Wednesday, April 30, 2008

:: Convocation: Teachers' Training Institute


Main Page » Home » Local »

Wednesday, April 30th, 2008

Serve in rural areas, teachers challenged

KUCHING: Reminiscing about his own experience as a young agriculture officer in the backwaters of Limbang 41 years ago, Deputy Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu threw a challenge to fresh graduate teachers to serve with dedication in rural Sarawak.

He said there was no reason for these teachers to be afraid or unwilling to be posted to any part of Sarawak, including rural areas, as they could contribute to development in these areas. “Accept the challenge with responsibility because it requires commitment and sacrifices,” he said at the convocation for 181 graduands of the Teachers’ Training Institute, Sarawak Zone, who received their diploma in education here yesterday.

As state Rural Development Minister, Jabu said during an official visit to Long Banga in Ulu Baram last September, he was told of the “cowardice” of five teachers who were posted to the remote settlement, when three of them did not turn up at the school while the other two left later for obvious reasons. The Kenyah and Saban settlement of Long Banga is about 10 hours via a logging track or 40 minutes by air from Miri or two days’ trek from the Indonesian border.

Recalling the many challenges encountered during his various postings as an agriculture officer prior to venturing into politics, Jabu said the only way to reach Limbang in the 1960’s was by speedboat via Brunei. Despite initial family apprehension over his outstation postings, he was ready to meet the tough challenges, including having to negotiate treacherous rapids along Sungai Akah in Ulu Baram during the course of his duty.
—Bernama

:: BN: Jangan bergaduh


Mutakhir

PM arah tindakan terhadap pemimpin BN bergaduh sesama sendiri
30-04-2008 12:10:04 AM
Oleh SA'ODAH ELIAS

KUALA LUMPUR: Berhenti bertelagah secara terbuka, itulah arahan terbaru Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada pemimpin Barisan Nasional di semua peringkat, termasuk pemimpin peringkat akar umbi.

Pengerusi Barisan Nasional itu mengingatkan, mana-mana pemimpin yang gagal mematuhi arahan terbaru itu akan dihadapkan ke muka jawatankuasa disiplin BN. Arahan ini, tegas Abdullah, bukan bertujuan menyekat kebebasan bersuara bagi pemimpin-pemimpin terlibat, tetapi bagi memastikan kekukuhan dan perpaduan BN tidak tergugat. Katanya surat pekeliling mengenai perkara itu akan diedarkan oleh ibupejabat BN tidak lama lagi. "Ini arahan, bukan nasihat. Kalau terus berlaku kita akan ambil tindakan terhadap mereka," tegasnya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat dewan tertinggi BN Selasa malam.

Abdullah yang juga Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas episod pertelagahan terbaru melibatkan bekas menteri besar Selangor dan ahli majlis tertinggi Umno Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dengan Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu melibatkan isu perobohan kuil di Padang Jawa akhir tahun lalu.

Pertelagahan secara terbuka melibatkan kedua-dua pemimpin itu yang saling tuduh menuduh antara satu sama lain melalui media kini menarik perhatian umum. Ditanya tidakkah nanti tindakan menghalang pemimpin BN daripada membuat kritikan sesama sendiri secara terbuka itu akan dilihat sebagai satu usaha menutup mulut mereka daripada menyuarakan pendirian masing-masing Abdullah berkata: "Dalam parti ada disiplin. Mana ada parti yang tidak ada disiplin. Jika parti tidak ada disiplin susahlah. Bila kita sudah keluarkan arahan, ia mesti dipatuhi."

Mengenai isu "lompat parti", Abdullah berkata, pemimpin-pemimpin BN termasuk dari Sabah dan Sarawak telah menyatakan bahawa semua wakil rakyat BN yang menang pada pilihanraya lalu akan terus setia. Katanya, mereka telah memberikan jaminan bahawa tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan ada wakil rakyat daripada BN yang akan melompat menyertai parti pembangkang.

Dalam pada itu, katanya, semua pemimpin parti-parti komponen akan terus memantau wakil-wakil rakyat daripada parti masing-masing bagi memastikan perkara itu tidak berlaku pada masa hadapan. Katanya, dakwaan pihak pembangkang baru-baru ini bahawa mereka telah berjaya menarik ahli Parlimen BN yang mencukupi untuk menubuhkan kerajaan pusat tidak lama lagi hanya satu dakwaan tidak berasas. Gabungan parti-parti pembangkang perlu menarik sekurang-kurang 30 ahli Parlimen BN bagi membolehkannya menubuhkan kerajaan pusat secara majoriti mudah.

Abdullah juga mengumumkan bahawa BN akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan realiti politik baru di negara ini di samping mengenalpasti pendekatan baru dan pengubahsuaian yang perlu diambil bagi memastikan ia kekal relevan. Mesyuarat akan datang dewan tertinggi BN akan diadakan dalam tempoh enam minggu.

:: Samy... Khir


Mutakhir

Jangan salahkan MIC, kata MIC kepada Khir
29-04-2008 04:52:23 PM

PUTRAJAYA: Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu meminta bekas Mentetri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berhenti membuat tuduhan tidak berasas berhubung kekalahan Barisan nasional di negeri itu dalam pilihan raya umum lepas. "Beliau berkata saya telah memberi persetujuan agar kuil (di Kampung Rimba Jaya dekat Shah Alam) dirobohkan pada 15 Nov. Saya ingin jelaskan bahawa kuil itu telah pun dirobohkan pada pertengahan Oktober. "Kenapa beliau tidak sebut sayalah orangnya yang merayu kepada beliau dan Perdana Menteri supaya menghentikan rancangan asal untuk merobohkan kuil itu," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Dalam satu temubual dengan Malaysiakini, satu laman web berita dalam internet, Dr Khir mendakwa kononnya Samy Vellu mengarahkan beliau untuk merobohkan kuil itu kerana ia digunakan sebagai tempat perhimpunan penyokong Hindraf.Menurut laman web itu, Dr Khir berkata Samy Vellu menelefonnya pada malam 15 Nov dan memberitahunya bahawa penyokong Hindraf telah menyusup masuk ke kuil itu dan ia perlu dirobohkan malam itu juga. "Tetapi kuil itu telahpun dirobohkan dan patung-patungnya dipindahkan pada akhir Oktober. Apa lagi nak dirobohkan, dan kenapa pula saya harus minta supaya sebuah kuil yang sudah dirobohkan, dirobohkan lagi," kata Samy Vellu. Beliau berharap Dr Khir akan berhenti mencari alasan bagi kekalahan BN di Selangor. "Permintaan saya kepada beliau ialah supaya berhenti bercakap mengenai semua ini. Marilah kita kukuhkan kembali BN," katanya.
BERNAMA

:: Pengarah JAIP kena tukar ?



