Thursday, September 22, 2011
:: SURAT : Pelajar KPLI menanti penempatan ?
Pelajar menanti penempatan KPLI
Wednesday, October 13, 2010
:: Peluang kepada GSTT
Kementerian Pelajaran kaji serap lebih ramai GSTT
Posted on October 13, 2010, Wednesday
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran sedang menjalankan kajian khusus untuk memastikan lebih ramai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) dapat diserap ke jawatan guru tetap, Dewan Rakyat diberitahu semalam.
Timbalan Menterinya Dr Mohd Puad Zarkashi berkata kajian tersebut dijangka disiapkan dalam masa terdekat kerana kementerian menyedari terdapat ramai GSTT yang layak untuk menduduki jawatan tersebut.
Beliau berkata kementerian juga masih meneruskan program penyerapan melalui Kursus Dalam Cuti (KDC) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM).
“Walau bagaimanapun tidak semua daripada 12,546 GSTT di sekolah rendah dan menengah yang ada pada masa ini boleh diserap kerana pengambilan adalah berdasarkan keperluan dan syarat-syarat tertentu,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam.
Noraini dalam soalannya mahu tahu apakah mekanisme kementerian untuk menampung kekurangan guru bertauliah terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar memandangkan terdapat ramai GSTT yang layak walaupun kurang pengalaman.
Dr Mohd Puad berkata kementerian juga menggalakkan agar GSTT memohon untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) selain bergantung kepada KDC dan KDPM.
GSTT dilantik bertujuan menampung kekosongan jawatan dan kekurangan guru di sekolah pada satu-satu masa dan pada ketika ini, proses pengambilan diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri. — Bernama
Thursday, January 28, 2010
:: KPLI ambilan Jun 2010 ?
27 Januari, 2010 20:24 PM
KPLI Tidak Dimansuh, Kata Puad
KUALA KUBU BARU, 27 Jan (Bernama) -- Masalah jumlah graduan lepasan pendidikan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melebihi penawaran tidak akan menyebabkan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dimansuhkan, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata pengambilan KPLI tetap akan dijalankan pada bulan Jun ini.
"Program ni (KPLI) memang akan diteruskan kerana memang kami memerlukan guru sekolah," katanya selepas melawat projek asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Kubu Baru yang terbengkalai Rabu.
Katanya pengambilan bagi KPLI mungkin akan ditambah pada tahun hadapan namun ini akan bergantung pada faktor tertentu.
-- BERNAMA