Saturday, November 13, 2010
:: Guru: Bercuti panjang ?
Usah merungut cuti tak cukup
Friday, November 12, 2010
:: UPSR 2010: 2,035 dapat semua A di Sarawak
Home - Utusan Borneo - Berita Tempatan - Pencapaian UPSR 2010 di Sarawak meningkat
Pencapaian UPSR 2010 di Sarawak meningkat
Posted on November 12, 2010, Friday
Jabatan Pelajaran Sarawak semalam memberitahu, jumlah tersebut adalah meningkat berbanding tahun lepas, hanya 1,995 yang berjaya mencatatkan keputusan tersebut.
Daripada jumlah tersebut (2,035), seramai 1,652 murid adalah dari Sekolah Kebangsaan (SK) dan 383 murid dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
Manakala dari segi sekolah yang berjaya mendapat 100 peratus kelulusan, sebanyak 65 sekolah berjaya mencatatkan keputusan berkenaan di negeri ini berbanding 55 sekolah tahun lepas.
Daripada 65 buah sekolah tersebut, 56 adalah SK dan sembilan buah adalah SJKC.
Selain itu, pencapaian sekolah yang mencatatkan 90 hingga 99.9 peratus pada tahun 2010 turut menyaksikan peningkatan yang ketara di mana 54 mencapai pencapaian tersebut berbanding 27 buah pada tahun lepas.
Ia diikuti dengan pencapaian 80 hingga 89.9 peratus yang turut meningkat di mana tahun ini mencatatkan 124 sekolah berbanding 107 pada tahun lepas.
Dari segi pencapaian penguasaan minimum gred C, SK menunjukkan peningkatan dalam empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu (Pemahaman) 4.03 peratus, Bahasa Inggeris (6.76 peratus), Matematik (1.77 peratus) dan Sains (6.15 peratus).
Untuk SJKC pula, dua mata pelajaran menunjukkan peningkatan iaitu Bahasa Inggeris (2.60 peratus) dan Sains (1.61 peratus).
Manakala dari segi minat pelajar, dari segi statistik, pelajar lebih cenderung dalam bidang akademik, diikuti sukan, teknik/vokasional, seni dan budaya serta sosial.
Dalam sebuah kenyataan akhbar, Pengarah Pelajaran Sarawak Mortadza Alop mengingatkan permohonan untuk semak semula perlu dibuat dalam tempoh 30 hari selepas tarikh pengumuman keputusan iaitu pada 11 November.
:: 24 tahun... ayahanda meninggalkan kami
:: PROTON: Inspira bermula dengan harga RM78,999 ?
Inspira lebih murah
Oleh Ahmad Farizal Hajat
ahmadfarizal@bharian.com.my
2010/11/11
Thursday, November 11, 2010
:: UPSR 2010: KPPM umum 48,327 dapat semua A
Nov 11, 2010 3:42 pm
2010/11/11
48,327 calon UPSR dapat semua A
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 11 Nov. - Seramai 48,327 daripada 482,334 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini mendapat keputusan cemerlang atau semua A iaitu keputusan terbaik dalam tempoh empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN).
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, pencapaian keseluruhan peperiksaan itu didapati meningkat kepada 10.2 peratus daripada 9.51 peratus tahun lalu.
Bagaimanapun, katanya, peratusan yang berada di bawah tahap pencapaian minimum iaitu semua Gred D atau E atau kombinasi kedua-duanya telah berkurangan daripada 3.99 peratus kepada 3.39 peratus pada tahun ini.
''Peratusan calon yang mendapat minimum Gred C didapati menurun sebanyak 1.37 peratus berbanding tahun lalu," katanya pada sidang akhbar mengumumkan keputusan peperiksaan itu di sini hari ini.
Abd. Ghafar berkata, pencapaian calon luar bandar dan bandar turut meningkat, dan ini telah merapatkan jurang pencapaian calon cemerlang sebanyak 0.04 peratus.
"Peningkatan calon dapat dilihat secara keseluruhan melalui nilai GPN yang mengecil iaitu 0.01 bagi bandar dan 0.05 bagi luar bandar.
