Showing posts with label pertahanan. Show all posts
Showing posts with label pertahanan. Show all posts

Friday, March 26, 2010

:: Pesawat Pilatus PC-7 Mark II terhempas di Sintok : Mejar Muhammed Zulrihan Jusof terkorban


oleh Nahar Tajdi
nahar@bharian.com.my
2010/03/26


SINTOK:
Perasmian Karnival Konvokesyen ke-23 Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini, semalam, bertukar tragedi apabila sebuah pesawat jenis Pilatus PC-7 MK II Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membuat persembahan sempena majlis itu, terhempas di kawasan hutan simpan di situ dan mengorbankan juruterbangnya. Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu, pesawat dipandu Mejar Muhammed Zulrihan Jusof, 39, dikatakan mengalami masalah teknikal ketika membuat persembahan sebelum terjunam ke dalam kawasan hutan simpan berhampiran kolej kediaman pelajar MISC/TM.


Ia menyebabkan suasana di Stadium UUM ketika majlis yang dirasmikan Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat dan turut dihadiri Naib Canselor UUM, Tan Sri Nordin Kardi gempar berikutan bunyi letupan kuat diikuti asap hitam keluar dari kawasan hutan tempat pesawat itu terhempas.

Suasana majlis perasmian itu menjadi gamat apabila kira-kira 500 hadirin, terutama pelajar menjerit kerana terkejut dengan kemalangan itu.

Dua jentera dengan 14 anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba di tempat kejadian kira-kira 15 minit kemudian dan mengambil masa kira-kira sejam untuk mengesan dan mengeluarkan mangsa yang ditemui beberapa meter dari pesawat. Selain bomba, operasi turut dibantu pihak TUDM dan UUM.

Mangsa dikatakan maut akibat terhempas selepas dipercayai melonjak keluar menggunakan kerusi anjal ketika pesawat menjunam, manakala separuh dari badan pesawat musnah.

Mayat juruterbang dikeluarkan dari tempat kejadian menggunakan sebuah helikopter TUDM sebelum dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

Mangsa yang tinggal di Taman Desa Bukit Tinggi Kepala Batas, Alor Setar, berasal dari Kampung Pasir Kasar Sering, Kota Bharu, Kelantan dan sudah berkeluarga.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Zakaria Ahmad, ketika di temui di sini, semalam. berkata mayat mangsa ditemui kira-kira 15 meter dari pesawat dan dipercayai sempat melonjak keluar menggunakan kerusi anjal ketika pesawat menjunam ke dalam hutan.

Saksi kejadian yang juga seorang pelajar, Norhalida Wafi Ramli, 22, berkata beliau pada mulanya tidak menyangka kejadian itu kerana fikir ia adalah sebahagian daripada gimik persembahan.

"Saya nampak pesawat itu melakukan formasi pusingan sebanyak dua kali sebelum menjunam ke dalam hutan.

"Saya sedar ia adalah kemalangan selepas mendengar bunyi letupan sebanyak dua kali diikuti asap tebal hitam," katanya.

Sementara itu, TUDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan Khas bagi mengenal pasti punca kejadian.

Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.


INFO
Kronologi pesawat Pilatus terhempas

  • 11 September 2009 - Mejar Zulkifli Hassan, 38, dan Mejar Mohd Roszaini Mustafa, 37, terbunuh apabila pesawat terhempas di Langkawi.

  • 16 Disember 2004 - Nahas pesawat latihan Pilatus PC-7 mengorbankan Leftenan Amnart Summok, 23, dan jurulatihnya, Mejar Alias Bakar, 36, di Kampung Titi Besi, Kepala Batas.

  • 27 Mei 2004 - Leftenan Mualimin Jasid, 23, terbunuh apabila pesawat Pilatus PC-7 terhempas di Kampung Padang Gelanggang, dekat Jerlun, Kedah.

  • 12 Ogos 2003 - Pelatih penerbangan KTU, Leftenan Mai Elmy Sefrina Jalaluddin, 22, terkorban selepas pesawat Pilatus terhempas di Jalan Bukit Kayu Hitam-Changlun, Kedah.

  • 12 April 2001 - Seorang juruterbang jurulatih TUDM terbunuh apabila Pilatus PC-7 TUDM terhempas di Kampung Kepala Parit Dalam, Tokai, Pendang.

  • 12 Julai 1993 - Juruterbang pelatih TUDM, Leftenan Muda Mohamad Nazri Amran, 21, terbunuh apabila pesawat terhempas di sawah Kampung Chemumar, Tambun Tualang, Perlis.

  • 31 Januari 1992 - Pesawat Pilatus PC-7 terhempas dalam Sungai Kemaman, Terengganu menyebabkan juruterbangnya terbunuh.

