Monday, April 14, 2008

:: Seorang lelaki bernama suami


[ Suatu mesej yang diterima baru2 ini dari Malaya... dan dengan sedikit sentuhan hasil perbincangan... pembacaan dan pengalaman yang tidak seberapa... maka terhasillah entri ini... untuk direnung fikir bersama... ]

Seorang wanita telah menyatakan pendapat dan perasaannya perihal bagaimana seseorang suami itu dapat ditundukkan... dan pengalaman wanita ini baik sekali untuk dikongsi bersama terutama oleh pasangan yang mulai bermasalah dalam hubungan berumahtangga.

Katanya... kerana adanya kasih sayang dan cinta... rumahtangga bak syurga yang sentiasa menghadirkan kesejukan... ye... memang benar pendapat ini... dan mungkin dengan faktor kewangan yang kukuh... sesebuah rumahtangga akan kekal stabil dan bahagia... insyaAllah...

Namun ternyata... tidak sedikit para isteri yang berasa sulit untuk mendapatkan kasih sayang daripada suami masing2... atau setidak2nya mulai berasa "ada yang hilang" dari hati suami berbanding masa2 di awal perkahwinan yang penuh keindahan. Jika ini yang berlaku... mungkin isteri beranggapan bahawa suaminya sudah tidak menyayanginya lagi. Adalah melulu jika kita terus menerima tanggapan tersebut... mana tau mungkin puncanya adalah isteri.

Bersama2lah kita renungi faktor2 berikut:

1. Ada suami yang gemar diberi perhatian akan hal2 remeh temeh yang berkaitan dirinya. Suami akan senang hati jika isteri mencadangkan baju apa yang akan dipakai... mengenakan butang bajunya... mengemaskan tali lehernya... menggilapkan kasutnya... dll. Walaupun mungkin suami bukan jenis sebegini... isteri boleh mencubanya untuk melihat kesukaan dan kegemaran suami... yang akhirnya boleh membawa kepada isteri akan tahu samada suaminya jenis yang suka dimanja... dibelai... atau yang suka berdikari... sebab isteri mungkin tidak tahu bagaimana suaminya dilayan oleh ibu mertuanya dahulu... iaitu sebelum menjadi suaminya. Isteri... sebaik2nya adalah lebih baik daripada ibu mertuanya.

Sebaiknya isteri berbangga kerana suami sentiasa segak dan bergaya setiap hari... jangan berfikiran negatif... jangan bimbang suami bakal disambar orang lain... sebab jika isteri ikhlas... keikhlasan itu akan dibalas oleh kejujuran yang lahir dari lubuk hatinya... bukannya berpura2... dan kesemua ini bukannya bermaksud menjadikan isteri sebagai hamba... walaupun sesetengah isteri beranggapan dan berasa sebegitu... iaitu sebagai hamba.

2. Kebanyakan suami cukup cerewet dengan kebersihan... dan biasanya suami akan berasa bosan yang teramat sangat apabila sekembalinya ke rumah... apabila melihatkan isterinya yang rupa dan rambutnya kusut masai...anak2 yang comot dan seakan2 terbiar... dan rumah bagai "kapal/tongkang pecah"... bersepah2 je.

Sesibuk manapun isteri... persiapkan diri sebaiknya sebelum suami balik ke rumah. Jika isteri berusaha untuk tidak selekeh untuk urusan di luar rumah... mengapa tidak usaha itu dipanjangkan ketika isteri berada di rumah... bukankah kecantikan dan menghiaskan diri itu untuk suami...? Hadiahkan senyuman ketika suami muncul ketika pintu dibuka... berpahala tuu... tak rugi sesen pun... kalau suami masam mencuka mukanya pun tak mengapa... mungkin suami kepenatan dan keletihan tuu...

3. Sesetengah suami suka dilayani bagai raja... dilayan sebaiknya... dan kata2 lembut... "abang nak makan dulu atau nak tidur dulu... nampak macam letih tuu... kesian...".... dan kata2 itu sudah cukup untuk membuat suami tersenyum... dan sedikit sebanyak akan mengurangkan rasa kepenatannya.

4. Suami kekadangnya suka dipuji... hargailah setiap pemberiannya walaupun tidak seberapa nilainya. Sekadar ucapan... "terima kasih"... daripada isteri ketika menerima pemberian... sangat memberi makna dan membekas di hati suami. Kalau tak suka dengan pemberian itu... ucapkan dulu terima kasih tuuu... kemudian susulilah pulak dengan... " terima kasih bang kerana belikan AYANG kain tuu... cantik kainnya... AYANG suka... tapi lain kali kalau abang nak beli... AYANG mau yang warna kuning pulak..." dan kesemua ini menjadikan suami tidak tersinggung... malah menyedari bahawa warna kegemaran isterinya pun belum dimengerti... dan akan berusahalah sisuami ini untuk memperbaikinya di masa akan datang...

5. Suami cepat bosan jika isteri "cerewet" dan selalu bertanya... hendak ke mana... acara apa... bila balik... kenapa lambat balik... jumpa siapa tadi... dll. Banyak bertanya tuu... semacam berleter jugak le sifatnya... mana ada suami yang suka isterinya berleter?

6. Jika isteri menghidangkan makanan untuk suami tetapi tidak menemaninya makan... samalah bagai memberi makan kucing. Setidak2nya temanilah suami meskipun sekadar satu suapan... atau pun boleh juga duduk2 sambil minum sementara suami selesai makan... sebab mungkin isteri dah makan lebih awal sebelum itu... tetapi sedapat mungkin... makanlah bersama2.

