Sunday, July 31, 2011

:: Kisah "Golden Churn Creamery Butter"... kata JAIS...


Kenyataan Rasmi Mengenai Produk "Golden Churn Creamery Butter"

Umat Islam di Sarawak secara khasnya diminta menghentikan penggunaan mentega berjenama tersebut serta merta kerana satu sampel produk Golden Churn Creamery Butter di pasaran Sarawak telah dikesan mengandungi DNA Babi melalui laporan yang diterima daripada Jabatan Kimia Malaysia pada 19 Julai 2011.

Sila muat turun Kenyataan Rasmi Majlis Islam Sarawak




:: Ramadhan menjelma lagi... alhamdulillah...







:: Mohd. Ashraf Hafiz atau Aleesha Farhana ?




ABDUL AZIZ Ahmad memerhatikan isterinya yang hanya mahu di kenali sebagai Mak Yah menyiram air mawar ke atas pusara Mohd. Ashraf di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Kisah kontroversi yang menyelubungi seorang lelaki, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz selepas permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini dua minggu lalu berakhir apabila dia menghembuskan nafas terakhir pagi semalam.

Lelaki berusia 26 tahun itu disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada pukul 4.55 pagi, iaitu hanya sehari selepas mendapatkan rawatan.

Bapa mangsa, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika mengesahkan kematian Ashraf menjelaskan, anaknya itu dimasukkan ke HSNZ pukul 3 pagi kelmarin selepas mengalami muntah yang teruk.

Jelasnya, pihak keluarga juga akur dengan keputusan mahkamah dan telah bersetuju untuk menguruskan serta mengebumikan jasad arwah sebagai Ashraf dan bukannya Aleesya Farhana.

“Semua keluarga terdekat berada di sisi arwah pada saat-saat terakhirnya. Pemergian Ashraf merupakan satu kehilangan besar buat keluarga,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat HSNZ di sini semalam.

...................................................................................


ASHRAF... meninggal dunia

ASHRAF... meninggal dunia

KUALA TERENGGANU: “Sejak kebelakangan ini arwah sering menyebut perkataan ‘tak sempat.’ Namun apabila saya bertanya apa yang tak sempat, arwah tidak menjawab.

“Melihat arwah enggan menjelaskan maksud di sebalik kata-kata itu, saya tidak bertanya lanjut kerana tidak mahu menambah tekanannya,” kata ibu kepada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 26, yang permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi, di sini, 18 Julai lalu.

Menurut wanita berusia 50 tahun itu yang hanya ingin dikenali sebagai Mak Yah, arwah sebelum ini menyebut dia tidak sempat menyambut hari raya walaupun sudah menyiapkan sepasang baju kurung Pahang berwarna merah hati.

“Ketika itu saya tidak mengesyaki apa-apa kerana arwah dalam keadaan sihat.

“Malah, dua minggu sebelum ini arwah turut meminta sepupunya menjahit segera baju rayanya. Akur dengan permintaan arwah, sepupu arwah menyiapkan baju berkenaan dalam masa satu hari saja.“Sebaik siap, baju kurung itu digantung di dalam biliknya, cuma niat arwah untuk menjahit labuci pada baju itu tidak kesampaian.

“Sebagai ibu, kehilangan arwah sangat dirasai dan dirindui kami sekeluarga. Arwah bukan saja anak yang baik tetapi rapat dengan ahli keluarga,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.

Sementara itu, bapa Mohd Ashraf Hafiz, Abdul Aziz Ahmad, 60, berkata arwah bertanya mengenai adik-beradiknya ketika dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU) HSNZ petang semalam (kelmarin) sebelum dia menghubungi anaknya, termasuk abang dan kakak arwah di Kuala Lumpur dan Kedah.

“Ketika di hospital, arwah tidak banyak bercakap tetapi sempat bertanya mengenai adik-beradiknya sebelum meminta dibiuskan berikutan sukar bernafas.

“Namun, hasrat arwah untuk bertemu abang dan kakaknya tidak kesampaian. Mujur kami sekeluarga ada di sampingnya ketika arwah menghembuskan nafas terakhir,” katanya sambil memaklumkan arwah sememangnya mengalami penyakit tekanan darah rendah.