  • 25 September 1990 - Leftenan Muda Faizal Muhammad terbunuh apabila pesawat merempuh asrama di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

  • September 1984 - Leftenan Muda S Thulasiram terbunuh selepas pesawat TUDM terhempas di Kampung Bukit Rambai, Pendang, Kedah.


  • .................................................................................................



    Pesawat Menjunam Selepas Naik Menegak - Saksi

    SINTOK: Pesawat Pilatus PC-7 Mark II milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas di kawasan hutan berhampiran Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini dipercayai gagal melakukan aksi akrobatik apabila menjunam selepas naik menegak 90 darjah pagi ini.

    Dalam kejadian 10.15 pagi itu, juruterbangnya yang juga jurulatih Kolej TUDM Kepala Batas dekat Alor Setar, Mejar Muhammed Zulrihan Jusoh terbunuh di tempat kejadian.

    Saksi-saksi melihat pesawat berkenaan terbang melintasi Kompleks Sukan UUM semasa persembahan pancaragam sedang berlangsung, sempena majlis perasmian Pesta Konvokesyen ke-23 UUM selama seminggu bermula hari ini.

    "Selepas melepasi Kompleks Sukan, pesawat membuat dua aksi gerakan dan kemudian naik menegak 90 darjah, tetapi tiba-tiba menggelungsur jatuh," kata bekas pelajar UUM, Azlan Jamaluddin.

    Beliau yang berada kira-kira 500 meter dari tempat pesawat terhempas mendengar dua letupan kuat yang disusuli dengan beberapa letupan kecil selepas pesawat terhempas.

    "Kami ternampak selepas membuat dua aksi akrobatik, pesawat itu meluncur naik 90 darjah dan kemudian menjunam. Kami kemudian mendengar dua letupan agak kuat dan semua orang berlari ke arah tempat kejadian," kata pelajar Siti Fatimah Kamal.

    Seorang lagi pelajar, Mohd Amin Ahmad berkata ketika kejadian beliau dan rakan-rakannya turut mendengar beberapa letupan.

    "Selepas terdengar beberapa letupan, kami berlari ke tempat kejadian. Saya dan beberapa rakan sempat masuk untuk memberi bantuan tetapi kemudiannya pihak keselamatan universiti tiba dan mengarahkan kami beredar dari situ," katanya.

    Beliau melihat pesawat tersebut terbakar.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kontinjen Kedah, Asisten Komisioner (ACP) Zakaria Ahmad yang melawat tempat kejadian berkata polis mendapat maklumat mengenai insiden tersebut kira-kira 10.15 pagi.

    "Sebaik mendapat maklumat, arahan dikeluarkan kepada semua agensi keselamatan untuk ke tempat kejadian bagi membantu TUDM," katanya.

    Naib Canselor UUM, Tan Sri Dr Nordin Kardi mengucapkan takziah kepada keluarga Mejar Zulrihan.

    "Saya dan seluruh warga UUM sedih dengan kejadian ini," katanya. - BERNAMA


    ................................................................................


    Zulrihan suruh keluarga bersedia


    Oleh Norliza Wasilan
    norlizawasilan@bharian.com.my
    2010/03/27

     WIZANA memangku anaknya, Nor Hidayah, Nor Atirah dan Mohd Amirul.
    WIZANA memangku anaknya, Nor Hidayah, Nor Atirah dan Mohd Amirul.

    Balu juruterbang kata suami kerap termenung

    KOTA BHARU: Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Muhammed Zulrihan Jusof, 39, yang terkorban dalam nahas pesawat Pilatus PC-7 MK II, kelmarin sentiasa mengingatkan keluarganya supaya bersedia terhadap pelbagai kemungkinan, termasuk perkara buruk yang berlaku kepadanya.

    Balunya, Wizana Abdul Ghani, 38, berkata arwah suaminya yang terkenal dengan sikap serius, selalu menasihatkan dirinya dan anak mereka supaya tabah dan reda jika beliau ditakdirkan ditimpa kemalangan. “Anak pun sudah selalu dengar pesanan macam itu, mungkin sebab kerap (Allahyarham) berkata begitu, maka kami dapat menerima ketentuan ini dengan lebih tabah,” katanya ketika ditemui di rumah mentuanya di Kampung Pasir Kasar, Sering di sini, semalam.

    Akhbar semalam melaporkan, perasmian Karnival Konvokesyen Ke-23 Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah, kelmarin, bertukar tragedi apabila pesawat yang membuat persembahan sempena majlis itu, terhempas di kawasan hutan simpan di situ dan mengorbankan juruterbangnya dalam kejadian jam 10.15 pagi.

