Saturday, June 14, 2008

:: 'Bigfoot'







Giant footprints 'found' in Sarawak village
Is Big Foot in Sarawak? That’s the question now on everyone's lips following the discovery of a pair of giant footprints in a Melanau village in Daro in the Mukah Division, about three hours by express boat from Sibu.

:: Kementerian Pelajaran... disusun semula


5 jabatan Kementerian Pelajaran disusun semula
Oleh Syuhada Choo Abdullah

Digabung menjadi tiga sektor diketuai Timbalan Ketua Pengarah
LIMA jabatan utama Kementerian Pelajaran distruktur semula kepada tiga sektor berdasarkan pengkhususan fungsi dengan masing-masing diterajui Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (TKPPM) yang diselaraskan kepada gred perjawatan Jusa A. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata jabatan terbabit ialah Jabatan Sekolah, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Teknikal serta Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan yang juga masing-masing diketuai TKPPM pada gred Jusa B, Jusa C dan juga DG54.

Berikutan penstrukturan semula yang diluluskan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 1 Mac lalu, katanya, peranan semua jabatan berkenaan diserapkan ke dalam sektor baru terbabit mengikut kesesuaian fungsi. Beliau berkata, tiga sektor baru itu ialah Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan, Sektor Operasi Pendidikan serta Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan. "Komponen Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan meliputi Pembangunan Kurikulum, Teknologi Pendidikan, Lembaga Peperiksaan, Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Buku Teks serta Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM).
"Pengisian Sektor Operasi Pendidikan pula mencakupi Pengurusan Sekolah Harian, Pendidikan Islam, Pendidikan Khas, Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh/Kluster, Pelajaran Swasta, Teknik dan Vokasional, serta Sukan, Seni dan Kokurikulum. "Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan membabitkan komponen Pendidikan Guru, Institut Aminuddin Baki (IAB), Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, serta Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). "Jawatan TKPPM dan ketua bagi setiap komponen dalam tiga sektor berkenaan sudah ada pemangku, berkuat kuasa 1 Jun lalu. Secara keseluruhan, jawatan ketua bagi setiap komponen ialah Pengarah, kecuali Ketua Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti serta Rektor IPGM, membabitkan penyandang pada gred Jusa B, Jusa C dan DG54," katanya kepada Berita Harian di Putrajaya, semalam. Alimuddin berkata, Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Dr Haili Dolhan, dinaikkan pangkat sebagai TKPPM Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan; TKPPM Jabatan Sekolah, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim (TKPPM Sektor Operasi Pendidikan); serta Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Datin Asariah Mior Shaharuddin (TKPPM Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan).

Bagaimanapun, katanya, empat TKPPM lain dalam struktur sebelum ini terus menerajui komponen Pendidikan Khas, Pendidikan Islam, Teknik dan Vokasional, serta Sukan, Seni dan Kokurikulum selaku Pengarah. Namun, beliau berkata, proses perbincangan diteruskan bagi menentukan nama lebih sesuai bagi keseluruhan jawatan pegawai kanan (kecuali TKPPM) dalam setiap sektor itu, selain membuat penyusunan kakitangan jabatan terdahulu mengikut kesesuaian fungsi tugas. "Proses itu dijangka selesai dalam tempoh sebulan. Berbanding struktur terdahulu yang dibuat berdasarkan bidang, langkah pemantapan dan penambahbaikan kali ini adalah mengikut fungsi. Sebagai contoh, semua urusan berkaitan kurikulum diletakkan di bawah komponen Pembangunan Kurikulum, Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan. "Sebelum ini, setiap jabatan ada unit kurikulum masing-masing. Justeru, mereka saling tidak mengetahui kurikulum pendidikan jabatan lain. Kini dengan beroperasi dalam satu sektor sama, mereka boleh berbincang dan membuat penambahbaikan bersama, sekali gus mempertingkat keberkesanan pelaksanaan. "Menerusi proses penyusunan kini, ada sektor bakal memperoleh lebih ramai kakitangan dan begitulah sebaliknya tetapi langkah ini tidak membabitkan sebarang pelantikan kakitangan tambahan baru dalam Kementerian Pelajaran," katanya.

:: Demo... jumaat... 13.06.2008



(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Demonstrasi membantah kenaikan harga minyak berakhir dengan aman apabila lebih 5,000 penyokong pembangkang bersurai di Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut di sini petang tadi.

:: Berita baik bagi guru dan pensyarah

23,471 guru, pensyarah dapat kenaikan gred
Oleh Mohd Hamizar Hamid

PUTRAJAYA: Gred bagi 23,471 pegawai di sektor pendidikan membabitkan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, guru Tingkatan Enam dan guru sekolah menengah yang mempunyai lebih 1,750 murid, dinaikkan, berkuat kuasa 1 Januari lalu. Serentak itu, semua pengetua sekolah menengah Tingkatan Enam dinaikkan daripada gred DG48 kepada DG52 manakala penyelia Tingkatan Enam diberi taraf Penolong Kanan Tingkatan Enam Gred DG48 dan DG44 masing-masing jika sekolah mereka mempunyai 10 kelas atau lebih dan sembilan kelas atau kurang. Kelulusan kerajaan itu juga membabitkan 794 pengetua sekolah Tingkatan Enam bergred DG52 dan 116 pengetua sekolah menengah mempunyai 1,750 murid atau lebih (sekolah enrolmen 1,750) yang kini dikategorikan dalam gred sama.

Berikutan peningkatan gred itu, pelajar Tingkatan Enam akan dijenamakan sebagai mahasiswa dengan guru khusus akan disediakan bagi mengajar mereka, selewat-lewatnya mulai tahun depan. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian akan menyediakan guru khusus memandangkan sebahagian guru terbabit turut mengajar pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima yang akan menduduki peperiksaan besar. "Dengan cara itu kita akan ubah sistem pengajaran melalui kuliah, tutorial dan juga cara yang diamalkan di universiti," katanya pada sidang media khas bagi mengumumkan keputusan kerajaan berhubung perkara itu di Kementerian Pelajaran, di sini semalam.

