Showing posts with label umur bersara. Show all posts
Showing posts with label umur bersara. Show all posts

Monday, September 12, 2011

:: JPA : Umur bersara 58 kepada 60 tahun...?



Lanjut umur bersara: JPA perlu kaji terlebih dulu


2011/09/12


PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) perlu membuat kajian terlebih dahulu berhubung cadangan melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 58 kepada 60 tahun.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, berkata ia kerana JPA harus mengambil kira kesannya terhadap tenaga kerja baru, terutama pelajar tajaannya yang akan menamatkan pengajian.
"JPA banyak membuat tajaan kepada penuntut yang cemerlang daripada semasa ke semasa dan pada masa yang sama kita juga mengusahakan semua pelajar terbabit memperolehi pekerjaan, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta," katanya di sini.
Abu Bakar diminta mengulas cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang antara lain berpandangan 'orang lama' boleh menyumbang kepada kecekapan sistem penyampaian bersandarkan pengalaman mereka.

Mengulas lanjut, Abu Bakar yang secara peribadinya bersetuju dengan cadangan itu, berkata di negara maju umur persaraan penjawat awam adalah antara 60 dan 65 tahun.

"Kita bersara pada umur 58 tahun adalah lebih kurang sama macam Bangladesh dan negara yang penjawat awamnya bersara pada umur 58 semakin kurang.

"Jika berdasarkan kepada standard dan tahap kesihatan kita, patut bersara pada umur 60 tahun. Ini yang dikatakan negara membangun dengan maju," katanya.
Beliau juga berpandangan cadangan tersebut wajar dipertimbang memandangkan Malaysia bakal menjadi negara maju dalam tempoh sembilan tahun lagi menerusi Wawasan 2020.

"Di negara maju umur bersara adalah 65," katanya.

Bagaimanapun, katanya, jika cadangan itu dilaksana penjawat awam akan diberi pilihan sama ada untuk bersara pada umur 58 atau 60 tahun.

"Sesiapa yang nak kerja sehingga umur 60 tahun, mereka boleh terima opsyen tersebut, dan kalau nak bersara pada umur 58 pun boleh, tidak ada paksaan," katanya. - BERNAMA



Saturday, October 16, 2010

:: Hari-hari terakhir persaraan Yg. Bhg. Datin Hjh. Zahrah






13.10.2010: (Rabu)
- Majlis makan malam
- anjuran Majlis Profesional, Pengurusan & Pentadbiran
(M3P)
- bertempat di Taj Mahal, Hotel Pullman, Kuching.
- turut hadir...Prof. Datuk Dr. Abd. Rashid bin Abdullah

14.10.2010: (Khamis)
- Majlis makan tengahari
- anjuran Kelab Staf
- bertempat di Dewan Sri Samarahan
- turut hadir...Datuk Dr. Haili bin Dolhan (Rektor IPG-KPM)

- Majlis minum teh
- anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)
- bertempat di Bilik Mesyuarat JPP

15.10.2010: (Jumaat)
- Perasmian Bilik Interaktif Sains
- anjuran Jabatan Sains
- bertempat di Bilik Interaktif Sains

- Majlis Persaraan Pengarah
- bertempat di Dewan Sri Samarahan

- Majlis Bergambar Kenangan (pensyarah, staf, pelajar)
- bertempat di Bilik Mesyuarat Bunga Raya

- Majlis makan malam
- anjuran Kelab Pensyarah & Pegawai Pengurusan
- bertempat di Hotel Merdeka Palace, Kuching
- turut hadir...Prof. Datuk Dr. Abd. Rashid bin Abdullah

16.10.2010: (Sabtu)
- Larian Merentas Desa
- anjuran pelajar KPLI ambilan Jun 2010
- bermula dari Stadium Mini ( 8km-P/10km-L)
- hadiah wang tunai RM1,200.00 tajaan Datin Pengarah
( 1st: RM600, 2nd: RM400, 3rd: RM200)

18.10.2010: (Isnin)
- Majlis serahan tugas
- bertempat di Bilik Mesyuarat Bunga Raya
- Majlis mengetit kad perakam waktu
- bertempat di ruang legar pejabat
- salam kenangan


