Thursday, March 31, 2011

:: Sekolah usang... di Sarawak ?



TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, melihat senarai calon Barisan Nasional bagi pilihan raya Sarawak yang dikemukakan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, semasa mesyuarat parti komponen di Kuching hari ini. - Foto Mohd Radzi Bujang
Mar 30, 2011 3:41 pm


Sekolah usang: Taib ucap terima kasih

KUCHING 30 Mac - Peruntukan RM73.68 juta untuk sekolah kebangsaan, sekolah mubaligh dan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di negeri ini menunjukkan bahawa kerajaan Pusat telah memahami keadaan sekolah di negeri ini secara menyeluruh.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, sebelum ini agak sukar untuk pegawai pendidikan meyakinkan pihak atasan bahawa terdapat sekolah yang benar-benar usang di negeri ini.

Katanya, ia kerana pihak berkenaan membuat andaian bahawa keadaan usang itu adalah sebagaimana sekolah luar bandar di Semenanjung yang sebenarnya berada dalam keadaan yang sudah cukup baik.

"Banyak sekolah di Sarawak sudah usang kerana kebanyakannya dibina oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) menggunakan kayu, sebab itu Timbalan Perdana Menteri mahu adakan program menukar keadaan sekolah supaya bertambah baik.

"Saya amat berterima kasih dengan perhatian khas ini," katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), di sini hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Muhyiddin berhubung peruntukan membaik pulih dan menaik taraf bangunan sekolah dengan pecahan RM25.68 juta untuk 130 sekolah mubaligh, RM20 juta untuk 197 SJKC dan RM28 juta untuk 1,266 sekolah kebangsaan.