Showing posts with label PBB. Show all posts
Showing posts with label PBB. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

:: Simoi Peri... mengundur atau diundur ?




Giliran Simoi Peri umum undur diri


Posted on March 30, 2011, Wednesday


MIRI: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Lingga, Simoi Peri, mengumumkan pengunduran dirinya secara rasmi dan tidak akan mempertahankan kerusinya dalam Pilihan Raya DUN Sarawak ke-10 bagi memberikan laluan kepada muka baru.

Beliau memberitahu keputusan tidak bertanding tersebut adalah kemahuan dirinya dan bukan atas desakan mana-mana pihak.

“Tiada tekanan daripada pihak pucuk pimpinan mahu pun akar umbi,” kata Simoi kepada pemberita ketika sidang media tergempar beliau bertempat di Marriot Resort & Spa, Miri malam tadi.

Beliau turut memberikan alasan pengunduran dirinya dalam bidang politik dengan mengatakan bahawa beliau ingin memberikan tumpuan terhadap kerja-kerja kebajikan dan kegamaan di samping perniagaan.

“Saya harap tiada pihak yang terkejut atau terkilan dengan keputusan saya ini kerana ia (keputusan) diambil bukanlah atas kepentingan individu atau kepentingan sendiri atau apa-apa,” jelasnya lagi.

Katanya lagi, Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telahpun dimaklumkan tentang pengundurannya dan tiada halangan daripada beliau (Taib).

Simoi merupakan calon ketiga daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang mengumumkan pengunduran diri secara rasmi selepas Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen pada 16 Mac lalu, dan Lihan pada 21 Mac.



Sunday, September 05, 2010

:: Taib Mahmud dapat sokongan penuh






LEADERSHIP STILL NEEDED: The PBB Supreme Council, in a meeting in Kuching yesterday, is urging party president and Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud to stay on as their leader. Here, the supreme council members are seen raising their hands to indicate their support for Taib.

LEADERSHIP STILL NEEDED: The PBB Supreme Council, in a meeting in Kuching yesterday, is urging party president and Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud to stay on as their leader. Here, the supreme council members are seen raising their hands to indicate their support for Taib.




Ahad September 5, 2010
71 Cawangan Mahu Taib Mahmud Kekal Presiden PBB

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mahu Tan Sri Abdul Taib Mahmud kekal sebagai presiden parti tersebut dan Ketua Menteri bagi memastikan kestabilan politik serta pembangunan Sarawak secara berterusan.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, Taib selaku Ketua Menteri, mendapat sokongan penuh semua 71 ketua cawangan yang diwakili kaum bapa serta sayap pemuda dan wanita PBB, iaitu anggota majlis tertinggi PBB, melalui ikrar taat setia dan usul yang dibuat pada mesyuaratnya yang dipengerusikan sendiri oleh Taib, Ahad.

"Kami (anggota PBB) sebulat suara menyokong penuh kepimpinan Pehin Sri (Tan Sri) Abdul Taib Mahmud dan akan terus menyokong pucuk pimpinan beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita di sini.

Taib yang meninggalkan mesyuarat 10 minit lebih awal, enggan memberikan sebarang komen kepada wartawan, sebaliknya menyerahkan kepada timbalannya untuk memberi kenyataan berhubung perkara itu kepada pihak media.

Pemimpin berusia 74 tahun itu merupakan Ketua Menteri Sarawak paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun sejak menyandang jawatan tersebut pada 26 Mac 1981.

- BERNAMA