Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (dua, kiri) berkenan melihat pingat anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1431 hijrah yang diperolehi Pengerusi Kumpulan FELDA, Tan Sri Dr. Mohamed Yusof Mohamed Noor (kanan) selepas disampaikan baginda pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1431 Hijrah di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini. Turut serta seorang lagi tokoh Maal Hijrah iaitu Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi (kiri) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mej. Jen Datuk Jamil Khir Baharom (tiga, kiri). Kedua-dua tokoh itu menerima hadiah wang tunai RM100,000 termasuk RM10,000 sumbangan Yayasan Ubaidi, sebuah plak, pingat dan sijil penghargaan - foto BERNAMA
Friday, December 18, 2009
:: Tokoh Maal Hijrah 1431H - 2009M
Friday, September 04, 2009
:: Meninggal: Bapa staf kami
Bapa Mufti Perlis meninggal dunia
KUCHING: Jaya Muhli, 73, bapa Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya, meninggal dunia di kediaman anaknya, di Petra Jaya tengah malam tadi, akibat sakit jantung.
Juanda, yang berada di sisi bapanya semasa Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada 12.40 tengah malam tadi, memberitahu bapanya diserang sakit jantung empat bulan lalu dan dirawat di Hospital mum Sarawak.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang Kuching selepas solat Jumaat.
Jaya yang berasal dari Igan, Mukah, dan pernah berkhidmat sebagai seorang pendidik selama 38 tahun, meninggalkan 10 orang anak dan 42 orang cucu. Isterinya meninggal dunia lima tahun lalu.
Allahyarham pernah menerima Anugerah Keluarga Mithali daripada Majlis Islam Sarawak dua tahun lalu sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Sarawak. - Bernama
..................................................................................
Catatan: Allahyarham ialah bapa kepada seorang staf kami, Puan Hjh. Rokaiyah dari Jabatan Pengajian Melayu.