''Pencapaian calon di bawah tahap penguasaan minimum di luar bandar juga menurun menandakan pencapaian mereka semakin baik," katanya.
Abd. Ghafar berkata, bilangan calon istimewa pada tahun ini bertambah sebanyak 184 orang dan pencapaian baik mereka meningkat sebanyak 1.97 peratus manakala GPN bagi pencapaian keseluruhan meningkat sebanyak 0.02 peratus.
Menurut Abd. Ghafar, bagi prestasi mengikut pelajaran pula diukur mengikut Gred Purata Mata pelajaran (GPMP) dan analisis prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) perlu dibuat secara berasingan memandangkan bilangan waktu pembelajaran berbeza dan kertas soalan disediakan tidak setara.
Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman di SK, terdapat peningkatan pada Gred A iaitu 4.5 peratus namun bagi Bahasa Melayu Penulisan bagi Gred A menurun sebanyak 8.9 peratus.
''Prestasi mata pelajaran Bahasa Inggeris di SK secara keseluruhannya meningkat dengan mencatatkan nilai GPMP sebanyak 2.74 peratus pada tahun ini berbanding 2.79 peratus pada tahun lalu.
''Di SJK pula, prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan bagi Gred A menurun masing-masing sebanyak 2.9 peratus dan 3.4 peratus, bagaimanapun bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris meningkat 2.69 peratus berbanding 2.8 peratus tahun lalu.
''Bagi mata pelajaran Sains dan Matematik, peratusan calon mendapat Gred A meningkat iaitu masing-masing 1.9 peratus dan 1.7 peratus daripada tahun lalu," katanya.
Dalam pada itu, tahun ini merupakan tahun kedua Ujian Aptitud diduduki semua pelajar Tahun Enam sebagai memberi gambaran tentang kebolehan dan kesediaan mental sebelum memasuki sekolah menengah.
Katanya, keputusan ujian itu yang dilaksanakan berdasarkan dua kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah serta membuat keputusan turut diambil kira sebagai salah satu syarat pemilihan ke sekolah berasrama penuh.
''Daripada keputusan ujian ini, kecenderungan pelajar kepada bidang sosial dan budaya dan sukan menunjukkan peningkatan mendadak sebaliknya bidang akademik, teknik dan vokasional serta seni menunjukkan penurunan ketara pada tahun ini.
''Bagaimanapun, kecenderungan ini mungkin boleh berubah mengikut masa, persekitaran, pengaruh rakan sebaya dan maklumat-maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber," katanya.
Bagaimanapun, katanya, ujian tersebut telah berjaya mengumpul maklumat tentang minat, potensi, kecenderungan pelajar pada akhir tahun persekolahan dan harus digunakan di peringkat nasional untuk pelbagai tujuan dalam membentuk modal insan berkualiti pada masa depan.
Sunday, November 07, 2010
:: Teksi air di Sungai Sarawak ?
Perkhidmatan teksi air Sungai Sarawak dimulakan sebulan lagi
Posted on November 6, 2010, Saturday
KUCHING: Perkhidmatan teksi air di Sungai Sarawak akan dimulakan dalam tempoh sebulan lagi kata Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.
“Dalam masa sebulan ini (perkhidmatan teksi air) akan beroperasi dan ia mampu memuatkan sepuluh orang penumpang.
“Namun demikian, setakat ini tambang untuk teksi air belum ditentukan lagi,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pesta Satok 2010 dekat sini, semalam.
Menurutnya, laluan teksi tersebut adalah dari Pusat Konvesyen Borneo Kuching (BCCK) hingga ke Kubah Ria Baru.
“Kita telah meluluskan RM4 juta untuk kita membina jeti di BCCK… kita sudah ada peruntukan,” sambil menambah bahawa jeti tersebut sedang dalam pembinaan.
Beliau turut berkata, operasi teksi air tidak akan menjejaskan kegiatan perahu tambang kerana teksi air beroperasi untuk membawa penumpang ke destinasi yang lebih jauh.
Selain itu, Abang Johari turut berkata bahawa sebuah restoran terapung di atas kapal akan turut diwujudkan dan setakat ini kapal tersebut sudah ditempah dari Kampung Beladin.