SITIAWAN: Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Sury hari ini diarah bertukar dalam tempoh 24 jam oleh kerajaan campuran negeri Perak kerana didakwa tidak boleh memberi kerjasama.selengkapnya

:: Dadah dalam perut



KUALA LUMPUR: Sekumpulan doktor pakar forensik di Hospital Kuala Lumpur (HKL) terkejut apabila bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki warga asing mendapati dia bukan mati mengejut, sebaliknya disebabkan ‘keracunan’ dadah.
berita penuh...

:: 29.04.2008: Melakar sejarah


:: Sungai Siput: Cerita lama...

Even an army will not stop me, says Samy Vellu Even an army will not be able to stop MIC president Datuk Seri S. Samy Vellu from defending his Sungai Siput seat. “An army can come but I know how to fight it out,” he said of reports that the Opposition would be fielding a candidate against him.
Date : Friday, 15 Feb 2008 Video : N/A Audio : N/A
More..

:: MCA...

Monday, April 28, 2008

Hidup adalah persepakatan

Biasanya segala yang dirancang amat diharap agar berjaya dan tercapai matlamatnya... biasanya begitulah kita. Kita jarang merancang untuk gagal... tetapi jika itu yang berlaku maka sebenarnya wujudlah suatu kepelikan dan kejanggalannya di situ.

Tanpa mengambil kira samada apa dan segala yang kita rancang itu akan berjaya atau tidak... kebahagiaan yang didambakan itu berjaya hingga ke hujungnya atau tidak... keseronokaan dan kegembiraan yang sedang dialami akan berterusan atau tidak... maka biasanya kita akan berada dalam suatu ruang yang memungkinkan kita berpeluang untuk merenung fikir akan segala yang telah berlaku... akibat tindakan kita secara langsung atau tidak.

Setelah sesuatu itu terjadi... samada kita mahu atau tidak... kita perlu menerima kenyataan bahawa sesuatu itu telahpun terjadi... samada berlaku di depan atau di belakang mata kita... dan begitulah sepatutnya yang kita lakukan. Biasanya kita cuba menyesali diri... kita cuba menghubungkaitkan apa dan segala yang berlaku itu dengan mana2 pihak lain seboleh mungkin... agar segala sesuatu yang telah berlaku itu tidak terbeban di atas bahu kita semata2... dan begitulah kita selalunya... walaupun bukan itu yang kita ingini seawal mulanya.

Kita juga kekadangnya sukar untuk mengambil jalan tengah... dan sedikit gugup untuk meneruskan langkah menuju matlamat dan hajat... apabila berlaku sesuatu yang di luar jangka... malah mungkin juga yang telah kita jangkakan dari awalnya... dan begitulah kita.

Biasanya sebarang penentangan terhadap sesuatu yang telah berlaku... dan kesukaran kita untuk menerima hakikat akan berlakunya sesuatu itu... hanya sanya akan berakhir dengan kesedihan... kesayuan... kepiluan... ketidaktenteraman... dan mungkin disekalikan dengan derita dan lelehan air mata... dan begitulah kita.

Setelah sesuatu itu terjadi... dan dalam masa yang sama tiada kuasa dan kekuatan diri kita untuk menerimanya... atau untuk cuba berusaha menerima kenyataan atas segala yang berlaku... maka wajarkah kita menerima seadanya? Kita boleh memilih untuk terus mengecapi bahagia atau tidak... kita berpeluang untuk memilih jalan yang terbaik atau tidak... malah kita boleh membawa diri ke arah yang lebih bahagia dari keadaan yang sebelumnya... dan ini dapat kita capai jika itulah yang kita pilih. Kita berpeluang juga untuk membebankan diri dengan emosi yang tak terkawal... tetapi adakah itu yang terbaik buat kita? Selalunya akibat salah bawa... kita terlalu membenarkan emosi menguasai kita... yang akhirnya membawa kita sedikit sebanyaknya ke arah penyesalan nantinya... walaupun asal mulanya bukan itu yang kita hajati dan ingini.

Mungkin kita boleh bangkit semula dan mengambil pengajaran yang terungkap di mana2... tercatat di mana2... setelah kita ditimpa sesuatu yang tidak kita ingini.

Banyak pihak menyatakan dengan jelas bahawa... bukan semua yang kelihatannya buruk akan membawa kepada kesusahan dan kemusnahan akhirnya... sebab kekadang yang manis itu terletak di akarnya walaupun bahagian lain lebih menampakkan keburukan... dan di dalam masa yang sama sewajarnya kita menyedari bahawa bukan semua yang nampak baik itu pastinya manis pada penghujungnya... sebab kekadang amat pahit pada akarnya.
Sewajarnya kita bangun penuh bersemangat... bukannya merintih akan nasib diri atau keluarga... dan ketika itu usahlah menyesali nasib malang yang menimpa... kerana dibimbangi menggugat keimanan diri.
Biasanya juga... mana2 pihak akan meluahkan kata2 bermakna... iaitu bercakap sememangnya mudah... semudah menggaru apabila terasa gatal... tetapi nak melaksanakannya yang kekadangnya sedikit sukar dan payah.
Selagi bernama hidup... maka sukaduka.. riangria... gembira... sedih... pilu... sendu... esak tangis... air mata... sunyi... sepi... dll... akan kita lalui silih berganti dalam menjalani hidup dan kehidupan ini. Itulah asam garam kehidupan... dan selalunya kita akan diungkapkan dengan kata2... hidup adalah persepakatan... biarpun adakalanya pahit untuk ditelan...

Sunday, April 27, 2008

:: Pantai Remis dituju

Daerah Manjung dituju baru2 ni... ada urusan sedikit... nak berjumpa sedara mara dan ipar duai serta anak2 sedara yang dah lama tak dikunjungi.
Alhamdulillah... selepas suatu tugas rasmi di Kuala Lumpur & di Petaling Jaya baru2 ni... terus lajak ke kampung. Bas ekspress Transnasional digunakan dari terminal Puduraya... 4 jam perjalanan melalui jalan pesisir... tidak melalui Ipoh sebagaimana selalunya.
Farah Salwiah hubungi untuk menjemput di Sri Manjung... namun akhirnya Ramli yang datang bersama Lyn... setelah PakNgah hubunginya... setelah selesai mengisi perut di sebuah restoran mamak berdekatan terminal bas Sri Manjung.
Apabila nak mengambil beg yang diletakkan di restoran mamak tu... muncul pula PakNdak Azian dan MakNdak Rahimah yang berkebetulan juga ke Manjung untuk suatu urusan dengan Tabung Haji. Akhirnya dipersetujui... PakNgah bersama PakNdak dan MakNdak saja untuk balik ke Pantai Remis. Kesian Ramli dan Lyn yang datang untuk tujuan yang sama... namun diberitahu akan ke Pantai Remis keesokan harinya.