Menurut bekas anggota tentera itu, mereka sekeluarga reda dengan apa yang berlaku sambil memaklumkan segala pengurusan jenazah dijalankan berdasarkan identiti arwah sebagai Mohd Ashraf Hafiz.

Ketika ditanya mengenai keputusan mahkamah sebelum ini, Mak Yah berkata, dia dan keluarganya menerima keputusan itu seadanya selain memaklumkan keputusan sebenar atau terbaik untuk arwah anaknya terletak pada Allah SWT.

Jenazah Mohd Ashraf Hafiz selamat dikebumikan mengikut jantina asalnya sebagai lelaki di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir, di sini, jam 5 petang semalam selepas solat Asar.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir jam 4.50 pagi semalam di CCU HSNZ, di sini, kerana mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Allahyarham dimasukkan ke HSNZ jam 3 pagi kelmarin selepas mengalami muntah teruk dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan doktor mengalami serangan jantung tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’, dipercayai akibat kemurungan selepas permohonan untuk menukar kepada nama wanita yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, ditolak.

Pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen setelah mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin ketika pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Allahyarham yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon menukar nama di dalam Mykadnya kepada Aleesya Farhana Abdul Aziz setelah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand, dua tahun lalu.

Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai wanita.


Saturday, July 30, 2011

:: Keciciran di kelas prasekolah kerana kem pembalakan...?




Anak-anak tercicir prasekolah kerana ikut ibu bapa ke kem pembalakan

Posted on July 29, 2011, Friday

KUCHING: Mungkin disebabkan isteri (ibu) mengikut suami (yang bekerja) ke kem pembalakan, telah menjadikan ia satu faktor anak-anak di kawasan pedalaman seperti Sebauh, Belaga dan Lubok Antu tidak mengikuti pendidikan prasekolah meskipun kemudahan tersebut sudah tersedia di rumah-rumah panjang.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah ekoran analisis data status murid tahun satu bagi tahun 2011 yang tidak pernah mengikuti pendidikan prasekolah yang merekodkan peratusan tertinggi di kawasan berkenaan jika dibandingkan dengan bahagian lain negeri ini.

“Sebelum kerajaan mendirikan prasekolah di rumah-rumah panjang ini, ia telah dipersetujui dan disokong oleh penduduk bahawa akan menghantar anak masing-masing tetapi apabila siap, perkara ini berubah.

“Tetapi, kita tidak boleh menghalang…ini dilema, sebab ada yang mengatakan kalau menjaga anak di rumah panjang, siapa pula yang menjaga suami di kem pembalakan,” katanya kepada pemberita semalam.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya Dekat sini selepas mempengerusi mesyuarat Majlis Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sarawak (MPAKS).

Analisis data status murid tahun satu bagi tahun 2010 yang tidak pernah mengikuti pendidikan prasekolah merekodkan Sebauh mencatatkan sebanyak 21.69 peratus dan Baram sebanyak 25.66 peratus, manakala tahun 2011 ialah Lubok Antu sebanyak 23.54 peratus, Sebauh sebanyak 27.59 peratus dan masih merupakan peratusan tertinggi.

Analisis data status murid tahun satu yang pernah mengikuti prasekolah pada tahun 2010 bagi Sebauh ialah 78.31 peratus, Baram sebanyak 74.34 peratus, manakala tahun 2011 bagi Lubok Antu ialah 76.46 peratus, Sebauh sebanyak 72.41 peratus, iaitu kadar peratusan terendah.

Statistik tahun 2011 bagi jumlah pendaftaran tahun satu di Sarawak merekodkan seramai 42,138 orang dengan seramai 40, 083 (95.12 peratus) adalah kanak-kanak yang pernah mengikuti prasekolah dan 2,055 (4.88 peratus) adalah yang tidak pernah mengikuti prasekolah.


http://www.theborneopost.com/2011/07/29/anak-anak-tercicir-prasekolah-kerana-ikut-ibu-bapa-ke-kem-pembalakan/

:: SURAT : Guru dan perguruan dipersoalkan...




Guru mesti ikhlas, henti merungut


2011/07/30

SEJAK akhir-akhir ini pembaca sering didedahkan dengan pelbagai isu mengenai ketidakpuasan hati golongan guru di Malaysia terutama selepas pengumuman Perdana Menteri mengenai kenaikan pangkat Pengetua dan Guru Penolong Kanan.