Terdahulu, Abang Johari dalam ucapannya berkata kerajaan akan mengadakan program selama 10 tahun untuk menaik taraf bandar raya Kuching selaras dengan Program Transformasi Ke-rajaan (GTP).
Menurutnya, salah satu fokus GTP adalah menumpukan pembangunan bandar dalam usaha memajukan sektor pelancongan.
“Pelancongan merupakan industri baru yang bersih dan seluruh dunia kini menumpukan kepada industri pelancongan.
“Sebagai contoh negara New Zealand dahulunya adalah negara pertanian tetapi kini berubah ke arah pelancongan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Koordinasi Pelancongan Satok Abdul Rahman Adenan dalam ucapan aluannya berkata, penganjuran Pesta Satok pada tahun ini masuk tahun keempat.
Katanya, tujuan penganjuran Pesta Satok adalah untuk menjadikan Satok sebagai hab ekopelancongan.
Turut hadir pada majlis semalam adalah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof, Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara Mohd Atei Abang Medaan, isteri Abang Johari iaitu Datin Amar Jumai’ani Tuanku Bujang serta kenamaan-kenamaan lain.
Wednesday, November 03, 2010
:: Belanjawan Sarawak...2011
Bajet cenderung pembangunan
Posted on November 2, 2010, Tuesday
RM4.974 bilion untuk mengukuh dan memapankan pertumbuhan ekonomi negeri tahun depan
KUCHING: Sebanyak RM4.974 bilion diperuntukkan oleh kerajaan negeri dalam Bajet 2011 yang bertujuan memperkukuhkan pembangunan yang lebih seimbang dan memapankan pertumbuhan ekonomi negeri ini pada tahun depan.
Ketua Menteri Pehin Sri Taib Mahmud ketika membentangkan bajet itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam berkata bajet ini lebih cenderung kepada pembangunan bagi merangsang aktiviti dan memapankan pertumbuhan ekonomi negeri.
Taib berkata, daripada jumlah peruntukan itu sebanyak RM3.63 bilion atau kira-kira 73 peratus untuk pembangunan dan RM1.344 bilion atau 27 peratus untuk perbelanjaan pengurusan.
Menurutnya, selain untuk merangsang aktiviti ekonomi negeri pada tahun depan, bajet ini juga bertujuan memberi peruntukan secukupnya bagi memastikan semua projek pembangunan dapat dijalankan dengan lancar, ujar beliau.
Di samping itu bajet ini juga untuk memastikan rancangan jangka panjang penstrukturan ekonomi dan sosial serta pengagihan pembangunan secara menyeluruh di negeri ini dapat dilaksanakan.
“Bajet 2011 cenderung kepada pembangunan untuk merangsang aktiviti dan pertumbuhan ekonomi negeri ini pada tahun depan,” katanya.
Semasa menekankan enam petunjuk dalam bajet ini, Taib juga terus memberi jaminan bahawa bajet negeri tahun depan akan kekal bajet surplus.
Katanya, ini bagi memastikan negeri ini memiliki kedudukan kewangan yang kukuh untuk menampung sebarang kemungkinan keperluan pembangunan.
“Bajet 2011 dijangka akan menyaksikan surplus RM60 juta,” katanya.
Petunjuk lain ialah untuk kepentingan pengagihan sumber pembangunan dan perkhidmatan yang sama rata kepada rakyat dan membuka peluang kepada pertumbuhan aktiviti produktif dalam sektor pengangkutan dan telekomunikasi, perdagangan dan industri serta pertanian dan pembangunan tanah.
Selain itu ia juga untuk memastikan pengurusan kewangan kerajaan negeri dilakukan secara efektif dan efisien, katanya.
Taib berkata, daripada jumlah bajet untuk pembangunan, RM1.737 bilion diperuntukkan kepada sektor pembangunan seperti industri dan kewangan yang bertujuan melaksanakan projek-projek perindustrian serta membangunkan program keusahawanan dan pelaburan.
Sektor pertanian mendapat peruntukan RM635 juta untuk membantu para penternak, nelayan dan petani di samping untuk melakukan penyelidikan pertanian dan perhutanan serta untuk keperluan sistem kumbahan dan pengairan.
