Monday, November 20, 2006

:: Lepak Di Rumah

Selamat berjumpa lagi...

Rutin - Ahad:
Biasanya awal2 lagi dah ke Pasar Satok. Sorang diri je, sebab yang lain2 tak nak ngikut. Cuma beli nasi dagang, karipap, kuih tako dan apam balik. Sempat le jugak bimbit dua tiga jenis sayur. Kira2 jam 11 pagi ke Tabuan Laruh, beli ikan sebab Along nak buat sup. Barang makanan lain pun dikaut jugak...sebab anak2 dah berkumpul. Tau je le.

Petang:
Pak Tam call dari bengkel G2nya di Simpang Renggam...hal tanah di Segari. Katanya Pak Ndak kantoi bilamana Pak Njang Mad Tok Abas memulangkan kata2 Pak Ndak kepadanya...."tak pa la...hang jual bahagian hampa tu kat aku, aku bayar sebagaimana yang hang offer kat aku dulu tu". Kahkahkah. Sah dan soheh, dua pihak tak mau mengalah. Namun jangan hingga terbiar begitu je tanah tu, sekurang2nya diusahakan. Di pihak kita...kena segerakan proses ambil kuasa. Bulan November - Disember ni mungkin dapat dibereskan kut oleh mana2 pihak yang terluang waktu dan balik bercuti ke Pantai. Pak Ngah cuma bercuti di Kuching je. Maaf, tak dapat bersama untuk kenduri di Sitiawan dan di Nenering tu.

Malam:
Dapat mesej daripada Pak Lang jam 8.37 malam..."Apa cite bumi kenyalang? Sabah ni panas la, heran! Haha." Baru teringat yang Pak Lang tu baru balik dari Canada....lantas dibalas mesej tu..."Slmt kmbali ktanah ayo".
Anak2 pulak selepas mereka pekena pizza yang dibeli untuk makan di rumah, berpakat nak ke rumah Nek Jah (mak mertua). Semua pergi kecuali Pak Ngah. Jadi sardin le...bila 6 orang berpadat naik kembara tu.
Cadang nak tidur awal sebab esok kena mewakili boss bermesyuarat bersama Jabatan Pelajaran Gabungan Kuching....sebab boss pergi ke Miri...mesyuarat kewangan untuk Ketua2 Jabatan Persekutuan Sarawak. Tapi mata tak mau bekerjasama, apa lagi....jengok blog le.
PAKNGAH belum rasa mengantuk lagi...lepas pekena nescafe o...

Sunday, November 19, 2006

:: Sebelum Sekolah Bercuti..

Selamat berjumpa lagi..

Dah Uzur:
Bilamana usia dah melewati setengah abad, segala penyakit pun mula menjengok muka...kalau tak yang major, ada le yang minor. Alhamdulillah..setakat ni..yang minor je yang menerpa. Flu dan asma...sejak dari Seremban dulu lagi. Kalau ibarat kereta, dah tentu tauke dan pomen G2 Kluang...minta untuk dioverhaul atau tukar injin baru je. Jadi, yang lain2 tu jaga le kesihatan diri, walaupun ada doktor dan ada hospital, namun yang sakit tu...kita. Kesian kat yang lain2 tu kena jaga kita, jika kita ni sakit.

Anak Bongsu:
Acik yang di Tahun 5 seronok sakan. Seminggu sebelum cuti, Mak Ngah tempah baju pengawas berlengan panjang berwarna pink, beli seluar, kasut dan stoking baru. Katanya ready untuk tahun depan, siap awal2. Tapi rupa2nya ada raptai pada hari khamis di sekolahnya (SK Datuk Mohd. Musa, Kota Samarahan) sempena hari penyampaian hadiah 2006 yang disempurnakan pada hari Jumaat, hari terakhir persekolahan bagi sesi tahun ini. Alhamdulillah, Acik dapat 4 hadiah iaitu pelajar harapan, tempat pertama tahun 5, terbaik bagi subjek B.Inggeris dan Sains. Terkilan sikit, Pak Ngah tak dapat bersama menyaksikannya kerana ada mesyuarat post mortem praktikum.

Anak2 Balik:
Hari Jumaat malam Sabtu, Alang dan Along balik. Mak Ngah dan Acik je yang menjemput mereka di LT Kuching. Dua kali berulang alik sebab masa ketibaan yang tak sama dan jarak masa yang lama jika nak ditunggu. Maka seperti biasa le, bila dah berjumpa adik beradik..ada je cerita yang nak dikongsi bersama...seolah2 esok dah tiada. Lewat pagi baru mereka tidur. Tengahari Sabtu, Along buat laksa mi. Dua ketul licin sekali hadap je. Petang dua ketul lagi pun sama jugak, licin. Ye le, umur sebegitu memang berselera dan ditambah pulak jarang2 sekali dapat jumpa laksa mi, kesedapannya tak terkira le. Kalau selalu jumpa tu, mungkin lain pulak jadinya. Terima kasih bebanyak kat Pak Ndak Yan kerana membekalkan laksa mi tu ketika Pak Ngah bertandang ke Sg. Batu baru2 ni.

Kancil Mak Tam:
Bila jengok blok Mak Lang dan Pak Tam, rupa2nya ada berita yang Mak Tam terkemalangan. Kereta terlajak ke tepi jalan, masuk ke longkang/parit dan tercium simen. Alhamdulillah, Mak Tam selamat. Diharap Mak Tam tak phobia nanti..takut memandu. Adat le tu, kekadang kita berhati2, orang langgar kita. Kekadang tu pulak dalam kita berhati2 pun, kita terlanggar orang jugak. Malah kekadang tu pulak kita terkemalangan sendiri2. Orang tua2 kata, bagus jika kita membaca doa menaiki kenderaan dan membaca doa tawakkal pada Allah dijadikan amalan bila nak naik kenderaan. Kita hanya sekadar berusaha dan berikhtiar je.
Afifah - UPSR:
Tahniah kerana dapat 3 A. Ada gak anto SMS kat Mak Ndak (ibunya)..bertanyakan..cadang2 tu nak anto ke sekolah mana untuk Tingkatan 1 tahun depan ni? Cuma belum berjawab je.