    Allahyarham, anak sulung daripada sembilan beradik itu, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak iaitu Nor Atirah, 11, Mohd Amirul, 7, dan Nor Hidayah, sembilan bulan. Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Petani, dekat sini, malam kelmarin.

    Mengulas mengenai perubahan dialami suaminya sebelum ini, ibu kepada tiga anak ini berkata, sebelum mengadakan persembahan udara itu di UUM, Muhammed Zulrihan kelihatan lebih banyak termenung, berbeza dengan kelakuannya pada hari kebiasaan.

    “Ketika keluar rumah (sebelum mengadakan persembahan), dia masih lagi termenung macam sedang memikirkan sesuatu, langkahnya pun agak lambat untuk pergi kerja.

    “Tapi kami memang tak sangka ia adalah perubahan untuk dia meninggalkan kami untuk selama-lamanya,” katanya.

    Berikutan kejadian itu, Wizana yang sekadar bekerja secara sambilan berhasrat untuk kembali menetap di Kelantan.

    Wizana yang pasrah dengan pemergian suaminya berkata, sebaik pulang daripada menghantar makanan untuk dua anaknya yang bersekolah di Tahun Satu dan Tiga, rumahnya dikerumuni rakan suami yang berpakaian tentera.

    “Ketika itu, naluri saya kuat menyatakan bahawa ada berita buruk berlaku. Saya hanya mampu pasrah dan menahan sebak serta menguatkan semangat untuk mendengar sendiri khabar mengenai kemalangan yang menimpa suami,” katanya.

    "Sebaik dimaklumkan kemalangan itu kira-kira jam 11.30 pagi, pegawai TUDM menjemput anak saya dari sekolah ke rumah, ketika itu, anak sulung seolah-olah faham dengan keadaan yang menimpa ayahnya, cuma Mohd Amirul masih kurang faham, tetapi selepas jenazah siap dikafankan, barulah dia (Mohd Amirul) tahu apa yang berlaku,” katanya.

    ..............................................................................

    26 Mac, 2010 18:09 PM

    Siasatan Pesawat Pilatus Terhempas Sama Ada Kerosakan Teknikal Atau Kecuaian

    MELAKA, 26 Mac (Bernama) -- Siasatan akan menjurus sama ada berlaku kerosakan teknikal atau kecuaian berhubung sebuah pesawat Pilatus PC-7 MK 11 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas di kawasan hutan simpan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, pada Khamis.

    Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata "biar lembaga siasatan yang ditubuhkan menyiasat sama ada (nahas itu) ada kaitan sama ada kegagalan enjin (pesawat) atau kesilapan kecuaian."

    Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian sebuah mesin dialisis dan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 30 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Markas 3 Divisyen, Kem Terendak, di sini hari ini, katanya pesawat Pilatus MK11 dari Switzerland itu adalah pesawat baru yang digunakan TUDM sejak dua tahun lepas.

    Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mej Jen Datuk Zulkiflee Mazlan dan Panglima Markas 3 Divisyen Mej Jen Datuk Razali Ahmad.

    Dalam kejadian kira-kira 10.15 pagi Khamis, pesawat dipandu Mejar Muhammad Zulrihan Jusof, 39, terjunam ketika membuat persembahan pada perasmian Karnival Konvokesyen ke-23 UUM.

    Ditanya sama ada mangsa telah mendapat kebenaran untuk melakukan gerakan yang dirancang ketika melakukan persembahan itu, beliau berkata: "saya belum mendapat laporan penuh berhubung insiden itu".

    Youtube mempamerkan aksi juruterbang itu melakukan beberapa gerakan sebelum pesawat tersebut terhempas.

    Pesawat yang mempunyai dua tempat duduk, digunakan untuk latihan bagi juruterbang TUDM, boleh melakukan pelbagai gerakan yang dirancang dan ia banyak digunakan oleh sekolah latihan penerbangan, kata Dr Latiff.

    Katanya pada masa kini terdapat 18 buah pesawat MK 11 yang digunakan untuk latihan oleh TUDM termasuk yang terhempas pada Khamis.

    "TUDM mempunyai rekod penyelenggaraan yang baik bagi pesawat miliknya," kata beliau.

    Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementerian sentiasa menghargai pengorbanan dan jasa pesara ATM dengan memberi rawatan percuma kepada bekas tentera yang memerlukan rawatan mesin dialisis.

    Beliau berkata jumlah kos untuk rawatan dialisis mencecah RM20 juta kepada lebih 3,000 pesara ATM yang memerlukan rawatan itu di seluruh negara.