Isu pangkat, tempoh berkhidmat, perpindahan, penempatan, guru terpinggir, guru dilupakan dan banyak lagi diutara melalui media.

Saya berpendapat seharusnya golongan ini lebih ikhlas dalam menjalankan tugas harian. Berbeza dengan pendidik masa dulu, isu naik pangkat atau gred amat jarang didengar. Mungkin ada, tetapi disalurkan melalui saluran betul.

Maaf jika dikatakan corak pemikiran pendidik kini mungkin berubah. Ada yang ‘berkelahi’ secara terbuka dalam media mengenai ketidakpuasan sesama mereka.

Oleh itu pendidik sekalian, mari kita muhasabah diri. Jangan terlalu mengikut emosi sehingga menyinggung perasan orang lain. Sedarlah terlalu besar amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kalian untuk mendidik anak bangsa sendiri.

Jika hendak dikirakan beban tugas, mari kita renungkan rakan kita yang bertugas sebagai polis. Kerja siang, malam; tidak balik rumah, tinggalkan anak isteri dan macam-macam lagi sehingga menggadaikan nyawa. Tetapi mereka tidak pernah merungut di akhbar. Ada anggota polis hanya berbuka puasa sambil bertugas di tepi jalan.

Mungkin sukar pada zaman ini untuk mencari di mana pendidik setaraf Ghafar Baba dan Pendeta Zaaba. Guru yang ada sekarang mungkin hanya guru yang tidak pernah bercita-cita menjadi pendidik tetapi kerana sudah tiada kerja lain maka terpaksalah jadi guru.

FAISAL MOHAMAD,
Putrajaya.




Friday, July 29, 2011

:: SURAT : Guru bersalin... tiada guru ganti ?


Guru bersalin tidak diganti jejas proses pelajaran anak

2011/07/28


JADUAL persekolahan kini memasuki penggal kedua. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi murid Tingkatan Tiga, Lima dan prauniversiti akan menghadapi peperiksaan besar yang akan menentukan hala tuju hidup mereka.

Satu perkara yang ingin saya utarakan dan diharap Jabatan Pelajaran Negeri atau Kementerian Pelajaran mengambil tindakan segera ialah guru ganti bagi guru yang cuti bersalin.

Mengikut pengamatan saya di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur, ada lebih daripada lima guru cuti bersalin dan terdapat tiga atau empat orang lagi yang menunggu masa untuk bersalin. Malang sekali bagi sekolah berkenaan kerana tiada guru ganti yang disediakan bagi guru yang akan cuti bersalin.

Apabila soalan diajukan kepada pihak sekolah, mereka menyatakan pihak jabatan tiada peruntukan untuk membayar gaji guru ganti. Kenapa tiada peruntukan untuk pendidikan anak? Jika kita perhatikan banyak peruntukan kerajaan dibelanjakan untuk sektor lain yang pada perkiraan saya tidak sepenting pendidikan.

Yang menjadi mangsa ialah anak kami yang akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi sedangkan sesi persekolahan penggal dua baru bermula. Guru bersalin pula mengambil cuti selama tiga bulan.

Banyak topik belum diajar kepada murid. Guru yang cuti bersalin akan memulakan tugas mereka paling awal pada September dan pada masa itu peperiksaan percubaan sudah bermula.

Pelajar diberi guru sementara untuk mengawal kelas dan kalau ada pun guru ganti yang mengajar kelas mereka, guru terbabit turut dibebani dengan tugas lain yang terpaksa dipikul. Saya berharap Kementerian Pelajaran boleh mempertimbangkan pengambilan guru ganti bagi guru yang bersalin agar proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lancar.

NORIAH HARUN, Selayang Baru, Batu Caves.





Sunday, July 24, 2011

:: Tilawah Al-Quran 2011... Malaysia juara...

