Menawan hati isteri
SEBAGAI lelaki, pernahkah ego kita tercabar? Apatah lagi orang yang mencabar itu adalah insan paling rapat dengan kita... iaitu isteri atau isteri2...
Bagi lelaki... adakalanya kita sukar menelah isi hati wanita yang pernah menjadi kekasih hati dan kini muncul sebagai suri dalam hidup kita... seorang insan bernama suami. Hakikatnya... mengenali hati wanita tidaklah sesukar mana... kalau kita tahu ‘kuncinya’. Bahkan... isteri bukan mendambakan yang hebat-hebat atau sesuatu yang bertaraf eksklusif semata-mata... cukup sekadar biasa2 saja... tetapi dilakukan dengan penuh keikhlasan dan rasa kasih yang mendalam oleh kita sebagai suami... pasti hatinya berbunga gembira.
Panduan berikut mungkin mampu menjadi amalan kita... untuk isteri tercinta supaya keutuhan cinta terus bertahan lama. Jika kita mampu mendalaminya... insyaAllah... kita akan menjadi lelaki yang paling disanjungi isteri.
1. Hubungi isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar... memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar menyatakan ‘I love you’. Gunakan teknologi yang ada kini sepenuhnya. Sering menelefon atau menghantar e-mel untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kita... amat bermanfaat. Bagi wanita, walaupun hanya satu ungkapan atau ayat, ia sangat berharga dan rasa begitu bahagia menerimanya.
2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur... suatu cara mudah membantunya.
4. Tolong terbalikkan stoking atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci dan bantu membuang sampah tanpa disuruh.
5. Apabila keluar daerah... telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita dah selamat sampai.
6. Tunjukkan kepimpinan yang baik... suami adalah ketua rumah tangga dan pendidik.
7. Berbincang dari semasa ke semasa... jangan ketepikan pendapat isteri. Berkongsilah masalah dengan mereka... sekurang-kurangnya membuatkan mereka rasa penting dalam diri kita... namun tidak semua perkara (urusan kerja) perlu dimaklumkan kepada isteri.
8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama... emmm...
9. Sokong pendapat isteri jika dia bertentangan pendapat dengan orang lain, tetapi perlulah secara rasional... dan jangan lupa... sekiranya pendapat isteri salah... segera betulkan.
10. Urut isteri dari semasa ke semasa... emmm...
11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
12. Sabar dan tenang apabila mendengar cerita serta masalah isteri.
13. Pamerkan kasih sayang apabila di khalayak ramai... jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh bila berjalan.
14. Apabila berpegang tangan... jangan biarkan tangan longlai... atau dengan sengaja melonggarkan pegangan.
15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala... sebaik2nya saling membantu di dapur dan di rumah... jika punya masa.
16. Apabila makan di luar... jangan harapkan isteri saja yang memilih tempat untuk makan.
17. Bersabar... apabila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai... atau menukar rancangan.
18. Beri perhatian yang lebih pada isteri daripada orang lain di khalayak ramai... tetapi usah keterlaluan.
19. Lebihkan isteri daripada anak-anak... namun bergantung juga dengan keadaan, masa dan suasana.
20. Belikan hadiah kecil dari semasa ke semasa... seperti minyak wangi dan jam... dan sesekali... kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.
21. Apabila Aidilfitri/Aidil Adha tiba, jangan beri duit raya kepada anak-anak saja... tetapi beri juga kepada isteri... jangan dilupakan tu...
22. Isteri inginkan perhatian dan kasih sayang... terutama daripada yang disayangi... oleh itu tunjukkan sifat keprihatinan dan kasih sayang yang tidak ternilai.
23. Jangan ambil mudah perkara yang amat penting bagi isteri... dan biasanya isteri cukup kuat mengingati tarikh2 penting... seperti hari ulang tahun kelahiran... ulang tahun perkahwinan dll. Sesekali, buatlah kejutan supaya isteri berasa lebih disayangi.
24. Jangan kedekut memberi pujian kerana mereka berhak menerima pujian.
25. Wanita/isteri juga mempunyai ego yang terselit di celah2 kelembutan mereka... apabila mereka rasa terancam atau tercabar... maka akan lahirlah sifat marah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah2 lain bakal timbul apabila mereka gemar memendam perasaan dan bakal ‘meletup’ di suatu hari yang pastinya mengundang masalah yang lebih besar. Tetapi sebagai lelaki... usah sama-sama meletup. Cuba selesaikan masalah dalam keadaan terkawal dan fikir secara positif ... dan kita carilah punca wanita/isteri cemburu atau marah.