    "Jumlah ini semakin meningkat setiap tahun kerana ramai pesara tentera yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi," katanya.

    -- BERNAMA


    .................................................................................................

    26 Mac, 2010 17:13 PM

    Siasatan Pilatus Terhempas Siap Dalam Tempoh Sebulan - TUDM

    SUBANG, 26 Mac (Bernama) -- Siasatan berhubung kejadian pesawat Pilatus PC-7 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas di Sintok, Kedah semalam dan mengorbankan juruterbangnya dijangka siap selewat-lewatnya sebulan lagi.

    Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud berkata lembaga siasatan yang diketuai Inspektorat Jeneral, Kolonel Law Ing Hiong telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca insiden.

    "Kes perlu disiasat dari setiap sudut secara terperinci untuk mengetahui sama ada pesawat terhempas disebabkan oleh masalah teknikal atau atas sebab-sebab lain," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan sebuah pesawat 130H di Pangkalan Udara Subang, di sini pada Jumaat.

    Rodzali berkata kotak hitam pesawat akan dihantar ke Switzerland dalam tempoh terdekat bagi diteliti.

    "Jika terdapat keperluan, kotak hitam tersebut akan diserah oleh pakar Switzerland kepada pakar Amerika Syarikat untuk mendapatkan analisa siasatan yang lebih tepat," katanya.

    Pilatus PC-7 merupakan keluaran syarikat Pilatus Aircraft dari Switzerland. Ia merupakan pesawat latihan yang mempunyai dua tempat duduk.

    Pesawat TUDM tersebut yang dipandu Mejar Muhammad Zulrihan Jusof, 39, terhempas di kawasan hutan simpan berhampiran Universiti Utara Malaysia.

    Rodzali berkata pesawat terbabit sedang menjalani sesi latihan penerbangan sebelum nahas berlaku.

    Beliau berkata TUDM kini memiliki 16 pesawat Pilatus sementara dua buah telah terlibat dalam kemalangan udara sebelum ini.

    -- BERNAMA

    ........................................................................................

    Arwah kerap termenung
    KOTA BHARU: “Sebelum kejadian itu, saya lihat arwah selalu
    termenung seolah-olah seperti ada sesuatu
    tidak kena sehingga saya dikejutkan dengan kejadian
    menyedihkan ini,” kata Wizana Abdul Ghani, 38,
    balu kepada juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM),
    Mejar Muhammed Zulrihan Jusof, 40,
    yang maut apabila pesawat Pilatus PC-7 dipandunya
    terhempas di kawasan hutan dekat
    Kompleks Sukan Universiti Utara Malaysia (UUM),
    Sintok, Kedah,
    jam 10.15 pagi kelmarin.

    Arwah kerap termenung

    Oleh Siti Nor Hidayah Razali
    am@hmetro.com.my
    2010/03/27
    E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

    KOTA BHARU: “Sebelum kejadian itu, saya lihat arwah selalu termenung seolah-olah seperti ada sesuatu tidak kena sehingga saya dikejutkan dengan kejadian menyedihkan ini,” kata Wizana Abdul Ghani, 38, balu kepada juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Muhammed Zulrihan Jusof, 40, yang maut apabila pesawat Pilatus PC-7 dipandunya terhempas di kawasan hutan dekat Kompleks Sukan Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, jam 10.15 pagi kelmarin.

    Menurut Wizana, mereka bersama tiga anak sempat pulang bercuti dari Kampung Pasir Kasar Sering, Ahad lalu.

    Katanya, dia menyedari terdapat beberapa perubahan terhadap perlakuan arwah suaminya itu, terutama lebih pendiam dan suka termenung.

    “Sikap arwah itu menimbulkan keraguan di hati saya, tetapi tidak menyangka sikapnya itu memberi petanda dia akan meninggalkan saya dan tiga anak yang masih kecil buat selama-lamanya.

    “Ketika saya dan anak bongsu, Nor Hidayah yang berusia sembilan bulan menghantar arwah ke kereta iaitu pagi sebelum kejadian, dia berat hati meninggalkan kami dan termenung jauh seakan-akan tidak mahu melepaskan kami,” katanya ketika ditemui di Kampung Pasir Kasar Sering, semalam.

    Wizana berkata, selama ini arwah sentiasa berpesan supaya dia tabah mengharungi kehidupan bersama tiga anak, Nor Atirah, 11, Mohd Amirul, 7, dan Nor Hidayah jika berlaku apa-apa perkara tida diingini ke atas dirinya. “Arwah selalu berpesan supaya saya dan anak-anak bersedia menghadapi segala ujian dan tidak menangisi pemergiannya sekiranya berlaku kejadian buruk,” katanya.