AMIRRAHMAN dan Suraya bersama piala serta hadiah kemenangan masing-masing selepas diumumkan johan qari dan qariah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-53 di Pusat Dagangan Dunia Putra, malam tadi. - Foto Effendy Rashid


Amirrahman peroleh 89.26 peratus, Suraya 88.33 masing-masing bawa pulang RM32,200 KUALA LUMPUR: Qari dan qariah Malaysia, Amirrahman Abas dan Suraya Abu Hassan masing-masing muncul johan qari dan qariah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-53 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam tadi.
Dengan kemenangan itu, mereka yang juga johan kategori masing-masing pada Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-54 di Kuching, Sarawak, baru-baru ini, membawa pulang hadiah wang tunai RM32,200, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan disampaikan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Amirrahman memperoleh markah 89.26 peratus manakala Suraya mendapat 88.33 peratus. Sementara itu, Saudi M Gandisa dari Filipina (88.67 peratus) dan Noor Khalidah Kaspul Anwar (88.3 peratus) dari Indonesia masing-masing muncul naib johan qari dan qariah yang melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM22,400, cenderamata dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga dimenangi qari Mesir, Abdel Basit Mohamed (87.88 peratus) dan qariah Singapura, Nur Azizah Sholichin (86.17 peratus). Mereka membawa pulang wang tunai RM13,600, cenderamata serta sijil penyertaan.

Peserta lain menerima hadiah sagu hati iaitu wang tunai RM4,800, cenderamata dan sijil penyertaan. Majlis tilawah yang bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah itu berlangsung selama lapan malam sejak 16 Julai lalu, disertai 81 peserta dari 50 negara termasuk 50 qari, antaranya dari Sri Lanka, Sudan, Thailand, Senegal, Bosnia-Herzegovina, Croatia, Iraq, Iran, Bangladesh, Mauritius serta Gambia.

Turut berangkat menghadiri majlis ialah Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun; Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng. Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalannya, Datuk Dr Mashitah Ibrahim. – BERNAMA


Saturday, July 23, 2011

:: PRU13 : Sistem biometrik vs Dakwat kekal ?



gambar hiasan
Kerajaan Setuju Beri Peruntukan Kepada SPR Untuk Mewujudkan Sistem Biometrik

KANGAR: Kerajaan pada Sabtu bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya nanti, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya dinegara ini dijalankan secara telus dan adil.

"Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat mengatasi dakwaan-dakwaanbahawa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini," katanya semasaberucap pada Majlis Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020 di sini Sabtu. – BERNAMA.


http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/7/23/mstar_berita/20110723143219&sec=mstar_berita

Thursday, July 21, 2011

:: Buru buaya Bujang Sudin di Sg. Seblak ?



DEAD: The carcass of the crocodile shot on Monday night.

THE HUNTED: Julaihi taking a photo beside the carcass of the crocodile at Kpg Empelam jetty. Also seen from left are Saratok police chief DSP Lee Thay Lein, Chief Inspector Roslan Mat Kib and SAO Kabong sub-district Nazari Bujang.

CAPTIVE KILLER: Bujang Sudin, a man-eating crocodile caught in the 1990s from Batang Sadong and now kept at Jong’s Crocodile Farm. — Photo by Wilfred Pilo

Hunting team manages to shoot four crocodiles during the first 48 hours of operation

KABONG: The 25-member hunting team, formed specifically to cull crocodiles along Sg Seblak, fired at four of the menacing beasts during the first two nights of operation, and thus far the remains of one of them has been recovered.

Saratok district officer Julaihi Kadir said the carcass, measuring more than nine feet long and more than a foot wide, was found by two local fishermen at about 3pm.

It was later disposed of by the villagers and enforcement personnel after Sarawak Forestry Corporation (SFC) personnel made the necessary documentation.

“We will continue our operation until Friday (July 22). We hope to get those beasts which have been terrorizing riverine inhabitants and mauled two villagers of Kpg Empelam since 2007,” Julaihi told reporters after a briefing at Kpg Empelam, near here yesterday.

The two victims have been identified as Kamis Achong, in his 30’s, and Mankay Goheh, 34. The former perished in 2007 and the latter last May.

The operation, which began last Monday, was mounted by personnel from the police, army, Fire and Rescue Services Department, SFC, Rela and members of the JKKK (village security and development committee) here.

According to a Forestry Department spokesman, a 16-year old boy was attacked last month but he managed to survive the ordeal.

More carcasses expected to be found today Chief Inspector Roslan Mat Kib, who led the team, said the dead crocodile was the one they fired on last Monday night.