Monday, November 06, 2006

:: Di Pantai bersantai

Bas Ekspress:
2.11.2006 - Bertolak jam 11 pagi dari Seremban. Duduk di seat no.11, di sebelah budak Melaka yang menuntut di semester akhir di UiTM Sri Iskandar. Hafiz namanya. Dia mengambil Diploma Perancangan Bandar.
Di Klang, penumpang yang nak ke Manjung dan Lumut kena tukar bas lain, kononnya bas itu akan terus ke Butterworth. Alhamdulillah, bas berkenaan dah siap sedia untuk bergerak. Namun sebelum itu, sempat le jugak sound kat pemandu tu tentang ketidakselesaan semua penumpang yang nak ke Manjung, terutama yang banyak beg dan anak2 kecil. Pemandu tu lagi bijak...dia berdiam diri je bila dileteri sebegitu.
Sembelih:
Di sepanjang perjalanan hanya melayan mata..tidur memanjang. Berhenti di Simpang Slim River, makan tengahari di ZAA Restoran. Pemandu beritau, kita berhenti setengah jam je. Maka berkata2 le dalam hati..bagus le..Syarikat Bas S.E. Ekspress ni...mengikut jadual dan ada had masa. Harga makanan dan minuman sememangnya boleh tahan...mengalahkan harga di restoran berhawa dingin...mungkin pekerjanya mentaati falsafah "kalau kali ni tak disembelih betul2...lain kali belum pasti pelanggan ni muncul sekali lagi untuk sedia disembelih.."..... dan setiap hari sudah pasti ribuan pelanggan yang menjadi mangsa. Masa setengah jam yang dihadkan oleh pemandu bas tadi hanyalah basa-basi je...sebab dia kelihatan masih enak menghayati keenakan dan kelazatan asap rokoknya, walaupun 45 minit masa dah berlalu. Bila Pak Ngah tegur... eh..eh... iye ke...jawabnya selamba sambil melihat jam tangannya.
Bila bas mulai bergerak...rupa2nya ada miss call dari Pak Ndak. Anto SMS je kat dia beritau lokasi terkini.
Bertolak dari Ipoh jam 4 petang. Dah 5 jam duduk je...boring oooo. Di Sri Iskandar 6 orang pelajar UiTM turun. Tiba di Manjung jam 5.30 petang. Pak Ndak dan Angah dah menunggu. Balik terus ke banglonya.
Makan beramai:
Malam..Pak Teh dan Zaim dijemput dik Pak Ndak ke rumahnya. Mak Teh tak datang sebab masih di Kg. Jana atas urusan rasmi, kata Pak Teh. Kemudian muncul pula Farah, Ramli, Pak Njang dan Mak Njang dengan rice cookernya..bawa nasi dan lauk pauk le tu. Berbual..makan..berbual..dan bercerita sakan le kami. Farah kata.. pihak hospital kerajaan menjangka "baby" muncul pada Disember ni.. tapi pihak hospital swasta kata.."baby hero" akan muncul pada Januari 2007. Sempat le Pak Ngah tanya..dah sedia nama ke..Farah dan Ramli senyum memanjang je. Lepas tu, Pak Njang, Mak Njang, Farah, Ramli dan 3 orang anak Pak Ndak terus bertolak ke Ipoh. Diberitau yang Pak Njang dan Ramli akan terus ke Penang keesokan harinya untuk Sukan Tradisional peringkat kebangsaan. Mak Njang pula mungkin akan uruskan revellnya dengan jiran2 Farah nanti. Agaknye le..
Tiga cawan air:
3.11.2006 - Pak Ndak terpaksa korbankan cuti khasnya sehari kerana tetamu jauh datang bertandang. Awal pagi kami bersarapan di Gerai Sg. Batu..pekena nasi lemak dicampur udang, kerang dan ikan serta nescafe o ...pilihan Pak Ndak. Kalau ikutkan Pak Ngah..memadai air suam segelas je untuk sarapan pagi. Pak Ngah Aq Tok Su (Idris Mat Ali Ketoi) datang...kami ajak ikut sama.
Kemudian kami bermotosikal ke Tebuk Yan. Destinasinya ke rumah Hjh. Dasimah Ibrahim (Mak Njang Simah). Bersembang ala kadar dan dijamu kuih raya dan teh o. Zakiah Ummil Misyakin (Kiah) bertugas sebagai kerani di PPD Manjung, bermalam di rumahnya sebab ada urusan nak ke Ipoh pagi tu. Sempat jugak Pak Ndak bergurau yang "ada orang" hendakkan Mak Njang Simah. Gelak sakan le dia. Mak Njangpun cerita le yang dia jugak pernah dilamar dik Pak Lang Abu..mengikut wasiat Mak Lang Bakyah (isterinya) yang meninggal kira2 sebulan sekembalinya ke tanah air setelah mengerjakan ibadat haji.
Lepas tu baru le menuju ke rumah Pak Njang Mat Tok Abas...amboi panjangnya nama..tu belum lagi dengan gelaran anugerah Sultan atau Agong tu. Rupanya dah pun beristeri baru (Mak Njang Yam) dan punya anak di tahun 4 di SK Sg. Batu setelah isteri pertama meninggal. Diringkas cerita, hal tanah Segari akan dirundingkan dengan 3 orang sedaranya yang lain, sebelum memberi jawapan muktamad. Di rumahnya kami dijamu kopi o dan kerepek. Dia punya kopi o tu...memang kaw2 punya...siap dengan manis sekali.
Kemudian beransur2 le kami ke rumah Pak Teh Rembia. Macam mana dapat nama "Rembia" tu...terlupa pulak nak tanya kat dia. Dia jadi jaga di stesyen minyak di Tebuk Yan tu. Ada jugak dia kata yang dia tu bukannya jaga...tapi tidoq saja...kalau ada orang nak masuk gate...aku tekan remote saja....(dalam hati Pak Ngah...amboi...senangnya kerja...). Nak dijamu air...kami kata..dah tiga cawan pagi ni...terima kasih le. Kami mohon berundur bila ada sorang budak menghantar seekor ayam hutan yang baru dijeratnya untuk disimpan dik Pak Teh Rembia. Sekali pandang wajah Pak Teh Rembia ni macam Latif Borgiba (pelakon) atau Ed Osmera (pelakon) je bila melihatkan pada rambut, janggut dan misai yang memutih serta raut mukanya.
Talang:
Dalam perjalanan pulang, Pak Ndak beli ikan talang di Sg. Batu..teringin nak makan talang...kita bakar nanti katanya lagi. Besar jugak ikan tu...2 kilo lebih. Dibakarnya ikan tu di bahagian belakang rumah di tengah panas terik..walaupun ada tempat yang redup...maka berminyak le belakangnya yang tak berbaju tu. Bila Pak Ngah beritau...peluh dan berminyak belakang tu...lantas dijawabnya...lemak tak banyak...yang banyak tu...manis. Diakuinya yang dia adalah pewaris kedua (selepas Mak Njang) dalam hal ehwal kencing manis ni.. baru dua bulan dihidapinya.
Mengata:
Sebelum tu, kami singgah di rumah Caq Saodah (kak ipar almarhumah mak). Yeh dan bang Bidi ada sama sambil pekena teh o. Dalam bercerita tu..timbul le cerita Pak Man Telo..cerita adik beradik dan sedara mara kita yang kantoi..yang melabur beribu2 tapi satu sen pun tiada pulangannya..cerita Abang Li sebagai taukehnya...cerita duit kertas RM500 dan RM1,000 sekotak besar di depan mata..cerita kolam keli dan restoran yang tak menjadi. Cerita2 tu semakin sedap didengar apabila yang bercerita tu agak celupar sedikit mulutnya.. iye le..mengata orang yang tak ada di depan kita.
Jumaat:
Solat Jumaat di Masjid Sg. Batu. Bang Ridzuan anak Hj. Zabidi Sg. Batu berkebetulan di sebelah kanan. Sempat berbual dengannya tapi terlupa nak tanya..dah pencen ke belum kerja di Pejabat Pos Pantai Remis tu. Rasa2nya dah pencen tu. Petang tidur memanjang dengan Pak Ndak di ruang tamu banglonya.
Petang:
Capai motosikal Pak Njang Mansor yang sengaja ditinggalkan di rumah Pak Ndak untuk kegunaan Pak Ngah agar tak patah kaki. Tuju ke pusara arwah ayah dan mak bersama Angah, anak Pak Ndak. Mujur Pak Teh beri petua. Bermula dari pusara arwah mak..nak tahu lokasi pusara ayah adalah dengan mengundur satu pusara ke arah masjid, kemudian bergerak ke kanan..arah matahari naik..melewati 6 @ 7 pusara lain, maka akan berjumpa le pusara arwah ayah...berdekatan pusara arwah Pak Njang Mat Tujuh (pis....l). Disedekahkan alfatihah dan yaasiin untuk mereka.
Kemudian lajak ke rumah Mak Ngah Minah di Bt. 51. Hari dah gelap gelemat..dah masuk maghrib. Pak Ndak tiba kemudiannya. Dijamu teh dan mihun. Dibekalkan oleh Mak Ngah Minah buah kuini. Alhamdulillah.
Malam:
Pak Teh sekeluarga jemput makan malam di rumah mereka di SMK Pantai Remis. Terima kasih bebanyak le susah payah Pak Teh dan Mak Teh untuk tujuan itu. Sebelum dan selepas makan malam, banyak bercerita mengenai alam ghaib dengan Pak Teh dan Pak Ndak dekat buaian di bahagian luar rumah. Dekat2 nak balik ada Pak Teh keluarkan laptopnya tunjukkan ceramah "Suara Dari Kubur", yang mengkisahkan semacam rakaman canggih pelbagai suara dan kesan bunyi yang beraneka. Sebelum balik, Pak Teh hulurkan "endelop" (istilah arwah mak) hijau untuk anak2 sedaranya di Sarawak. Sesampai di rumah Pak Ndak, mula berkemas sebab nak balik awal2 pagi esok. Sebungkus besar laksa mi, mangga epol dan kuini dikotakkan dgn dibalut akhbar lama agar tak rosak buah2 itu dalam perjalanan nanti. Terima kasih bebanyak untuk Pak Ndak dan Mak Ndak sekeluarga sepanjang bertandang di Sg. Batu.
Pagi:
Pak Ndak hantar ke Manjung. Dari Manjung terus ke Puduraya dgn bas ekspres Transnasional. Berteksi ke KL Central, kemudian ke KLIA menggunakan KL Ekspress. Flight jam 5.50 ptg. Menunggu lagi. Sehari suntuk le dalam perjalanan je.
Angah menjemput di airport Kuching. Dah tua2 sebegini...bila perjalanan sebegini...amat meletihkan.
....gambo2 akan diselit dalam siri akan datang...jumpa lagi.
...PAKNGAH dah seminggu kena flu...