    ..........................................................................................


    Tak sangka pesawat terhempas


    GAMBAR kiri menunjukkan pesawat Pilatus yang stabil
    sebelum ia terbang menjunam (gambar kanan)
    dan terhempas di kawasan hutan
    berhampiran UUM di Sintok,
    Kedah semalam.


    SINTOK - Tidak terfikir langsung pesawat yang sedang membuat pertunjukan udara sempena Karnival Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) yang ke-23 bermula semalam terhempas dan mengorbankan juruterbangnya.

    Mohd. Amin Ahmad, 21, berkata, semasa kejadian dia yang berada di tapak pesta UUM nampak jelas bagaimana pesawat itu menjunam ke arah hutan kira-kira 200 meter dari tapak pesta.

    "Pesawat itu telah membuat dua pusingan di tapak pesta dengan terbang rendah sebelum pada pusingan ketiga ia terbang tinggi mencapai 90 darjah.

    "Secara tiba-tiba pesawat itu menjunam ke bawah dengan laju di samping mengeluarkan asap putih sebelum terhempas," cerita Mohd. Amin.

    Pertunjukan udara oleh TUDM itu adalah sebahagian daripada persembahan dalam upacara perasmian Karnival Konvokesyen Ke-23 Sidang Pertama UUM yang bakal berlangsung pada 27 hingga 29 Mac ini.

    Pesawat tersebut berlepas dari Kolej Tentera Udara Alor Setar pada pukul 10.03 pagi untuk membuat pertunjukan namun ia terhempas 12 minit kemudian.

    Mengikut atur cara UUM, selepas upacara gimik perasmian oleh Naib Canselor UUM, Datuk Seri Nordin Kardi, pertunjukan udara TUDM adalah yang pertama memulakan persembahan diikuti persembahan pancaragam dan penyerahan replika cek penaja utama karnival konvokesyen tersebut.


    ...................................................................................


    25 Mac, 2010 22:20 PM

    Anak Bersikap Lebih Manja Sebelum Ajal- Bapa

    KOTA BAHARU, 25 Mac (Bernama) -- Juruterbang pesawat Pilatus PC-7 Mark II Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut setelah pesawatnya terhempas di Sintok, Kedah hari Khamis, bersikap lebih manja dengan ahli keluarga ketika pulang bercuti di kampungnya di sini sebelum ini.

    Bapa kepada Mejar Muhammed Zulrihan iaitu Yusof Yatim, 62, memberitahu anak sulongnya itu kelihatan gembira dan kerap tersenyum sepanjang berada di kampung sehingga Rabu lepas.

    "Beberapa hari kami bersamanya, kami nampak kegembiraannya, dia sebenarnya seorang yang tegas dan jarang senyum dengan adik beradik yang lain tetapi sepanjang bersama kami dia lebih mesra," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sering.

    Yusof yang juga pesara tentera berkata, anaknya itu juga tidak mahu pulang ke rumahnya di Mulong, meskipun isterinya Wizana Abdul Ghani, 38, dan tiga anak mereka telah pulang.

    Allahyarham sebaliknya mahu menghabiskan masa bersama ibu bapa dan adik beradiknya.

    "Saya tidak menyangka itu petanda dia akan meninggalkan kami. Kami reda dengan ujian Ilahi dan kami anak-beranak merestui cita-citanya sejak dari kecil lagi untuk menjadi seorang juruterbang," kata Yusof.

    Beliau berkata pada mulanya beliau diberitahu bahawa pesawat yang dipandu Muhammed Zulrihan terhempas dan beliau hanya mengalami kecederaan, menerusi panggilan telefon yng diterima daripada anak keduanya kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

    "Saya tidak membayangkan sesuatu yang buruk berlaku kepada anak sulung saya dan saya terkejut kerana pada jam 1 petang saya mendapat panggilan dari pegawai tempat kerjanya memaklumkan dia sudah meninggal dunia," katanya.

    Beliau berkata jenazah anaknya dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Petani dekat sini selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra malam ini.

    -- BERNAMA


    Thursday, February 18, 2010

    :: Pertahanan: Malaysia - Indonesia berbincang ?

    17 Februari, 2010 23:56 PM

    Malaysia, Indonesia Bincang Kerjasama Bangun Industri Pertahanan

    KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Malaysia dan Indonesia sedang membincangkan kemungkinan untuk bekerjasama membangunkan industri pertahanan termasuk dalam bidang pengeluaran dan pembelian aset ketenteraan. Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerjasama itu dijangka akan meningkatkan lagi kemampuan operasi ketenteraan secara bersama di antara kedua-dua negara selain mewujudkan landasan diplomasi dari aspek ketenteraan.

