Showing posts with label audit. Show all posts
Showing posts with label audit. Show all posts

Tuesday, October 26, 2010

:: Laporan Ketua Audit Negara 2009



10 kementerian, 4 jabatan capai tahap cemerlang dalam pengurusan kewangan 2009: Audit Negara


2010/10/25

KUALA LUMPUR: 10 kementerian dan empat jabatan mencapai tahap cemerlang dalam prestasi pengurusan kewangan pada 2009 dengan memperolehi 90 markah ke atas berbanding dengan hanya empat kementerian dan dua jabatan pada tahun sebelumnya.

Laporan Ketua Audit Negara 2009, yang dikeluarkan hari ini, berkata kementerian yang dinilai cemerlang ialah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Kementerian lain ialah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Jabatan yang mendapat markah cemerlang pula ialah Agensi Nuklear Malaysia, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.

Sementara itu, 15 kementerian dinilai sebagai baik dalam prestasi pengurusan kewangan pada 2009 dengan memperoleh markah antara 80 dan 89, manakala 36 jabatan/agensi memperoleh antara 70 dan 89 markah.

Tiga jabatan memperoleh tahap memuaskan dalam pengurusan kewangan dengan markah antara 60 dan 70 bagi tahun 2009.

Pada keseluruhannya, prestasi pengurusan kewangan di peringkat kementerian dan jabatan bagi 2009 bertambah baik berbanding 2008, kata laporan itu.

Semakan Audit selanjutnya terhadap 25 kementerian mendapati secara umumnya, tiga daripada enam kawalan utama berada pada tahap cemerlang iaitu Kawalan Pengurusan, Perbelanjaan dan Terimaan manakala Kawalan Bajet, Pengurusan dan Akaun Amanah/ Kumpulan Wang Amanah dan Deposit serta Pengurusan Aset dan Stor didapati pada tahap baik.

Bagi 44 Jabatan pula, lima kawalan utama kecuali Pengurusan Aset dan Stor mendapat tahap baik. Pengurusan Aset dan Stor hanya mencapai tahap memuaskan.

Laporan Audit itu turut mengesyorkan beberapa cadangan untuk memantapkan lagi prestasi pengurusan kewangan termasuk Pegawai Pengawal/Ketua Jabatan mengambil tindakan "corrective dan preventive" (membetulkan dan mencegah) terhadap kelemahan yang dibangkitkan Jabatan Audit Negara dan mempertingkatkan penglibatan pegawai pengawal dan ketua jabatan secara "hands-on" dalam perkara ini.

Ia juga mengesyorkan tindakan surcaj atau tatatertib dikenakan terhadap mereka yang gagal memungut hasil atau membuat bayaran yang tidak teratur. - BERNAMA



Tuesday, October 20, 2009

:: T.S.Ambrin Buang: Kelemahan Tadbir Urus

Kelemahan Tadbir Urus Korporat Perlu Ditangani, Kata Ketua Audit Negara

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Kelemahan tadbir urus korporat mestilah diatasi dengan segera, termasuk yang berkaitan dengan kualiti lembaga pengarah dan pasukan pengurusan.

Dalam hubungan ini, mewujudkan petunjuk prestasi utama (KPI) amat penting, kata Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

"Melalui kerja-kerja audit kami, kami dapati beberapa syarikat memerlukan tadbir urus korporat tetapi nampaknya tiada kawalan dalaman manakala audit dalaman dan jawatankuasa audit tidak berkesan, malah tidak wujud," katanya.

Ambrin berkata apa yang menyedihkan ialah prestasi lemah syarikat dari segi keuntungan, ketidakupayaan membayar dividen dan kebergantungan berterusan kepada pinjaman dan pendahuluan daripada kerajaan.

"Kadang kala, pinjaman perlu ditukar menjadi ekuiti bagi memastikan kelangsungannya, dan dengan demikian ia lebih merupakan liabiliti daripada aset," katanya dalam ucaptamanya pada Persidangan ACIIA 2009 anjuran Institut Juraudit Dalaman.

Ambrin berkata audit dalaman dan juga luar boleh dan harus memainkan peranan penting dalam meningkatkan tadbir urus korporat serta menggalakkan budaya ketelusan.

Tadbir urus yang baik, katanya, mestilah wujud bukan sahaja dalam korporat atau sektor swasta, malah juga dalam sektor awam dan masyarakat awam, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Bagi sektor-sektor ini juga, kedua-dua audit luar dan dalaman boleh dan mesti memainkan peranan penting," katanya.

Menurut Ambrin, tadbir urus yang baik dalam sektor awam boleh dilihat dari beberapa sudut, seperti penggunaan kuasa di pelbagai peringkat kerajaan yang "berkesan, jujur, saksama, telus dan bertanggungjawab".

"Satu lagi definisi adalah berkaitan proses perumusan dan pelaksanaan dasar melalui pembinaan konsensus di kalangan sektor-sektor berkenaan, dengan matlamat menambah baik kualiti kehidupan semua warga negara pada keseluruhannya," tegas beliau.

-- BERNAMA

Monday, September 14, 2009

:: Petunjuk dan petanda

Pagi tadi... seawal jam 0820 kami didatangi 7 orang pegawai pemantau audit... boss mengajak ke pejabatnya. Biasalah tu, menerima tetamu.

Semua pihak dalam organisasi telah dimaklumkan bahawa kunjungan para pemantau adalah selama 2 hari... hari ini dan esok. Perlu bersedia semampu mungkin... dan beberapa mesyuarat telah diadakan sebelum ini... bertujuan memaklumkan fokus pemantauan tersebut... dan semua pensyarah serta staf lain diminta untuk berkampung dan tidak meninggalkan organisasi... kecuali yang dibenarkan atas sebab tertentu.

Pemantauan audit sedikit berbeza dengan audit sebenar. Kedatangan mereka lebih kepada "membantu" di mana perlu dan akan lebih banyak "membantu" apabila kita mengambil peluang banyak bertanya... minta pandangan dan mohon cadangan penambahbaikan terhadap segala perkara yang telah dilaksanakan sebelum ini... dan keesokan hari sekitar jam 1000 pagi, insyaAllah akan diadakan sedikit majlis perjumpaan... agar pihak pemantau dapat membentangkan dapatan hasil pemantauan ahli2 mereka...

Bersama2 dengan Dr. Hjh Rahmah (sekretariat Majlis Kualiti), En. Kamaruddin Taib (JK Pencegahan & Penambahbaikan), En. Ho Ho Tong (JK Maklumat Pelanggan) dan Cik Zaliha Musa (S/U Majlis Profesional, Pengurusan & Pentadbiran) di Bilik Mesyuarat Bunga Raya... kami memperolehi banyak input berguna dari perbincangan tersebut... untuk dimanfaatkan kemudian nanti. Manakala pihak lain... bertemu dan dipantau oleh ahli pasukan pemantau yang lain... dan tugas diselesaikan sebelum jam 1400.

Menariknya... ketika di pejabat boss pagi tadi... PakNgah terasa badan amat ringan... hampir tumbang ketika menarik kerusi untuk diduduki di sebelah boss... ketika menerima kedatangan para tetamu tersebut. Rasanya dalam tempoh 30 saat tersebut... PakNgah terasa semacam 2 kali nak tumbang... dan dengan berpaut pada meja boss... dapatlah mengimbangi badan agar tidak tumbang... hmmmm. Kenapa ye?

Dalam hati... hmmm... dah banyak petunjuk dan petanda diberiNYA...