7. Suami senang dan gembira dengan kefasihan isterinya dalam berkata2... bijak dalam bertindak dan menjadi teman yang baik dalam perbincangan. Isteri boleh meningkatkan kualiti intelektual dengan pelbagai bahan bacaan dan menggali perlbagai informasi terkini.

8. Elakkan dari gemar membangkang pendapat suami. Rata2nya para suami tidak suka pendapatnya dibangkang. Terima dulu pendapatnya... walaupun isteri mendapati yang pendapat suami tu salah... kalau nak membangkang pun... lihat dulu nada suara suami dan bandingkan dengan nada suara anda (isteri). Sewajarnya kita maklumi bahawa... isteri ibarat perdana menteri... dan suami adalah raja... oleh itu mana ada raja yang boleh terima kalau asyik dibangkang oleh perdana menteri...

Isteri yang kuat membangkang... sememangnya mencari kebencian suami. Apabila tinggal sebumbung... sebagai suami isteri... sepatutnya perlu sependapat dalam semua isu... kalau tak sependapatpun... simpan dulu... keluarkan semula sedikit demi sedikit mengikut kesesuaian masa dan tempat... dan seboleh mungkin... tunjukkanlah bahawa isteri dan suami punya pendapat yang sama dalam kebanyakan hal.

9. Kalau ingin suami berlama2 di rumah... jangan sambut kepulangannya dengan berbagai masalah anak2... dengan hal2 remeh rumahtangga atau hal2 urusan kerja isteri... dan mengacum itu dan ini. Mulailah berbicara hal2 yang menyenangkan... kerana suami perlukan freshener setelah seharian dengan tugas dan masalah di tempat kerja.

10. Tidak sedikit suami yang suka jika isterinya kreatif dalam soal memasak dan menghias rumah... serta mengurus diri dan melayani dirinya. Janganlah hinggakan penampilan isteri kelihatannya lebih tua dari usia sebenar.

11. Tempat tidur bukan sekadar menyimpan rahsia2 suami isteri... juga merupakan tempat ternyaman untuk saling mencurah perasaan dan saling membuktikannya dengan perilaku... oleh itu jadikanlah sebagai kamar yang eksklusif dan peribadi... hiasilah bilik tidur itu... kreatiflah sikit... biar kelihatan romantik sifatnya.

12. Kebanyakan suami tergugat kesabarannya... jika tidurnya terganggu... diganggu oleh keriuhan anak2... atau oleh besarnya suara TV... atau bunyi blender atau tumbukan lesung batu.

13. Suami suka isteri yang bijak bermanja2 tapi jangan sampai kelihatan mengada2... kerana di situlah cantiknya sebuah perkahwinan... sebuah perhubungan suami isteri... sebab isteri yang pandai bermanja2 bukan sahaja memperolehi segala yang dikehendaki... malah menyenangkan suami dan pastinya membuat suami sentiasa teringat2... dan kalau dah teringat2... sukarlah baginya untuk membelok ke tempat lain atau mencari yang lain.

14. Suami mahu isterinya sebagai penenang fikiran... dan berperananlah sebagai bidadari... bukannya sebagai duri yang asyik menyucuk perasaan suami hingga rumahku menjadi nerakaku... dan biasanya kalau isteri tidak bersifat penenang... suami akan mencari pengganti... demi memperolehi ketenangan... jika tidak jadilah suami ini sebagai pemendam rasa dan menjeruk perasaan.

15. Jangan kuat merajuk dan menarik muka masam terutama ketika suami sedang berserabut dengan masalah... sebab merajuk tak bertempat ini umpama mengada2... dan biasanya merajuk perlukan pujukan... tetapi dapatkah suami yang sedang berserabut dengan pelbagai masalah boleh diharap untuk memujuk...?

16. Selalulah rangsang prestasinya... jangan perkecilkan kemampuannya walaupun suami kelihatan lemah dan bermasalah. Dorongilah suami dengan ucapkata yang memberangsangkan dan meletakkan di hatinya bahawa anda (isteri) sentiasa bersamanya dalam keadaan senang dan sukar.

17. Bersegeralah jika suami "memerlukan"... dengan memenuhi "panggilannya". Kemaskan diri dan dapatkannya.


MUNGKIN ada di kalangan para isteri yang telah melakukan kesemuanya TETAPI suami masih tidak perform dengan baik... jadi... bersabarlah... lambat laun hatinya akan terbuka jua untuk menghargai semua pengorbanan para isteri... dan di kala itu seluruh ingatannya akan tertumpu pada anda sebagai isterinya... hanya ANDA...

AKHIRNYA ketaqwaan isterilah yang dapat membantu suami menjadi suami mithali... sebab suami tidak mudah tertambat hatinya dengan ungkapan cinta... tidak cukup dengan keluhuran isteri dalam berkorban untuk taat dan menyayangi dirinya... dan tidak ada KEBAHAGIAAN dan pahala besar yang Allah berikan kepada pasangan suami isteri... kecuali mereka dapat saling memberikan apa yang paling diingin dan dimahukan oleh pasangan masing2.

(Diedit: Dr. HM Tuah Iskandar)

Bagaimana pula ANDA sebagai suami... apakah sekadar hanya isteri dipersalahkan... tanpa melihat diri dan peribadi sendiri...