Sunday, March 02, 2008

:: Kerang





Kerang... bermakna sejenis tiram... atau keras kiang... menjadi keras... tapi bagi yang gemar tersengih dan menyengih memanjang... mungkin dikatakan macam "kerang busuk"...

Sekarang ni musim hujan... bekalan ikan amat berkurangan... kecuali beberapa jenis ikan beku seperti selalu. Cuba mengubah selera... hanya beli kerang... RM6.00 sekilo untuk menu tengahari ni sebagai tambahan ikan sediaada. Kalau di Pantai Remis... rasa2nya boleh dapat beberapa kilo dengan harga tersebut.
Teringat masa lampau... bersama Allahyarham ayahanda... mencari kerang di suatu kawasan antara kuala Sg. Batu dengan Tanjung Batu di Pantai Remis. Bermula dengan air masih pasang hinggalah kepada air surut... bergantung pada rezeki. Menggagau le dalam air tu... kemudian masukkan kerang yang diperolehi ke dalam bekas plastik yang diapungkan. Ketika air pasang... usaha mencari kerang mudah tetapi sukar memperolehinya... berbanding mencari kerang ketika air surut... tapi sukar melangkah kerana perlu meranduk dalam lumpur atau "keleboq". Ketika itu mudah kelihatan kerang yang berada di permukaan lumpur itu... dengan beralaskan sekeping papan yang mampu memuatkan badan kita dan bekas plastik... agar memudahkan kita menggelongsor di permukaan lumpur.