Sunday, March 20, 2011

:: Abang Johari atau Awang Tengah... ganti Taib Mahmud ?

Presiden : Pehin Sri Abdul Taib Mahmud


Timbalan Presiden I : Tan Sri Alfred Jabu


Timbalan Presiden II : Datuk Amar Abang Johari Tun Openg

Taib Lakar Laluan Bagi Perubahan Kepimpinan Di Sarawak

KUCHING: Buat pertama kalinya selepas sekian lama, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud akhirnya melakarkan jadual dan perancangan awal sebelum beliau menyerahkan pentadbiran kepada kepimpinan baru.

Tampaknya beliau mungkin akan berbuat demikian dalam tempoh dua setengah tahun dari sekarang selepas mengumumkan pada Sabtu yang beliau akan mengetuai Barisan Nasional (BN) Sarawak dalam pilihan raya negeri ke-10 dan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Balingian buat kali terakhir.

Taib pertama kali melahirkan hasratnya untuk meletakkan jawatan pada 2006 tetapi ia tidak direalisasikan dan beliau terpaksa menangguhkannya.

Beliau tidak menjelaskan secara panjang lebar akan sebabnya ketika itu tetapi pemerhati politik mendapati Taib secara tidak langsung memberikan sedikit gambaran mengenai perkara itu dalam ucapannya pada program "Senada Sejiwa" di Serian.

Taib berkata beliau akan terus menerajui negeri bagi memastikan "pemimpin baru" boleh dikenal pasti dan beliau akan berundur apabila beliau berpuas hati yang pemimpin baru boleh bekerjasama dengan baik.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan mana-mana pengganti yang berpotensi.

"Saya fikir beliau mahu memastikan penggantinya dan orang di sekeliling pemimpin terpilih itu tidak bercakaran antara satu sama lain; bahawa mereka boleh bekerja sebagai satu pasukan dan menjaga kedudukan BN di negeri ini," menurut seorang pemerhati politik.

Sementara itu, penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian percaya Taib akan melepaskan jawatannya dalam satu atau dua tahun akan datang.

"Jika beliau berundur sekarang, ia mungkin mencetuskan perebutan kuasa dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tunggak gabungan parti pemerintah negeri.

"Beliau perlu membimbing seseorang untuk mengambil alih. Beliau mungkin telahpun membimbing orang berkenaan tetapi atas sebab yang hanya diketahui oleh beliau sendiri, beliau telah menangguhkan (peralihan)," katanya.

Daripada perspektif strategi politik, Dr Sivamurugan berkata adalah tidak bijak untuk Taib berundur sebelum pilihan raya atau sejurus selepasnya kerana persoalan siapa bakal menjadi ketua menteri akan menjadi tumpuan berbanding usaha memenangi dan mengekalkan kuasa pada pilihan raya.

"Isu ini lebih rumit. Ia bukan mengenai siapa yang patut jadi ketua menteri. Di Sarawak, ia lebih kepada siapa yang akan menggantikan beliau sebagai presiden PBB dan sebab itu kenapa ia tidak boleh dilakukan dalam waktu singkat," katanya.

Bukan sesuatu yang mengejutkan sekiranya proses peralihan itu akan mengambil masa lebih lama, kemungkinan sehingga pertengahan penggal akan datang bagi membolehkan pengganti berpotensi dipilih daripada kalangan pemimpin kanan parti.

Taib, 75, yang berkata beliau serius mencari pemimpin untuk menerajui parti, akan membubarkan Dewan Undangan Negeri pada Isnin, lima hari sebelum genap 30 tahun beliau menjadi ketua menteri.

Taib telah menjadi presiden PBB dan ketua menteri sejak 26 Mac, 1981.

Sebelum ini, Taib menamakan tiga pengganti berpotensi -- Tan Sri Adenan Satem, Datuk Seri Abang Johari Tun Abang Haji Openg dan Datuk Seri Effendi Norwawi.

Namun keadaan berubah mengikut peredaran masa.

Tumpuan sekarang ialah kepada barisan pemimpin kanan masa kini -- Timbalan Presiden I Tan Sri Alfred Jabu, Timbalan Presiden II Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Naib Presiden Kanan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Orang dalam parti menyatakan oleh kerana Taib sering menyatakan yang beliau dan Jabu sudah "tua", fokus kini terarah kepada Abang Johari dan Awang Tengah.

Mereka berkata pada mesyuarat parti enam bulan lepas, Taib melahirkan harapannya untuk melihat Abang Johari dan Awang Tengah saling bekerjasama.

"Saya fikir Taib perlukan lebih banyak masa kerana beliau mahu kedua-dua pemimpin ini membuktikan yang mereka boleh bekerja sebagai satu pasukan sebelum seorang daripada mereka dipilih sebagai pengganti, memastikan peralihan kepimpinan berjalan lancar," menurut seorang lagi orang dalam parti.

Dalam sejarah PBB, tiada siapa pernah mencabar presiden parti.

