Sunday, April 21, 2013

:: PRU13 : Seni berpolitik di P197 - Kota Samarahan...


Setiap calon PRU13... yang bertanding di kawasan masing2 akan menerima watikah daripada pihak atasan. 

Persoalannya ialah kenapa... ada calon yang menerima watikah yang diragui keesahannya... sebab ada tanda2 bahawa nama asal calon telah dipadam dan... nama baru ditulis tangan sahaja di atas nama asal yang telah dipadam itu... ?

Adakah ini bermakna... ada pihak yang telah mengubah nama calon asal yang dikeluarkan oleh pihak pusat... ?

Adakah ini bermakna... telah ada tangan2 lain yang bertindak... semata2 untuk memperjuangkan cita2 politiknya dan para pengikutnya... ?

Aduhhh... macam2 hal boleh berlaku... dan jika ini yang berlaku... apakah kesudahannya dalam silat politik yang dipenuhi dengan sepak terajang serta kuntau tomoinya ini... dan kelihatannya semakin gawatlah rentak tari seni berpolitik di tanah air kita ini...

Semoga tidak berlaku sebagaimana cerita ceriti seperti di atas... dan mungkin hanyalah semata2 lintasan fikiran di waktu mamai apabila tersedar dari nyenyaknya tidur dalam tempoh yang sebegitu lama...

Saturday, April 20, 2013

:: Melayu... penghubung bangsa...?


Umat Melayu melihat hubungan kemanusiaan terbina dengan asas pemahaman terhadap tamadun. Pada masa lalu, tamadun Islam menjadi penghubung kepada tamadun Barat dan Timur. Tamadun ini dilambangkan dengan kekuatan ulama-ilmuwan dan umarak melakukan sinergi menyebabkan lahirnya usaha penterjemahan ilmu yang pelbagai dalam tamadun Islam dan dimanfaatkan oleh bangsa Eropah. 

Hasil usaha ini menyebabkan lahirnya ‘renaissance’, ‘reformation’ dan juga revolusi industri yang akhirnya menyebabkan kuasa Eropah menjadi penakluk atas dalih ingin melakukan proses pencerahan dan celik tamadun.
Umat Melayu adalah sinergi menghubungkan sesuatu bangsa dengan segala keunikan yang ada padanya dengan maksud kemanusiaan yang lebih tinggi hasil perkembangan tamadun Islam. Dalam menghadapi kerenah zaman dan ragam kehidupan, umat Melayu melakukan reflektif tamadun terhadap kebangkitan silam dan menjadikan contoh bagaimana ia bangun berasaskan ilmu dan keterampilan sehingga menyebabkan ia mampu bertahan lebih 600 tahun.
 



Kekuatan maksud umat dalam membangun tamadun boleh dijadikan landasan bagaimana umat Melayu boleh mengikuti jejak kehebatan silam secara lebih dekat, menyebabkan Melayu sebagai satu bangsa apabila ditindikkan dengan nilai yang sifatnya alamiah menjadikan lebih maju dan bersedia menghadapi cabaran globalisasi yang berdiri atau kualiti modal insannya. 

Bahasa Melayu miliki kekuatan ilmu 

Menjadikan diri sebagai umat Melayu bukan bermakna menolak faktor bangsa seperti bahasa dan budaya yang positif serta menyumbang terhadap kekayaan tamadun Islam. Faktor bahasa Melayu umpamanya, menerima kemasukan ribuan istilah al-Quran dan bahasa Arab sehingga menyebabkan makna daripada istilah itu memberikan tasawwur yang sifatnya Islami. 

Ia menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Islam yang mempunyai kekuatan ilmu dan merintis jalan ke arah terbinanya tamadun. Kekuatan inilah yang dimiliki umat Melayu sejak menerima Islam dalam kehidupannya.
Menjadi umat Melayu tidak sekadar kuat dalam bidang rohaniahnya. Kekuatan rohaniah harus menjadi landasan yang mengangkat daya intelek dan kreativiti supaya minda Melayu terasnya adalah minda Islam. Minda Islam yang kreatif bakal mencetuskan idea besar yang mampu menjana perubahan. 

Reflektif terhadap tamadun silam umat Islam di Baghdad dan Andalusia melahirkan tokoh ilmuwan yang berwibawa dalam pelbagai bidang termasuk sains, perubatan dan matematik. Umat Melayu harus memberikan fokus dalam aspek ini di samping melakukan jihad bisnes yang dapat membimbing mereka menjadi umat yang kuat. 