Turut terbabit dalam kenaikan gred itu ialah 158 Penolong Kanan Tingkatan Enam (untuk 10 kelas dan atas) bergred DG48 dan 636 Penolong Kanan Tingkatan Enam (untuk sembilan kelas ke bawah) bergred DG44 serta 1,039 guru akademik serta kokurikulum bergred DG52, DG48 (3,311) dan DG44 (8,728). Alimuddin berkata, kenaikan gred pensyarah di IAB itu membabitkan sejumlah 757 jawatan iaitu satu untuk kategori DG54, 77 (DG52), 250 (DG48) dan 429 (DG44). Kenaikan gred pensyarah di IPG pula membabitkan 4,772 jawatan iaitu 28 untuk DG54, 584 (DG52), 1,933 (DG48) dan 2,227 (DG44); serta 3,160 jawatan di Kolej Matrikulasi, iaitu 256 untuk DG52, 1,085 (DG48) selain 1,719 (DG44). "Kelulusan terbesar permohonan menerusi Anggaran Belanja Mengurus (Perjawatan) 2008 itu membuka peluang kenaikan pangkat kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPRS) di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.
"Urusan pengisian jawatan adalah secara berterusan dan bukan secara sekali saja," katanya Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng, berkata pengumuman yang dibuat Kementerian Pelajaran itu tepat pada masanya selaras usaha meningkatkan profesionalisme perguruan. "Kita berharap Penolong Kanan di sekolah menengah biasa yang bergred A dan B turut dinaikkan ke gred DG48 supaya setaraf guru biasa dan penolong kanan di Tingkatan Enam," katanya

Friday, June 13, 2008

:: Arrest warrant... Prince Jefri



Prince Jefri Bolkiah
Arrest warrant for Prince Jefri
LONDON (AP) - A British judge issued an arrest warrant for His Royal Highness Prince Jefri Bolkiah after he failed to show up for a court hearing Wednesday.
HRH Prince Jefri is enmeshed in long-running legal proceedings over billions of dollars he is alleged to have embezzled while he was Brunei's finance minister.

Jefri, dubbed the "Playboy Prince" for his lavish lifestyle, was due in court Wednesday to face allegations that he violated a court order to hand over three billion pounds (US$5.9 billion) in cash and assets to the Brunei government's investment Arm, Brunei Investment Agency (BIA).

His lawyer, James Lewis, told the High Court hearing that he did not know where his client was, but thought he was in France or Monaco.
"My understanding is that he does not mean to attend these proceedings at all," Lewis said.
Judge Peter Smith issued a warrant for the prince's arrest and warned that he faced jail if he was apprehended.
"If he is arrested it will take an advocate of great skill to persuade me that he should have bail," Smith said.

The scandal became public in 2000 when the Brunei government accused Prince Jefri of embezzling nearly US$16 billion while he was finance minister between 1986 and 1998.

Prince Jefri reached an out-of-court settlement with the government in 2000, agreeing to pay back the money he allegedly used to buy hotels and other expensive assets.

But the Brunei Investment Agency, formerly headed by Prince Jefri, launched court proceedings in 2004, saying the Prince had not transferred ownership of five US and European properties - including the New York Palace Hotel and the Hotel Bel-Air in Los Angeles - and a trust fund as required by the settlement.

Last year a British court ordered him to hand over the disputed assets. Prince Jefri, 53, left Brunei in 2004 and has mainly lived in London, where he owns St John's Lodge, one of the city's most lavish homes. Prince Jefri has denied any wrongdoing, saying he had the authority to use state funds.

:: Mahathir... tindakannya nampak gagal ?

12-06-2008 11:52:06 PM Oleh G. MANIMARAN

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Selepas tiga minggu keluar Umno, bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau "nampak gagal" dalam perjuangannya yang terbaru, tetapi tindakan ke atas beliau oleh kepimpinan parti akan membawa kesan kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

:: Crock hunt... Sg Skrang


CROC HUNT: Residents of the Tambi longhouse hunting down the crocodile believed to have attacked and killed farmer Gait Repun, 41, who was having a bath at Sungai Skrang, Nanga Pisak about 60 kilometer from Sri Aman. INSET: The bite marks on the victim's left leg. MORE HERE

:: Sekolah kluster ditambah


30 disenarai sekolah kluster


PUTRAJAYA 9 Jun - Sebanyak 30 sekolah lagi daripada pelbagai aliran telah dipilih bagi disenaraikan sebagai sekolah kluster, menjadikan keseluruhannya sebanyak 60 sekolah sejak ia diperkenalkan pada Mac tahun lalu. ...
Berita Penuh

:: Mahathir bersedia ditangkap ?


Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia disiasat berhubung laporan polis yang dibuat oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh, berhubung dakwaan beliau pernah mengugut melucutkan jawatan hakim yang tidak menyebelahi kerajaan, 11 tahun lalu. [selanjutnya+]

:: Psikologi manusia ?

Kita mempunyai ramai rakan taulan dan sahabat handai... mempunyai ramai sedara mara... mempunyai ramai kenalan... malah memiliki anak atau suami atau isteri... dan begitulah kita... sentiasa mendampingi dan didampingi oleh insan lain...
Ada yang baik hatinya tapi kesat bahasanya... ada yang pijak semut pun tak mati tapi panas baran... ada yang hensem atau manis jelita tapi kaki pembelit dan penipu... dan MUNGKIN itulah sebahagian contoh dari sifat dan sikap sebahagian daripada insan yang mendampingi kita dan yang kita dampingi...
Kepelbagaian dan kerencaman inilah yang kekadangnya menarik untuk diteliti bagi yang rajin meneliti. Begitulah uniknya psikologi manusia... yang MUNGKIN mengajar dan memandu kita untuk membina sempadan mengikut apa yang kita lihat... di samping mengajar kita akan segala kemungkinan yang bakal berlaku di sebalik kebiasaan2... dan MUNGKIN atas sebab itulah juga kekadangnya psikologis dan kaunselor tidak terkecuali dari sering tertipu dan terpedaya... sebab realitinya tiada siapa di kalangan kita yang mampu mendabik dada meramal secara pasti apa yang ada di dalam hati insan lain...

Thursday, June 12, 2008

:: Zaid not keen...

Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Zaid Ibrahim is not keen to have an investigation, enquiry or commission to probe the latest allegation that judges were pressured into making pro-government decisions, failing which they were threatened with dismissal.
By Bernama
»
more

:: Kehakiman... betulkah cerita ini ?