Pantai Remis... sebuah pekan kecil yang majoriti penduduk nya adalah kaum Cina. Pekerjaan utama sebagai nelayan... menjadikan pekan ini lambat membangun... sementelahan sejak dahulu parti pembangkang (DAP & Bebas) menguasai DUN Pantai Remis ini.
Tujuan balik kampung tercapai sepenuhnya. Alhamdulillah... semoga segala yang diharap dan diingini akan terlaksana... walaupun mungkin akan memakan sedikit masa. Namun... kesemua ini memerlukan bukan sedikit kekentalan diri dan jiwa bagi semua individu yang terlibat.
Projek cendawan yang diusahakan bakal memperlihatkan kejayaan. MakNjang Aziah, PakNjang Mansor dan PakNdak Azian bersama2 menerokai projek ini... walaupun masih bertatih. Penggerak utama projek ini adalah PakTam Azlan... dan dengar ceritanya... projek ini turut dibantu sedikit sebanyaknya oleh Cikgu Sharifah Hassan... seorang rakan blog dari Taiping.

:: Kisah keris




Maruah orang Melayu bukan terletak kepada keris tetapi hanya akan terbela jika orang Melayu berjaya dalam pelbagai bidang strategik dan mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain baik di dalam mahupun luar negara, demikian ditegaskan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Sehubungan itu katanya, tindakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein memohon maaf berhubung kontroversi isu menghunus keris Panca Warisan tidak akan menjejaskan maruah orang-orang Melayu. "Saya harap, isu ini tidak berbangkit lagilah, Datuk Seri Hishammuddin telah buat sesuatu yang sangat prihatin dan mulia, maknanya dia sanggup meminta minta maaf walaupun ada pihak mengatakan memang bukan niat dia hendak isytihar perang ataupun disabitkan sebarang tindakan yang bersifat perkauman," katanya. Berita sebelum ini... Keris: Hishamuddin akui silap. KLIK PADA TAJUK UNTUK LAPORAN -LANJUT- 26/4/2008

:: Kisah hunus keris



26-04-2008 12:31:45 PM

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini memohon maaf kepada orang Melayu dan bukan Melayu berhubung isu keris yang dihunusnya, dua tahun lalu.
selengkapnya

Friday, April 25, 2008

:: NAJIB: Permainan politik

Dia boleh dakwa macam-macam...

Perang saraf Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ada beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyertai pakatan pembangkang disifatkan hanya permainan politik. Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, Anwar boleh mendakwa macam-macam kerana ia hanya satu daripada permainan politik bekas Timbalan Perdana Menteri itu. "Dia boleh dakwa macam-macam, dia akan dakwa macam-macam. Itu semua sebahagian daripada permainan politik yang beliau mainkan," katanya di Kuala Lumpur hari Khamis. Najib berkata demikian kepada para pemberita sebagai mengulas kenyataan Anwar semasa melakukan lawatan di Sabah beberapa anggota Parlimen BN di negeri itu kini hanya menunggu masa untuk menyertai Pakatan Rakyat.
KLIK PADA LINK UNTUK LAPORAN LANJUT - 24/4/2008

:: ANWAR: Terus bercakap

Bila Anwar terus bercakap...
Pada kebiasaannya dalam sesuatu peperangan, strategi ataupun pendekatan adalah merupakan rahsia besar untuk mengalahkan musuh dan tidak akan dihebahkan. Selagi boleh ia akan menjadi rahsia dan senjata yang boleh membuatkan musuh-musuh terkejut. Malah jika ia dihebahkan, pihak musuh mungkin melihat ia tidak lebih daripada 'cakap kosong' yang hanya bertujuan untuk buat gempar sahaja. Inilah yang dapat dilihat sejak pilihan raya umum ke-12 yang sudah berlalu hampir satu setengah bulan apabila Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mengulangi perang sarafnya terhadap Barisan Nasional (BN). Kononnya ada Ahli-Ahli Parlimen BN sudah bersiap sedia dan hanya menunggu masa dan ketika untuk menyertai kapal yang dinakhodai oleh Anwar. KLIK PADA LINK INI UNTUK LAPORAN LANJUT - 23/4/2008

:: NAJIB: anggota BN tidak melompat

24-04-2008 07:31:01 PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau tidak menjangkakan ada di kalangan anggota Barisan Nasional (BN) yang akan mengikuti jejak bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Gerakan, Datuk Lee Kah Choon dengan meninggalkan parti.
selengkapnya

:: Susu berkulat




PENIAGA TEMUI KULAT DALAM SUSU PEKAT: PENGUSAHA kantin sekolah, Siti Eshah Jalaludin, 48, menunjukkan susu pekat manis yang mengandungi kepingan kulat yang dibelinya dari sebuah pasar raya di Kuah di Langkawi, baru-baru ini. Inilah pengalaman pertamanya menemui benda asing dalam susu dan berbau busuk selepas membuka penutupnya. "Saya hairan bagaimana susu berjenama dan sudah pasti melalui pemeriksaan di kilang boleh mengandungi benda asing, malah baunya cukup meloyakan," katanya. Tarikh luput pada tin susu pekat itu pada 29 September 2008.
Selepas >> >

:: Kehidupan di asrama

Kehidupan di asrama menyeronokkan bagi sesetengah pihak... manakala pihak lain melihat bahawa kehidupan di situ amat memeritkan. Ada yang seronok berdikari... manakala yang lain terasa terkongkong dengan peraturan sediaada. Begitulah tanggapan penghuni mana2 asrama.


Ada yang jenis tak kisah. Kebersihan tidak dipedulikan. Puntung rokok bersepah dan bertaburan. Sampah semacam dianggap sebagai barang hiasan untuk ditontoni dan dipamer... bukannya untuk dibuang. Uncang teh memadai sekadar dibuang melalui tingkap. Tilam bantal bertelanjang bulat dan memeta di sana sini. Bilik rehat di asrama kurang diurus oleh para penghuni... kerusi dan kusyen berselerakan. Ada yang membawa dan menggunakan periuk nasi elektrik... walaupun peraturan tidak membenarkan. Sisa makanan terbiar di sinki yang bakal mengundang kucing liar turut menghuni di asrama. Kebersihan di asrama dianggap oleh penghuninya sebagai tanggungjawab pekerja asrama... bukannya tanggungjawab mereka.




Motosikal diparkir di kakilima asrama..

Thursday, April 24, 2008

:: Peribadi dan sikap kita

Persoalan:

Mengapa kita mudah sahaja untuk bercerai dan berpisah... malah berpatah arang? Apakah benar yang suami yang pernah mengongsikan hidupnya dengan wanita yang dulunya berstatus isteri... tidak dihimbau kenangan2 manis ketika hidup bersama dan tinggal sebumbung? Apakah benar yang isteri yang pernah berkongsi hidup dengan lelaki yang dulunya adalah suami... tidak diingat lagi akan kebaikan dan kehebatan baiknya... yang sebelum ini adalah pasangan kita?