Sunday, November 05, 2006

:: Di Sembilan Negeri

Kursus:
Walaupun suasana berhari raya masih berada dipuncaknya, perlu ke Darul Khusus pulak untuk memberi kursus anjuran BPG - Bahagian Sekolah KPM. Ini adalah ekoran dari kursus one-off yang dihadiri di London & Brussel pada 2005 dulu. Kursus bagi sesi pertama telah dibuat di Langkawi untuk warga IPG-BPG bagi yang terlibat dengan urusan kualiti. Sesi kedua ini ditumpukan pula kepada pengurus2 kualiti di peringkat JPN dan Bahagian2 di KPM. Alhamdulillah berjalan licin dan sempurna dilaksanakan.
Semasa kendalikan kursus tu, berkesempatan le berlabun dengan para peserta mengenai Negeri Sembilan ni. Sengaja provok para peserta kenapa dinamakan Negeri Sembilan tetapi bukannya Sembilan Negeri...dan apa beza antara keduanya?
Terminal One:
Dik kerana kursus berakhir pada hujung minggu...maka terfikir le nak balik ke Pantai untuk menjenguk muka dan berjumpa sedara mara di sana. Oleh itu, awal2 lagi dah hubungi Pak Ndak tentang hasrat hati tu. Setelah kata setuju diterima...yang dia tak ke mana2 di hujung minggu.. maka Pak Ngah pun membetis le dari Royal Adelphi ke Terminal One untuk membeli tiket bas.
PAKNGAH bergumbira kerana akan dapat bersua muka dengan sedara mara... dan kegumbiraan itu sukar digambarkan melalui catatan dan titipan kata2 di dalam blog ini.

Monday, October 30, 2006

:: Riuh menjadi sunyi

Awal pagi Ahad - hari raya ke-6:
Awal pagi tadi Ahmad Anwar Ariffin (Acik) akan ke Bintulu untuk ikuti Kem Kadet Remaja mewakili SK Datok Traoh anjuran JPN. Bila membelek program yang diberikan, aktivitinya semacam rojak je..ada motivasi..ada kepimpinan..ada pembimbing rakan sebaya dll. Mak Ngah dan Ahmad Ashraaf (Anjang) yang anto Acik ke sekolahnya seawal jam 7.30 pagi..yang dijadikan sebagai pusat berkumpul sebelum ke Bintulu. Mengemas dan memasukkan barang2 dan alatan perlu ke dalam beg untuk digunakan nanti, banyak dibantu dik Angah. Inilah kami pertama Acik mengikuti program sekolah yang jauh jaraknya, 10 jam perjalanan dari Kuching...sebab itulah sekejap2 terima mesej dari Acik yang menceritakan tempat yang telah dilalui oleh rombongannya itu. Anjang merungut tak puas hati...sebab bas tu hanya bertolak pada jam 10.00 pagi...jenuh menunggu!!
Pak Ngah dan Angah pula anto Along ke airport Kuching yang nak balik ke JB. Flight jam 8.50 pagi dengan Air Asia. Awal berangkat dari rumah. Ada le sikit2 kek dan biskut yang dibawa balik dik Along tu. Ada yang nak diberi kat mak angkatnya dan sikit untuk jamuan di sekolah serta di rumahnya jika ada jiran setaman yang mungkin menjenguk muka nanti.
Malam tadi:
Hantar Alang ke rumah neneknya sebab Wardati (mak sedaranya) bercadang nak balik awal ke Miri dan berangkat sebelum solat subuh. Rancangan mereka nak solat subuh di mana2 stesyen minyak Petronas je. Rupa2nya mereka berangkat lewat...jam 6.00 pagi, bilamana terima mesej dari Alang pagi tadi. Malam tadi..macam biasa le...banyak le pesanan diberi kat Alang..sebab risau..perjalanan tu jauh..memandu pulak tu..walaupun bergilir dengan mak sedaranya. Tup..tup..dapat mesej kedua dari Alang yang mereka dah pun sampai ke Sarikei dengan hanya mengambil masa 4 setengah jam je...yang sepatutnya 6 jam. Fuiyo...ni mesti memecut ni...120 km sejam sekurang2nya dah pasti le tu...sama le anak sedara dan mak sedara tu...
Petang:
Mengunjungi rumah Nor Basri di Tabuan Height. Si Nor tu isteri dan berasal dari Kedah manakala Basri tu suami, pangkat sepupu dengan Mak Ngah. Kedua2nya anggota polis. Kami dijamu lontong. Berselera, kena pulak sambal tumisnya sedap. Kami balik ke Tabuan Jaya bila dah dekat nak masuk waktu maghrib, setelah puas bersembang panjang. Malam ni nak berkemas sebab perlu ke Seremban pada 30.10.2006 - 3.11.2006. Ada kerja sikit sedang menunggu di sana.

:: Raya Ketiga 2006

Tidur seculin:
Cuma dapat lelapkan mata sekejap saja, selepas membantu Mak Ngah buat kuah laksa. Bersiap lebih kurang...pakai baju raya...perlu pergi kerja. Cadang nak cuti semasa berbincang dengan boss sebelum ujung puasa...tapi boss dah kata dia pun nak cuti gak...nak balik ke Mukah selepas beraya di Kuching...dan ketua2 jabatan pula bercuti seminggu. Tiada pilihan. Kena le bertugas pada hari Khamis dan Jumaat. Mak Ngah terkejut. Ada ke cuti2 raya macam ni pun nak kerja jugak...rungut Mak Ngah. Perjalanan lancar je...sebab penunggang motosikal dari Samarahan yang beribu jumlahnya seperti kebiasaannya setiap hari bekerja, semacam tak wujud. Tiba awal dari kebiasaan. Lengang. Sunyi. Sepi. PE yang bertugas memantau staf mengetit kad perakam waktu memaklumkan...hanya 27 orang je yang datang bertugas...yang lain sedang beraya sakan.
Beraya:
Kira2 jam 10 pagi, sorang staf beritau yang Encik Hassan Sitam (ketua jabatan) mempelawa beraya ke rumahnya. Pak Ngah beritau no problem punya...kita pergi waktu rehat. Dekat je rumahnya...di luar kampus ...pergi balik cuma setengah kilometer je. Mulut masih terasa pahit...cuma pekena sehiris dua lemang dengan pasangannya rendang daging, walaupun pelbagai juadah terhidang. Badan sememangnya tak berapa sihat sejak sebelum raya lagi...surat pun tiada untuk diambil tindakan...lantas beritau PE...saya nak berehat di rumah je. Sementara tu ada le Mak Ngah anto mesej yang rakan staf sekolahnya datang beraya...tak putus2 sebab nak pekena laksa.
Bertali arus:
Setiba di rumah jam 3 petang, tetamu masih ramai. Berlabunlah mereka sambil pekena laksa, kek dan biskut. Cadangan balik awal nak berehatpun tak kesampaian sebab tetamu perlu dirai. Raya di Sarawak ni lain sikit...tetamu dihidang air botol atau tin...air bergas le...berbanding dengan kita di "Malaya" yang akan hidangkan air sirap atau air panas. Maka atas sebab itulah maka Pak Ngah pun ikut le trend tu...hidang air bergas ...sejak bertemu jodoh dengan Mak Ngah. Jangan2 trend hidang air di hari raya di "Malaya" pun mungkin dah berubah kut...sebab rasa2nya dah lama bebeno tak balik dan boleh dikira dengan jari je yang Pak Ngah balik beraya di Pantai Remis...sejak merantau ke Pulau Borneo pada 1978. Trend di KK atau di Kluang atau di Melaka atau di Nenering atau di Lekir...bagaimana le pulak ye?
Malam:
Tak kemana2. Berehat betul2. Tetamu masih ramai berkunjung...tapi cuma dilayan dik Mak Ngah dan anak2 je. Jiran2 yang majoritinya berketurunan Cina, turut berkunjung. Fasa 4 Tabuan Jaya yang kami diami...cuma ada 4 keluarga Islam. Bila time Tahun Baru Cina, terasa macam diam di Negara Tembuk Besar je layaknya. Sesiapa yang pernah kena selsema, batuk dan demam secara serentak...akan tau le rasanya...sepertimana kata arwah ayah bila dia bersin kuat sehingga hujung kampung pun dapat didengar..."siapa kena..siapa tau". Biji mata semacam nak terkeluar je rasanya.