KIRA-KIRA tiga minggu lalu, bekas Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang disyor oleh Suruhanjaya Siasatan Klip Video Lingam supaya disiasat lanjut bersama lima personaliti yang lain, melahirkan pendiriannya bersedia untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan termasuk jika dihadapkan di mahkamah.

:: Justice... treats & indoctrination attempt ?


A High Court judge here revealed that a former prime minister had threatened judges. Justice Datuk Ian H. C. Chin also said he and selected judges were sent to a boot camp to ensure they got the message. Justice Chin said this before hearing an election petition challenging the results of the Sarikei parliamentary seat which was won by a Barisan Nasional candidate by just 51 votes.

:: Inflasi... masih bertahan ?



KEKAL RM2... Khalid Ahmad (berdiri) melayan pelanggannya menikmati nasi dan pelbagai lauk di Kedai Makan RM2 miliknya yang terletak berhampiran dengan Terminal Feri Kuala Kedah, Kedah, semalam.

:: Gaji... dua kali sebulan ?

Gaji kakitangan awam dibayar dua kali sebulan mulai Ogos
PUTRAJAYA 11 Jun – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan gaji pegawai dan kakitangan kerajaan akan dibayar dalam dua ansuran sebulan mulai Ogos ini....
Berita Penuh

:: Bujang Seruai ?





Buaya ditangkap bukan Bujang Seruai: PENDUDUK Kampung Seruai melihat buaya sepanjang enam meter yang ditangkap di Sungai Seruai, Batang Saribas, di Betong, pagi semalam. Namun, penduduk hampa kerana reptilia ditangkap bukan Bujang Seruai yang mengorbankan Rudy Semion petang Selasa lalu. Ia berikutan perut buaya berkenaan yang dibelah hanya ditemui beberapa tulang haiwan dan bulu ayam saja.

Monday, June 09, 2008

:: IPG... kebanjiran permohonan ?


SEBAGAI orang lama dalam profesion perguruan, saya melihat ‘kebanjiran’ permohonan untuk memasuki institut pendidikan guru (IPG) pada masa ini mengundang kebimbangan mengenai kualiti guru yang bakal dilahirkan nanti hasil lambakan itu. [selanjutnya+]

:: Utusan... petua jimat minyak

Kenaikan harga petrol dan diesel mulai Khamis lalu pastinya membuatkan para pemandu dan penunggang terdiam sejenak, mencongak-congak kaedah atau cara paling efektif untuk menghadapi beban lonjakan harga emas hitam tersebut. Walaupun keadaan seperti ini bukan pertama kali berlaku, namun masih ramai pengguna kenderaan masih belum melaksanakan secara aktif dan agresif segala kaedah untuk mengurangkan belanja pembelian minyak.

Dalam halaman Enjin minggu ini, penulis cuba berkongsi kaedah dan cara yang difikirkan paling efektif, mampu dilaksanakan dan berkesan agar poket tidak terlalu nipis sebelum akhir bulan akibat belian yang terlalu tinggi untuk mengisi perut kenderaan menerusi perubahan sikap dan kemampuan teknologi.
1. Jangan memandu secara agresif, berlumba-lumba dan terkinja-kinja terutama ketika berhenti di lampu isyarat atau terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan meletakkan kenderaan di tempat yang teduh.

2. Jangan memecut sesuka hati dan mengehadkan kelajuan pada paras had yang ditetapkan sama ada di jalan negeri, persekutuan atau lebuh raya kerana semua maklum mengenai peningkatan revolusi per seminit (rpm) akan menjana kenaikan tahap pembakaran.

3. Kurangkan jumlah barang atau muatan dalam kenderaan agar kenderaan menjadi ringan dan tidak memerlukan bahan bakar yang banyak untuk membolehkannya bergerak serta memastikan angin dalam tayar kenderaan sentiasa berada pada tahap yang optima. Barang-barang seperti buku dan dokumen perniagaan, fail cukai pendapatan, alat memancing, beg golf, komponen alat ganti, surat khabar lama dan segala macam khazanah perlu ditinggalkan di rumah atau di kitar semula sahaja.

4. Kalau boleh kurangkan juga pemasangan penghawa dingin terutama ketika waktu malam yang boleh membantu menjimatkan pembakaran minyak kerana selain menjimatkan minyak, langkah ini turut membantu memelihara alam sekitar menerusi pelepasan karbon.

5. Rancang juga perjalanan anda terutama ketika balik kampung atau pergi bercuti, cuba elakkan pemanduan di kawasan yang sesak, jalan raya yang sedang dalam pembinaan dan berbukit agar masa menjadi lebih singkat dan jimat minyak.

6. Pada masa yang sama, kurangkan komitmen untuk memandu dengan memilih untuk berjalan ke destinasi yang dekat seperti kedai atau restoran selain menggunakan medium pengangkutan lain seperti basikal.

7. Pemandu juga dinasihatkan melakukan servis kenderaan mengikut jadual penyelenggaraan yang ditetapkan kerana enjin yang tidak diselenggara dengan baik boleh menyebabkan kos bahan bakar sehingga sehingga 50 peratus.

8. Tukar air filter sebelum ia menjadi kotor dan gunakan minyak enjin yang asli dan bersih dan ditukar setiap tiga hingga lima ribu batu selain memastikan gas cap ditutup dengan ketat sehingga bunyi klik kedua.

9. Langkah berkongsi kereta ke destinasi tempat kerja yang sama atau car pool memang boleh menjimatkan minyak dan sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas sesuatu kawasan, misalnya bandar raya Kuala Lumpur apabila tiba waktu puncak. Kempen kongsi kereta ke tempat kerja selama ini gagal dilakukan kerana faktor sikap dan mempunyai agenda kehidupan yang berlainan selain selesa dengan keadaan bersendirian di dalam kereta sendiri, namun kini ia mungkin tidak sesukar dahulu dalam keadaan semasa.

