Showing posts with label aidil adha. Show all posts
Showing posts with label aidil adha. Show all posts

Tuesday, October 15, 2013

:: aidil adha... 2013

selamat menyambut ketibaan aidil adha... semoga segala pengorbanan kita diterimaNYA...

Saturday, November 05, 2011

:: Salam aidil adha...2011




Diucap salam aidil adha,
Maaf zahir dan batin juga...sekiranya ada,
Kepada rakan taulan, sahabat handai dan kaum keluarga,
Berkorbanlah apa sahaja,
Moga diterimaNYA.

Berkorban bererti kesanggupan kita memberikan dengan ikhlas sesuatu amat disayangi kepada orang lain supaya dapat memberi manfaat kepada orang itu. Antara peristiwa mengesankan hati ialah kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang mengajar supaya mentaati perintah, beriman dan berserah kepada Allah SWT.

Berkorban untuk mendapat cinta Ilahi adalah kesanggupan yang tiada galang gantinya, berkorban untuk keredaanNya juga tidak mampu dilakukan setiap hamba, malah pengorbanan menuntut desakan hati yang kasihnya hanya pada Yang Esa.

Ada dua dimensi pengorbanan yang boleh dijadikan iktibar, iaitu seorang ayah terpaksa mengorbankan perasaan cinta dan kasih kepada anak yang sudah lama ditunggu-tunggu dengan ‘mengorbankannya’, demi kepatuhan dan keredaan terhadap perintah Allah SWT.

Seterusnya, ketaatan dan keyakinan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan kasih kepada ibu dan ayahnya serta keseronokan zaman remajanya, malah sanggup mengorbankan nyawa sendiri, semata-mata taat terhadap perintah Allah dan perintah seorang ayah.

Kedua-dua pengorbanan ini sebenarnya berpusat daripada hubungan cinta sejati mereka kepada Allah SWT yang tidak berbelah bahagi. Sebab itulah, seandainya seorang Muslim itu mendahulukan cinta Allah daripada cinta makhluk, mereka pasti akan beroleh jaminan besar.

Menurut Imam al-Ghazali, makrifah (ilmu pengetahuan) itu akan mendahului cinta kerana cinta tanpa makrifah tidak mungkin berlaku. Manusia hanya dapat mencintai sesuatu yang dikenalinya saja. Sebab itulah kita perlu rasional memilih cinta yang sementara supaya ia tidak mengatasi cinta yang kekal sampai bila-bila.

Takut mengorbankan dunia kerana akhirat pernah menjadi peringatan kepada setiap muslimin. Sifat tamak terhadap cinta dunia yang lumayan menjerumuskan kita ke lembah sia-sia, tiada apa pun yang menjadi milik kita, walau pasir sebesar zarah.

Justeru, biarlah peristiwa 10 Zulhijjah yang mengimbau sebuah pengorbanan menjadi zikir untuk kita menetapkan hati sentiasa beringat bahawa segala khazanah dunia ini pemiliknya hanya satu saja dan kita perlu sentiasa bersedia berkorban apa saja.

Thursday, October 27, 2011

:: Malaysia sambut Aidiladha 06.11.2011 (Ahad)




Aidiladha disambut Ahad depan


2011/10/27


KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 6 November, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan malam ini.
Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Haji bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 6 Nov 2011," katanya. - BERNAMA



Thursday, November 26, 2009

:: Salam Aidil Adha

Ismail Wan Chik, 46, membawa lembu miliknya ke tempat yang lebih selamat di Kampung Bukit Tadok di Hulu Terengganu, apabila kampungnya dinaiki air banjir. Lembu itu akan dikorbankan sempena Aidiladha Jumaat ini.-Foto BERNAMA

PakNgah sekeluarga tak ke mana2, di Borneo je... dan insyaallah, tempat PakNgah bertugas tu akan mengorbankan 2 ekor lembu. Kali ini dirancang agar disembelih di tempat ternak je... berusaha mengelak agar kejadian tahun lepas tidak berulang... apabila seekor dari 2 ekor lembu yang bakal dikorbankan itu mati terjerut tali pengikat leher... yang dapat dikesan keesokan paginya. Tiada rezeki.

Insyaallah sedikit jamuan akan diadakan kepada pelajar yang tidak berpeluang balik ke kampung masing2 selepas solat sunat aidil adha. Kuliah akan dijalankan hatta hujung minggu. Kesuntukan masa dan sukatan pelajaran yang perlu dihabiskan menuntut pengorbanan masa dan tenaga banyak pihak... pelajar dan tenaga pengajarnya.

Selamat maju jaya kepada semua dan salam aidil adha.