    "Kami masih berbincang mengenai cara memperkukuhkan kerjasama dua hala dalam industri pertahanan yang berkaitan dengan kenderaan perisai, Maintanance Repair and Overhaul (MRO) bagi aset tentera udara, dan juga kemungkinan kerjasama dalam bidang pengeluaran senjata," katanya selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Indonesia Prof Dr Ir Purnomo Yusgiantoro di sini Rabu. Beliau berkata sekiranya jalinan kerjasama antara dua negara dalam industri berkenaan dapat dimantapkan dan kemudian dikembangkan di kalangan negara-negara Asean, ia akan menjadi satu titik permulaan yang baik bagi industri aset dan kelengkapan industri pertahanan, memandangkan Indonesia dan Malaysia mempunyai kepakaran masing-masing dalam industri itu.

    Kunjungan hormat ke pejabat Ahmad Zahid di Wisma Pertahanan itu dibuat lanjutan daripada Sidang ke-38 Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) Malaysia-Indonesia yang dijadualkan esok bagi menjalin hubungan diplomasi ketenteraan yang kukuh antara kedua-dua negara. "Peringkat pegawai kanan sudah mengadakan mesyuarat teknikal 15 kali, esok kami akan bincang lebih lanjut mengenai kerjasama dalam eksesais bersama yang melibatkan angkatan udara, laut dan darat," katanya. "Kami juga akan berbincang mengenai soal menempatkan unit di sempadan di Kalimantan dan juga tentang masalah sempadan laut yang pada hemat saya boleh diselesaikan secara ukhuwah," tambahnya. Beliau berkata kedua-dua negara juga akan berbincang mengenai kerjasama yang boleh dijalinkan antara Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) dan Universiti Pertahanan Indonesia pada mesyuarat itu.

    Menurutnya Malaysia boleh menghantar beberapa bekas jeneral ke universiti negara itu manakala sebagai timbal balas, Indonesia boleh menghantar pakar mereka dalam bidang pertahanan atau strategi bagi sama-sama berkongsi kepakaran.
    Ahmad Zahid berkata walaupun Indonesia baru setahun memiliki universiti itu, ia boleh menghantar pakar mereka bagi menduduki kerusi profesor pelawat di UPNM, manakala Malaysia pula boleh menghantar beberapa bekas jeneral berpengalaman ke universiti negara itu. "Malaysia juga menawarkan 53 tempat untuk pegawai tentera Indonesia bagi menjalani latihan di Malaysia dan kini masih ada 21 kekosongan," katanya.

    Mengenai hasrat membeli Kapal Sokongan Pelbagai Fungsi (MRSS) keluaran Indonesia, Ahmad Zahid berkata cadangan itu perlu dikaji terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat, dan kini satu laporan mengenai harga dan spesifikasi yang ditawarkan sedang disiapkan.
    Ahmad Zahid berkata penekanan harus diberi kepada kerjasama dua hala, di mana sekiranya Malaysia membeli aset ketenteraan keluaran Indonesia, Malaysia juga berharap Indonesia akan membeli kelengkapan pertahanan keluaran negara. "Juga boleh gunakan pendekatan pertukaran, misalnya Malaysia mengeluarkan peluru kaliber yang besar manakala Indonesia mengeluarkan jenis yang kecil. Jika dapat bertukar-tukar, itu potensi yang cukup baik dan saya yakin Indonesia boleh menjadi rakan kongsi pertahanan dan keselamatan," katanya.

    Ahmad Zahid berkata beliau juga amat optimis untuk menjalin kerjasama dengan negara Asean lain berdasarkan jalinan kerjasama Malaysia yang sedia terbentuk dengan beberapa negara seperti Indonesia, Thailand dan Singapura. "Pada bulan Mei ini, cadangan untuk menubuhkan kerjasama industri pertahanan di kalangan negara Asean akan dikemukakan di Vietnam dalam Mesyuarat Menteri Pertahanan Asean," katanya.

    -- BERNAMA

    :: Malaysia nak beli panser ?


    Republika OnLine › BREAKING NEWS › Internasional


    Malaysia Belum Bulat Soal Pembelian Panser Pindad

    Rabu, 17 February 2010, 20:05 WIB

    KUALA LUMPUR - Malaysia belum memutuskan apakah akan membeli sejumlah panser yang diproduksi PT Pindad Indonesia atau membeli dari negara lain. "Keputusan ada di tangan Perdana Menteri," kata Menteri Pertahanan Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi, Rabu (17/2).