“We hope the other three crocodiles we shot on Tuesday night will be found tomorrow as such carcasses normally surface after a certain period of time.”

“Our nightly operation along Sg Seblak, which starts at about 8.30pm and ends at 3am, covers a distance of about 60km, from Roban to Kabong.”

Meanwhile, Kampung Empelam Village chief Johan Joh is appealing to the Forestry Department to extend the three-month permit so that Sg Seblak could be free of the giant reptiles which have been terrorising the 500 people of his village — which is made up of 98 wooden houses.

“The crocodiles are so numerous that they even mauled our livestock from time to time. We are living in a constant state of fear,” he said.


http://www.theborneopost.com/2011/07/21/first-kill/



Saturday, July 09, 2011

:: IMIGRESEN : Kisah 2 orang pegawai di Miri...kes RM1juta lesap?




Malaysia; Miri Sarawak; Yu Lan Plaza

2 pegawai imigresen ditahan kes RM1j lesap


2011/07/09

MIRI: Dua kakitangan di pejabat Jabatan Imigresen Miri, di sini ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan wang berjumlah RM1 juta daripada akaun jabatan itu. Mereka ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di pejabat Jabatan Imigresen di Bangunan Yu Lan Plaza, di sini, kira-kira jam 11 pagi, semalam.

Ketua JSJK Sarawak, Superintendan Mohd Firdaus Abdullah, berkata penahanan kedua-dua suspek lelaki dan wanita berusia lingkungan 30-an itu dibuat selepas siasatan awal pihaknya mendapati terdapat unsur penyelewengan dalaman berlaku.

Pengurusan Jabatan Imigresen Miri membuat laporan polis selepas menyedari kehilangan wang itu ketika audit dalaman dijalankan minggu lalu.

Mohd Firdaus berkata, penyelewengan wang hasil kutipan harian bahagian pasport dan visa pelanggan dari akaun jabatan itu dipercayai berlaku antara Mei hingga Jun lalu. "Berdasarkan laporan audit dalaman, bahagian akaun Jabatan Imigresen didapati gagal memasukkan kutipan bagi tempoh dua bulan itu berjumlah lebih RM1 juta ke dalam akaun perbendaharaan negara,” katanya pada sidang media di sini, semalam.



Friday, July 08, 2011

:: Konvokesyen ke-12 IPG Kampus Tun Abdul Razak...07.07.2011




Rapatkan jurang teknologi

by Jessica Jawing. Posted on July 8, 2011, Friday

TAHNIAH: Taib menyampaikan sijil kecemerlangan kepada graduan, Betty Satu yang menerima Anugerah Keseluruhan dan Anugerah Akademik. Turut kelihatan Rijeng (kanan). — Gambar Jeffery Mostapa

KM saran guru guna teknologi untuk mengajar khasnya kepada pelajar luar bandar

KOTA SAMARAHAN: Para guru di negeri ini disaran memperluaskan pendekatan mengajar dengan menggunakan sistem teknologi komunikasi seperti Wi-Fi kepada pelajar terutama di luar bandar.

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, ia bagi merapatkan jurang teknologi dalam kalangan pelajar bandar dan luar bandar yang disifatkan masih berlaku ketika ini.

“Namun perkara ini sedang diatasi apabila kerajaan Sara-wak telah mengambil keputusan untuk mempelopori rangkaian Wi-Fi di kawasan luar bandar tanpa perlu menunggu penyedia sektor swasta ke pedalaman.

“Antaranya pendekatan guru menggunakan Wi-Fi dengan perisian lebih baik menerusi sistem yang dibuat untuk mengajar anak-anak sekolah melalui Internet,” kata-nya berucap merasmikan Majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak dan IPG Kampus Sarawak Miri yang turut dihadiri isteri beliau, Puan Sri Ragad Kurdi Taib di Dewan Sri Samarahan di sini, semalam.

Menurut Taib keputusan kerajaan negeri itu yang telah dilaksanakan lima tahun lalu telah memilih bahagian Mukah untuk menggunakan sistem berkenaan.

“Saya berharap jika pelaksanaan ini menampakkan hasil, kita akan perluaskan ia ke seluruh kawasan di luar bandar dan ia merupakan salah satu dasar kerajaan bagi menjamin anak-anak luar bandar tidak ketinggalan,” tegasnya.

