Keterlaluan... Pak Lah setuju hentikan
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan kekecohan yang berlaku pada hari pertama sidang Dewan Rakyat semalam sebagai "keterlaluan" dan bersetuju dengan sebarang keputusan untuk menghentikan siaran langsung persidangan dewan selama setengah jam menerusi saluran RTM1. Perdana Menteri yang berada di Dewan Rakyat semalam, berkata beliau berasa malu dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi ia dapat disaksikan oleh orang ramai menenerusi siaran langsung televisyen. "Saya rasa seolah-olah semua ini terjadi kerana ada tv yang membuat rakaman dan masing-masing nampaknya ingin dilihat berbahas atau beraksi dalam dewan pada waktu itu," katanya. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT - 1/5/2008