Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Thursday, July 01, 2010

:: Cerita orang kampung

Penangan kencing manis..
gambar sebelum kaki dipotong pada paras peha
yang diterima melalui email awal pagi tadi.

Malam tadi hingga lewat pagi.. berbual santai dengan adik bongsu. Pelbagai cerita diceritakan dan pelbagai kisah dikisahkan. Rasanya dah lama tak berbual dengannya.. sekembalinya beliau tiga beradik dalam suatu pencarian dan penjejakian waris di Kedah dalam tempoh cuti sekolah baru2 ini. Kisah2 di balik sana dan di balik sini.. istilah khas sesama kami.. bertindan tindih penceritaan dan pengkisahannya. Antara hal yang disentuh.. kes kencing manis seorang suami kpd seorang isteri dan bapa kepada sebilangan besar anak2 yang sedang membesar serta seorang sahabat karib Pak Ndak Yan sejak zaman remajanya.

Gambar di atas dikatakan diambil sebelum kakinya dipotong.. dan timbullah juga petua menggunakan pemukul gong tandan nipah sebagai usaha mengubati penyakit tersebut.. iaitu suatu petua yang diberikan oleh seorang rakan karib.


Saturday, December 12, 2009

:: Refleksi kaki


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEietFVGc5mcXwD3hq4lqTQtHLtjWoPHW0Vcdq4CsWeu6bxS6Q8NRHs9Ks9UpBPdEepcSqn2pm8LJTIApg5Tt6DLWF4kN4r9gOoK1WvF1rDw1w2LLyRIoe38HcAoBCwt_qnDJBMOTdmipN0L/s1600/reflexology.jpg

Antara keistimewaan pengubatan secara urut refleksi ni adalah... selamat dan mudah...tak perlu makan ubat dan boleh dilakukan tak kira tua, muda mahupun bayi... cuma berasa sedikit sakit ketika diurut... dan yang sebenarnya rasa sakit itu petanda ada yang tak kena dengan kesihatan tubuh badan anda.

Maksud Titik Refleksi

Maksudnya adalah ‘titik pusat urat saraf’. Setiap titik ada kaitan dengan organ tubuh tertentu, jadi dengan mengurut bahagian refleksi akan melancarkan perjalanan darah pesakit. Kenapa boleh jadi macam tu ye, ianya sukar dijawab kerana selalunya kaedah perubatan tradisional sukar dihuraikan secara ilmiah, walaupun ia terbukti berkesan merawat sesuatu penyakit.

Pentingnya Perjalanan Darah yang Lancar

Untuk membolehkan badan kita berfungsi secara normal, setiap organ memerlukan darah kerana darahlah yang membawa zat makanan yang diperlukan oleh badan seperti oksigen, hormon, antibodi serta membawa keluar bahan buangan kotor(toksin) dalam badan. Lancarnya perjalanan darah maka makin sihatlah badan kita. Jika salah satu organ badan sakit, maka ia memerlukan perjalanan darah yang lancar untuk membantu menyembuhkan penyakit itu.

Tanda-tanda sakit semasa diurut

Seperti yang disebutkan tadi, jika perjalanan darah tak lancar, organ tubuh akan terhalang dari mendapat zat makanan, manakala bahan buangan yang patut dikeluarkan tertahan-tahan maka kotoran/toksin tu mendap dalam saluran darah. Maka fungsi bahagian badan anda akan terganggu sebab tak cukup darah dan zat makanan, lalu timbullah penyakit.

Biasanya orang yang dah tahap sifu dalam bidang ni boleh tahu seseorang tu sakit apa, dengan hanya meraba/picit tapak kaki orang tu. Sebabnya titik refleksi yang sakit akan rasa macam berpasir, maksudnya ada mendapan toksin dalam saluran darah. Jika rasa sakit semasa diurut, itu tandanya bahagian badan berkenaan ada penyakit. Jadi itulah perlunya ia diurut untuk melancarkan perjalanan darah supaya darah terus membawa zat makanan manakala mendapan toksin dapat dikeluarkan.

Info yang perlu diketahui

-Sebenarnya apa yang dikongsikan tadi hanya asas sahaja, bagi yang lebih ‘advance’, urutan refleksi bukan sekadar di tapak kaki, tapi juga di bahagian atas tapak kaki, pergelangan kaki, sekitar buku lali, sekitar betis dan lutut. Tapi saya bukan pakar dalam bidang ni untuk menceritakan tahap ‘advance’ tersebut.

-Berbagai jenis penyakit boleh disembuhkan dengan kaedah ini. Dari yang tak serius mahupun serius seperti batu karang, buah pinggang, lemah syahwat, darah tinggi, kencing manis, barah (peringkat awal), sakit jantung dan paru-paru.

-Penyakit yang sukar disembuhkan: urat saraf dah mati (akibat kemalangan atau serangan stroke), terlalu banyak makan ubat hingga urat sarafnya menjadi kebal, dan juga penyakit barah yang sudah terlambat.

-Digalakkan minum banyak air masak/mineral... selepas sesi urutan agar toksin lebih mudah dibuang dari badan.

Panduan:

Gambar tapak kaki di atas menunjukkan urat saraf yang berkaitan ditempatkan misalnya... sekiranya anda sakit tulang belakang urutlah ditepi kaki sebelah dalam begitulah selanjutnya.