Sunday, October 29, 2006

:: SMS sedara mara

Banyak mesej yang Pak Ngah terima dalam bulan raya ni dari rakan taulan, sahabat handai dan sedara mara. Ada yang biasa2 je dan ada yang menarik. Pak Ngah mintak maap le kat sesiapa yang berkenaan, yang mesejnya dipaparkan di sini. Tiada punya niat apa2...semata2 untuk renungan bersama.
Pertama: Teh Pak Ngah 'At..(25.10.2006 - 09:05 malam)
Aslmkm. Apa khabar di hari raya? Aku baru saja balik kampung. Keadaan agak sunyi, boring dan hujan turun sangat lebat. Di sana bagaimana?
Pak Ngah jawab: W.Salam. Kami sekeluarga di KCH alhamdulillah, sihat2 saja. Di sini panas dan berjerebu sikit. Kalau boring di kampung, MAI LA SINI, bukan jauh mana, sejam setengah dari KLIA. Salam untuk semua.
Kedua: Pak Ndak Yan..(27.10.2006 - 08:01 pagi)
Dok tengah makan laksa mi kat rumah mak bt.51, pantai remis.
Pak Ngah jawab: Beritau ka atau pelawa makan laksa mi ni? Walau apa pun, terima kasih le. Setakat nak tanya je, macam mana nak dapat stok laksa mi ni? Hang tau jawab kut?
Ketiga: Pak Ngah kepada Pak Teh dan Pak Njang..(27.10.2006 - 08:17 pagi)
Macam terbau2 je laksa mi. Rasa menyucuk idung...oooo. Tapi kami di sini takdak stok la. Nak buat macamana.....Siapa lagi yang ada di rumah mak tu? Salam raya untuk semua.
Keempat: Pak Tam.. (27.10.2006 - 08.22 pagi: sms kpd Pak Ndak)
Bestnya...Kirim2 le sikit.. Aku dok bersiap nak balik Kluang. Arap2 ujung minggu ni dapat le aku buat laksa mi, itu pun kalu orang kirim...Huhuhu.
Kelima: Pak Teh.. (27.10.2006 - 5:14 ptg)
Pagi tadi laksa mi di rumah mak. Ptg ni, laksa sri lekir di rumah kami. Semua dijemput dtg & makan. (p/s: Pak Man anak Mak Njang Yam Mat Ghodi meninggal dunia tgh malam tadi & telah selamat dikembumi).
Pak Ngah jawab: (tapi anto kpd Mak Teh): Tiba2 je bau kuah laksa sri lekir menyucuk idung. Nak join tapi dah lewat....& seat k.terbang pun dah abis. Kalau sammy vello buat jambatan dari Manjung ke BORNEO....best kan? TQ.

Friday, October 27, 2006

:: Raya Kedua 2006

Penunggu rumah: Tidak kemana2 sebab menunggu tetamu, tambahan pula demam dan batuk semakin menjadi2. Ramai yang datang berkunjung. Rata2 adalah staf IPTAR dan rakan anak2 selain dari ipar duai. Staf sekolah Mak Ngah belum berkesempatan nampaknya..mungkin akan datang pada hari raya ke-3 atau masing2 masih sibuk dengan urusan saling berkunjung. Namun, Puan Lee, seorang pesara guru sekolah lama (SK Ng. Stras) di Bintangor dulu tu, datang. Cuaca panas dan masih berjerebu.

Mulut pahit: Sebelah pagi, menggagahkan diri ke pasar nak cari ikan temenung dan bahan2 lain untuk ramuan laksa penang. Yang bestnya, setelah puas membetis seluruh Pasar Satok dan semua Cold Storage di Bandaraya Kuching...ikan temenung @ ikan kembung tarak...yilek!! Jangankan ikan kembung habis, ikan tamban, ikan selangat, ikan parang, ikan tongkol dan ikan tenggiri pun tiada. Takkan nak buat laksa penang guna ikan bawal putih kut? Sambil berjalan2 mencari ikan tu, mata melilau juga le nak tengok mana2 kedai atau gerai makanan yang dibuka. Bukan apa sebenarnya, mulut orang demam ni terasa pahit sikit. Cadang tu nak pekena laksa sarawak, tapi hampa. Ada le satu gerai di depan Elektra House yang dibuka tapi cuma jual mee sup je. "Hantam" saja le, janji...menunaikan hasrat mulut yang minta disuap dan perut yang meminta diisi. Akhirnya, cuma dapat beli timun je...

Selepas solat maghrib, baru dapat dibeli semua bahan nak buat laksa tu...kecuali ikan. Problem ooooo....!!!!

Rapat: Malamnya, Along dan Angah menemani Alang yang nak ke rumah "kawannya", orang Kampung Hj. Baki, Kuching. Acik "merengkam perut" sebab nak ikut sama tapi dilarang keras dik Alang. Anjang tak peduli semua tu. Dia lebih pentingkan dan selesa dengan PS je. Hal Alang ni....Mak Ngah lebih awal tau...sebab Alang lebih rapat dengan Mak Ngah. Pak Ngah hanya tau bila dikabo dik Mak Ngah. Selama ini sememangnya Mak Ngah tak pernah menyembunyikan apa2 maklumat tentang anak2 dari pengetahuan Pak Ngah...samada yang baik atau yang disebaliknya. Pak Ngah pun begitu. Along dan Angah pula lebih rapat dengan Pak Ngah. Jadi apa yang Pak Ngah tau tentang Along dan Angah, Mak Ngah akan diberitau juga akhirnya. Mungkin anak lelaki lebih mudah berterus terang dengan Mak Ngah, manakala anak perempuan pula lebih mudah berbincang dengan Pak Ngah.

Tengah malam: Selepas tetamu terakhir balik jam 12.10 tgh malam...Pak Ngah dan Mak Ngah pun ke Pasar Gambier (pasar borong) nak cari ikan kembung. Alhamdulillah dapat le 5 kg. Tu je yang ada. Lega aihhh....kalau tidak, jamu laksa berkuah sardin le jawabnya. Balik ke rumah...terus tolong Mak Ngah perisi ikan...dan kuah laksa dapat disiapkan pada jam 2.30 pagi. Nah...aih...!!!!

Thursday, October 26, 2006

:: Raya Pertama 2006

Kenangan: Pagi2 raya pertama...anak2 minta Pak Ngah dan Mak Ngah bergambo selepas Solat Sunat Raya...sebelum ke rumah nenek mereka (mertua) di Petra Jaya, Kuching.

Kenangan: dari kiri...sengaja disusunatur mengikut urutan..Along, Angah, Alang, Anjang dan Acik.

Kenangan: Mak Ngah menyelit bersama anak2..tanpa Along.

:: Petang raya: 30 Ramadhan

Batuk:
Mulai malam tadi, batuk dan asma mengunjungi Pak Ngah. Huh...sakitnya bila batuk tak puas sebab kahak tak mau keluar. Sakit dada dibuatnya. Macam biasa, semua tu dapat le dikurangkan dengan meminum air panas menggelegak dan 2 biji pil asma yang berwarna maroon. Bekalan ubat tu tak pernah kurang, sentiasa ada dalam stok. Kalau pergi ke mana2 tu, tak kan ditinggalkan, kecuali terlupa. Serupa kereta le..dah lama..dah uzur..dah patut pun jadi macam tu..kalau tak kena yang major...yang minor tentu sangkut punya.
Mujur :
Awal pagi tadi, sementara anak2 masih dibuai mimpi, Pak Ngah dan Mak Ngah ke Pasar Satok mencari apa yang patut. Apa tidaknya, kami belum sedia apa2. Along ada jugak sound malam tadi...isy..isy..isy..ayah ni..dah nak raya pun belum beli apa2? Ayahnya jawab secara mudah.. ayah takde le teropong nak tengok anak bulan.. tapi ayah rasa esok belum raya..dan keyakinan ayah tu berdasarkan pada Isnin telahpun diisytihar sebagai cuti umum..awal2 lagi...rasa2nya Selasa le kita raya. Kalau Isnin raya...senang je...kita ke rumah sedara mara dan kaum kerabat pada siang hari hingga ke malam...tengah malam baru balik rumah. Acik mencelah...kalau orang datang nak beraya ke rumah kita..macamana? Orang tu balik le...sebab kita takde di rumah... jawab Anjang pula. Ye le..ye le... dibuatnya raya hari Isnin...baru tau...celah Angah. Alang dan Along senyum je melihatkan gelagat kami. Akhirnya semua kelihatan lega apabila Penyimpan Mohor Raja2 Melayu mengisytiharkan ...." setelah diperkenankan oleh Raja2 Melayu, maka dengan ini disytiharkan bahawa...." sebagaimana yang Pak Ngah jangkakan. Fuh..lega..jika tidak..kes naya le..
Berkemas:
Hal ehwal mengemas rumah teres 2 tingkat (tengah) tidak le susah sangat. Lain le kalau rumah Mak Long, Pak Lang, Pak Ndak dan Mak Njang...rumah sebuah. Tambah pulak ada Along dan Angah yang dah tau itu le antara tugas utama mereka. Anak2 lelaki...Alang, Anjang dan Acik... ye le... anak lelaki ni lain sikit...membantu ala kadar dan ambil syarat je...tambahan pula apabila menyedari bahawa mereka punya 2 orang kakak yang mungkin boleh diharapkan melaksanakan tugas2 "orang dapur".
Songkok:
Sebentar tadi Alang beritahu dia nak ke India Street dengan Anjang. Kononnya nak beli songkok kerana songkok sediaada telah tertinggal di Miri. Anjang tumpang sekaki nak dapatkan songkok baru juga. Acik yang sedang membantu kakak2nya mengemas rumah membebel...dah tau nak balik beraya...yang tinggalkan songkok tu buat apa? Lain le kalau nak balik bercuti...kalau tertinggal songkok tu...ada le ampun maafnya!!