Jiwa ummatik lahir kepakaran 

Di bumi Islam termasuk di daerah umat Melayu, Allah SWT mengurniakan sumber kekayaan yang banyak supaya umat Melayu boleh hidup sejahtera. Tanpa jiwa ummatik yang menuntut jiwa tadabbur atau kaji selidik dan daya juang yang tinggi tidak mungkin umat Melayu mampu melahirkan kepakaran dan keahlian. 

Keadaan ini menyebabkan orang lain melakukan eksploitasi atau mengambil kesempatan menguasai sumber yang kaya akibat kealpaan dan kekosongan daya juang untuk bersaing dan maju dengan bijaksana. 

Memperkasa umat Melayu adalah proses islah yang meletakkan Islam sebagai dukungan terhadap kemajuan dan perubahan. Kekuatan Islam dari sudut ilmu dan tamadun mampu membimbing orang Melayu untuk mara ke hadapan tanpa menzalimi orang lain kerana prinsip adil wal ihsan akan sentiasa menjadi pedoman terbaik yang dianjurkan oleh ajaran Islam. 

Strategi islah juga harus berlaku dalam memperkasa ilmu dan pendidikan. Ilmu yang integratif harus menjadi sandaran merubah kekuatan berfikir dan amal dalam kalangan generasi muda Melayu supaya jiwa ummatik akan sentiasa menjadi pendorong terhadap mereka untuk menjadi cemerlang. 
Tanpa kecemerlangan orang Melayu bakal terpinggir kerana sifat zaman kini amat terbuka dalam semua perkara. 

Generasi muda umat Melayu harus mewakili zamannya dengan gambaran yang memberikan harapan cerah pada masa depan. Meneliti mengenai penyakit sosial yang menimpa generasi muda orang Melayu kini, akibat kerapuhan jiwa mereka mendepani cabaran budaya popular dan budaya hedonistik dari Barat. Media cetak dan elektronik, festival hiburan yang banyak menjadi sumber melekakan generasi muda hingga menyebabkan kekontangan jiwa dan minda hingga peribadinya mudah cair menghadapi himpitan hawa nafsu. 

Generasi muda umat Melayu seharusnya mengukuhkan kekuatan rohaniah dalam penghayatan hidup. Penghayatan hidup umat Melayu seharusnya menginsafi bahawa tanpa jiwa yang hidup dan segar dengan sifat daya juang yang tinggi dipandu oleh nilai rohaniah murni, orang Melayu bakal menjadi penonton yang hampa dan kecewa bahawa perjuangannya berada dalam batas ‘menang sorak’ tetapi pada hakikatnya ‘kampung sendiri tergadai.’ 

Penulis ialah Profesor Pendidikan UIAM - Sidiq Baba

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melayupenghubungbangsa/Article/

Sunday, April 14, 2013

:: PRU13 : Kota Samarahan : Rubiah Wang mewakili PBB/BN... ?

KOTA SAMARAHAN: Calon berpotensi Barisan Nasional (BN) dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang tidak dipilih untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti diharap terus berdiri teguh di belakang parti.

Perkara itu ditegaskan Ahli Majlis Tertinggi PBB Abdul Karim Rahman Hamzah yang memberi contoh di kerusi Parlimen Kota Samarahan, parti menerima lebih daripada enam nama calon berpotensi.

Namun, jelasnya, selepas penapisan dan penilaian yang teliti dari pelbagai aspek, hanya satu calon dipilih untuk mewakili BN pada PRU13.

“Tiap-tiap pilihan raya hanya seorang sahaja yang dapat mewakili satu parti dan apabila keadaan tersebut berlaku, mesti ada yang kecewa seperti di Samarahan ini terdapat tujuh orang yang berminat.
“Oleh itu, saya berharap calon yang tidak dipilih untuk bertanding pada pilihan raya ini tidak berkecil hati, sebaliknya diharap terus berdiri teguh dan memberi sokongan kepada calon yang telah ditentukan parti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan program khidmat masyarakat Universiti Utara Malaysia (UUM) di Kampung Niup dekat sini, semalam.

Menyentuh mengenai tempoh berkempen yang dipanjangkan kepada 15 hari berbanding 11 hari sebelum ini, Karim menyambut baik perkara itu.

“Ini akan membolehkan calon-calon yang bertanding terutamanya di Sarawak yang mempunyai geografi berbeza melawat setiap pelosok kawasan pada pilihan raya ini,” jelasnya.


Melihat kepada suasana PRU13, beliau memberitahu ia pasti memberi satu kelainan berbanding pilihan raya sebelumnya.

