Monday, December 25, 2006

:: Cuti di Miri/Bintulu 2

Aiskrim: Selepas penat membetis membelek2 di setiap kedai, terjumpa stall aiskrim...apa lagi!!Dari kiri: Jazlan (adik Mak Ngah), Wardati (adik Mak Ngah dan kembar Jazlan), Shafiqah (anak Jazlan), Kusnah (isteri Jazlan) sedang meriba Anis (anak bungsunya), Mak Ngah, Along, Acik dan Anjang.
Tiada dalam gambar: Pak Ngah (sebab muka tak handsome) dan Alang (tukang ambik gambar)


Lubuk Tedung: Dalam perjalanan balik dari Miri ke Sri Aman. Berhenti sekejap nak basuh muka dan basahkan kepala untuk hilangkan rasa mengantuk yang teramat sangat. Letih wooo..... Mana tidaknya, 4 Disember Kuching ke Bintulu (9 jam), 5 Disember Bintulu ke Miri (3 jam) dan 6 Disember bertolak balik ke Kuching (14 jam termasuk berhenti solat, rehat dan makan). Perlu balik ke Kuching pada 6 Disember tu, untuk suatu tugas yang tak dapat dielakkan, tapi akhirnya tak juga jadi ke Putrajaya kerana masalah kesihatan (flu dan batuk). Maka dapat le letih percuma....tujuan bercuti sepenuhnya pun agak tak kesampaian nampaknya.
Asal Usul Lubuk Tedung: Orang di sini kata: Lubuk Tedung ni adalah betul2 lubuk ular tedung. Segala mak nenek dan kaum kerabat ular tedung ada di sini. Keadaan tu kekal hingga sekarang. Pak Ngah tak le pula cuba untuk mengesahkan kebenaran cerita tu...hehehe.

JPJ Miri: Ni baru betul2 gambar kenangan. Mana taknya, kena tahan dik pihak JPJ Batu Niah dalam perjalanan dari Bintulu ke Miri pada 5 Disember untuk pemeriksaan biasa. Rupa2nya lesen memandu dah tamat bulan Jun. Fuiyo.... Inilah akibat bila baharui lesen memandu selama 5 tahun...terlupa nak perbaharui. Lain le kalau kita sambung setiap tahun, insyaallah akan sentiasa ingat. Dapat le "surat cinta" dari pihak JPJ tu. Perlu dibayar dalam tempoh sebelum 1 Januari dan lesen memandu perlu diperbaharui segera, kata mereka lagi. Rupa2nya lesen memandu Mak Ngah pun dah tamat tempohnya...bulan Ogos. Fuiyo. Pengajaran untuk semua...sentiasa le belek lesen memandu...kalau boleh setiap hari...sebelum keluar memandu...kahkahkah...dan kad pengenalan pun mesti ada...hehehe.

Terjumpa pejabat JPJ Miri dalam perjalanan ke Bandar Miri sebelum ke rumah Wardati. Biasanya denda RM200, kata boss JPJ. Entah macam mana terlembut hatinya bila Pak Ngah merayu secara lisan...cuma kena bayar separuh je. Alhamdulillah. Kemudian lesen memandu untuk Pak Ngah dan Mak Ngah pun disambung untuk setahun...hehehe.



Bergambar: Acik kata...mama ni...kat sign tu pun nak bergambar...cari le tempat lain. Anjang sokong mamanya...biar le, katanya...yang penting ada perkataan MIRI tu...baru sah mama bergambar di Miri....



Sekolah Wardati: Terjumpa sekolah ni dalam perjalanan ke Miri. Mak Ngah nak bergambar jugak2 sebagai kenangan itulah sekolah tempat Wardati (adik Mak Ngah) sedang mengajar. Jauh juga dari rumah sewa Wardati...kira2 45 minit memandu.


Batu Niah Food Court: Berhenti sekejap di sini dalam perjalanan ke Miri untuk membetulkan kaki yang lenguh2 dan leher yang dah mula sakit2. Cuma beli 2 kg buah salak di sini. Murah betul..RM3.00 se kg. Manis betul buah salak di sini...sayangnya cuma Pak Ngah, Mak Ngah dan Acik je yang meminatinya. Yang lain2 tu, jangan kata nak jamah...jeling pun tak nak. Kalau nak ke Gua Niah...kena masuk simpang ke kiri dekat Pekan Batu Niah ni.


Nenas 10 biji setangkai: Pak Ngah tak buang masa nak bergambar dengan nenas sebegini yang jarang2 sekali kita berkesempatan menemuinya. Nenas itu hanyalah untuk pameran je oleh salah sebuah stall di Batu Niah Food Court tu. Setelah minta kebenaran tuan punya nenas tu, maka bergambarlah Pak Ngah. Buah asasnya sebiji je..yang paling atas tu..dan buahnya besar dari 9 biji yang lain di bahagian bawahnya yang saiznya kecil sedikit. Tangkainya macam biasa, terletak di bahagian bawah yang Pak Ngah pegang dengan tangan kanan tu.