Saturday, December 23, 2006

:: Di Pantai 1

Mendahului kami: Inilah batu nisan allahyarhamah bonda Che Mah bt Mat Isa yang mencatatkan..."Alfatihah. Che Mah bt Mat Isa kembali kerahmatullah pada 27 Zulkaedah 1423 bersamaan 30.1.2003.....". Dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Sungai Batu, Pantai Remis, Perak Darul Ridzwan. Pak Ngah sempat le menjengok muka ke Pantai sebelum allahyarhamah dikebumikan, walaupun Pak Ngah ada beritau sedara mara dan waris yang lain .. "kalau dapat tunggu..tunggu le" sebab kurang "manis" sebenarnya melewat2kan jenazah untuk dikebumikan. Pak Ngah mohon maaf atas kelewatan tersebut. Pak Ngah tiba dah dinihari di Manjung, dijemput dik Pak Ndak dan Pak Tam. Sempat le Yaasiin dibacakan untuknya yang diletakkan di ruang yang menjadi kegemarannya berehat, berbual dan bersantai, iaitu di penjuru luar bilik tidurnya. Amat tenang wajahnya, bila diteliti dan diamati. Sebelum Pak Ngah kembali ke Sarawak, maka tertubuh le Yayasan Che Mah yang dianggotai oleh anak2nya yang bakal menjaga "kebajikan dan masa depan" generasi Lin & Che Mah, InsyaAllah.

Alfatihah: Batu nisan allahyarham ayahanda Lin bin Che Rus yang mencatatkan.."Lin bin Che Rus kembali kerahmatullah 11.11.1986". Pak Ngah terkilan sedikit tentang ini. Tak sempat balik sebenarnya dan pada masa tu jadual penerbangan dari Sibu ke Kuching tidak le sekerap sekarang ni. Jika balikpun tak sempat. Namun kami telah mengadakan sembahyang berjamaah Maghrib dan Insya' selama seminggu serta mengadakan tahlil bersama jiran2 terdekat. Dan kalau tak salah ingatan, Pak Ngah baru je balik bercuti ke Pantai untuk menziarahi ayah yang tenat ketika itu, seminggu sebelum pemergiannya. Tidak berpeluang untuk bersama2nya di saat2 akhir pemergiannya. Ini bermakna, allahyarham ayahanda dahpun melewati 20 tahun meninggalkan kita demi menyahut seruan Ilahi. Dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Sungai Batu, Pantai Remis, Perak Darul Ridzuan, berdekatan isteri tercintanya (Allahyarhamah Che Mah bt. Mat Isa) disemadikan.


Pengawal dan Pengapit: Farah dan Ramli sedang duduk terhenam di rumah Pak Ndak Yan dengan diapit dan dikawal dik anak2 Pak Ndak Yan. Selepas makan malam, Farah dan Mak Njang Aziah balik ke Ipoh manakala Ramli dan Pak Njang Mansor akan ke Pulau Pinang untuk Sukan Permainan Tradisional peringkat kebangsaan. Mereka le yang cerita semua ni, kalau tidak mana Pak Ngah tau....


Mula Melangkah: Mak Ndak Rahimah sedang mengira dan menyemak baki stok dan barangan yang baru dibeli. Didoakan agar berjaya sebagai stokis revell atau bidang lain yang bakal diceburi nanti. Keazaman dan kegigihan Pak Ndak Yan dan Mak Ndak Rahimah yang ditunjukkan selama ini, dikirakan mereka akan mampu bergerak jauh ke hadapan, InsyaAllah.

Pacak Lutut: Sedap ooooo...duduk macam ni. Bersantai sakan di banglo Pak Ndak Yan. Kelihatan dua beradik seibu sebapa yang mungkin punya banyak persamaan dan perbedaan. Lumrahnya begitulah.....


Sesekali Berkumpul: Bergambo ramai. Agak2 le...apa yang menjadikan mulut "hero dan waris keras" Pak Ndak Yan tu kelihatan berwarna putih? Kalau tak ditampal plaster tentu le botol susu....


Bersopan: Bersama2 Syami yang sentiasa bersopan santun, bertertib lendit dan "malu2 kuching".. Anak kesayangan Pak Teh Man dan Mak Teh Nurul ni amat berminat dan menampakkan minat yang mendalam dalam hal2 keagamaan. Banyak pertandingan hafazan yang diikuti dibuktikan dengan pulang tidak dengan tangan kosong. Hebat!! Syabas!!

...................................................................................................