10. Selain mengamalkan sikap yang betul dalam menyelenggara dan corak pemanduan, kecanggihan teknologi pada hari ini juga boleh membantu mengurangkan belanja minyak. Antara yang popular ialah pemasangan tangki gas asli iaitu penggunaan gas asli sebagai ganti bahan api petrol walaupun harga gas itu lebih kurang minyak petrol tetapi mampu memberi pemandu lebih kilometer kerana ketumpatannya. Namun, kelemahan gas asli di negara ini pada masa sekarang ialah kos pemasangan yang agak mahal bergantung kepada jenis kereta yang dipandu kerana semakin tinggi teknologi kenderaan yang dipandu, maka semakin rumit jugalah sistem pendawaian yang menjurus kepada peningkatan kos pemasangan tangki gas asli sepenuhnya. Pada masa yang sama, ruang bonet kenderaan akan menjadi terhad kerana saiz tangki gas asli yang agak besar akan memenuhi sebahagian besar ruang. Industri automotif negara juga sudah mula menerima kemasukan kereta-kereta dengan enjin hybrid yang direka bentuk untuk kecekapan penggunaan minyak dan aliran rendah.
sumber: utusan

Sunday, June 08, 2008

:: Hadapi Inflasi


Inflasi Akan Meningkat Kepada 4.2 Peratus Tahun Ini, Kata Bank Negara
Inflasi dijangka melepasi 5.0 peratus bulan ini berikutan kenaikan harga bahan api yang diumumkan Rabu, meningkat 4.2 peratus daripada anggaran awal pada 2.5 peratus bagi keseluruhan tahun ini, kata Bank Negara Malaysia. Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hari ini berkata inflasi juga dijangkakan memuncak pada suku pertama 2009 sebelum menyederhana pada suku kedua tahun depan kepada kurang daripada 3.0 peratus. "Bagi separuh pertama 2009, inflasi akan mencecah pada paras 5.3 peratus, dan selepas itu menurun kepada 3.0 peratus. Inilah simulasi awal kami terhadap penyelarasan harga seperti yang ditunjukkan pada asas bulan-ke-bulan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Perbankan Malaysia ke-12 di sini.
Beliau berkata kadar inflasi negara secara relatifnya masih rendah berbanding negara lain, dan beliau menggesa Malaysia mengambil kesempatan terhadap situasi semasa dan menyesuaikan dengan keadaan itu. Zeti juga menolak cadangan kemungkinan kadar faedah meningkat, dengan berkata tidak ada keperluan untuk mengadakan mesyuarat jawatankuasa dasar monetari di luar daripada jadual biasanya. -- BERNAMA

:: Hari Keputeraan


SELAMAT HARI KEPUTERAAN...
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin memotong kek hari keputeraan baginda sambil diperhatikan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah di pekarangan Istana Negara, Kuala Lumpur, semalam. ... Berita Penuh

:: Rokok... macam2 cara


Amaran bergambar kotak rokok 1 Januari
Oleh Magendran Rajagopal

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa 1 Januari tahun depan, semua jualan rokok di pasaran tempatan wajib mempunyai amaran bergambar mengenai bahaya merokok melitupi 40 peratus bahagian depan dan 60 peratus bahagian belakang, yang dicetak pada setiap kotak. Pada masa sama, Kementerian Kesihatan turut mengharamkan gimik iklan pada kotak rokok yang menggunakan ungkapan seperti 'lite', 'ultra lite', 'mild', 'low tar' dan seumpamanya supaya tidak mengelirukan atau memberi gambaran salah kepada pembeli. Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai, berkata keputusan itu selaras dengan komitmen negara selaku anggota Rangka Kerja Konvensyen Kawalan Tembakau (FCTC) dan pindaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) pada 2004 sebagai mengiktiraf konvensyen antarabangsa itu.

Saturday, June 07, 2008

:: Cincin Disarung


Cincin di dalam bekas hantaran berwarna biru... menanti untuk disarungkan ke jari manis tangan kiri...

Menghulur jari manis sebelah kiri... sambil disarung cincin pertunangan oleh bakal ibu mertua... Puan Boriah bt Deris... ke jari bakal menantu sulungnya... sambil direnung dan diperhati oleh Puan Dayang Nazima (adik ipar MakNgah/isteri Mohd Shukri) yang bertudung merah... dan sedara mara terdekat tunang Along...
Memohon restu dan ucapan terima kasih... tangan dicium... sambil diperhati penuh teliti oleh bakal ibu mertua...

:: Hari Along Bertunang

1 Jun 2008 bersamaan 26 Jamadil Awal 1429H... hari Ahad... bertepatan hari cuti umum di Sarawak... Hari Gawai Dayak... Along selamat ditunangkan. Kenangan keluarga diabadikan... kecuali Anjang (Ahmad Ashraaf) yang tak berkesempatan untuk turut serta apabila masih berada di Pusat Kem Bukit Saban, Betong (PLKN) yang hanya tamat pada 6 Jun 2008. Kelihatan Along sedang memegang "watikah perjanjian pertunangan" yang mencatatkan butiran persetujuan bersama antara kedua2 pihak.
Sebahagian tetamu yang sedang menikmati hidangan... perlu dibuat 4 fasa... berperingkat2... sebab kesempitan ruang dan laman rumah. Dibuat secara kecilan saja... hanya sedara mara terdekat dan kenalan rapat Along yang dijemput...
Tepak sirih bertekad benang emas (dari Kuala Kangsar, Perak) disediakan oleh pihak lelaki... merupakan kepala hantaran... walaupun bakal menantu berasal dari Gedong, Sarawak. Di Sarawak... penggunaan tepak sirih oleh pihak lelaki yang berasal dari Sarawak sebelum ini... belum bermula... dan MUNGKIN... pertunangan Along ini adalah pelopornya... kebiasaannya mereka menggunakan sirih junjung...

Hantaran sampingan... berjumlah 80 bungkusan... selain dari hantaran utama oleh pihak lelaki... sumbangan sedara mara terdekat pihak lelaki...

Kenangan bersama Along dan Zulkifli (tunangnya)... bersama2 Tn. Hj. Mohidi bin Hj. Dawi (bapa sedara MakNgah merangkap wakil pihak PakNgah... berketayap)... Tn. Hj. Sabran (suami mak sedara MakNgah... berbaju batik hijau)... dan En. Sulaiman (sepupu MakNgah... berbaju kemeja kuning)... dan sebahagian hantaran oleh pihak lelaki (berwarna biru) dan hantaran balasan oleh pihak Along (berwarna maroon)...

