Saturday, October 18, 2008

:: Timbalan Pengerusi BN... Timbalan Perdana Menteri...?

17 Oktober, 2008 15:37 PM

Sudah Tiba Masanya Untuk Kaji Semula Struktur BN, Kata Chan
By: Ramjit-->

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Masanya sudah tiba untuk Barisan Nasional (BN) mengkaji semula struktur kepimpinannya bagi mencerminkan komposisi parti campuran pemerintah pelbagai bangsa yang lebih baik, kata Timbalan Presiden MCA Tan Sri Chan Kong Choy hari ini. Beliau berkata tidak ada peraturan muktamad dalam BN bahawa pengerusi dan timbalan pengerusi campuran 13 parti mestilah dipegang oleh presiden dan timbalan presiden Umno. "Cadangan mengenai timbalan ketua BN adalah cadangan yang wajar...jika diimbau kembali sejarah Barisan Nasional, tidak ada peraturan muktamad bahawa pemimpin Umno mestilah menduduki jawatan kanan tertentu dalam BN. "Saya masih ingat apabila BN mula ditubuhkan pada 1974, setiausaha agungnya daripada MCA...iaitu Tan Sri Michael Chen. "Tidak ada bahawa pemimpin kanan Umno secara automatik dilantik mengisi jawatan utama BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pemuda MCA di ibu pejabat parti itu di sini.
Chan dan Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti esok. Timbalan presiden MCA itu diminta mengulas saranan Ketua Pemuda yang akan melepaskan jawatan itu Datuk Liow Tiong Lai, yang juga Menteri Kesihatan bahawa BN wujudkan jawatan timbalan pengerusi kedua untuk memberi ruang kepada pemimpin MCA. "Sesungguhnya cadangan Liow itu sudah tiba masanya dan bukan tidak berasas...lihat pada sejarah. Pemimpin BN hendaklah serius dengan cadangan ini terutamanya ketika kita bercakap mengenai perkongsian kuasa dan perubahan dalam BN," tambah beliau.
Mengenai pengharaman Hindraf oleh Kementerian Dalam Negeri, katanya sungguhpun negara membenarkan penubuhan persatuan dan pertubuhan, ini tidak bermakna bahawa mereka yang menubuhkan pertubuhan ini boleh bertindak mengikut sesuka hati mereka. "Ada undang-undang dan peraturan untuk diikuti dan dihormati, ini adalah undang-undang negara ini. Jadi apabila sesebuah pertubuhan itu ditubuhkan, ia tidak boleh bertentangan dengan undang-undang lain dan menggunakan undang-undang sendiri. Mereka mestilah mematuhi peraturan negara. "Saya fikir kerajaan hendaklah memberikan perhatian sangat khas kepada masyarakat India dan cuba mencari jalan membantu komuniti India", tambah Chan.-- BERNAMA

Saturday, October 11, 2008

:: Ganja bernilai RM1.4 juta dilupus





KASTAM Diraja Malaysia (KDRM) Perlis melupuskan 730 ketulan ganja mampat bernilai RM1.4 juta menggunakan insinerator khas ciptaan syarikat Bumiputera, ABM Mix Trading di perkarangan Ibu Pejabat KDRM Kuala Perlis, petang kelmarin.

:: Kisah cikgu lagi


SURAT
Guru tidak berhenti merungut

KERAP KALI saya membaca ruangan Surat Pembaca di akhbar ini, pasti ada isu berkaitan dengan guru. Isu seperti perbezaan gaji di antara guru berijazah atau tidak, elaun yang perlu ditambah kepada guru luar bandar, guru warden, guru kanan, isu cuti sekolah, bebanan tugas berat, penempatan guru, kuarters dan sebagainya. Untuk makluman, saya pernah bertugas menjadi guru sementara selama enam bulan sebelum memasuki sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam pengajian ijazah sarjana muda bidang kejuruteraan. Pengalaman singkat itu memperlihatkan tugas guru tidaklah seberat digembar-gemburkan. Pemerhatian saya terhadap tugas guru adalah seperti berikut. Pertama, jumlah jam bekerja terlalu singkat. Seseorang guru hanya bertugas mengikut sesi pagi atau petang. Bagi sekolah yang mempunyai satu sesi, bermakna seorang guru hanya bekerja enam jam setengah setiap hari.

