Showing posts with label ijazah. Show all posts
Showing posts with label ijazah. Show all posts

Monday, October 31, 2011

:: SURAT : Tiada kenaikan pangkat... walau ada ijazah sarjana ?




Peroleh ijazah sarjana, tiada kenaikan pangkat


2011/10/31

RAMAI pegawai kerajaan memperoleh ijazah Sarjana hasil usaha dan penat lelah mereka belajar. Selepas memperoleh ijazah sarjana itu, tiada kelebihan diperoleh sama ada dari segi kewangan mahu pun kenaikan pangkat.

Ramai juga yang berkhidmat di jabatan tertutup dan tidak ada banyak peluang kenaikan pangkat. Terpaksa tunggu sehingga seseorang pegawai itu pencen, baru berpeluang naik pangkat, itu pun kalau bernasib baik.
Saya mewakili rakan lain yang memperoleh ijazah sarjana lebih tujuh tahun tetapi tiada apa kelebihan yang diberikan. Malah ada rakan yang lebih rendah kelulusan mereka mendahului kami dinaikkan pangkat.

Saya mencadangkan supaya kerajaan memberi sedikit imbuhan kepada pemegang ijazah sarjana sebagai menghargai pengorbanan mereka, contohnya memberi satu atau dua kenaikan mata gaji.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sepatutnya mewujudkan peraturan apabila seseorang penjawat awam memperoleh ijazah sarjana atau Ijazah Sarjana Kedoktoran (PhD), beliau diberi kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP) atau setidak-tidaknya memberi satu atau dua kenaikan mata gaji sebagai ganjaran dan insentif.

Ini akan memberi lebih semangat atau rangsangan kepada pegawai berkenaan untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang. Kalau itu dapat dilakukan adalah amat baik sekali. JPA diminta memberi perhatian serius.

PENJAWAT AWAM SETIA, Segambut, Kuala Lumpur.



Saturday, March 19, 2011

:: Konvokesyen PISMP di PICC





Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya


Di situlah...baru2 ini (16 - 17.3.2011) bersama menumpang gembira dengan Alang, Angah dan mamanya apabila di situlah diraikan kejayaan ambilan pertama PISMP (2007) yang berjaya menamatkan pengajian masing2... dengan seramai 1987 orang graduan menerima ijazah masing2... yang berlangsung melalui 4 sidang...iaitu 2 sidang setiap hari.

Alhamdulillah...Alang yang telahpun bertugas di SK Tuba (P3)... telah menerima ijazah pendidikan seni visual...

(bersambung)



Saturday, November 20, 2010

:: OUM-KPM: MQA dah luluskan... JPA belum...





Surat

KPT, MAQ lulus program pendidikan ditawar OUM

2010/11/20

SAYA ingin merujuk surat daripada 'lepasan sarjana muda pengajaran KPM-OUM dari Kuala Lumpur' yang disiarkan dalam ruangan ini bertarikh 18 November lalu.

Untuk makluman, program Sarjana Muda Pengajaran dengan Kepujian yang ditawarkan oleh Open University Malaysia (OUM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran adalah program yang diluluskan penawarannya oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Selain itu, program ini juga mendapat perakuan akreditasi daripada MQA pada Ogos 2010.
Bagaimanapun, pengiktirafan program ini oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi guru yang memohon DG41 hanya akan diperoleh apabila ia diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Oleh kerana mesyuarat pengiktirafan JPA hanya diadakan beberapa kali setahun, maka semua program yang mendapat perakuan akreditasi akan dibawa oleh MQA ke mesyuarat ini untuk diiktiraf.

Sukacita dimaklumkan bahawa berdasarkan sumber yang dirujuk dan diperoleh, mesyuarat berkenaan akan diadakan pada hujung November ini tertakluk kepada pindaan oleh pihak JPA.

Diharapkan penjelasan ini dapat menerangkan status Ijazah KPM-OUM seperti yang dikemukakan oleh pengadu dan menjawab kekeliruan yang timbul.
Jika pengadu mempunyai sebarang pertanyaan atau mahukan maklumat lanjut, sila berhubung dengan Bahagian Pendaftar OUM melalui e-mel (kamariah@oum.edu.my).

Segala kerjasama dan sokongan yang diberikan amatlah kami hargai dan sanjung tinggi.

DATIN TEH RAQAMAH ABDULLAH,
Pengarah Unit
Perhubungan Korporat OUM.



Friday, November 19, 2010

::Ijazah KPM-OUM: Statusnya ditanya





Surat

Status ijazah KPM-OUM

2010/11/18


SAYA memohon Kementerian Pelajaran Malaysia menjelaskan status pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Pengajaran KPM-OUM 2009.

Adakah benar ijazah ini tidak diiktiraf? Apabila diajukepada Universiti Terbuka Malaysia, mereka mengatakan sudah mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia tetapi apabila guru-guru memohon DG41 daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, mereka mengatakan ijazah kami tidak diiktiraf Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

LEPASAN SARJANA MUDA PENGAJARAN KPM-OUM, Kuala Lumpur.