Saturday, October 21, 2006

:: Salam Eidul Fitri 2006

Assalamu'alaikum. Apa khabar semua? Di pihak Pak Ngah sekeluarga, setakat ni alhamdulillah, sihat wal 'afiat.
Along baru je tiba dari Kluang malam tadi. Guna Air Asia...jimat sikit kata Along. Pagi tadi sengaja buat cerita sikit kat anak sedara...bagi memecahkan minda. Namun, selepas tu barulah diberitau keadaan sebenar. Mohon maaf le kepada sesiapa yang berkaitan.
Petang tadi, jam 5.. Alang pulak baru tiba dari Miri dengan Wardati... mak sedaranya. Jenuh memandu...kata Alang. Mana taknya... 12 jam memandu kereta Kelisa...setelah berangkat awal pagi tadi.
Kami seluarganya tak kemana2...cuma beraya di Kuching je. Jemput le ke sini terutama kepada sedara mara dan kaum kerabat yang belum menjejak kaki ke Bumi Kenyalang. Sementara Pak Ngah masih ada ni le... kalau dah tiada tu.. lain le ceritanya. Sesekali tu kami sekeluarga memang berhajat beno nak beraya di Pantai...tapi takutkan kaki kami patah je.... 7 orang ooooo. Walau macammana pun... telefon atau handphone atau email atau blog atau SMS masih mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan ikatan persaudaraan sesama kita. Cuma kekadang je SMS yang di anto tak berbalas dik kerana kesibukan masing2.


Walau apapun Pak Ngah, Mak Ngah, Along, Angah, Alang, Anjang dan Acik mengucapkan selamat hari raya, maaf zahir batin & halalkan makan minum selama ini.


SELAMAT HARI RAYA......

SELAMAT HARI RAYA......

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.



Memetik teratai di pinggir paya,
Sempat mengail si ikan keli,
Kalau puasa... selamat hari raya,
Kalau tak puasa tu... selamat deepavali.

Sebelum ke mesegit makan semekut,
Rasa melugai amat tak selesa,
Takkan nak sambut deepavali kut,
Bukankah kita ada raya puasa.

Terima kasih bebanyak diucapkan kepada Pak Lang sekeluarga di KK yang mengirim kad. Maap le, kami tak balas kad tu.

Pak Ngah yang dah mula nak terasa sebak ni... mohon berundur dulu.

Friday, October 20, 2006

:: Seminggu di "Kuala Selut"

Kenangan: Jangan betulkan leher anda. Buku Panduan ( sengaja disengetkan ) sebagai panduan untuk membuat pelan tindakan.


Kenangan: Ini bukan demonstrasi...sekadar memohon simpati agar memperolehi bantuan zakat. Nak masuk ke kawasan Masjid Jamek perlu melalui tapisan tertentu...mengikut yang empunya cerita le (sorang pakcik).


Kenangan: Orang ramai di luar Masjid Jamek yang melimpahi hingga ke kawasan jalanraya.


Kenangan: dari kiri..Ustaz Mustapha, Dr. Syed (Orang Parit) dan Pak Ngah

Mesyuarat di Malaya:
Nak buat macam mana, dah namapun bekerja dengan orang dan bertugas sebagai penjawat awam, apa yang diarah, kenalah buat. Tiada pilihan. Dalam bulan puasa semacam sekarang ni, yang setahun sekali je datangnya, telah diminta pergi "Malaya" (istilah orang Sarawak untuk Semenanjung). Seminggu di sana (11-16 Oktober) untuk hadiri dua mesyuarat. Lain ooo...rasanya bila dalam bulan puasa sebegini tak dapat bersama dengan keluarga...terasa sunyi...terasa kehilangan sesuatu... tambah2 pulak laptop sengaja ditinggalkan, tak dibawa. Jika tidak, dapat gak menggerodak sana sini, sekurang2nya tengok blog sedara mara, dapat gak mengetahui cerita dan berita terbaru bagi sesiapa yang sentiasa membaharui isi kandungan blog masing2. Namun, Angahlah merupakan penghubung untuk mengetahui hal2 berkenaan... terutama bila Angah nyatakan... tak ada apa2 perubahan ayah... blog masing2 sama je sebagaimana semasa sebelum ayah berangkat ke KL dulu tu... kecuali blog Abang Akim yang baru muncul.
Bukan apa ke sana tu, sekadar untuk mesyuarat Perancangan Strategik 2007 dan Mesyuarat Budaya IPG. Memerah otak dengan keadaan perut kosong ni, jenuh jugaklah nak menghasilkan sesuatu yang boleh dibanggakan. Walau apapun, ditanggung beres melalui penglibatan menyeluruh dari semua ahli mesyuarat. Maka draf awal dapatlah disediakan untuk persediaan dan cetakan di hujung tahun ni.
Parit bertemu Sg. Batu:
Ambil peluang sempena mesyuarat tu, diselitlah dengan ceramah Pengurusan Strategik. Maka dijemput le sorang penceramah dari INTAN Bt. Kiara iaitu Dr. Syed Omar Shahabudin. "Bersoreh punya bersoreh" rupanya beliau merupakan orang Parit, yang beristerikan orang Sg. Batu. Isterinya sorang cikgu yang rumah keluarga sebelah isterinya itu dapat dikenalpasti dengan menyelusuri jalan tar Pasar Malam Sg. Batu di depan kedai Pak Lang Ki. Sempat le bergambo dengan "orang kampung kite" bersama dengan sorang pensyarah IPG (Ketua Jabatan Pendidikan Islam & Moral: Ustaz Mustapha) yang jugak orang Perak. Buat malu kat orang kampung je bila melihatkan gambo yang diambil...mana taknya...tak sempat tali leher dibetulkan...si tukang ambik gambo dahpun menekan punat kamera. Maka berkatalah diri sendiri di dalam hati demi nak menyedapkan hati...baru le nampak real...bukannya berlakon. Mungkin Pak Teh atau Pak Ndak kenal Pak Syed kita yang di dalam gambo tu... ye le... yang di tengah2 tu le... yang siap bersamping tu, bukan yang bertali leher herot tu.
Nak masuk pagar ditutup:
Nak jadi cerita... pada suatu petang tu...sambil berjalan2 dekat hujung Wisma Yakin di Jalan Masjid India, nampak orang ramai semacam berkumpul depan Masjid Jamek. Kaki terus dihayun menghampiri lokasi berkenaan. Asal mulanya bimbang juga nak menghampiri, takut2 orang berdemo...jadi kes naya je nanti. Buat pulak nasib tak bertuah...muka kita keluar di muka depan surat khabar...lagi haru dibuatnya. Rupa2nya setelah bertanya kabo kat sorang pakcik kat situ...orang ramai bersesak2 tu semata2 nak dapatkan bantuan zakat. Ada yang dah di dalam pagar dan masih ramai yang di luar pagar....tapi peliknya pagar tu ditutup. Rupa2nya....tapisan dibuat di pintu pagar tu...takut penagih dadah pun dapat bantuan. Entah le.....