Beliau berkata, melalui pendekatan Internet yang mempunyai perisian bahan pengajaran yang amat baik, ia memberi banyak manfaat dengan mempercepatkan proses pelajaran kepada anak-anak khasnya dalam sains dan teknologi.

Katanya, selain itu kerajaan persekutuan kini dalam usaha membangunkan sistem pelajaran prasekolah termasuk di Sarawak.

“Kerana dengan membangunkan prasekolah ia membantu mempercepatkan proses belajar anak-anak kita di peringkat lebih awal.

“Dan pada majlis hari ini saya mendapati ramai kalangan graduan kita mengkhusus dalam bidang prasekolah.

“Dengan itu saya berharap anda nanti dapat menjadi guru yang berkualiti selain membantu menyumbang dengan memperkemaskan pelaksanaan pendidikan prasekolah sedia ada di negeri ini dengan lebih baik,” tegasnya.

Dalam pada itu beliau turut meminta masyarakat keseluruhannya supaya menyedari bahawa soal pendidikan anak-anak bukan hanya tanggungan guru sahaja sebaliknya tanggungjawab semua pihak termasuk ibu bapa dan pemimpin masyarakat.

“Guru bukan setakat mengajar tetapi mereka merupakan ibu bapa kedua kepada anak-anak kita dan saya berharap masyarakat dapat memberi sokongan sepenuhnya kepada guru-guru kita,” ujar beliau.

Sementara itu mengenai peratusan penembusan jalur lebar termasuk WiFi di negeri ini, Taib yang ditemui pemberita selepas majlis berkata lebih tiga suku daripada kawasan di Sarawak berjaya diliputi rangkaian berkenaan.

Namun ujarnya satu perkara mengenai WiFi, ia tidak dapat merangkumi semua kawasan terutama kawasan tanah tinggi atau pergunungan tetapi berbeza dengan kawasan tanah rendah yang hampir diliputi.

Apa pun, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan pusat akan meningkatkan usaha menggunakan teknologi baru dalam jalur lebar yang hampir sama dengan WiFi tetapi dengan kelajuan lebih tinggi.

“Sarawak boleh menjadi penyedia perkhidmatan jalur lebar tetapi secara berperingkat dan ia perlu selaras dengan kemampuan kita kerana kita tidak dapat mengembalikan pembiayaan begitu cepat.

“Sebab itu sektor swasta telekomunikasi telah membuat perancangan begitu tinggi untuk kawasan luar bandar,” tegasnya.

Majlis konvokesyen yang melibatkan seramai 412 graduan itu turut dihadiri Pengarah IPG TAR Rijeng Jahet dan Pengarah IPG Kampus Sarawak Miri Nuri Udin.





NEW TEACHERS: Graduates of Tun Abdul Razak (TAR) Teachers Institute Samarahan campus and Teachers Institute Miri celebrating after their convocation at Kota Samarahan yesterday. — Photo by Jeffrey Mostapha


Taib rejects idea of a ministry to resettle people affected by dam construction

KOTA SAMARAHAN: Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yesterday said there is no need to set up a ministry or an agency to take charge of resettlement of people affected by major hydroelectric dam projects in the state.

He added as construction of dams were periodic there would not be enough jobs for the ministry to handle after their construction.

“It is not necessary to form it (the ministry). There will be no jobs for them to handle,” he told reporters.

He said this after attending a joint convocation ceremony of Tun Abdul Razak (TAR) Teachers Institute Samarahan campus and Teachers Institute Miri campus held at the hall of the teachers institute here yesterday.

Taib was responding to a call by Minister of Land Development Tan Sri Dr James Masing to set up a ministry to look after the esettlement of communities displaced by the construction of dams in the state.

Masing had proposed that a ministry be set up as a permanent agency to replace the current ad-hoc committees looking after the elfare of communities affected by the construction of dams.

Masing was reported to have brought up his proposal to the chief minister on several occasions.

So far four areas, Batang Ai, Bakun, Bengoh and Murum, have been affected by construction of dams.

Except for Bengoh which is being built as a reservoir, the others are hydro-power dams.

