Showing posts with label Taib Mahmud. Show all posts
Showing posts with label Taib Mahmud. Show all posts

Sunday, September 05, 2010

:: Taib Mahmud dapat sokongan penuh






LEADERSHIP STILL NEEDED: The PBB Supreme Council, in a meeting in Kuching yesterday, is urging party president and Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud to stay on as their leader. Here, the supreme council members are seen raising their hands to indicate their support for Taib.

LEADERSHIP STILL NEEDED: The PBB Supreme Council, in a meeting in Kuching yesterday, is urging party president and Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud to stay on as their leader. Here, the supreme council members are seen raising their hands to indicate their support for Taib.




Ahad September 5, 2010
71 Cawangan Mahu Taib Mahmud Kekal Presiden PBB

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mahu Tan Sri Abdul Taib Mahmud kekal sebagai presiden parti tersebut dan Ketua Menteri bagi memastikan kestabilan politik serta pembangunan Sarawak secara berterusan.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, Taib selaku Ketua Menteri, mendapat sokongan penuh semua 71 ketua cawangan yang diwakili kaum bapa serta sayap pemuda dan wanita PBB, iaitu anggota majlis tertinggi PBB, melalui ikrar taat setia dan usul yang dibuat pada mesyuaratnya yang dipengerusikan sendiri oleh Taib, Ahad.

"Kami (anggota PBB) sebulat suara menyokong penuh kepimpinan Pehin Sri (Tan Sri) Abdul Taib Mahmud dan akan terus menyokong pucuk pimpinan beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita di sini.

Taib yang meninggalkan mesyuarat 10 minit lebih awal, enggan memberikan sebarang komen kepada wartawan, sebaliknya menyerahkan kepada timbalannya untuk memberi kenyataan berhubung perkara itu kepada pihak media.

Pemimpin berusia 74 tahun itu merupakan Ketua Menteri Sarawak paling lama berkhidmat iaitu selama 29 tahun sejak menyandang jawatan tersebut pada 26 Mac 1981.

- BERNAMA



Sunday, September 06, 2009

:: Taib Mahmud menang

06 September, 2009 11:31 AM

Taib Mahmud Menang Tanpa Bertanding Pengerusi PBB Cawangan Balingian

SIBU, 6 Sept (Bernama) -- Ketua Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menang tanpa bertanding jawatan pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan Balingian pada persidangan perwakilannya di Pusat Sivik Mesra di Mukah, dekat sini , Sabtu.

Turut menang tanpa bertanding ialah timbalannya yang juga bekas Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Muhammad Leo Micheal Toyad, yang juga anggota Parlimen Mukah.

Menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris, Eastern Times pada Ahad, Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, yang juga Menteri Perumahan negeri mewakili Taib pada majlis penutupan persidangan itu.

Abdul Yakub Arbi dipilih setiausaha cawangan itu. Bagi sayap Wanita, Jaidah Bujang dipilih sebagai pengerusi dan dibantu Jasni Ramli.

Bagi sayap Pemuda, Ryandi Teckin menang tanpa bertanding bagi jawatan ketuanya manakala Karnain Mohd Ali dipilih timbalan ketua. Raymund Tanin dipilih sebagai setiausaha.

Dalam ucapan alu-aluannya pada persidangan itu, Dr Toyad berkata cawangan itu menyokong Taib untuk terus kekal sebagai pengerusi, sebagai presiden PBB dan sebagai ketua menteri.

Abang Johari, semasa menyampaikan amanat Taib, berkata semua anggota parti perlu kekal bersatu untuk memastikan ia terus kukuh lebih-lebih lagi dalam menghadapi cabaran lebih besar dalam memacu gelombang kedua pembangunan negeri.

Katanya mereka tidak harus melibatkan diri dalam politik berpuak tetapi perlu memainkan peranan bersama-sama "dalam menentukan hala tuju parti agar terus relevan dengan perubahan landskap ekonomi negeri selaras dengan hasrat Sarawak untuk menjadi sebuah daripada negeri termaju di negara ini".

-- BERNAMA