Sekitar jam 03.00 petang, berkunjung ke pejabat boss. Beliau masih berkemas... mengemaskan bilik yang bakal ditinggalkan. Sesekali Pn. Sevon masuk-keluar demi memenuhi tuntutan tugasnya sebagai PA Pengarah. Tiada kenangan lain yang dapat diberi...hanya ini...sambil menghulurkan sebuah beg kertas...di dalamnya terkandung sebuah "frame" bergambar bersama boss ketika majlis makan tengahari anjuran Kelab Staf...berlatarkan maklumat Majlis Persaraan Datin Hjh Zahrah bt Hj. Bujang...sekeping gambar bersama boss yang turut disertai oleh KUKP, PEK, PE, Cik Norma Zen, Ketua Pusat Sumber, Dyg. Sinarwati...dan sekeping gambar bersama2 pelajar KPLI ambilan Jun 2010 yang bertugas sebagai urusetia Program Merentas Desa...juga disertakan kad hari jadi. Itulah tanda yang dapat dijadikan kenangan sepanjang bersama beliau mulai 01.09.2006 sehingga 18.10.2010.

Jam menunjukkan waktunya, 04.00 petang. Awalnya hujan turun berbanding jangkaan awal sebelumnya. KuasaNYA...tiada daya upaya yang lain selain daripadaNYA untuk menghalang. Pelajar, staf dan pensyarah semakin ramai mengisi ruang legar pejabat bersimpang tiga itu.

Boss akhirnya mengetit kad perakam waktu mengikut masa WP3. Rakaman gambar disempurnakan oleh Tn. Hj. Khambali. Salam kenangan terakhir dan pelukan dilatari oleh raut muka dan wajah yang mempamirkan kesedihan, kepiluan dan isak tangis bagi yang tersentuh hati, perasaan dan emosinya.


...........bersambung..............




Tuesday, September 14, 2010

:: Umur bersara 60 tahun ?


Cuepacs: Naikkan umur persaraan - 60 tahun

Kerajaan diminta menaikkan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun bagi 1.2 juta penjawat awam di Malaysia supaya seragam dengan amalan negara lain di rantau ini.

cuepacs omar osman 181007
Presiden Cuepacs, Omar Osman berkata sehingga kini, Malaysia masih ketinggalan di belakang negara jiran yang mempunyai umur persaraan antara 60 dan 62 tahun.

Beliau berkata sehubungan itu, Cuepacs berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan, akan meluluskan cadangan itu dan mengumumkannya ketika pembentangan Bajet 2011 bulan depan.

"Kami telah meminta supaya umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun sejak beberapa tahun lalu, dan pada 2006, kami menyerahkan satu memorandum berhubung perkara itu, namun kerajaan hanya bersetuju menaikkannya sehingga 58 tahun.

"Justeru, kami harap kerajaan boleh mempertimbangkannya kerana ia satu opsyen dan bukan wajib, seperti juga apabila umur persaraan dinaikkan daripada 56 kepada 58 tahun, ia satu opsyen, bukannya automatik," katanya kepada Bernama dalam satu temubual.

NONE
Kerajaan juga, katanya, perlu memastikan bahawa umur persaraan di Malaysia seragam dengan apa yang diamalkan di negara jiran seperti Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia.

Umur persaraan bagi Thailand, Brunei dan Indonesia ialah 60 tahun, manakala di Singapura 62 tahun.

Kali terakhir isu mengenai umur persaraan dibangkitkan di negara ini ialah pada 2008, iaitu sebelum ia dinaikkan kepada 58 tahun.

Omar berkata, baru-baru ini, pemain industri perbankan tempatan telah bersetuju menaikkan umur persaraan pekerjanya dan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia masih mampu menyumbang kepada ekonomi negara meskipun umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun.

budget belanjawan negara civil workers
"Graduan baru atau mereka yang masih mempunyai tahun perkhidmatan yang panjang sebagai penjawat awam tidak perlu bimbang. Kita perlu bersikap terbuka kerana ia satu opsyen dan bukannya wajib," katanya.

Beliau berkata ini kerana kepakaran serta pengalaman penjawat awam masih diperlukan, dan dengan menaikkan umur persaraan, ia mampu memberi pilihan kepada mereka yang berpengalaman untuk terus berkhidmat kepada negara.

"Kami tidak pasti jika kerajaan akan menerima cadangan ini, namun kami berharap ia akan dipertimbang dan diputuskan secepat mungkin," katanya.

- Bernama