUT:
- minum minuman yang memabukkan
- makan harta anak yatim secara aniaya
- makan riba
:: ALAT KELAMIN:
- berzina
- berliwat
:: TANGAN:
- membunuh
- mencuri
:: KAKI:
- melarikan diri kesatuannya yang sedang bertempur
:: SELURUH BADAN:
- durhaka kepada kedua orang tua



17 jenis dosa2 besar ini... adalah pendapat Abu Talib al-Makky... yang diadunkan dari kata2 Ibnu Abbas... Ibnu Mas'ud... Ibnu Umar dll...

:: Bersyukurkah kita

1 Oktober 2007: Isnin


:: Al-Baqarah: 152:
" Kerana itu ingatlah padaKU, pasti AKU ingat padamu,
dan hendaklah kamu syukur kepadaKU
serta janganlah kamu lupakan budiKU "
:: An-Nisa': 147:
" Bukankah Allah tidak akan mengazab kamu,
jika kamu bersyukur
dan beriman? "
:: Ali 'Imran: 145:
" Akan KAMI balaslah mereka yang bersyukur "
:: Saba': 13:
" Dan sedikit sekali dari hambaKU yang bersyukur "
:: Ibrahim: 7:
" Jika kamu berterimakasih,
pasti akan KUtambah nikmat bagimu "

:: Balik

30 September 2007: Ahad
:: Awal pagi berangkat sorang diri ke Tabuan Jaya. Angah, Anjang dan Acik masih di Kota Samarahan. Masing2 punya tugas... tugas rasmi dan tugas tak rasmi.
:: Singgah sekejap di Sri Perak... terkejut... tak kan tiada air... meter air masih ada kat gate depan laluan masuk... macamana pokok2 boleh bertukar jadi kekuningan... tanah dalam pasu kering kontang... peroi... ni mesti Angah dah berminggu tak siram ni... call dia yang masih di Kota Samarahan... dia tak jawab bila ditanya... cuma gelak je...
:: Kemudian ke Pasar Satok... macam biasa... cuma tak dapat le nak pekena Laksa Sarawak di Ceria Cafe sebagaimana selalu seperti sebelum bulan puasa ni... cuma beli tanah untuk gantikan tanah dalam pasu pokok keladi... bila sampai ke rumah ketiga2 anak Pak Ngah dah sampai... masing2 ada tugas... buat apa yang patut...
:: Tengahari dapat mesej dari Mak Ngah... minta diambil... jam 8.20 malam dijangka tiba di LT Kuching... Pak Ngah balas mesej... OK, mungkin Angah ambik. Petang beli lauk di pasar ramadhan Tabuan Jaya. Juadah berbuka empat beranak... begedil... daging kicap... botok ayam... dan perut lembu bercili dan jus khurma.
:: Terlepas solat sunat terawikh di Masjid Wan Alwi Tabuan Jaya... sebab nak bergelut ambik Mak Ngah... insyaAllah akan laksanakan di Kota Samarahan selepas menjemput Mak Ngah dan menghantar Angah di Sri Perak... yang lain akan terus ke Kota Samarahan... malam ni jugak... sebab jika awal pagi esok... agak tergopoh gapah sikit...