Thursday, December 21, 2006

:: Di Pantai 3

Rumah Pusaka: Inilah antara pusaka peninggalan allahyarham ayahanda Lin bin Che Rus dan allahyarhamah bonda Che Mah bt. Mat Isa di Batu 51, Pantai Remis, Perak. Rumah asal sebenarnya telah diubahsuaikan dan dibina di atas tapak yang sedikit digerakkan ke belakang (arah matahari naik) setelah dihempap sebatang pokok kelapa akibat ribut melanda seluruh kawasan di Pantai Remis pada sekitar hujung 60an (kalau tak silap le). Di rumah inilah kesemua anak2 yang seramai 7 orang (Azizah, Mohammad, Azizi, Aziah/Rosiah, Azian, Azman & Azlan) dididik dan dibesarkan manakala 2 orang lagi telah meninggal dunia sewaktu kecil. Azmi, setahun lebih usianya dan Awang berusia 7 hari (belum didaftarkan kelahirannya) ketika meninggal dunia. Jika tidak, gamat dan "meneru" le anak2 lelaki keluaran Bt.51 ni, manakan tidak...7 lelaki dan 2 perempuan. Allah lebih menyayangi mereka berdua. AlFatihah.

Milik Siapa Ni?: Inilah banglo milik Pak Ndak Yan dan Mak Ndak Rahimah sekeluarga di Lorong Masjid, Kg. Sungai Batu, Pantai Remis, Perak Darul Ridzuan. Inilah juga tempat Pak Ngah "melepak" sepanjang balik bercuti ke Pantai Remis baru2 ni. Terima kasih bebanyak le kepada tuan rumah kerana sudi menerima tetamu dari Kuching tu.

"Mungkin dalam tempoh terdekat ni akan ada satu lagi bangunan baru di bahagian depan halaman rumah ni..." ...itulah antara kata2 yang diucapkan oleh Pak Ndak Yan ketika berbual2 tentang perancangan masa depannya. Pak Ngah doakan agar cita2 dan harapannya menjadi kenyataan.