Bagaimanapun, guru hanya mengajar selama dua hingga tiga jangka waktu (satu jangka waktu bersamaan 40 minit) dan selebihnya adalah waktu untuk menyediakan laporan, rehat, makan di kantin dan berbual-bual. Kedua, jumlah hari bekerja sedikit. Secara umumnya, hari bekerja guru adalah mengikut hari persekolahan murid. Oleh itu, guru tidak bekerja pada cuti hujung minggu, cuti umum, pertengahan semester, pertengahan tahun atau akhir tahun. Sekiranya ditolak daripada 365 hari setahun, maka amatlah sedikit jumlah hari bekerja guru. Walaupun dengan bebanan tugas yang ringan ini, guru membuat banyak permintaan serta rungutan banyak perkara. Tolong jangan katakan bahawa mengadakan mesyuarat mingguan, profil pelajar, soalan peperiksaan, berkursus, kokurikulum adalah tugas sangat berat di samping waktu lapang yang ada di luar waktu mengajar.

Permintaan guru seperti pertambahan gaji atau elaun dan kenaikan pangkat lebih cepat daripada gred 29 ke gred 41 dan ke gred 44, contohnya membuatkan saya tertanya-tanya sama ada wajar ia ditunaikan oleh Kementerian Pelajaran semata-mata menangani isu itu. Kekerapan isu guru dihantar ke ruangan Surat Pembaca juga menyebabkan saya tertanya-tanya adakah profesion guru saja yang wujud dan penting dalam kerajaan. Ataupun sebenarnya guru adalah kakitangan kerajaan yang paling pandai merungut dalam isu gaji yang sebenarnya tidak setimpal dengan input kerja mereka. Adakah guru akan berhenti merungut apabila gaji mereka setaraf dengan gaji bagi profesion peguam, doktor, jurutera dan sebagainya yang memerlukan pencapaian akademik lebih tinggi? Saya ingin meminta golongan pendidik ini supaya memberhentikan penghantaran isu, rungutan peribadi dan luahan rasa kepada media massa secara terbuka dan cukuplah sekiranya Persatuan Guru Kebangsaan (NUTP) menyelesaikannya dengan pihak atasan secara tertutup.

Saya juga mencadangkan supaya NUTP menubuhkan Biro Aduan Khas bagi profesion guru sebagai tempat untuk guru yang menghadapi masalah khusus untuk menyuarakan pendapat secara peribadi.
KAKITANGAN BUKAN GURU,Kuala Lumpur.
... mungkin kenyataan ini akan mendapat reaksi daripada para pendidik lain atau mana2 pihak yang mungkin lebih tahu mengenai guru... pendidik... dan alam pendidikan...

:: Datuk Shah Rukh Khan


Shah Rukh kini Datuk

Oleh Amir Mamat


MELAKA: “Saya gembira dengan pengiktirafan ini dan saya terima tawaran ini dengan hati terbuka. Terima kasih kepada kerajaan Melaka atas penganugerahan itu,” kata aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan kepada wakil Kedutaan India di Malaysia, bulan lalu selepas menerima surat tawaran darjah kebesaran Melaka, Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.


Beliau kini berada di India, berkata demikian menerusi jawapan lisan disampaikan kepada wakil kedutaan berkenaan, sebelum dimaklumkan kepada pihak Jabatan Ketua Menteri, baru-baru ini.


Shah Rukh, 43, yang popular menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai, Khabi Khusi Khabi Gham, Kal Ho Na Ho dan yang terbaru, Lagaan adalah artis pertama luar negara menerima darjah kebesaran dari negara ini yang membawa gelaran Datuk apabila disenaraikan menerima DMSM sempena sambutan hari jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob ke-70, hari ini.