Seolah2nya kita ambil... pakai dan buang... dan adakah begitu sifatnya? Kenapa sewaktu mengambilnya... kita bergembira kerananya... tapi sebaliknya seolah2 kita amat selesa membuangnya setelah digunakan... setelah sebegitu lama berjasa dan hidup bersama kita? Sesetengah pihak melihat keadaan ini sebagai sesuatu yang aneh dan serba pelik... sebab seolah2nya kita melihat diri kita sebagai benda... pakai dan buang.

Seboleh mungkin pertahankanlah hubungan dan ikatan suami isteri itu... pertahankanlah hingga ke akhir hayat. Sememangnya bukan semua yang kita miliki adalah yang kita sukai... dan bukan semua yang dimiliki pasangan kita itu... kita sukai.... dan begitulah sebaliknya... bukan semua yang ada pada kita itu adalah istimewa buat pasangan kita. Sewajarnya kita saling memberi dan menerima... sebab kita sama2 berkongsi hidup dan kehidupan dengan pasangan kita.

Usahlah menyangka orang atau pasangan kita yang mungkin punya kekurangan itu sebagai tidak membahagiakan... sebab ada masanya... dia lebih memahami dan amat mengerti. Usahlah menyangka sesuatu yang belum kita miliki akan membahagiakan kita... walaupun ada janji untuk tujuan itu. Ada masanya... setelah kita miliki sesuatu itu... barulah diketahui dan terserlah keadaannya... dan mungkin menjadi punca masalah kepada kita. Selalunya begitu... bagi sesetengah pihak di kalangan kita.

Selalu juga kita menganggap bahawa cerahnya cuaca bakal membawa hingga ke petang... tapi kekadangnya mendung dan hujan datang mencelah. Usahlah kita menyangka keadaan selesa dan tenang sepanjang masa... sebab kekadangnya angin ribut dan puting beliung datang berkunjung... dan selalunya begitulah juga dengan kita... dengan hidup kita... dan dengan kehidupan kita.

Selalunya juga kita berpendirian bahawa... kita akan mengalami ketidakselesaan dalam kehidupan apabila kita tidak berjaya dan tidak mampu memiliki semua yang diingini. Ada masanya ketidakmampuan untuk memiliki kesemua itulah yang menjadi asas kepada kebahagiaan kita... sebab kekadangnya mungkin masalah akan bertambah apabila kita memiliki kesemua yang kita ingini... dan begitulah selalunya kita.

Selalu juga kita menyangka... yang tidak kita miliki dan berada di tangan orang itulah yang indah menawan dan hebat mempesona... manakala yang dimiliki dan berada di tangan sendiri... tidak sebaik mana pun malah dianggap tidak berkualiti. Selalu juga kita meletakkan impian dan harapan yang tinggi terhadap hak milik orang... dan mungkin di dalam masa yang sama... orang lain pulak yang terliur dengan hak milik kita.

Teringat akan kata2 seorang sahabat yang "sekepala"... usahlah mudah membuang apa yang kita miliki... terutama jika yang kita miliki itu adalah orang... bukannya barang.

:: Anwar: Masih "berbisa" ?


Semasa

SEORANG pembaca mStar, Lia Shiela, pernah menulis, 'Anugerah Pelakon Terbaik' milik Datuk Seri Anwar setelah membaca laporan yang bekas Timbalan Menteri Malaysia itu ditahan selama 30 minit di lapangan terbang Kuala Lumpur seperti yang dilaporkan di dalam laman web Malaysiakini pada bulan Disember tahun lepas.
selengkapnya

Wednesday, April 23, 2008

:: Rustam Sani: Pulang


Rustam Sani pulang ke rahmatullah
Apr 23, 08 9:09am
kemaskini 5:55pm
Penulis kolum terkenal, cendekiawan Melayu dan juga bekas pemimpin politik kanan PRM Rustam A Sani meninggal dunia di rumahnya di Gombak awal pagi ini.LAGI
Penulis di akhbar tempatan
Bertugas di UM, ISIS