“Apa yang saya lihat, PRU13 ini seperti festival besar, namun apa yang kita akan lakukan pada pilihan raya ini, kita lebih menumpukan program-program berjiwa rakyat berbanding ceramah kutuk-mengutuk,” tegasnya.

Namun, beliau tidak menolak kemungkinan berlaku perbezaan suasana pilihan raya di Semenanjung Malaysia yang disifatnya lebih gemar mengadakan ceramah.

Hadir sama calon berpotensi BN bagi Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang, Temenggung Chek Bujang dan tetamu kehormat lain.


Read more: http://www.theborneopost.com/2013/04/14/terus-berdiri-teguh-bersama-parti/#ixzz2QO397SiO

Thursday, April 11, 2013

:: PRU13 : Bendera mula mewarnai...




Dewan rakyat telah dibubarkan pada 03.04.2013. Hari penamaan calon pula telah ditetapkan pada 20.04.2013 manakala 05.05.2013 pula adalah tarikh mengundi bagi semua rakyat Malaysia yang telah disahkan sebagai pengundi dalam PRU13 ini. Namun, kekecualian diberi untuk mengundi seawal 30.04.2013 kepada golongan2 pengundi tertentu. Bendera mulai dipasang dan tempat paling strategik merupakan pilihan penyokong dan penggiat parti2 yang bakal bertanding.
http://www.theborneopost.com/2013/04/10/gantung-bendera-parti-mesti-ikut-peraturan/

Saturday, April 06, 2013

:: Rasuah : Mantan Pegawai SKMM dan isteri didapati bersalah...

Rasuah: Bekas Timbalan Pengarah SKMM, Isteri Dipenjara Dan Didenda RM1.25 Juta
SHAH ALAM: Seorang bekas timbalan pengarah Bahagian Kandungan dan Penguatkuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta isterinya, masing-masing dihukum penjara lima dan empat tahun serta denda RM1.25 juta selepas didapati bersalah atas pertuduhan rasuah membabitkan nilai RM250,000 berkaitan projek makmal forensik digital di suruhanjaya itu.
Hakim Mahkamah Sesyen M.Bakri Abd Majid membuat keputusan itu selepas berpuas hati pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan terhadap Noor Mohamed Khan Mohamed Mastan, 40, dan Suraya Hani Ahmad Zaki, 33.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan pasangan itu bagi menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara namun memerintahkan mereka membayar denda.
Jika gagal berbuat demikian, Noor Mohamed Khan dan Suraya Hani berdepan hukuman penjara selama setahun.
Dalam penghakimannya, M.Bakri berkata mahkamah perlu menjatuhkan hukuman berkenaan ke atas Noor Mohamed Khan kerana tertuduh didapati bertindak sebagai perancang selain melibatkan isteri dalam kesalahan itu.
Dia didakwa bersubahat dengan Suraya Hani, yang menerima suapan wang tunai RM250,000 daripada Ketua Pegawai Operasi Siaga Informatics Sdn Bhd Mohd Shukri Othman sebagai upah kononnya wanita itu telah membantu syarikat berkenaan memperoleh surat penganugerahan bagi tender untuk mereka bentuk, melaksana, menguji dan pentauliahan makmal forensik digital SKMM.
Noor Mohamed Khan, yang turut berdepan pertuduhan membantu Suraya Hani memperoleh tender berkenaan, didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Siaga Informatics Sdn Bhd di Jalan USJ 9/5T, Subang Business Centre pada kira-kira 10.25 pagi, 14 Mac 2012.
Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama dibaca bersama Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 bergantung mana lebih tinggi. Suraya Hani, bekas pengurus akaun sebuah syarikat swasta, didakwa menerima suapan itu.
Sepanjang perbicaraan, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wong Poi Yoke memanggil 40 saksi sementara pembelaan, yang diwakili peguam Nasir Aziz, mengemukakan empat saksi.
BERNAMA

Thursday, April 04, 2013

:: PRU13 : Dewan Parlimen dibubar... 03.04.2013...


http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=X1mGTxV6X34#!



KUALA LUMPUR, 3 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 diadakan.
Dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung melalui televisyen, Najib berkata beliau telah menghadap dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk membubarkan Parlimen Ke-12 hari ini.
Beliau turut menasihati semua kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.
DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi member laluan kepada pilihan raya negeri diadakan.
Sarawak mengadakan pilihan raya negeri pada 16 April 2011 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang 55 daripada 71 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Berikutan pengumuman pembubaran itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan pengundian.
Mandat kerajaan semasa akan berakhir pada 28 April 2013.