Surat tawaran penganugerahan darjah kebesaran berkenaan dihantar melalui Kedutaan India di Malaysia atas nama syarikat produksinya, Dreamz Unlimited bulan lalu sebelum pihak kedutaan memaklumkan kepada beliau mengenai perkara itu, seterusnya mengesahkan mengenai persetujuan penerimaan anugerah terbabit.


Pemilihan beliau oleh kerajaan negeri menerima darjah kebesaran itu dibuat selepas melihat pembabitannya dalam memartabatkan industri perfileman dunia, selain mampu membantu kerajaan menarik lebih ramai pelancong datang ke negara ini.


Ini kerana, beliau melalui syarikatnya banyak membuat penggambaran di beberapa lokasi di negara ini termasuk Menara Berkembar KLCC dan Dataran Lang di Langkawi menerusi filem One Two Ka Four serta beberapa filem yang mencapai kutipan ‘pecah panggung’.


Beliau yang berasal dari Mumbai, India dijangka menerima anugerah ketiga tertinggi Melaka itu dalam satu majlis khas yang diadakan tidak lama lagi kerana difahamkan tidak dapat hadir menerimanya pada sesi penganugerahan pada hari ini dan esok.


Setiausaha Politik Ketua Menteri, Sardon Basiron, berkata kerajaan Melaka yakin dengan penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh akan memberi banyak manfaat kepada industri pelancongan negara di samping memeriahkan lagi dunia hiburan antarabangsa.


Selain itu, katanya, penganugerahan itu adalah memberi semangat kepada artis tempatan supaya lebih maju dalam bidang seni dan bersaing dengan aktor popular peringkat antarabangsa. “Kami melihat Shah Rukh yang mempunyai ramai peminat di negara ini mampu membantu kita dalam bidang pelancongan kerana beliau boleh memilih banyak lokasi menarik, termasuk Melaka untuk penggambaran filem keluaran syarikatnya,” katanya.


harianmetro


:: Kata beralas

















Saturday, October 04, 2008

:: Terkandas nak beraya





Penumpang berbaris menaiki feri bagi perjalanan dari Jeti Kuala Kedah ke Pulau Langkawi. Pengunjung yang ingin menghabiskan cuti Aidilfitri di pulau itu terkandas lebih lima jam apabila perjalanan feri tidak mengikut jadual. Daripada lapan syarikat feri hanya empat yang beroperasi menyebabkan kekerapan perjalanan berkurang. Kasihan...
Pengalaman yang hampir sama telah dilalui oleh PakNgah sekeluarga untuk berhari raya di Perak sebelum ini. Tersadai lama di LT Kuching dan jadual penerbangan ke KLIA yang ditunda beberapa kali dalam jarak waktu yang lama... dan kesemua itu berakhir dengan berhari raya di Kuching... dan ternyata kita sekadar merancang...

Wednesday, October 01, 2008

:: Beraya tidak serentak

Seperti biasa dengan ucapan standard... dan oleh orang yang sama sejak dulu... maka Penyimpan Mohor Raja2 Melayu pun mengisytiharkan hari raya aidilfitri tahun ini ditetapkan pada 1 Oktober 2009... disiarkan melalui radio dan tv... dan begitulah selalunya.
Teringat suatu ketika dulu... Sultan Perak sebelum Sultan Azlan Shah... telah memaklumkan sehari lebih awal berhari raya bagi segala rakyat jelata yang berada di dalam negeri Perak Darul Ridzuan dan segala jajahan takluk di bawah pemerintahan baginda... kononnya pihak2 tertentu agak lewat memaklumkan penetapan hari raya tersebut... kesannya... rakyat negeri Perak sendiri tidak berhari raya secara serentak... ada yang berhari raya sehari lebih awal mengikut arahan yang dikeluarkan oleh pihak istana... dan ada yang lewat sehari mengikut keputusan Penyimpan Mohor Raja2 Melayu... dan kesemua ini bergantung kepada kepercayaan serta keyakinan masing2...