Pada 1998, Adenan dan Abang Johari saling bersaing bagi merebut jawatan timbalan presiden, yang diperuntukkan untuk kaum Melayu/Melanau.

Abang Johari menang berikutan mendapat sokongan padu daripada anggota Dayak disebalik hakikat Adenan mendapat sokongan Taib pada waktu itu.

Adenan, yang tewas, kemudiannya dilantik oleh Taib sebagai naib presiden kanan parti.

Tujuh tahun kemudian, Adenan sekali lagi mencabar Abang Johari, tetapi persidangan perwakilan ditangguhkan apabila dilaporkan ada penyokong Adenan didakwa dikesan mempunyai dua cawangan di kira-kira 40 kawasan.

Orang dalam parti itu berkata Taib, sebagai ahli politik veteran, diketahui tidak suka kepada sesiapa yang cuba mendesak beliau meletakkan jawatan bagi membolehkan peralihan kepimpinan negeri.

Beliau akhirnya pasti akan berundur tetapi beliau mahu melakukannya mengikut rentaknya sendiri, katanya.

"Anda tidak boleh paksa beliau kerana beliau tahu bagaimana untuk membalas balik, sepertimana yang beliau telah lakukan di masa lalu. Beberapa pemimpin politik yang bercita-cita tinggi cuba memaksanya berundur tetapi akhirnya mereka sendiri yang dipinggirkan dalam politik." - BERNAMA


:: Pilihanraya Sarawak 2011... PS Abdul Taib Mahmud tetap bertanding ?



:: 20.03.2011

Taib ketuai BN Sarawak


Taib ketuai BN Sarawak
Oleh ALIAS ABD RANI
lias@hmetro.com.my


KUCHING: Spekulasi berhubung tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-10 akhirnya terungkai apabila secara rasmi dibubarkan, Isnin ini.

Pengumuman itu dibuat Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada sidang media bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin di Bilik Orang Kenamaan di Lapang Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini, petang semalam.

Beliau berkata, notis mengenai pembubaran itu kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng sudah diserahkan, baru-baru ini.

Bagaimanapun, khabar angin mengatakan beliau bakal berundur sebaik DUN dibubarkan adalah sebaliknya apabila menjelaskan tetap bertanding dan mempertahankan di kerusi Balingian dalam Parlimen Mukah yang dimenangi sejak 2001.


Abdul Taib tidak menyatakan alasan sebab beliau mahu terus kekal menerajui Sarawak sejak menjadi Ketua Menteri pada 1981.

Beliau adalah Ketua Menteri paling lama selain ahli parlimen kedua terpanjang berkhidmat di Malaysia selepas Tengku Razaleigh Hamzah dengan menjadi Ahli Parlimen selama 38 tahun.

“Saya tetap bertanding dan mengetuai PRN kali ini. Saya pernah menyatakan hasrat meletakkan jawatan (sebagai Ketua Menteri) iaitu pada 2006, namun terpaksa membatalkan hasrat berkenaan.

“Belum tiba masanya tetapi tidak menolak kemungkinan perkara itu (peralihan kuasa) berlaku kira-kira setahun atau lebih selepas tamat pilihan raya negeri.” katanya.

Sebelum itu, Perdana Menteri memberi bayangan bahawa Abdul Taib tetap bertanding selepas mengamanahkan beliau mengetuai PRN kali ini.

Dengan pengumuman itu, pilihan raya negeri perlu diadakan dalam tempoh 60 hari, namun beliau menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.

Pun begitu, cakap-cakap mula kedengaran apabila hari penamaan calon dikatakan jatuh pada 6 April manakala pengundian berlangsung 10 hari kemudian.

PRN 2006 memberi tamparan hebat selepas Barisan Nasional (BN) melalui Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kalah teruk apabila memenangi 11 daripada 19 kerusi dipertandingkan. Malah, SUPP turut kehilangan kerusi Parlimen Sibu pada pilihan raya kecil Mei tahun lalu.

Bagaimanapun, SUPP berjaya menambah satu kerusi iaitu DUN Engkelili apabila calon Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Johnichal Rayong Ngipa lompat menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas sebelum menyertai SUPP.

Pada PRN berkenaan, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menang bersih 35 ditandingi, begitu juga Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang menang semua lapan kerusi ditandingi.

Parti komponen BN lain adalah Parti Rakyat Sarawak (PRS) menang lapan daripada sembilan kerusi ditandingi. Pembangkang pula menyaksikan DAP meraih enam kerusi manakala PKR dan Parti Cinta Malaysia (PCM) masing-masing dengan satu kerusi.



Saturday, March 19, 2011

:: Konvokesyen PISMP di PICC





Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya


Di situlah...baru2 ini (16 - 17.3.2011) bersama menumpang gembira dengan Alang, Angah dan mamanya apabila di situlah diraikan kejayaan ambilan pertama PISMP (2007) yang berjaya menamatkan pengajian masing2... dengan seramai 1987 orang graduan menerima ijazah masing2... yang berlangsung melalui 4 sidang...iaitu 2 sidang setiap hari.