    Pihaknya mengaku sudah mengirim tim ke Pindad mempelajari produksi dan pelayanan purnajual serta sistem pembayaran. "Semua sudah selesai dan kami sudah memberikan laporan kepada PM Malaysia Najib Tun Razak untuk menentukan akan membeli panser dari mana," kata Zahid Hamidi, Rabu.

    Hal itu dikemukakan Menhan Malaysia dalam jumpa pers usai menerima kunjungan Menhan RI Purnomo Yusgiantoro dan Panglima TNI Djoko Santoso di Kementerian Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur. Dalam jumpa pers itu, Menhan Zahid Hamidi didampingi Panglima ATM (Angkatan Tentera Malaysia), Azizan Arifin, tanpa dihadiri oleh Menhan Purnomo Yusgiantoro.

    PT Pindad masuk tiga besar dalam tender pengadaan panser di Malaysia. Pesaing lainnya dari Korea Selatan dan Prancis. Namun dengan semangat yang dibawa PM Najib untuk membangun industri pertahanan ASEAN, maka Indonesia optimistis akan menjadi pemenang tender, walaupun ada masalah tentang mesin panser. Malaysia menginginkan mesin produksi Mercedez, sedangkan PT Pindad menawarkan mesin Renault.

    Menhan Zahid Hamidi mengatakan, dalam pembicaraan dengan Menhan Purnomo membahas mengenai pembangunan industri pertahanan ASEAN. Selain saling membeli produksi pertahanan, kerjasama juga meliputi saling memanfaatkan perawatan pesawat militer dan kapal tempur serta pertukaran para pimpinan militer untuk mengikuti pelatihan. "Dulu Malaysia membeli helikopter Super Puma dan N235 dari Indonesia, sebaliknya Indonesia membeli mobil Proton untuk menjadi taksi di Indonesia," katanya.

    "Perawatan pesawat TNI dilakukan di Malaysia, bisa saja perawatan kapal perang Malaysia dilakukan di galangan kapal di Indonesia. Apalagi Indonesia punya banyak galangan kapal," kata Zahid Hamidi, yang fasih berbahasa Jawa ini. Dia mengatakan, Malaysia juga tertarik untuk menanamkan sahamnya di galangan kapal di Indonesia karena Indonesia punya banyak ahli di bidang perkapalan.

    Untuk pertukaran pimpinan militer demi meningkatkan lagi keakraban antara TNI dan ATM, Menhan Malaysia mengatakan, beberapa perwira ATM siap untuk mengikuti pendidikan di Lemhanas.

    Kedatangan Menhan Purnomo Yusgiantoro dan Panglima TNI Djoko Santoso adalah untuk mengikuti pertemuan GBC (General Border Committee) ke-38 di Kuala Lumpur, Kamis.

    Redaksi - Reporter
    Red: siwi
    Sumber Berita: antara

    :: PM putuskan pembelian panser

    Keputusan Beli Panser Pindad di Tangan PM Malaysia

    Rabu, 17 Februari 2010 | 20:38 WIB
    KOMPAS/DWI BAYU RADIUS


    Panser Anoa buatan PT Pindad diuji di jalur menanjak, datar, dan turun, di Bandung, Jumat (15/1/2010). Selain sudah digunakan pasukan perdamaian di Lebanon, panser berbobot 14 ton ini juga menarik minat Malaysia.

    TERKAIT:

    * Pindad Berharap Pesanan Panser dari Malaysia
    * Malaysia Tertarik Panser Pindad
    * Menjajal Ketangguhan Panser Anoa
    * PT Pindad Serahkan 33 Panser ke Kemhan
    * PT Pindad Serahkan 33 Panser kepada Dephan


    KUALA LUMPUR, KOMPAS.com - Menteri Pertahanan Malaysia Ahmad Zahid Hamidi mengatakan PM Malaysia Najib Tun Razak yang akan memutuskan Malaysia akan membeli sejumlah panser yang diproduksi PT Pindad, Indonesia atau membeli dari negara lain. Kami sudah mengirim tim ke Pindad mempelajari produksi dan pelayanan purnajual serta sistem pembayaran.

    "Kami sudah mengirim tim ke Pindad mempelajari produksi dan pelayanan purnajual serta sistem pembayaran. Semua sudah selesai dan kami sudah memberikan laporan kepada PM Malaysia Najib Tun Razak untuk menentukan akan membeli panser darimana," kata Zahid Hamidi, Rabu (17/2/2010).

    Zahid yang keturunan Yogyakarta itu mengatakan, PM Malaysia juga merangkap menteri keuangan. Hal itu dikemukakan Menhan Malaysia dalam jumpa pers usai menerima kunjungan Menhan RI Purnomo Yusgiantoro dan Panglima TNI Jenderal Djoko Santoso di Kementerian Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur.