Belek dan tinjau:
Nampaknya di Jalan Masjid India ni, walaupun dah masuk minggu ketiga berpuasa, semua gerai kuih muih, pakaian, bunga2an dan gerai2 yang menjual serba mak nenek lagi...semacam lebih banyak dari bilangan pembeli. Pengunjung memang ramai, itu tak dapat dinafikan. Memang ramai. Cuma lebih ramai yang lalu lalang dan meninjau2 je dari yang sudi membeli. Mungkin mereka dah beli awal atau membuat persiapan awal sebelum bulan puasa lagi...mana tau kan?
Pak Tam membisu:
Semakin dekat nak balik ke Bumi Kenyalang, semakin banyak pula terima SMS yang minta dibeli itu ini. Maka dibeli le serba sikit kat Mak Ngah dan anak2 yang lain. Cuma sepasang Baju Melayu berwarna biru untuk diri sendiri yang sengaja dibeli agar sama warna sepertimana untuk anak bujang (anak teruna) Pak Ngah...Alang namanya.
Dalam pada itu ada le jugak dapat SMS dari sedara dari Johor yang kononnya nak ke Putrajaya, atas urusan politik le...jika masa terlapang sikit dan jika ada rezeki, ingin nak jumpa...bilamana dia tau yang abangnya ada di "Kuala Selut". Namun dia dah beralas cakap sebelum tu. Tunggu punya tunggu...tetap tak muncul...malah SMS yang di anto pun tak dijawabnya...mungkin dia punya alasan kukuh untuk tidak membalas SMS tu...

Wednesday, October 11, 2006

:: Awal Ramadhan 2006 M

Hari pertama puasa tahun ni, tergerak hati mengajak Mak Ngah, Angah, Anjang dan Acik mengunjungi pusara Pak Seman (bapa mertua: meninggal pada 16.6.2006 jam 3.45 pagi...yang ketika itu menantunya...orang Pantai Remis sedang melawat Negara China) dan pusara arwah Nariman (adik ipar no.2) dan Nek Dawi (bapa Pak Seman) di Tanah Perkuburan Islam Semariang, Petra Jaya, Kuching. Tak jauh jaraknya...ada le kira2 20 minit je secara memandu perlahan2. Nak mengunjungi dan menziarahi kubur arwak mak dan arwah ayah di Sungai Batu, Pantai Remis Perak... tak dapat rasanya...kerana kesuntukan masa dan peluang sebegini...iaitu di awal Ramadhan. Jam 11 pagi kami tiba. Nampaknya ramai juga orang yang mengunjungi pusara ahli keluarga masing2. Terasa syahdu...
Walaupun membaca Surah Yaasin dan tahlil boleh dibuat di mana2, tapi bilamana kita lakukan semua itu di pusara... lain sikit rasanya...kesyahduan itu lain sikit berbanding jika dilakukan di rumah.


Bilamana kami dah nak balik...barulah tiba Mak Jijah (mak mertua) dan Zahri (adik ipar no.6) untuk tujuan yang sama. Kami join sama...tunggu mereka. Dik sebab hari semakin panas...maka Mak Ngah pun dilantik khas jadi tukang pegang payung kepada Mak Jijah...maknya.

Tiga beradik sedang bersama2 membaca Surah Yaasin dan tahlil di pusara Pak Seman...nenek mereka. Istilah "nenek" di Sarawak punya maksud yang sama dengan istilah "Tok Wan" di Pantai Remis.

Tuesday, October 10, 2006

:: Gambo dari Sarawak...

kenangan: ayah dan mama Ahmad Anwar Ariffin

Ini je le gambo Pak Ngah & Mak Ngah yang ada dalam simpanan setelah dikelebek di sana sini. Ini yang dijumpai setakat ini. Diambil sebelum berangkat ke KL untuk bercuti selama seminggu pada Mei/Jun 2006 baru2 ni. Cuma berlatar belakangkan dalam rumah je...

KENANGAN: dari kiri...: Ainul Amla (Along), Ahmad Ashraaf (Anjang), Ahmad Ashfaq (Alang), Mak Ngah, Ahmad Anwar Ariffin (Acik) dan Ainul Ashiqin (Angah). Tiada dalam gambo: Pak Ngah...sebab jadi tukang ambik gambo.

Monday, October 09, 2006

:: Siapa di hadapan kita?

:: Saidina AbuBakar RA berkata, " Sesungguhnya Iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar dirimu. Sedangkan Allah SWT di atasmu. Sementara IBLIS terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, jiwa mengajakmu ke arah maksiat, nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, dunia mengajakmu supaya memilihnya daripada akhirat dan anggota tubuh mengajakmu untuk melakukan dosa. Dan Tuhanmu mengajak engkau memasuki syurga serta mendapat keampunanNya, sebagaimana firmanNya yang bermaksud: Dan Allah SWT mengajak ke syurga serta menuju keampunanNya."
:: Sesiapa yang memenuhi ajakan Iblis maka akan hilang agama darinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang nilai nyawanya. Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsu, maka hilanglah akal dari dirinya. Sesiapa yang memenuhi ajakan dunia, maka akan hilang akhirat dari dirinya. Dan sesiapa yang memenuhi ajakan Allah SWT., maka akan hilanglah semua kejahatan dari dirinya dan ia memperolehi semua kebaikan."
:: Iblis adalah musuh kita, manakala kita adalah sasaran Iblis. Oleh itu kita hendaklah sentiasa bersedia dan bersiap siaga sebab Iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya, iaitu kita.
Dipetik dari: Himpunan Kisah2 Jin, Iblis & Syaitan Siri Ke-2 oleh Muhammad Isa Selamat, Cetakan Kedua: 2000, Penerbit: Darul Nu'man, Kuala Lumpur.

Saturday, October 07, 2006

:: Baju Menumpang Raya

:: Pagi tadi bawa Ahmad Ashraaf dan Ahmad Anwar Ariffin ke India Street. Tu pun jenuh kejan bangun awal dan bersiap. Mana tak nya, lepas solat subuh...tarikan bantal bagi mereka berdua lebih mengenakkan.
:: Orang dah ramai. Tempat parkir yang kosong semakin sukar dicari. Setelah puas berlegar2, letak je di kawasan Bina Mara berdepan Arif Hotel. Percuma, tapi jenuh gak membetis nak ke India Street tu.
:: Bab membeli pakaian ni, kalau Mak Ngah ikut sama senang le sikit. Tapi dia ada temujanji dgn kawan yang nak berkunjung ke rumah. Tiada pilihan. Malas nak membuang masa, maka jalan mudah digunakan... suruh je anak2 pilih sendiri warna yang diminati. Setelah puas meninjau dari hujung jalan ke hujung jalan, dapat le mereka 2 pasang sorang. Ahmad pilih warna biru dan maroon berbanding pink dan maroon pilihan Anwar.
:: Dalam perjalanan ke kereta, singgah ambil kain samping yang ditinggalkan pagi tadi untuk diupah jahit di Bina Mara... kawasan kedai2 orang kita...yang semacam hidup segan mati tak mau layaknya.
:: Tiba di rumah, menerai sakan le mereka berdua. Pakai baju siap bersamping sekali. Ni la kali pertama Anwar pakai samping betul...sebelum ni pakai samping yang guna kancing je... macam budak2 je rasanya...kata Anwar yang berusia 11 tahun tu. Lantas ayahnya mencelah ...tu dah kira OK le...ayah dulu cuma merasa bersamping bila nak menikah je... kalau tidak... pakai baju dan kain saja. Anak2 ketawa (termasuk Ainul Ashiqin) sambil menyoal balik... biar betul ayah!!
:: Diceritakan kepada mereka, bab beraya ni... di zaman ayah kecik2 dulu... merasa gak pakai baju melayu dan bersamping... tapi kain samping tu sama warna dan sama material dengan kain baju dan seluar tu. Sedondon le kata orang la ni. Kahkahkah. Bila besaq sikit... arwah ayah bagi la guna kain samping dia yang lebih lama di simpan dari dipakai ... ala... kain songket berbunga separuh buatan Trengganu yang dibeli arwah mak daripada Mek Nab Trengganu yang dibayar secara beransur2. Kena pulak kepiah (songkok) warna merah menyala...fuiyo...tapi kalau tak silap kepiah Pak Lang warna hijau le. Warna kepiah yang glamer sakan tu telah menjadi bahan usikan rakan ketika pergi beraya ke rumah Tok Long Nah (tok guru tempat mengaji quran). Menyanyi sakan lah mereka dengan lagu .... burung belatuk kepala merah... pi rumah tok... dia kena marah... burung belatuk kepala hijau... pi rumah tok... dia keriau (menangis)...
:: Pak Ngah mohon berundur seketika... dah nak berbuka ni...