Alhamdulillah...Alang yang telahpun bertugas di SK Tuba (P3)... telah menerima ijazah pendidikan seni visual...

(bersambung)



Friday, March 11, 2011

:: JPJ...pelaksanaan kompaun baru... dan saman ekor...



gambar hiasan....


Semalam (10.03.2011)...merupakan hari terakhir kepada pembayar saman melunaskan bayaran yang diberi potongan sebanyak 50%... setelah dilanjutkan tempoh selama 10 hari...ekoran terlalu ramai yang masih berpusu2 beratur di kaunter bayaran...

Seorang kenalan menunjukkan resit pembayaran saman yang telah dilunasi malam tadi. Pemilik kenderaan (kereta) tersebut yang mendiami Pulau Borneo (Sarawak)...telah dikenakan kompaun/kesalahan... "tidak pakai topi keledar" di daerah saman..."Sabak Bernam"...dan tarikh kesalahan "KONONNYA" dilakukan pada 14.03.2005...

Katanya...tidak terdapat kesalahan apabila menyemak melalui internet...cuma dikesan telah melakukan kesalahan (kononnya)... apabila semakan dibuat melalui "SMS"...


Persoalan:

1. Kenderaan yang berada di Pulau Borneo (Sarawak)...disaman di Semenanjung (Sabak Bernam) ?

2. Pengguna kenderaan (kereta)...diwajibkan memakai topi keledar...ketika memandu kereta ?

3. No. pendaftaran kenderaan (kereta) yang berada di Sarawak...mungkin telah dipalsukan...dan digunakan oleh pemilik motorsikal di Semenanjung ?

4. Kesalahan dilakukan oleh "pemalsu"...tetapi kompaun/kesalahan...dikenakan kepada pemilik asal no. pendaftaran kenderaan ?

....maka kita tidak hairanlah...jika banyak pihak mempersoalkan akan hal2 berkaitan SAMAN EKOR ini...


Sunday, March 06, 2011

:: N27 Merlimau & N28 Kerdau: BN kekal pada 06.03.2011




azlan


azlan


azlan



:: Pehin Sri Abdul Taib Mahmud:...."fight all out"....







‘Fight all out!’



Posted on March 6, 2011, Sunday



The Chief Minister tells BN members that there was nothing to fear about the Opposition’s politics of perception


IN COMBATIVE MOOD: Taib stressing a point at the State BN Convention. – Photo by Jeffery Mostapa


KUCHING: Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud unleashed the battle cry for the coming state election when he told Barisan Nasional (BN) members to “fight all out” against the Opposition.

Addressing some 5,300 strong BN supporters from four component parties, Taib, who is also the state BN chairman, said the BN had nothing to fear when facing the Opposition.

However, he also advised them to understand BN’s core struggle so that they would know how to fight off their opponents.

“Our struggle has always been centred on the well-being of our people, regardless of their race and religion. I am the chief minister of all races and not just for the Malays, Chinese, Ibans, Bidayuhs, Melanaus and Orangs Ulus,” Taib said in his keynote address at the State BN Convention held at Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) here yesterday.

He stressed that BN had always been practising the principles of democracy which is ‘Of the people, by the people and for the people’ unlike certain quarters, especially the opposition, who have been telling the people to go against the present government.

“This is a solid case between politics of perception (as practised by the opposition) and politics of reality,” he said.

Taib, who is also PBB president, said he would not mind to debate with the opposition if they have enough evidence.

“I will ask Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem to standby and debate with them,” he said.

The opposition, especially state PKR chief Baru Bian and state DAP secretary Chong Chieng Jen, recently issued a challenge to Taib for an open debate on various issues regarding Native Customary Rights (NCR) land and his personal matters.

The chief minister reiterated that the state government had never robbed landowners of their land and that it was doing all it could to assist poor landowners to be better off.

He disclosed that the government in fact has a long term plan to transform Sarawak into a fully industrialised state by 2030.

Taib said all the people regardless of their race will benefit from the government’s plan such as SCORE.

He also cast aside the perception created by the opposition that the present state government is not fair in the distribution of wealth and harvesting of resources.

“We have to be realistic and care for the people’s stomach and their well-being. We cannot just depend on the theory of democracy but we must practise it,” he said.

Taib also stressed that the crux of the coming election would be a test between the government’s service to the people and the opposition’s mere rhetoric.

“’Jauh pawi’ (It is beyond their reach)…that they would be able to achieve what they promised and run the government,” he pointed out.

He also warned BN supporters not to become turncoats and abandon the BN ship as such a move would be suicidal.

“We must admit that we have weaknesses but we have the NKRA to address it. We don’t need the opposition to tell us what to do and how to run the government,” he said.

Taib said that it would not be logical for Sarawak to ask for one third of the country’s budget as the state has only 2.5 million people which is only one tenth of the country’s population.

He said such magnanimous request for allocation would be unfair to the bulk of the population in Peninsular Malaysia who also need to develop their states.

“But the special relationship between state and federal leaders have enabled Sarawak to get special attention from both the prime minister and the deputy prime minister,” he added.