Earlier in his speech, Taib said the state government was speeding ICT penetration in the state to improve teaching facilities through WiFi and narrow the rural and urban digital gap. Education through WiFi was adopted from Cambridge University and widely used in Massachusetts Institute of Technology (MIT).

“The state government will ensure that, if not all, two thirds of Sarawak will be fully covered by the WiFi network,” he said.

Taib disclosed that a pioneer WiFi teaching programme had been implemented in Mukah.

“If the system works well, the state government will extend its usage to the other divisions.”

He added that the state government could not wait for the profit-motivated private sector to run the programme.

Among those present were Tun Abdul Razak (TAR) Teachers Institute Samarahan campus director Rijeng Jahet and Teachers Institute Miri campus director Nuri Udin.



Ibu dua anak dinobat Graduan Cemerlang Anugerah GERKO

Posted on July 8, 2011, Friday

KOTA SAMARAHAN: Pengorbanan dengan meninggalkan anak-anak berjauhan demi menuntut ilmu ternyata tidak sia-sia bagi Linda Kasa, apabila dinobatkan Graduan Cemerlang Anugerah GERKO pada Majlis Konvokesyen IPG TAR dan IPG Kampus Sarawak, Miri 2011.

Linda yang merupakan salah seorang daripada 412 graduan berkata, beliau turut tidak menjangkakan dirinya akan mendapat anugerah yang diberikan.

“Saya memang tidak menjangkakan akan mendapat anugerah ini kerana saya tahu banyak persaingan, apa pun saya gembira dengan hasil usaha saya selama ini,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Konvokesyen Bersama Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak (TAR) dan IPG Kampus Sarawak Miri yang dirasmikan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di sini, semalam.

Bagi graduan yang berasal dari Sri Aman itu, beliau terpaksa berkorban dengan meninggalkan dua orang anaknya bersama ibu di kampung sepanjang menuntut di IPG Miri dan kini ditempatkan mengajar di SK Rancangan Sepupok di Niah.

“Saya hanya dapat balik dalam sebulan sekali kerana banyak program dilakukan di sekolah,” katanya yang berusia 31 tahun.

Selain Linda, seorang lagi penerima anugerah cemerlang, Betty Satu turut melahirkan rasa syukur dan gembira kerana segala usahanya selama ini menunjukkan hasil.

“Saya berharap dengan ini saya dapat menjadi guru yang lebih baik untuk mendidik anak bangsa kita,” katanya dengan nada gembira ketika ditemui pemberita.

Betty yang menerima Anugerah Keseluruhan dan Anugerah Akademik merupakan pelajar yang mengkhusus dalam bidang Kajian Sosial.

Betty, 33, berkata, minatnya dalam bidang mengajar mendorong beliau melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan.

Kata graduan IPG TAR itu, beliau kini telah ditempatkan mengajar di SK Pelaman Baki di daerah Serian sejak enam bulan lepas.

Sementara itu, Pengarah IPG Kampus TAR dalam ucapannya berkata, majlis konvokesyen itu membabitkan graduan IPG TAR daripada kumpulan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) ambilan Jun 2009, ambilan Januari 2010 dan ambilan Jun 2010.

Selain itu penganugerahan itu juga melibatkan kumpulan KPLI j-QAF ambilan Jun 2009 dan Kumpulan Diploma Pendidikan Malaysia (KPDM) dan KDC (Kursus Dalam Cuti) KEMAS/Perpaduan ambilan Mei 2007.

“Bagi IPG Kampus Sarawak, Miri seramai 31 graduan menerima Diploma Pendidikan masing-masing iaitu daripada kumpulan KPLI ambilan Jun 2009, KPLI j-QAF ambilan Jun 2009 dan kumpulan KPLI ambilan Jun 2010,” tegasnya.

Beliau berkata, peranan pendidik adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi ilmu serta akhlak agar segala ilmu yang diperolehi dapat disalurkan kepada kebaikan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

“Justeru, di sinilah pentingnya watak-watak murni dibentuk dalam diri pelajar agar hasrat untuk mencapai produk yang berkualiti menjadi realiti.

“Semua ini hanya akan dapat dilakukan sekiranya warga pendidik dapat melaksanakan peranan mereka terutama dalam usaha memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan menghadapi globalisasi,” katanya.


http://www.theborneopost.com/2011/07/08/rapatkan-jurang-teknologi/