Friday, June 06, 2008


NEWS ASIA-PACIFIC


Malaysia PM urges calm over fuel


Malaysia's prime minister has called for calm amid fears that a decision to scrap heavy subsidies on the cost of fuel could spark street protests.

The government says it has no choice, faced with a ballooning subsidy bill caused by record global oil prices.

"We cannot naturally keep subsidising at the current rate,'' Abdullah Ahmad Badawi, Malaysia's prime minister, said.

Around the world rising oil prices have triggered escalating protests.

Recent days have seen demonstrations by truck drivers in Europe and South America demanding a cut in taxes on fuel, while in Indonesia a 30 per cent hike in the price of fuel at the end of last month triggered mass street protests.

Rising costs

Speaking to reporters on Wednesday Abdullah called on Malaysians to accept the news calmly and avoid taking to the streets.

The prime minister is fighting for his political survival after his ruling coalition suffered unprecedented electoral losses in March, partly due to the rising cost of living.

"God willing... I hope Malaysians will not demonstrate. It is better to spend time in the offices or factories rather than worsen the situation," Abdullah said.

He dismissed suggestions that the belt-tightening will send his popularity plummeting further.

"We are trying our best. This is not an attempt to be popular. We cannot satisfy everybody," he said.

Along with the petrol price hike, the government has also introduced rises in electricity tariffs on a varying scale, depending on usage.

"God willing ... I hope Malaysians will not demonstrate. Abdullah Ahmad Badawi, Malaysian PMCommercial and industrial users are expected to see power bills go up by more than a quarter.

Subsidies have kept the price of fuel in Malaysia, a net exporter of oil, among the lowest in Southeast Asia, with only Myanmar having lower pump prices.

Subsidies are expected to cost Malaysia's treasury more than $14bn this year.

Sweeteners

Under the new measures, the pump price of petrol will rise to $0.87 a litre from $0.61 a litre to bring it closer to the global market price.

Diesel prices have risen to about $0.80 a litre, a 63 per cent increase.

Oil price fallout
Despite recent losses, oil prices have still gained almost a quarter since they smashed through $100 per barrel at the start of 2008At $120 a barrel, the world's oil bill will account for eight per cent of global economic output, twice what it was in 2006In early 2007 a barrel of oil cost $55, less than half its currernt priceThe Paris-based International Energy Agency says it is worried that there may not be enough oil to meet global demandOPEC, the oil producer's cartel, has blamed speculators for soaring oil prices
The government said it would introduce some sweeteners to offset the tough economic measures, providing an annual cash rebate of $201 to owners of cars with an engine capacity of 2,000 cc or less.

David Cohen, Asian director of Action Economics consultancy, told Al Jazeera the price hikes were unlikely to cause long-term economic damage.

Malaysia's economy, he said, was in reasonably good shape having benefited recently from strong global demand for commodities, especially palm oil.

"The situation is far better than during the Asian financial crisis 10 years ago, since Malaysia and other countries in the region are running current account surpluses and are no longer reliant on continuing foreign capital inflows," he said.

But Mavis Puthucheary, a Malaysian political observer, said the price rises could have far-reaching political implications.

"Malaysians are questioning why their country is following other counties in passing on price rises directly to consumers when it is a net exporter of oil," she said.

The emergence of a real opposition in Malaysia after the March elections means that voters will no longer allow state-owned oil and energy enterprises to conduct their business in secret, she said.

'Risk'

Gundi Cahyadi, an economist with Singapore-based economic think tank IDEAglobal Cahyadi, told the Associated Press the decision to scrap subsidies was a "great risk" to Abdullah.

"In the long-run, it's good but the immediate impact will be negative. You can expect a slowdown in the economy to below 5.5 per cent this year and probably into next year," he said.

Malaysia's virtual elimination of the subsidies is in line with similar steps taken by other governments reeling from record high global oil prices.

In addition to Indonesia's recent removal of fuel subsidies, Taiwan and Sri Lanka have also raised fuel prices, while India announced sharp hikes in energy prices on Wednesday.

Malaysia's government expects the restructuring of fuel and electricity prices will save the government $4.41 bn this year.

Malaysian shares opened sharply lower on Thursday with the benchmark Kuala Lumpur Composite Index falling 1.5 per cent in early trade.

Economists say the petrol price hike is expected to push the inflation rate to 4-5 per cent this year, up from 3 percent currently, weakening consumer spending and putting further strain on an already slowing economy.

But Wong Chin Tuat, a Kuala Lumpur-based political analyst, said the main problem with the government's reaction to the global rise of oil prices lies more with people's attitudes than economic facts and figures.

"The artificial cheapness of Malaysian-produced cars, caused by heavy tariffs on imported vehicles, and the poor public transport system means that many feel it is necessary to own a car," he said.
Source: Agencies

:: Healthy Living


Healthy Living
Friday, June 6, 2008

How to live to 100
by
Glamour Magazine, on Thu May 15, 2008 2:43pm PDT

Your behavior now makes a difference, says new research. Experts recommend these habits:Get creative at work.

On average, a woman with a creative job has the cardiovascular fitness and other health attributes of someone six years younger, according to a recent study. What does “creative” mean? Acting, writing or painting are obvious picks, but any job can count as long as you find it interesting and it lets you develop new skills, experts say.

Make sure you cover the basics.
Eating five servings of fruits and veggies a day, being active, not smoking, and drinking in moderation could add 14 years to your life, according to new British research. Too tall an order? Tackle just the exercise part: A recent study by the National Cancer Institute found that older people who got at least 30 minutes of moderate exercise most days of the week were less likely to die over the next seven years than those who didn't.