:: JB panggil.. Kluang gamit

Entah mcmmana, tetiba je dipanggil bermesyuarat. Maka pergilah ke sana. Dik kerana ada sedara bungsu di sana, ada anak2 sedara dan ada gak anak sulung yang bertugas sebagai pendidik di sana, maka dihantarkanlah SMS kepada semua yang berkenaan sebelum ke Darul Takzim tu. Jadual balik ke Bumi Kenyalang dilewatkan sehari, sebab cuti ujung minggu. Itu yang dirancang. Harapan dan keinginan adalah untuk bertemu semua yang berkenaan.
Pada hari pertama tiba, dapat le berbuka bersama anak sedara lelaki yang sedang mengikuti KPLI di I.P. Temenggung Ibrahim, hasil pelawaannya. Dibawanya ke Restoran Singgah Selalu di Danga Bay. Ramainya manusia. Dah berceratuk di meja masing2 setengah jam sebelum waktu berbuka. Risau dan seram gak bila naik motor tu, sebab kereta dan kenderaan lain banyak dan "sup sap sup sap" lajunya. Apa lagi...mencengkam le kedua2 belah tangan di bahu anak sedara tu. Mujur dia paham... ye le... bakal cikgu yang sepatutnya cepat memahami dan bertindak mengikut situasi. Diperlahankan je motor tu....mungkin dia pun terperasan yang ada orang dah "seram sejuk". Terima kasih daun keladi le kerana menjadi tuan rumah kepada tetamu yang datang..
Nampaknya segala yang dirancang cantik tu tak sampai ke hujung. Rupa2nya ada hikmah. Ini telah diakui dan disahkan oleh CEO G2 sendiri walaupun tengahari Jumaat itu ada nada semacam kecik ati je semasa dia call. Mana taknya... dia dah batalkan semua program ujung minggu dan nak kumpulkan sesiapa yang sepatutnya. Tau2... Pak Ngah dah ubah tarikh perjalanan balik. Diawalkan sehari..., namun Pak Ngah punya sebab dan ada asasnya yang tersendiri.
Kesemua ini berlaku kerana telah "ditentukan" yang Pak Tam sekeluarga akan dipertemukan dengan sedara mara sebelah Mak Tam di Hospital Batu Pahat selepas solat Jumaat. Itulah hikmahnya.
Kebas:
Flight jam 7.50 petang. Rasa mengantuk dan bosan menjadi2 bila terpaksa duduk bangun, duduk bangun dan berjalan mundar mandir selama hampir 5 jam di LT Senai tu. Kebas bontot oi... 5 jam...bukannya tempoh yang pendek. Entah macam mana, tergerak ati nak anto SMS kat sedara di Kota Kinabalu... dijawabnya... sabo je le... kami tengah makan.
Letih:
Alhamdulillah, penerbangan menepati waktunya. Sempat le berbuka dengan air mineral di surau airport sebelum solat jama' maghrib dan isyak sebelum itu. Menu ala kadar dihulurkan dik kakitangan kabin. Sejam perjalanan tu dihabiskan dengan meneliti akhbar je, sebab mata tak mahu bekerjasama walaupun keletihan amat menyiksakan. Setiba di Kuching, Mak Ngah dan anak bongsu dah menunggu. Lantas ambil alih tugas memandu, maka rumah di Tabuan Jaya pun dituju.