Kerajaan negeri juga memperuntukkan RM447 juta bagi tujuan menaik taraf serta membangunkan projek bekalan air bersih.
Manakala RM249 juta untuk sektor komunikasi dan pengangkutan, RM343 juta untuk pelaksanaan program di bawah pentadbiran negeri dan RM219 juta untuk pembangunan sosial dan perkhidmatan masyarakat termasuk perumahan, skim persaraan, serta kemudahan sukan dan rekreasi.
Selain daripada itu, kita masih mengharapkan lebih banyak peruntukan daripada kerajaan persekutuan untuk pelaksanaan projek-projek jalan dan menyediakan kemudahan untuk penduduk di luar bandar.
Taib berkata, pendapatan negeri ini tahun depan diunjurkan kepada RM3.904 bilion.
Beliau berkata, sektor minyak dan gas dijangka menyumbang RM1.629 bilion atau 42 peratus daripada jumlah itu.
Selain itu sektor perhutanan dijangka akan menyumbang sebanyak RM585 juta atau 15 peratus daripada unjuran hasil negeri itu kelak.
Selebihnya dijangka akan disumbang oleh hasil daripada pelbagai jenis cukai.
“Sebagai sebuah negeri yang membangun adalah penting untuk kita memberikan prioriti yang lebih kepada sektor pembangunan, oleh itu 73 peratus daripada bajet 2011 akan diperuntukkan untuk sektor pembangunan.
“Peruntukkan bagi bajet 2011 bertujuan untuk merangsang kegiatan ekonomi negeri dan secara langsung menstabilkan keadaan ekonomi semasa,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa membentangkan Bajet 2011 pada mesyuarat kedua sesi ke-16 Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini semalam.
Tambahnya lagi, bajet 2011 lebih kepada penstrukturan semula ekonomi dan sosial, dan pelan transformasi bagi memastikan seluruh pelosok negeri menikmati pembangunan yang sama rata.
Pelaksanaan bajet 2011 akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta pelaburan dan seterusnya membantu mengurangkan jurang perbezaan pembangunan di bandar dan luar bandar.
Budget for high income economy
by Peter Sibon. Posted on November 2, 2010, Tuesday
KUCHING: Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud said yesterday that the 2011 State Budget was not an ‘election budget’ but rather “a budget to achieve a high income economy”.
Earlier, when presenting the budget, he said that the 2011 budget proposal was expected to generate a budget surplus of RM60 million.
“This is on the basis of estimated total revenue of RM3,844 million which includes appropriation to the Development Fund Account.
“ It is important to have a balanced or surplus budget to ensure that the state’s financial position remains sound and healthy,” he added.
The chief minister also proposed that a sum of RM3,630 million be allocated for development expenditure.
“Of the total amount proposed for development expenditure, RM3,163 million will be funded by the state while RM467 million will be financed by the federal government through loans and reimbursement grants,” he said.
He assured that the proposed budget would be fairly distributed to ensure balanced distribution of development throughout the state, especially in less developed areas.
“There is a need for the rural areas to catch up with the development in the urban areas, especially those that have economic potential that could be harnessed and contribute substantially to the state’s economy.
“Hence, we have to give greater emphasis to develop the necessary infrastructure and amenities such as roads, drainage, telecommunication electricity and water supplies aimed at improving the quality of life as well as attracting more investment into these areas,” Taib said.
Taib stressed that the expenditure as proposed under the budget had been allocated on the basis of projects expenditure requirements for the implementation and completion of various approved projects under the Malaysian Plan of the state in 2011.
3 RM343 million for general administration.
4 RM635 million for agriculture programmes such as land development, drainage and irrigation, assistance to farmers, veterinary, fisheries, agricultural research and forestry.
5 RM447 million for the upgrading and development of various water supplies projects.
6 RM219 million for social development and community services including housing and resettlement schemes.
“Apart from our own effort, we also seek more funding for the Federal Government under the Tenth Malaysia Plan (10MP) especially for infrastructure projects such as roads and utilities especially the in the rural areas,” he said.