:: Mahathir: Ditanya





Mahathir lagi: Bilakah akan reda?
Rustam A Sani Apr 23, 08 12:41pm

Saya benar-benar kagum akan Dr Mahathir Mohamad, khususnya terhadap kemampuan dan kedegilannya untuk menyatakan pandangannya. Dia akan terus berkata-kata, meskipun sudah tidak ada lagi orang yang mau mendengar pandangannya itu – kecuali mungkin beberapa orang yang mau memperalatkannya sebagai sumber "pendapat" bagi maksud tertentu – untuk menyerang Abdullah Ahmad Badawi, misalnya. Dan bagi tahap umurnya, tenaga Mahathir memang luar biasa. Suaranya masih lantang, sebutannya masih jelas – meskipun daya ingatannya ternyata sudah kabur (banyak yang tidak diingatnya atau sudah tersalah ingat), daya analisisnya sudah longgar, rasa hormatnya terhadap lojika, etika, maupun kebenaran jelas sudah berkecai. Namun, bagi saya, apa yang lebih menakjubkan ialah masih banyak antara kita yang masih sanggup mendengar racauannya itu. Oleh itu, bila Mahathir akan diwawancara untuk rancangan Hard Talk BBC baru-baru ini saya menjadi kebanjiran dengan pesanan SMS maupun posting blog tentangnya.
Memanglah Mahathir merupakan seorang yang degil, yang tidak puas-puas meracau di mana sahaja. Dia akan berceramah di majlis ceramah anjuran Prowaris atau bahagian-bahagian Umno yang tertentu, berdebat dalam forum anjuran laman blog MyKMU, ditemuramah oleh Malaysiakini.com, malah menulis kata pengantar untuk buku Dr. Collin Abraham. Tidak ada sesuatu yang baru dalam apa yang diperkatakannya, namun orang tetap akan mendengar malah melaporkannya kembali di tempat lain, di muka akhbar maupun di laman blog. Tidak ada yang mendalam atau profound dalam analisisnya, namun masih banyak yang menganggap kata-katanya sebagai semacam mutiara ilmu. Dan inilah yang menakjubkan saya. Apakah yang menarik tentang Mahathir ini: mutiara ilmu yang keluar dari mulutnya atau sekadar persona-nya? Dan apakah yang menarik tentang persona itu – auranya atau sekadar latar belakang dirinya yang pernah menjadi ahli politik yang memberontak terhadap establishment Umno tetapi kemudiannya bertukar menjadi establishment itu sendiri yang amat menindas?
Baru-baru ini Mahathir tampaknya telah berhasil pula menjaja misteri dirinya itu ke luar negara. Dia sanggup ditemuramah di ruangan Hard Talk BBC yang terkenal kerana soalan-soalan mendalam lagi kasar terhadap sesiapa sahaja – khususnya para pemimpin negara dunia ketiga. Mahathir memang tahu tentang reputasi rancangan Hard Talk itu, namun naluri dan semangatnya untuk terus berkata-kata itu ternyata tidak akan dapat diredakan. Otot di sekeliling mulutnya yang overdeveloped itu tampaknya tidak akan dapat dilemahkan. Satu sifat dan sahsiah Mahathir yang asasi sehubungan dengan nalurinya yang mau terus berkata-kata ini ialah sifatnya yang combative – yakni dia akan menyerang bila dia mendapati dirinya terdesak oleh serangan orang lain khusus pihak yang mempersoalkan kredibiliti hujah dan kata-katanya. Dan apabila Mahathir mulai menyerang, dia akan melakukannya secara dogged (hentam keromo, membujur lalu melintang patah). Bila Mahathir menyerang, maka jelaslah terserlah sifatnya yang sama sekali tidak menghormati dan mengendahkan kebenaran, fakta, logika atau malah urutan dan tertib hujah yang siuman. Saya telah melihat perkara ini berlaku beberapa kali sewaktu Mahathir diwawancara oleh media antarabangsa (Mahathir dalam nada prasangkanya sendiri akan mengatakannya "media barat").
Beberapa tahun lalu, sewaktu Mahathir ditemuramah oleh Zain Verge dari CNN, bila dia didesak dengan soalan-soalan yang hangat dan pedas, dia akan segera menjadi combative – menuduh sipenemuramah itu sebagai mewakili prasangka "orang putih" yang senantiasa memandang rendah terhadap orang kulit berwarna seperti dirinya. Hakikat yang tidak diendahkan Mahathir ialah hakikat Zain Verge merupakan seorang wanita keturunan Pakistan yang dibesarkan di Afrika – hanya kulitnya sedikit cerah berbanding Mahathir. Kali ini sewaktu menghadapi asakan soalan-soalan panas dari Stephen Sackur, hos rancangan Hard Talk ini, huraian Mahathir tentang prasangka orang Barat terhadap orang pribumi kita tampaknya diasaskan pada ikhtisar pandangan beberapa tokoh pegawai penjajah British satu dua abad lalu seperti Frank A. Swettenham, Richard Winstedt. Pandangan berprasangka seperti itu sebenarnya sudah tidak kedengaran lagi hari ini, dan malah hujah seperti yang dikemukakan oleh Mahathir itu juga sejak lama sudah tidak digunakan lagi oleh para pembahas dan sarjana anak negeri. Namun demikianlah adanya vintage Mahathir: dia tidak teragak-agak menggunakan hujah dan mauduk dari dua abad lalu untuk memenangi perdebatan hari ini. Mahathir agak beruntung bila berhadapan dengan para wartawan seperti Zain Verge dan Sackur itu. Mereka ini sebenarnya tidak begitu tahu tentang realiti politik di Malaysia, oleh itu tidak dapat terus bertanya (probing) bila Mahathir memberikan reaksi yang sebenarnya tidaklah seratus peratus tepat. Huraiannya, misalnya, tentang penyingkiran para hakim, tentang pita VK Lingam, tentang keadilan yang diterima Anwar dari sistem kehakiman Malaysia sudah pasti akan mengundang asakan yang malah lebih kuat lagi dari seorang wartawan yang lebih tahu tentang Malaysia berbanding Zain maupun Sackur.
Namun Mahathir, bagi saya, tetap merupakan seorang watak awam yang bijak lagi licik. Dia pandai menggunakan segala macam helah dan permainan citra untuk mempertahankan dirinya dan mengelirukan para pendengarnya. Sebab itulah setiap gerak-geri mahupun kata-katanya akan menarik perhatian, meskipun tidak terdapat barang seurat ketulusan maupun kebijaksanaan dalam penampilan citra dan cendekianya itu. Bilakah permainan penampilan dirinya yang penuh helah ini akan reda – demi menjaga kewarasan dan kesehatan minda (mental hygiene) masyarakat kita sendiri?
Tulisan ini asalnya diterbitkan di blognya Suaraku (karya-merdeka.blogspot.com) pada 21 April dan diulang terbit di sini sebagai mengenang pemergian ke rahmatullah tokoh penulis dan cendekiawan ini pada 23 April - editor