Do something fun.
Women who are feeling “happy, excited or content” have lower levels of the stress hormone cortisol, as well as C-reactive protein and interleukin-6—two markers of inflammation linked to heart disease, a University College London study found. It may not take a Ph.D. to figure out that being happy is good for you, but this is one of the first studies to pinpoint a biological reason. So the next time you're feeling frazzled, make plans to do anything that'll get you smiling.
—LISA MULCAHY

:: MTUC Sarawak demand


Main Page » Home » Local »
Friday, June 6th, 2008

Unions want 50 per cent pay increment
By Puvaneswary Devindran

KUCHING: Unions in Malaysia have no choice but demand for a salary increase of at least 50 per cent, said the Malaysian Trades Union Congress (MTUC) Sarawak Division yesterday. It said in a press statement that the fuel increase would surely lead to another round of price increase on anything and everything from taxi fares to bus fares, from cooking oil to a packet of nasi lemak.
“Our experience points to the fact that in Malaysia, price increases in commodities and basic items always benefited businesses, not ordinary workers. A classic example is when the price of sugar increased by 10 sen a kilo, a cup of kopi also increased by 10 sen - as if you need a kilo of sugar to make a cup of kopi,” said MTUC Sarawak secretary Andrew Lo.
As a result, ordinary Malaysians simply cannot afford to pay the market price for petrol, he said.

He claimed that already the prices of cars and toll (due to one-sided deals signed with toll concessionaires) were among the highest in the world, while public transport remained hopeless in cities and non-existent in rural areas.
“People have no choice but to own cars. Many owners have to take a one-year loan just to pay off a basic car, with their car value less than the outstanding loan. This is a result of economic mismanagement that has marginalised the poor, created billionaires and income disparity that is the second highest in Asia, behind only Papua New Guinea,” he said.

Lo, who is also the CEO of Sarawak Bank Employees Union, said contrary to government claims, petrol was actually cheaper in Singapore, Japan or even the US after taking into account one of the fundamental principles when comparing prices across different countries - purchasing power parity. He said simply put, Singaporeans still pay much less for their petrol because Singaporean workers earn Singapore dollars and not Malaysian ringgit.

He said even in absolute terms, for example, a typical clerical employee in Singapore earns S$1,200 per month compared to RM900 in Malaysia and RM600 in Sarawak plus Singaporeans only pay about S$2 per litre.
“Per capital income of Singapore is RM100,000. Malaysia is only RM20,000. Singapore does not produce a drop of its own crude oil,” he added.
He said even in Japan and the US, one would find petrol prices relatively cheaper and that minimum wage in the US was about US$4 per hour and a high school teacher makes at least US$40,000.

He said petrol price in the US was only about US$1.20 per litre. He questioned why the production cost plus distribution cost plus profit amounts to 20 per cent of the pump price. He said MTUC called on the government to give a full transparent and detailed disclosure of the fuel subsidy as well as the profits of Petronas, independent power producers and other oil companies, oil palm and timber companies every year.

He claimed that the government had ‘forced’ the public to own cars by mismanaging the public transport sector, inflicted a high price on cars, burdened motorists with extensive toll roads, suppressed wages and now wanted to be paid market price on petrol.

:: Pakej: Bayaran tunai


:: Kesan Harga Minyak Naik



Baru sehari harga petrol dan diesel dinaikkan, beberapa persatuan dalam pelbagai sektor termasuk pengangkutan dan makanan sudah pun mula menaikkan harga perkhidmatan ... [sambungan+]

:: Berbual santai di kedai lampu

Petang semalam... atas keperluan membeli lampu rumah yang perlu diganti... PakNgah menuju ke sebuah kedai lampu di Jalan Satok... yang bersebelahan kedai karpet. Kelihatan dari jauh terdapat dua buah trak polis... polis traffik... anggota FRU di hadapan premis KFC di seberang jalan berdekatan jejantas... dan ramailah manusia lain yang berkumpul di situ dan di atas jejantas...
Kebetulan ada seorang pemuda di kaki lima kedai lampu tu... PakNgah "membuka lagang" memulakan perbualan... " apa hal tuu"... dan kononnya diceritakan oleh pemuda itu... berkaitan kenaikan harga minyak... dan perbualan kami meleret2 terhadap kesan kenaikan harga minyak yang berkuatkuasa mulai 5 Jun 2008 tersebut... dan bertambah melebarlah perbincangan kami berdua apabila isteri tuan punya kedai lampu itupun turut menyertai kami...
Kenapa pihak kerajaan tidak menaikkan harga minyak petrol secara berperingkat2... bulan ini naik 20 sen... bulan depan naikkan lagi kepada 20 sen... dan pada bulan September sempurnalah kenaikan sebanyak 78 sen tuuu... dan rakyat sebagai pengguna takkan terasa sangat akan beban kenaikan sebagaimana yang berlaku sekarang ini... dan begitulah lebih kurang antara pandangan pemuda tersebut yang menampakkan keprihatinannya terhadap kadar inflasi yang bakal melonjak naik dan kesan langsung yang akan dihadapi oleh rakyat terbanyak...
Namun... isteri taukeh kedai lampu pula menambah... olang salawak talak belani macam olang KL sana... tengok apa sudah jadi election balu2 ni... lima negeli BN kalah... tapi kita talak tau la apa pasai ini halega minyak mesti kasi naik... boleh kasi naik... tapi kasi pelengkat2 la... jangan kasi telus naik... banyak wooo... halega minyak naik gelenti halega balang lain juga naik... olang miskin susah mau idup wooo... saya ingat lagi 2 taun election time... state punya BN susah looo...
Setakat itu saja yang PakNgah dapat turut serta mendengar bualan mereka berdua... sebab waktu maghrib dahpun hampir tiba... mungkin mereka meneruskan perbincangan... namun itu hanyalah pandangan daripada dua orang penduduk yang bakal mengundi kira2 2 tahun lagi...

Thursday, June 05, 2008

:: Bahasa Melayu... Bahasa Mandarin

Kedudukan martabat bahasa rasmi di China
Oleh MOHD. ARIF ATAN

PENGALAMAN penulis berada di Beijing sejak pertengahan bulan lalu menyaksikan betapa tingginya martabat bahasa rasmi di Republik Rakyat China. Bahasa Mandarin atau juga dipanggil bahasa Huayu atau Guoyu begitu luas digunakan sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa nasional dan perpaduan bagi 23 buah wilayah/negeri, lima kawasan autonomi dan dua kawasan istimewa.

Taraf bahasa Mandarin sebagai bahasa rasmi bukan sekadar di atas kertas dan lembaran teks buku belajar Bahasa Mandarin bagi pelajar-pelajar sekolah sahaja. Dari bangunan rasmi kerajaan, pusat antarabangsa, universiti, lokasi tumpuan pelancong seperti Tembok Besar China dan Istana Musim Panas sehingga ke kawasan kompleks perniagaan seperti di Da Hong Men, bahasa Mandarin begitu ketara terpapar di mana-mana. Jika wujud bahasa asing sekalipun, saiz tulisannya lebih kecil dengan kedudukannya di bawah bahasa Mandarin.