Tuesday, October 03, 2006

:: Botok dan lain-lain

Botok:
Petang semalam berbuka sempoi je. Cuma pekena mi yang digoreng sendiri. Kira sedap le tu. Sendiri masak, kalau sendiri kata tak sedap, leceh le. Lain le kalau orang lain kata tak sedap tu. Apa pun, beli le jugak "botok" iaitu sejenis masakan kering yang bercampur baur antara ikan tenggiri yang dipotong kecik2, kelapa parut, serai, cili, kunyit, daun kunyit dan sedikit air asam jawa. Kira macam pais le tu... tapi dibungkus dalam daun mengkudu dan dipanggang atau dibakar. Kalau tersilap sebut, bunyinya macam bahan yang diguna nak awet muda je. Harga RM2.00. Kira murah le tu. Kalau nak buat sendiri tak berbaloi rasanya. Tak ketinggalan dibeli juga 2 bungkus air tebu. Fuh... lega dan puas yang hanya dapat dipamerkan melalui mata yang hampir terpejam sambil menghirup air tebu tu sedikit demi sedikit. Fulamak... esok ada dijual lagi tak air tebu tu.. tanya Ahmad Anwar Ariffin, anak bongsu kami yang lebih banyak pekena air berbanding makanan lain. Kueh2 lain ada le jugak dibeli sikit. Nak beli banyak, dibimbangi cuma nanti hanya jadi rezeki tong sampah je.
Meragam:
Dalam sehari dua ni, Wira dan Kancil tunjuk perangai dan tersadai kerana masalah "remote"nya yang meragam. G2 pulak jauh, kalau dekat tu dapat le dirunding2 dan lain sikit le rasanya. Jadi, kena le turun seawal 6.15 pagi bersama permaisuri, Ahmad Ashraaf dan anak bongsu dengan Kembara. Ainul Ashiqin terpaksa gunakan bas untuk ke kuliah di UNITAR yang selama ini menggunakan Wira.
Imbauan dan imbasan:
Bila bersantai dengan anak2, pernah dihikayatkan kepada mereka betapa senangnya kehidupan dan persekitaran kini berbanding era ayahnya. Kena berjalan kaki ke sekolah yang walau cuma berjarak 1 batu untuk ke Sekolah Kebangsaan Sg. Batu dengan membimbit beg rotan yang sarat diisi dengan buku tulis dan buku teks yang dibeli dengan separuh harga dari orang kampung. Ketika di Darjah 6 ( la ni disebut Tahun 6) baru merasa dapat basikal yang kendur rantainya. Berkayuh sikit, rantai dah jatuh. Perbetul lagi. Berjalan sikit, rantai jatuh lagi. Berlemoih tangan dan jari terkena minyak hitam rantai basikal tu. Namun, bekalan sentiasa ada setiap hari. Nasi goreng, oisang rebus, cucur kodok, keledek rebus dan sesekali cucur udang, tempek nyiur sentiasa silih berganti dengan bihun. Air tak perlu dibawa sebab telah disedia oleh Pak Ali (rumah dekat sekolah arab yang berdekatan pula dengan rumah Cikgu Li Mat Loceng) yang mengurusniaga kantin ketika itu. Air tu free je. Ye le air kosong biasa yang disimpan di dalam beberapa cerek besar. Kekadang nasi sejuk dengan sedikit sambal tumis ikan bilis dan lobak masin lebihan untuk bekalan ayah ke laut dibekalkan oleh arwah mak. Duit sekupang sehari akan diberi kalau tiada makanan yang nak dibekalkan. Nasi lemak sebungkus dan seketul ais kepal boleh diperolehi dengan duit sekupang itu. Tapi, jarang sangat dapat berbuat sebegitu sebab duit itu perlu untuk disimpan buat membeli pensil warna, buku lukisan dan serba aneka barang keperluan lain termasuk membaiki basikal seperti tayar pecah, ganti rantai basikal, tali brek putus, bubuh lampu, loceng dan sebarang kerosakan lain. Mudah cakapnya, lama jugak le nak kumpul duit untuk tujuan itu. Tapi selepas itu, rasa seronok tu ada, sebab mampu dan berjaya memiliki sesuatu dengan usaha sendiri tanpa membebankan orang tua. Pernah jugak le teringin nak jual aiskerim di hujung minggu demi menambah duit secara cepat, bilamana kalau habis setong aiskerim tu dijual, dapat le upah lima kupang. Bila keinginan tu disampaikan kepada arwah ayah melalui arwah mak, reaksi spontan arwah ayah ialah.... hang jangan nak bagi malu ayah, setakat nasi dengan kicap tu, ayah larat lagi bagi hangpa makan, dan hangpa rasanya belum pernah lagi tak dapat makan. Terkedu oi...
Sukar dinafikan yang arwah ayah dan mak terlalu banyak berkorban, mengajar dan mendidik ketujuh2 orang anaknya yang kini bertaburan di Felda Nenering Grik Perak, di Kuching Sarawak, di Kota Kinabalu Sabah, di Sg. Batu Pantai Remis Perak, di bumi hijau Pengkalan Bharu Pantai Remis Perak, di Pantai Remis Perak dan di Kluang Johor yang kini berbahagia bersama keluarga masing2. Nampaknya kesemua sedara lelaki yang seramai 5 orang telah memilih bidang pendidikan sebagai kerjaya masing2, manakala 2 orang yang perempuan pula telah berjaya sebagai surirumah sepenuh masa.
Mereka berdua telahpun pergi menjadikan mereka tidak berkesempatan untuk bersama2 anak cucu dan menantu2nya dalam tempoh yang lama. Kekadang terasa sebak dan bergenang air mata bila terkenangkan susah peritnya mereka berdua bekerja keras dan "tak kering kaki seluar" untuk membesarkan anak-anak. Dan jikalah kehidupan anak menantunya boleh dikira sebagai "senang", maka kesenangan itu tidak sempat dirasai bersama oleh mereka, tambahan pula arwah ayah yang lebih mendahului pemergiannya berbanding dengan arwah mak. Al-Fatihah untuk arwah ayah, arwah mak dan semua muslimin dan muslimat yang telah mendahului kita.
2 tahun di Tingkatan 3:
SDI tu, Sekolah Datuk Idris di Pengkalan Bharu. Di situlah disekolahkan selama 6 tahun mulai Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Betul ke ni? Macamana boleh jadi bersekolah selama 6 tahun dari Tingkatan 1 hingga 5 saja. Jawabnya betul, tak salah dan tak silap langsung. Mana taknya, sebab dah termasuk berada selama 2 tahun di Tingkatan 3. Kenapa jadi begitu? Punca besarnya ialah semacam rasa tak puas je belajar setahun di Tingkatan 3. Mau tak mau kena le berada 2 tahun di Tingkatan 3. Kahkahkah... Tension oi... bilamana sentiasa disindir2 oleh cikgu terutama Cikgu Mahdi Hanipah (Pengkalan Bharu) yang nampak je diam, tapi bab2 perli ni, dia le nombor wahid. Nak buat macamana, dah itu kelebihannya. Sayangnya, Pak Njang Mansor tak mau ikut cara ini, konon katanya...Tok Putih kata tak pa la...ikut aku pi kelaut je...dapat gak duit. Itulah yang selalu disebut oleh abah Pejon bilamana "isu" ini dibicarakan.
"Longkot":
Sebagai anak lelaki yang tertua, pengalaman bersama arwah ayah ke Sg. Gelam melalui jalan darat mencari kayu "longkot" yang dijadikan bahan cerucuk membina bangunan dan mencari bertam untuk dibuat bidai pada setiap hujung minggu adalah sesuatu yang sukar dilupakan. Mana tidak, dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 tiada cuti oi... Kalau tak ke Sg. Gelam, pasti akan ke Permatang Raja buat bendang yang kini dahpun kering kontang dan ditanami dengan pokok kelapa sawit. Namun akan turun ke laut bersama ayah bilamana udang besar @ udang kaki merah naik minyak. Bukan minyak diesel @ petrol, tapi udang tengah menjadi2. Kena pula masa air keruh... jangan cakap le... kekadang boleh dapat sampai 10 kati (la ni guna kilo). Jenuh woo. Harga sekati masa tu RM18.00-20.00 (sekitar tahun 1967), kalau dah 10 kati... sendiri kira le. Tu cerita masa ada udang, masa yilek atau masa pukat berbalut atau kena ribut, jangankan kata nak ada udang, ikan kasai pun tarak... sedihnya hingga sisik ikan pun tak dapat oi... Masa2 macam tu le, kelihatan wajah dan riak muka arwah ayah...muram, murung, sedih, pilu dan sayu ketika berdayung balik ke pelantar Boq atau pelantar Bong Kau yang merupakan taukeh cina yang membeli segala hasil tangkapan. Anaknya yang sama2 ke laut tu, mana tau berdayung, menjadikan pergi dan balik arwah ayah lah yang kena mendayung perahu. Injin perahu hanya mampu dibeli ketika mana anaknya dah bekerja di Sarawak. Kalau tak silap dia bertugas di Maktab Perguruan Rajang, Binatang. Sekarang ni nama Binatang tu dah diubah kepada Bintangor, agar sedap disebut dan didengar agaknya le.
Terjelir lidah:
Kena pulak dalam bulan puasa dengan mengayuh basikal pergi balik dari Batu 51 ke Sg. Gelam, mak datuk... jangan cakap la... puasa tetap kena puasa... naik bukit turun bukit mengheret bertam yang dah disiat atau diseliat untuk dihantar ke tepi jalan sebelum dibawa balik... terjulur @ terjelir lidah dibuatnya. Masih terngiang2 kata Pak Lang Mad Yus (anak Tok Ngah Mah Semput) yang rumah asalnya di tanah Pak Ali bersempadan dengan tanah arwah tuk depan jirat cina tu... Kesian kat hang... sejengkal lidah hang terkeluar... aku tengok sesekali macam anjing penat berlari je..., katanya dengan ketawa berdekah2. Bukan setakat itu, ... aku tengok lempen (kempis) betoi perut hang... hang tak makan soq kot?... balas arwah Pak Lang Bakar Puik pulak. Dah le kita kehausan dan kelaparan dalam usia 13 - 15 tahun tu, diperli macam tu pulak... berdesing oi... tapi... arwah ayah senyum memanjang je melihat anaknya yang terkenal dengan kurus cekeding dan merenjong tu buat tak kisah je... walaupun hati merengkam.

Monday, October 02, 2006

:: Bertugas di Thailand...

Antara adik beradik kami seramai 7 orang, yang kerap menghubungi dan dihubungi adalah yang bongsu. Tak tau apa sebabnya. Mungkin sama minat dan citarasa kut. Yang lain-lain tu, bukannya terputus hubungan tapi mungkin kesibukan tugas masing-masing telah membatasi sedikit hubungan kami. Panggilan telefon atau sms sesekali tu sedikit sebanyak berjaya dan mampu mententeramkan perasaan serta jiwa yang kekadang terusik oleh tiadanya khabar berita atau cerita atau maklumat dari adik beradik. Alhamdulillah, adik bongsu inilah yang banyak menyelamatkan keadaan dan suasana. Terima kasih kepada adik bongsu yang kini bertugas di Kluang, Johor.
Adik bongsu ni seorang pendidik. Rajin, bersemangat kental dan gigih adalah sifat semula jadinya. Namun, kekadang sifat kedahagiannya tu terserlah dalam beberapa tindakan dan semangat yang ditunjukkan. Mungkin itu adalah warisan yang diperolehi daripada arwah ayah, seorang nelayan kecil di sebuah kampung di Perak. Dia kini masih seorang pendidik, menjadi CEO kepada sebuah bengkel di Simpang Renggam dan berjinak-jinak dengan politik.
Alhamdulillah. Berdasarkan apa yang dilihat dan didengar, kelihatannya kehidupannya bersama isteri tersayang dari Melaka dan anak-anak telah menyerlahkan kebahagiaannya.
Di awal pagi tadi, "subuh-subuh sepiee" kata orang le.., adik bongsu ni telah mengucapkan SELAMAT JALAN & SELAMAT BERTUGAS di Thailand kepada kami sekeluarga. Terima kasih diucapkan daripada kami, walaupun tidak berkesempatan mengiringi kami sekeluarga ke sana. Tidak ketinggalan, sempat juga MAAF ZAHIR BATIN diucapkan melalui sms yang dihantar kepadanya. Terima kasih bebanyak kerana banyak memahami hati dan perasaan abangnya ini yang merupakan anak kedua dalam keluarga kami.
Selamat berpuasa hari ke-8.... maaf zahir batin.

:: Baru mula....

Tergerak hati nak memulakan blog. Bukannya apa, ni semua hasil dorongan sedara di Kluang & di KK setelah melihat blog mereka yang hebat & menarik. Maka hati pun tergeraklah. Sekarang ni sedang mencuba-cuba walaupun masih di tahap merangkak dan 'tadika' je. Sebenarnya kewujudan blog dari KK tu hanya diketahui apabila sedara dari Kluang menghantar SMS pada 26.09.2006, jam 1.19 pagi. Baru tergerak hati pagi ni melihat "blog Kak Dah". Huih... menarik dan banyak paparan kisah-kisah lama di Perak telah dijadikan bahan ceritanya. Ketika itulah diketahui yang sedara dari Kluang tu jugak dah ada blognya sendiri. Sedara dari Kluang ni sebenarnya cerdik-cerdik pelanduk. Dia tak pernah pun memaklumkan hal-ehwal blognya tu yang dah diwujudkan.