:: Hidup: Za'aba - Ungku Aziz

"HIDUP BUKAN QUE SERA SERA" : USAHA CAPAI KEPERIBADIAN UNGGUL BERGANTUNG KEPADA DIRI SENDIRI - TEMUBUAL BERSAMA PROFESOR DI-RAJA UNGKU AZIZ
Untuk menjadi seorang Melayu Unggul atau yang Terbilang, seseorang perlu mempunyai prinsip dan halatuju hidup. Halatuju hidup Pak Ungku Aziz adalah berteraskan kepada apa yang diutarakan oleh Allahyarham Pendita Za'aba iaitu: "Kalau ada keyakinan diri semua boleh tercapai." Kata Pak Ungku lagi, Segala kejayaan seseorang itu adalah terletak kepada "dirinya sendiri." Di dalam temubual ini Pak Ungku telah menyentuh tentang kehidupan remaja, bagaimana mereka menjalani hidup mereka, dan beberapa perkara yang boleh mempengaruhi hidup mereka. Ini termasuklah peranan media - elektronik, cetak dan maya - yang membentuk minda dan khayalan mereka, dan pendidikan. Ini telahpun saya tekankan dalam penulisan awal saya berjodol "Secebis Pendapat" yang memperkatakan tentang beberapa "sistem" menjana "social engineering" dalam pemerintahan negara yang perlu diberi perhatian serious dan memerlukan perubahan mengikut acuan yang berpaksikan ala-Malaysia. Akhir sekali, Pak Ungku menekankan peri pentingnya ditanamkan sifat-sifat atau nilai-nilai positif seperti "berani, jujur, amanah, berhemah, rajin, mempunyai cita-cita tinggi, dan sentiasa suka berkata benar" kepada para remaja kita yang bakal memimpin negara. Sehubungan dengan ini, maka perjumpaan yang akan membincangkan "Social Engineering" oleh mantan Perdana Menteri kita, YAB Tun Dr Mahathir Muhamad, pada 25 Mei nanti, bukan saja relevan kepada apa yang diperkatakan oleh Pak Ungku itu, malah penting dan kena pada masanya. "Social Engineering" hendaklah bermula dari awal, sepertimana kata Pak Ungku, "melentur buluh hendaklah dari rebung." Saya kira ia harus bermula dari peringkat tadika lagi, sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi dengan kibutsnya, orang German, orang Jepun, Korea, China, Singapura dengan "PAP Kinergatennya", dan lain-lain lagi. Sekarang, sila ikut temubual dengan Pak Ungku: Mansal Damha --------------------------------------------------------------------------------
MUKADIMAH` `Hidup bukan Que Sera, Sera'' - Usaha capai keperibadian unggul bergantung kepada diri sendiri
PROF. Diraja Ungku Aziz tertawa kecil apabila dua kali diajukan pertanyaan tentang Anugerah Melayu Terbilang yang diterimanya sempena sambutan ulang tahun ke-59 UMNO, Rabu lalu. ``Saya sebenarnya takut. Secara peribadi (anugerah) ini membimbangkan saya kerana menjadi terbilang bermakna lebih tinggi daripada orang lain. ``Saya tidak fikir sesiapa saja yang berjaya suka merasakan dirinya lebih tinggi daripada orang lain, melihat semua orang lain duduk di bawah,'' kata Pak Ungku kepada wartawan NOOR AZAM SHAIRI yang menemu bualnya, petang kelmarin. Temu bual tersebut diatur untuk mencungkil pandangan beliau mengenai personaliti Melayu unggul serta usaha-usaha yang harus dilakukan untuk mencapai cita-cita itu. ``Kalau kita hendak kenal orang Melayu yang unggul dan berjaya, atau mahu mewujudkan acuan yang boleh dicontohi, kita sebenarnya bercakap tentang hal-hal yang sepatutnya ada pada orang Melayu,'' katanya. Pak Ungku menggariskan beberapa cabaran yang perlu diselesaikan dalam usaha untuk membentuk personaliti yang diharap akan dapat mengangkat martabat orang Melayu itu. Menyentuh soal pendidikan, beliau mencadangkan beberapa perubahan yang perlu dilakukan untuk melahirkan generasi masa akan datang yang unggul. Beliau menyebut juga tentang pentingnya sukan bagi melahirkan masyarakat yang sihat. Pak Ungku juga mengulangi keyakinan yang dipegangnya tentang hubung-kait antara pemakanan yang seimbang dan kecemerlangan bangsa - teori yang dipegangnya sejak membuat kajian tentang pembasmian kemiskinan pada tahun 1970-an. Disamping itu, ada satu lagi perkara penting yang dibangkitkan oleh tokoh akademik yang kuat membaca ini. Beliau menyarankan semua orang Melayu supaya membaca buku tulisan Pendeta Za'ba, Perangai Bergantung kepada Diri Sendiri. Katanya, "dalam buku itu ada amanat penting Za'ba yang menunjukkan jalan bagaimana orang Melayu boleh berjaya dan menjadi unggul,"
MINGGUAN: Bagaimanakah kita boleh melahirkan Melayu unggul? Apakah yang seharusnya dilakukan?
UNGKU AZIZ: Kita perlu terlebih dulu memahami perjalanan hidup manusia atau apa yang disebut oleh William Shakespeare sebagai tujuh peringkat umur manusia. Ini proses hidup yang lazimnya dialami oleh setiap orang. Dalam melalui satu demi satu peringkat umur itu, cabaran yang kita hadapi ialah bagaimana hendak mengenal jalan ke arah kesempurnaan - untuk jadi berjaya dan unggul - serta memahami falsafah -falsafah yang berkaitan. Saya sebenarnya banyak terpengaruh dengan buku yang ditulis oleh Pendeta Za'ba iaitu "Perangai Bergantung kepada Diri Sendiri." Saya suka hendak mengulangi falsafah yang diungkapkan oleh Za'ba bahawa kejayaan seseorang itu bergantung kepada diri sendiri. "Semuanya datang daripada diri kita sendiri. Berapa banyak pun seseorang itu berdoa tidak ada jaminan bahawa dia akan mendapat apa yang diinginkan melainkan melalui usaha." Kalau berusaha, kemungkinan untuk dia mendapatkannya ada.
MINGGUAN: Apa kaitannya falsafah Za'ba itu dengan peringkat umur manusia?
UNGKU AZIZ: Mencari keunggulan adalah satu usaha. Semasa berumur sekitar 15 tahun, seseorang itu umumnya tidak begitu bertanggungjawab - ada tanggungjawab tetapi tidak banyak. Apabila meningkat dewasa tanggungjawab itu bertambah, dan beban mencari kesempurnaan juga bertambah. Masa depan seseorang apabila dewasa - apa yang akan berlaku apabila umur meningkat - bergantung kepada apa yang dilakukannya semasa remaja. Kalau pada peringkat awal sudah tidak betul, kesannya juga mudarat. Ini sesuatu yang sangat serius. Kalau sudah dewasa dan sudah menentukan hidupnya sendiri, persediaan seseorang itu untuk menghadapi hidup seharusnya sudah lengkap. Itu sebabnya saya melihat zaman remaja sebagai satu tempoh yang sangat penting dalam kita hendak membentuk peribadi yang dikatakan unggul itu.
MINGGUAN: Kenapa golongan remaja?
UNGKU AZIZ: Kalau kita mahu membina personaliti unggul kita harus melihat kepada remaja. Kalau hendak melentur buluh biarlah daripada rebung. Masa depan itu ada di tangan mereka. Ini bukan satu pandangan yang klise tetapi ini realiti. Gambaran masa depan kita ialah bagaimana keadaan remaja pada hari ini. Tidak ada orang yang dewasa tanpa melalui zaman remaja. Orang banyak terlupa tentang hakikat ini. Kita tidak ada pilihan sebenarnya - bagaimana keadaan kita pada hari ini begitulah keadaannya pada masa depan.