    Dalam jumpa pers itu, Menhan Zahid Hamidi didampingi Panglima ATM (Angkatan Tentera Malaysia) Azizan Arifin, tanpa dihadiri oleh Menhan Purnomo Yusgiantoro.

    PT Pindad masuk tiga besar dalam tender pengadaan panser di Malaysia. Pesaing lainnya dari Korea Selatan dan Perancis. Namun dengan semangat yang dibawa PM Najib untuk membangun industri pertahanan ASEAN, maka Indonesia optimistis akan menjadi pemenang tender, walaupun ada masalah tentang mesin panser. Malaysia menginginkan mesin produksi Mercedez, sedangkan PT Pindad menawarkan mesin Renault.

    Menhan Zahid mengatakan, dalam pembicaraan dengan Menhan Purnomo membahas mengenai pembangunan industri pertahanan ASEAN dengan saling membeli produksi pertahanan, memanfaatkan perawatan pesawat militer dan kapal tempur serta pertukaran para pimpinan militer untuk mengikuti pelatihan. "Dulu Malaysia membeli helikopter Super Puma dan CN235 dari Indonesia, sebaliknya Indonesia membeli mobil Proton untuk menjadi taksi di Indonesia," katanya.

    "Perawatan pesawat TNI dilakukan di Malaysia, bisa saja perawatan kapal perang Malaysia dilakukan di galangan kapal di Indonesia. Apalagi Indonesia punya banyak galangan kapal," kata Zahid Hamidi, yang masih fasih berbahasa Jawa.

    Dia mengatakan, Malaysia juga tertarik untuk menanamkan sahamnya di galangan kapal di Indonesia karena Indonesia punya banyak ahli di bidang perkapalan.

    Untuk pertukaran pimpinan militer demi meningkatkan lagi keakraban antara TNI dan ATM, Menhan Malaysia mengatakan, beberapa perwira ATM siap untuk mengikuti pendidikan di Lemhanas.

    Kedatangan Menhan Purnomo Yusgiantoro dan Panglima TNI Jenderal Djoko Santoso adalah untuk mengikuti pertemuan GBC (General Border Committee) ke-38 di Kuala Lumpur, Kamis (18/2/2010).

    Saturday, February 06, 2010

    :: Enjin F-5E TUDM dijumpai ?

    05 Februari, 2010 21:40 PM

    Dua Enjin Jet Yang Hilang Dijumpai Di Uruguay

    KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Kerajaan Uruguay telah menghantar notis kepada kerajaan Malaysia bahawa ia telah menemui dua enjin jet F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang, kata Peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini.

    Katanya kerajaan menangani perkara itu dengan penuh kesungguhan dan sedang mengambil langkah perlu bagi mendapatkan kembali dua enjin berkenaan setelah menerima makluman daripada kerajaan Uruguay tentang penemuannya.

    "Kejayaan yang dicapai setakat ini, hingga membawa kepada penemuan dua enjin jet milik TUDM itu, adalah hasil usaha dan kerjasama rapat antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Uruguay," katanya dalam satu kenyataan.

    Katanya kerajaan telah mendapatkan bantuan pihak berkuasa di Uruguay untuk mengesan dua enjin yang dicuri itu yang dipercayai telah dibawa ke Uruguay.

    Beliau berkata sebagai pemilik sah enjin jet yang dicuri itu, kerajaan juga menghubungi Kedutaan Uruguay di sini serta Badan Penasihat Pusat bagi Bantuan Perundangan Bersama Uruguay dan telah memberi notis awal berhubung penemuan semula dan penghantaran enjin berkenaan melalui bantuan bersama dalam rejim hal berkaitan jenayah.

    Langkah itu sejajar dengan Akta Bantuan Bersama Berkaitan Hal-hal Jenayah 2002, katanya.

    Abdul Gani juga menyatakan penghargaan beliau terhadap Kedutaan Uruguay di sini, khususnya Duta Besar Pablo Sader, atas segala bantuan yang diberi kepada Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Pejabat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia, yang membawa kepada penemuan semula enjin yang dicuri itu.

    Dua enjin berkenaan dilaporkan hilang sejak 2007.

    -- BERNAMA

    Friday, September 04, 2009

    :: KD Tunku Abdul Rahman








    YANG di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melakukan lawatan ke kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman (KD TAR) pada upacara sambutan ketibaan kapal itu di Jeti KD Sultan Abdul Aziz semalam.

    Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

    KD TAR antara dua kapal selam jenis Scorpene yang ditempah kerajaan untuk memperkukuhkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).