Sunday, December 24, 2006

:: Ada Tugas di Pangkor

Balik Kampung: Merasa juga le menjalankan tugas rasmi di tempat sendiri. Hehehe. Pangkor, Lumut dan kawasan sekitar tu....kira dah macam tempat sendiri le. Mesyuarat/kursus yang dijalankan lebih kepada pembinaan pasukan selain dari satu dua input daripada pihak BPG dan PPD Manjung. Fokus lebih kepada mantan pengetua2 sekolah yang baru ke IPG. Aktiviti, program dan pengisian bermanfaat.
Berkilat: Badan yang sediakala berkilat semakin menjadi2 le apabila sehari suntuk terlibat dalam program rafting dari Teluk Nipah ke Pulau Ghiam ulang alik dan snorkelling di sekitar Pulau Ghiam...(betul ke tidak ejaannya tu...Ghiam atau Giam). Sayang...kamera tak dibawa untuk merakam detik dan suasana menarik di situ.

Pelik: Inilah yang ternyata pelik tetapi benar. Kolam renang di resort dibina "ditobiaq" (pinggir) pantai. Hotel2 lain pun macam tu le jugak. Mungkin lebih berguna kepada pengunjung yang nak berenang tapi tak mau kena riak dan alun kut di samping "takut" kena air masin. Namun, paling sesuai untuk kanak2....tapi mek2 salleh ramai gak yang berenang dan bersantai di situ. Orang2 tempatan hanya mengawal selia anak2 mereka je...sebab mereka "malu2" kut untuk turut berenang sama.

Deruan dan desiran: Ini le laluan ke pantai dari chalet yang Pak Ngah diami. Ketika itu, air sedang pasang. Deruan dan desiran air laut akibat tiupan angin yang memukul pantai jelas kedengaran terutama di malam hari, atau ketika suasana sunyi. Amat menyelesa dan amat menyenangkan. Tambahan pula chalet yang didiami Pak Ngah tu adalah yang yang paling hujung dan yang paling hampir dengan pantai. Sayang sekali...cuma sorang diri di sebuah chalet sebegitu...tiada ahli keluarga yang ikut sama.


Muncung kuning air: Gambar ini sempat dirakam ketika dalam perjalanan nak balik ke chalet selepas minum petang. Dua ekor burung enggang menjunam turun untuk menjamah roti dan perut ayam yang disediakan dik pihak resort. Menurut kata staf di situ, burung ni jenis liar, tidak dipelihara dan akan datang makan 2 kali sehari, pagi dan petang. Kekadang tu banyak dan "meneru"...kata mereka lagi...."tapi selalunya...2 ekor tu le".
Di Sarawak, disebut sebagai burung kenyalang yang paruhnya berwarna "kuning terang" atau "kuning pinang masak". Enggang di Pangkor ni, berparuh warna "kuning air". Spesis yang sama juga yang kami temui di Pulau Ghiam ketika rafting dan snorkelling.

Sunyi dan sepi: Inilah chalet yang Pak Ngah diami tu.Terletak di pinggir pantai. Bila ditunjukkan gambo2 ni kat anak2...."kenapa le ayah tak nak bawak kami ikut sama?", kata Anjang. "Kalau tidak...best woooo...", pintas Acik pula.


Laluan: Bangunan utama Teluk Dalam Resort yang dilihat dari jalan masuk. Bas takde. Cuma van je yang dijadikan teksi untuk pergi balik ke Pekan Pangkor dengan bayaran RM30 dengan muatan 10 orang. Kira dah murah le tu... Nak murah lagi, resort ni ada sediakan sewaan motosikal dengan bayaran RM15 untuk 2 jam...kira jenuh le nak meronda seluruh pulau tu. Nak lagi murah pun ada....iaitu berjalan kaki....hehehe...tapi kena sediakan minyak untuk urut betis nanti...hehehe.

Deretan: Inilah antara deretan kedai di Pekan Pangkor. Pekannya "agak besar" (10 minit dah habis kesemua kedai di pekan tu dimasuki...hehehe...). Di kedai inilah dibeli dua tiga helai t-shirt "Pangkor" untuk anak2. Di depan kedai inilah juga kami pekena cendol dan pisang goreng panas. Best wooo..., di tepi jalan yang agak sepi sebab jarang2 sekali kenderaan melaluinya, berada di bawah pokok rendang dan angin bertiup sepoi2 bahasa. Fuh....best betul!!

Rakan2 dari Semenanjung banyak le memborong sakan segala mak nenek ikan masin, sotong dan ikan bilis. Sebaliknya bisikan rakan2 dari Sabah dan Sarawak..."murah lagi di tempat kami...". Kata2 itu juga turut diucapkan oleh Pak Ngah sendiri.