Sunday, July 20, 2008

:: Najib: 30% pada 2020?

Ekonomi
19 Julai, 2008 21:34 PM


Sasaran Ekuti Bumiputra Pada 30 Peratus Pada 2020

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pegangan ekuiti Bumiputera, terutama Melayu, dijangka meningkat kepada 30 peratus pada 2020 berbanding kira-kira 20 peratus sekarang. Timbalan Perdana Menteri berkata jika kedudukan ekonomi meningkat, sasaran itu lebih mudah dicapai. "Pengagihan kekayaan akan menjurus kepada masyarakat yang adil dan saksama di negara ini," katanya pada sidang media selepas melawat pameran pada Konvensyen Ekonomi Bumiputera 2008, di sini, Sabtu.
Konvensyen itu dianjurkan oleh Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM). Beliau berkata pengagihan kekayaan yang saksama dan adil, boleh dicapai dengan memperkenalkan model perniagaan dan ekonomi baru bagi meningkatkan penyeraan Melayu dalam ekonomi, Najib berkata model itu boleh meliputi usaha mengurangkan risiko dengan menjalankan usaha sama antara Bumiputera dan bukan Bumiputera. Beliau mencadangkan supaya sektor swata Bumiputera memain peranan aktif membatu usahawan Bumiputera dan bukannya terlalu bergantung kepada kerajaan. Najib berkata GABEM juga memain peranan dalam menyediakan cadangan dan pendapat bagi meningkatkan ekuiti dan penyertaan Bumputera dalam ekonomi.
-- BERNAMA