MINGGUAN: Bagaimana Pak Ungku melihat remaja hari ini?
UNGKU AZIZ: Kita jangan terlalu cepat menyalahkan remaja, mengatakan mereka hanya suka melepak, pemalas dan banyak angan-angan. Kita sepatutnya cuba memeriksa bagaimanakah keadaannya menjadi remaja pada zaman ini, pada tahun 2005 ini. Ini topik kegemaran saya sejak kebelakangan ini. Saya sebenarnya banyak memikirkan hal ini: Bagaimanakah kita boleh memahami masalah utama remaja Melayu pada hari ini? Ada banyak masalah, dan masalahnya pelbagai. Tetapi pada umumnya saya rasa remaja hari ini mengalami krisis jati diri. Mereka tidak dapat menjawab dengan tegas soalan yang ditanya oleh (ahli falsafah) Socrates: ``Siapakah aku?'' Kepada saya, setiap remaja sepatutnya selalu bertanyakan soalan itu kepada diri sendiri, dan harus ada jawapan yang memuaskan hati.
MINGGUAN: Kenapa soalan itu?
UNGKU AZIZ: Hidup ini bukanlah seperti lagu Que Sera, Sera - apa hendak jadi biarlah terjadi. Masa depan itu terpulang kepada kita sendiri. Ini berbalik kepada falsafah Za'ba bahawa perangai bergantung kepada diri sendiri.
MINGGUAN: Apakah krisis identiti yang dihadapi oleh remaja Melayu?
UNGKU AZIZ: Remaja pada umumnya tidak dapat mengenal jati dirinya sendiri. Kenapa jadi begini? Ini teori saya; kalau salah, salahlah saya. Saya bertanggungjawab sepenuhnya. Saya rasa orang yang hendak mencari jati diri mesti boleh bertanya dan menjawab soalan Socrates itu. Tetapi mereka pada hari ini sukar hendak menjawab soalan itu kerana disimbah dengan pelbagai jenis identiti gantian. Inilah masalahnya. Saya minta maaf kerana terpaksa menyebut siapa yang bertanggungjawab besar dalam perkara ini...(ketawa)
MINGGUAN: Media, maksudnya?
UNGKU AZIZ: (Ketawa) Inilah masalah yang paling besar. Media membentuk identiti dan jati diri mereka kerana medialah yang mewujudkan, membentuk dan membina celebrity. Orang tertarik kepada celebrity dan kemudian meresap masuk ke dalam identiti yang dibina itu. Lihat saja identiti celebrity yang dibentuk oleh media, baik melalui iklan atau penyanyi, orang paling kuat, paling lemah, paling kacak dan sebagainya. Minda remaja ini diserang seperti dihujani peluru dengan pelbagai jenis identiti kecil daripada para celebrity ini. Akibatnya mereka tidak dapat membuat pilihan. Mereka tidak dapat memastikan dengan tegas dan yakin tokoh yang harus mereka ikuti. Media ini pula datang dalam pelbagai bentuk - cetak dan elektronik atau maya. Media maya ini paling efisien dan berkesan, paling merosakkan berbanding yang lain. Orang terbuai dengan media sama seperti tikus-tikus dalam cerita Pemain Seruling dari Hamlin. Inilah yang berlaku sekarang. Pemain seruling itu sekarang ialah media. Orang yang menguasai media memanipulasikan keadaan dengan membina celebrity. Celebrity itu sekarang menjadi model kecil kepada remaja sehingga mereka merasakan ``kalau dapat jadi seperti itu, cukuplah.'' Kepada golongan remaja, konsep keunggulan itu merujuk kepada model celebrity yang dilihatnya melalui media. Tetapi pada masa yang sama mereka sendiri barangkali cukup insaf bahawa mereka mungkin tidak dapat jadi seperti itu.
MINGGUAN: Insaf, kenapa?
UNGKU AZIZ: Kita lihat iklan katakanlah hendak menjual rokok, misalnya. Jadi ditunjukkan lelaki pakai tali leher dan sut turun dari kereta mewah masuk ke hotel dan ada perempuan cantik menunggunya. Dia kemudian menghisap rokok jenama yang diiklankan itu. Remaja yang melihat iklan ini tadi cuma tinggal hisap rokok saja. Dia tidak dapat apa-apa, tidak ada kereta mewah, tidak ada perempuan cantik dan tidak ada tali leher. Ini satu tragedi. Kita umpan remaja yang mencari model dengan gambaran imej seperti itu. Imej itu bukan realiti, dan ia mengelirukan remaja yang masih mencari-cari identiti. Mereka tidak dapat menangkap makna identiti dan jati diri. Jati dirinya lemah kerana ia dibentuk daripada imej-imej yang bukan realiti. Remaja tertawan kepada imej-imej itu kerana ia membuatkan mereka rasa seronok dan menarik. Tetapi semuanya hanya angan-angan. Ini sama seperti cerita usahawan yang berangan-angan macam Mat Jenin - suatu hari nanti mahu ada pejabat, ada setiausaha cantik dan sebagainya.
MINGGUAN: Apa salahnya berangan-angan?
UNGKU AZIZ: Angan-angan ini memuaskan diri dalam jangka masa pendek tetapi kalau terlalu berangan-angan mereka boleh terjerumus terlibat dengan dadah. Statistik menunjukkan majoriti yang terlibat dengan dadah ialah Melayu. Tidak cukup dengan fantasi di rumah mereka berkhayal melalui dadah. Saya tahu bukan semua remaja terlibat tetapi sebahagian besarnya ialah mereka yang berangan-angan ini. Saya fikir nisbah lelaki yang hidup dalam angan-angan jauh lebih besar berbanding wanita, boleh dikatakan dua pertiga. Majoriti remaja wanita lebih stabil, kurang angan-angan dan ada imej yang jelas tentang matlamat hidup masa depan. Itu sebabnya sekitar 70 peratus pelajar di universiti hari ini ialah wanita. Ini bukti bahawa jati diri gantian ini mempengaruhi lebih ramai lelaki berbanding wanita. Malah kalau kita kaji, remaja lelaki Melayu jugalah yang paling banyak di pusat permainan video. Remaja wanita tidak banyak yang bermain permainan video kerana mereka realist. Mereka ada cita-cita dan mahukan kebebasan. Mereka tahu kalau ada kerja, mereka ada kebebasan. Cita-cita mereka realistik. Krisis identiti ini lebih bahaya di kalangan lelaki berbanding wanita. Kalau kita hendak membina Melayu yang unggul kita perlu mengukuhkan jati diri terutamanya di kalangan remaja lelaki. Kita harus ada keseimbangan kuasa dalam masyarakat antara lelaki dan wanita.
MINGGUAN: Bagaimana hendak membentuk jati diri yang betul di kalangan remaja?
UNGKU AZIZ: Kita mesti berbalik kepada pendidikan kerana ia menentukan masa depan. Kalau tidak rajin belajar, mereka akan banyak berpoya-poya, hidup berangan-angan dan duduk melepak. Ini semua fenomena sosial yang melemahkan remaja Melayu. Kita perlu mengubahnya dengan segera tetapi ia tidak mudah. Kita juga harus menanam hidup yang lebih berdisiplin. Kenapa misalnya di Jepun dan Switzerland, orang tahu berbaris tetapi di sini semua orang berebut-rebut hendak ke depan? Tidak ada disiplin sosial. Kita juga harus menanam sifat jujur dan amanah. Kalau jumpa dompet di tengah jalan kita pulangkan. Tetapi dalam masyarakat kita orang yang buat begitu adalah golongan yang terkecuali. Ia tidak normal, dan apabila berlaku ia jadi bahan berita. Malah orang merasakan kalau jumpa dompet di tengah jalan itu rezeki. Konsep rezekinya pun sudah salah. Kesedaran tentang nilai-nilai murni ini mesti dibina dari awal. Pada fikiran saya, pergerakan pengakap di sekolah dulu boleh menanam nilai-nilai ini. Sekarang ia sudah dipolitikkan.
