Thursday, July 10, 2008

:: Keretapi di Sarawak?


Main Page » Utusan Borneo » Tempatan »
Wednesday, July 9th, 2008

Sarawak perkenal perkhidmatan kereta api dalam kawasan score

BINTULU: Sistem kereta api pertama di Sarawak akan dibina dalam kawasan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui di Sarawak (SCORE), kata Ketua Menteri, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Katanya sistem kereta api itu adalah bagi menampung keperluan logistik di kawasan koridor itu sepanjang 320 km antara Simunjau di Bintulu dan Tanjung Manis di Mukah bagi menggunakan sumber tenaga yang murah di kawasan itu.

Berucap merasmikan Persidangan Residen dan Pegawai Daerah di sini semalam, beliau berkata pengangkutan menggunakan kereta api merupakan pilihan lebih murah berbanding lori. Tanpa menyatakan kosnya, Abdul Taib berkata projek ke-reta api itu dijangka mengambil masa melepasi tahun 2020.

Beliau berkata SCORE akan menjadi fasa terakhir dalam rancangan pembangunan kawasan tengah Sarawak yang dilihat masih ketinggalan berbanding kawasan utara dan selatan. Ramai tenaga kerja dari kawasan tengah Sarawak berhijrah ke Kuching di bahagian selatan dan di Miri di utara yang kedua-duanya menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan hasil pembangunan yang dicapai sejak 25 tahun lepas.

SCORE yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Februari lepas, dijangka menarik pelaburan bernilai RM300 bilion dalam tempoh 30 tahun akan datang.
“Ianya satu peluang bagi kerajaan negeri memajukan bahagian tengah Sarawak dengan sokongan kerajaan pusat,” kata Abdul Taib. Beliau menyeru Residen dan Pegawai Daerah di Sara-wak supaya membantu rakyat supaya bersedia menerima manfaat daripada pembangunan koridor itu.
— Bernama