Siaran program di pelbagai saluran TV tempatan di China lebih 90 peratus dalam bahasa mereka. Wawancara bersama pemimpin, program bual bicara bersama tokoh intelek tempatan serta program bercorak hiburan tidak sewenang-wenang mencampur-adukkan bahasa mereka dengan bahasa asing. Jauh bezanya dengan di negara kita apabila perwakilan di Parlimen pun tidak fasih berbahasa kebangsaan.

Di Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU) misalnya, walaupun menawarkan hampir 50 bahasa asing kepada pelajar tempatan dan luar negara tetapi bahasa Mandarin masih 'memayungi' seluruh sistem di da xue (universiti) ini. Pengumuman melalui siar raya, kain rentang dan notis di papan kenyataan semuanya dalam bahasa Mandarin, jauh berbeza dengan perkembangan yang berlaku di universiti tempatan di Malaysia mutakhir ini sehingga penerangan peraturan di dalam dewan peperiksaan pun menggunakan bahasa Inggeris.

Jati diri bangsa China yang kuat berpegang pada bahasanya mungkin satu penyebab ekonomi negaranya pesat berkembang kini. Semua nama asing akan 'dimandarinkan' termasuklah nama negara, istilah dan nama makanan.

Jika mahu memperkenalkan asal negara kita misalnya, istilah Malaysia akan disebut Malaixiya. Kalau kita hanya menggantikan huruf 'c' pada America kepada Amerika tetapi di China ia terus ditukar kepada Meiguo. Di restoran, memesan kekou kele lebih difahami daripada menyebut coca-cola. Mungkin bagi kita agak ganjil mendengar ais krim dipanggil 'kuih salji' tetapi hakikatnya di China itulah maksud xue gao.

Bagi sesiapa yang telah menjejak premis jualan komputer di Low Yatt, Bukit Bintang tentu sedia maklum kedudukan bahasa kebangsaan yang seperti melukut di tepi gantang. Sedangkan di Beijing, kompleks premis jualan komputer yang dipanggil Zhong Guan Cun (Bandar Elektronik) yang jauh lebih besar daripada Low Yatt tetap teguh menggunakan bahasa rasmi mereka bukannya bahasa Inggeris seperti kita. Walaupun wujud pengunjung kulit putih di pusat jualan mega komputer di sini, namun bahasa perantara paling utama digunakan baik lisan atau tulisan tetap bahasa Mandarin. Malah, perisian komputer mereka juga sepenuhnya dalam bahasa Mandarin. Mereka juga tidak segan menyebut komputer sebagai dian nao yang jika diterjemahkan secara langsung bermaksud 'kotak elektrik.' Resit pembelian juga sepenuhnya dalam bahasa Mandarin.

Jika di Malaysia, pengumuman tiba di destinasi dalam perkhidmatan LRT akan menggunakan bahasa Melayu diikuti bahasa Inggeris walaupun hanya sekadar menyebut "stesen seterusnya…". Namun, berbeza di Beijing pengumuman tiba di destinasi di dalam bas awam sepenuhnya dalam bahasa Mandarin.

Gagalnya bahasa Melayu dimartabatkan untuk menyatakan perasaan juga jelas kelihatan dalam masyarakat kita. Orang Melayu sendiri ketika ini sudah liat mahu menyebut "terima kasih" atau "maafkan saya". Sebaliknya, tidak rasa malu mengucapkan thanks dan sorry. Berbeza di China, mereka lebih selesa mengucapkan xiexie dan duibuqi.

Mengapa tidak kita contohi bangsa lain yang bersyukur dengan bahasa mereka dengan menggunakannya secara meluas tidak seperti kita yang seolah-olah kufur atas bahasa sebaliknya 'menimang' tinggi bahasa asing pula secara keterlaluan?

Kuatnya bangsa China mempertahankan bahasa mereka walaupun mahu mencapai taraf negara maju menyebabkan bahasa mereka dapat digunakan secara meluas dan berkembang pesat dipelajari oleh orang asing seluruh dunia pula. Sebaliknya, kita pula 'gila' menyempitkan bahasa Melayu yang telah diiktiraf antara bahasa yang ramai penuturnya di dunia. Apalah nilai bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan sekiranya dipinggirkan tidak diperkasakan dalam erti kata sebenar?

:: "Fused"


Be AWAC alert

A wireman sent to investigate the reason for frequent power trips stumbled upon this monitor lizard, known in Malay as biawak, ‘fused’ to the switches. Guess the lizard didn’t realise that its search for warmth would be too hot to handle. *AWAC - animal warning and control (Roslan Ismail).

:: Perak terlepas: Saya cukup malu


Tajol perjelas sebab diam
Oleh Shamsul Kamal Amarudin

SUNGAI SIPUT: Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, berkata beliau mendiamkan diri lebih dua bulan selepas pilihan raya umum Mac lalu kerana amat malu dengan kekalahan Barisan Nasional (BN) di Perak. "Kenapa saya diam? Sebab saya cukup malu... ketika Perikatan kalah di Perak pada pilihan raya 1969, bapa saya (Tan Sri Ghazali Jawi) ditugaskan merampas semula kedudukan itu dan berjaya melakukannya sebelum dilantik Menteri Besar. "Tetapi, kini Perak terlepas daripada BN di bawah kepemimpinan saya. Jadi, apa saja saya cakap nanti (selepas kalah), orang akan memperlekehkannya," katanya pada Majlis Kesyukuran BN Sungai Siput dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lintang, Datuk Ahamad Fakeh Adam di sini, semalam.

:: Tariff baru elektrik


Wednesday, June 04, 2008

:: Fuel hike: 05.06.2008



(breaking news updated 7.44pm) The government announces petrol price will go up by 78 sen at midnight - a 41 percent jump from RM1.92 per litre to RM2.70.MORE
Diesel to go up by RM1 to RM2.58
RM625 rebate for cars below 2000cc
Electricity tariffs to increase too

:: Harga Minyak Naik Lagi



PETROL AND DIESEL PRICES TO INCREASE

PUTRAJAYA, June 4 2008 (Bernama) -- Petrol and diesel prices will go up by 78 sen and RM1 per litre respectively at midnight tonight, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi announced Wednesday. [more+]

:: Istilah ALLAH mengundang masalah ?

Itulah tajuk yang mungkin mencetuskan pelbagai persepsi dan tindakan lanjut daripada pihak2 tertentu... apabila istilah ALLAH mahu digunakan oleh pelbagai pihak dari agama lain... selain dari agama Islam...
Lanjutannya... Perak dan Wilayah Persekutuan telah memberikan reaksi masing2...

:: Harapkan pagar...

Polis sudah mengenal pasti orang dalam yang melesapkan kira-kira tiga kilogram (kg) ketamin dari bilik simpanan barang bukti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, ... [sambungan+]

Tuesday, June 03, 2008

:: Harga Minyak Naik


Harga baru petrol Ogos
Pengguna mungkin terpaksa membayar lebih bagi petrol dan diesel mulai Ogos ini jika Jawatankuasa Kabinet Menangani Inflasi yang bermesyuarat hari ini memuktamadkan ... [sambung+]

:: Wardati... Aidil...

Petang ini... selepas solat Asar... insyaAllah akan diadakan suatu majlis bersantai suaikenal antara Aidil... pilihan Wardati (adik ipar) dengan ahli keluarga terdekat... sebelum suatu persetujuan bersama diadakan yang bakal mengikat janji setia untuk bertunang pada Ogos nanti...
PakNgah sekeluarga telah mengenali Aidil sebelum ini... cumanya belum dikenali dan diajak berbual mesra dengan sedara2 yang lain... dan mungkin faktor usia bagi kedua2 pihak itulah yang menjadikan mereka lebih berminat kepada mempercepatkan proses "buka mulut - merisik" disekalikan dengan bertunang pada bulan Ogos nanti... apabila persetujuan bersama dan kata sepakat mampu diwujudkan pada petang nanti... mudah2an segala yang dirancang akan terlaksana jua hendaknya...

:: PLKN Kem Bukit Saban ditinggalkan

Semalam... 2 Jun... kami berempat ke Betong... bersama MakNgah... Angah dan Acik untuk menjemput Anjang di Pusat Latihan Khidmat Negara, Kem Bukit Saban. Agak lewat sedikit bertolak ke sana... dan dengan perjalanan kira2 3 jam memandu perlahan... kami tiba sekitar jam 1.00 tengahari. Sepatutnya Anjang tamat kursusnya pada 6 Jun ini... namun dengan adanya temuduga yang bakal diadakan pada 4 Jun di Urusetia BPG Kuching... dan dengan menggunakan surat tawaran menghadiri temuduga itu maka dapatlah kami membawa Anjang balik terus mulai semalam... tanpa perlu menghantar semula ke Pusat Latihan tersebut selepas selesainya temuduga nanti.
Pihak urusetia PLKN di Kem Bukit Saban telah membantu memudahkan urusan. Baju celoreng dan kasut dikembalikan... dan dengan melengkapisikan borang2 tertentu di bilik urusetia... semuanya berjalan lancar.
Oleh sebab kami memaklumkan awal kepada Anjang segala tindakan yang perlu dibuat sebelum kami ke sana... semuanya lancar dan licin saja. Apabila kami tiba di Pusat latihan tuu... Anjang dah bersedia dengan beg pakaiannya dengan iringan rakan2 kumpulan Bravonya... membantu membawa barangan Anjang... menghantar hingga ke pintu utama PLKN tersebut. Sempat juga mereka bergambar di beberapa lokasi di sekitar dewan dan pintu utama... sebagai kenangan setelah bergaul mesra selama 3 bulan... dan kata2 rakannya... "ilek lok Ahmad... ilek lok..." sentiasa terucap di bibir mereka sepanjang kira2 30 minit kami berada di sana... dan tentulah kata2 itu punya makna tersendiri di kalangan mereka...
Singgah berehat dan makan tengahari di Pusat R & R Betong... berhampiran stesyen minyak Petronas... akhirnya kami meneruskan perjalanan balik ke Kuching... namun singgah sebentar melihat perkembangan kerja2 pengubahsuaian rumah di APT Garden... dan akhirnya tiba di Tabuan Jaya apabila maghrib hampir menjelang...
Mengimbau kembali kenangan ketika di kem tersebut... sekumpulan peserta lelaki sedang digondolkan kepala... mesti berambut pendek walaupun masih kelihatan pendek rambut mereka ketika itu... kelihatannya mereka enjoy dengan keadaan tersebut... masing2 semacam menonton upacara memendekkan rambut... dan oleh kerana cuti sempena Hari Gawai Dayak pada 1 - 3 Jun... maka ramailah peserta yang balik ke rumah masing2... dan tiadalah aktiviti rasmi di kem tersebut sepanjang tempoh tersebut sebagaimana yang diceritakan oleh pihak urusetia PLKN kepada PakNgah ketika berbual2 di bilik urusetia...

Sunday, June 01, 2008

:: Along: Selamat bertunang

Biasanya pada tanggal 1 jun... adalah Hari Gawai Dayak bagi kaum Dayak... merupakan hari cuti umum... yang jatuh pada hari Ahad menjadikan hari berikutnya juga adalah hari cuti umum... namun surat daripada Setiusaha Kerajaan Negeri Sarawak telah menambah gembirakan lagi apabila telah melanjutkan tempoh bercuti sehingga kepada 3 Jun... dan tarikh2 tersebut merupakan hari yang jatuhnya di dalam tempoh2 hari cuti penggal persekolahan...
Sebagaimana rancangan awal... 1 Jun 2008 memberi makna kepada Along... hari bertunangnya... iaitu hari yang penuh bermakna bagi setiap orang gadis... iaitu hari yang merupakan suatu detik akan bermulanya suatu langkah awal ke arah alam berumah tangga... suatu alam yang banyak menuntut rasa kebertanggungjawaban yang sedikit berbeza dari alam kegadisannya... dan termaterilah ikatan tersebut pada 1 Jun 2008 mulai jam 3.00 petang... alhamdulillah...