MINGGUAN: Apa lagi yang perlu kita tanam kepada remaja?
UNGKU AZIZ: Sifat kesetiaan dan patriotisme. Kepada saya, remaja yang dipanggil tetapi tidak pergi ke Program Latihan Khidmat Negara itu dalam jati dirinya tidak ada nilai patriotisme. Kita tidak boleh melihatnya sebagai hero. Kalau patriotik, apabila dipanggil dia mesti pergi. Itu satu tanggungjawab. Remaja juga harus berani buat apa saja, bersedia pada bila-bila masa. Ini sifat yang kepada saya harus ada tidak kira pada semua orang yang mahu berjaya. Kalau hendak membina remaja yang unggul apabila dewasa kita kena pastikan mereka ada nilai-nilai ini - berdisiplin, berani, jujur, amanah dan patriotisme. Ini boleh kita buat melalui pendidikan tetapi kena fokus.
MINGGUAN: Apakah kita perlu mengetengahkan model-model baru kepada remaja?
UNGKU AZIZ: Barangkali model itu ada tetapi kita simpan dalam almari (ketawa). Kita kena keluarkannya dari almari dan gilap sedikit. Kalau kita melihat tempoh 100 tahun yang lalu, saya fikir model itu banyak. Malah dalam sejarah juga ada tokoh-tokoh yang boleh dijadikan model, Hang Tuah misalnya. Dia mungkin tidak pernah wujud tetapi sifat-sifatnya boleh kita baca dalam Hikayat Hang Tuah. Dia perkasa, suka menuntut ilmu dan belajar banyak bahasa. Dia juga setia; baik atau buruk kesetiaannya itu, usah ditanya. Sifat-sifat terpuji daripada model-model inilah yang akan membina realiti, melahirkan remaja yang akan jadi pemimpin masa depan yang memberikan harapan kepada bangsa. Kita tidak akan melahirkan manusia unggul dengan bercakap-cakap saja.
MINGGUAN: Apakah yang tidak harus ada pada orang Melayu untuk menjadi unggul?
UNGKU AZIZ: Harus tahu membezakan antara realiti dan fantasi. Orang muda hari ini lebih cenderung kepada angan-angan kerana pengaruh media yang saya sebutkan tadi, terutamanya media elektronik.
MINGGUAN: Usaha ini banyak bergantung kepada media?
UNGKU AZIZ: Ya, kerana media ada hubungan langsung dengan kelompok ini. Pada masa yang sama perlu juga ada peranan ibu bapa dan guru. Semua pihak bertanggungjawab. Kita tidak boleh sapu rata salahkan media saja - kononnya kalau baik media, semuanya akan baik. Tidak begitu? Para pemimpin juga ada peranannya. Suka atau tidak suka, mereka adalah model yang unggul; seharusnya begitulah. Kalau orang mahu berjaya mereka harus membetulkan diri sendiri. Jangan jadi seperti Enron dan WorldCom yang melahirkan tokoh-tokoh korporat berjaya tetapi mengerjakan duit orang beratus bilion. Itu bukan model yang baik.
MINGGUAN: Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa?
UNGKU AZIZ: Berikan perhatian kepada pemakanan anak-anak mereka. Masalah kritikal orang Melayu sejak berpuluh tahun lalu ialah umumnya saiz badan mereka kecil. Mengikut teori saya, 90 peratus masalah ini berpunca daripada makanan. Kalau kita lihat orang yang masuk tentera atau yang keluarganya berpendapatan tinggi yang mendapat makanan lebih baik, saiz tubuh mereka lebih besar, tinggi dan lebih sihat. Masalah saiz kecil ini boleh ditangani pada zaman awal praremaja, semasa kanak-kanak. Tujuh tahun pertama dalam hidup manusia adalah tempoh pembesaran fizikal yang penting. Kalau tidak dapat makanan yang seimbang ketika itu, pembesarannya akan terganggu. Kalau mahu jadi bangsa yang unggul orang Melayu mesti bersaiz lebih besar.
MINGGUAN: Apa hubung kaitnya?
UNGKU AZIZ: Cuba kita lihat di sekeliling kita. Orang yang berjaya biasanya tubuh mereka besar dan tinggi, bahu mereka lebar. Ini semua datang daripada pemakanan yang baik. Pemakanan bukan saja mempengaruhi saiz badan tetapi lebih penting pembinaan otak. Otak mereka lebih cekap seperti bateri yang sudah dicas dengan baik. Otak kita ini seperti bateri. Kita charge otak dengan makanan yang berzat dan seimbang. Kita harus melakukannya dari sekolah rendah.
MINGGUAN: Bagaimana?
UNGKU AZIZ: Kita harus mula menyusun program makanan yang lebih baik dan menyeluruh untuk sekolah-sekolah. Sekarang kita buat tetapi tidak di semua sekolah dan tidak teratur. Kenapa tidak kita mula menyediakan makan tengah hari yang seimbang dengan lebih sistematik, sehari sekali di sekolah? Kanak-kanak yang membesar harus makan paling kurang sebiji telur seminggu. Tetapi ia tidak berlaku kerana sesetengah orang Melayu tidak mampu. Apatah lagi sekarang ini harga telur dan makanan keseluruhannya sudah naik. Tetapi saya percaya usaha ini boleh dilakukan oleh kerajaan. Kalau kita percaya bahawa remaja adalah harapan masa depan, kita harus mula membina mereka sejak peringkat praremaja lagi. Kita harus menjaga anak harapan bangsa ini sejak dari kecil lagi.
MINGGUAN: Apa lagi selain menjaga makanan?
UNGKU AZIZ: Jaga kesihatan dengan bersukan. Kita boleh melahirkan manusia unggul melalui sukan. Kita harus galakkan orang menjadikan sukan sebagai satu cara hidup. Tetapi sekarang sudah terbalik - kita cari juara, beri duit dan jadikan mereka celebrity. Ini melampau. Kita tidak harus sampai ke tahap itu. Melalui sukan orang akan jadi lebih sihat, kuat dan aktif. Kita galakkan orang bersukan bukan untuk menang tetapi semata-mata untuk bersukan. Apa salahnya kita galakkan bersukan untuk suka-suka. Kalau mahu mencari keunggulan kita harus juga melihat kepada aspek sukan kerana ia ada kaitan dengan kesihatan.
MINGGUAN: Pak Ungku sudah membincangkan tentang perubahan sikap, pemakanan dan kesihatan. Bagaimana dengan pendidikan?
UNGKU AZIZ: Apabila sampai kepada satu peringkat golongan remaja akan mula matang fikirannya. Mereka mula berfikir. Kita harus ada satu sistem yang lebih baik untuk mengajar orang berfikir. Kepada saya, salah satu kelemahan sistem pelajaran kita pada hari ini ialah ia tidak mengajar orang berfikir. Para pemimpin kita selalu bercakap tentang masyarakat inovatif dan kreatif. Tetapi bagaimana mahu melahirkan masyarakat seperti itu kalau mereka tidak diajar untuk inovatif dan kreatif? Ia perlu diasuh dan dipupuk dari awal.
MINGGUAN: Apakah sistem pendidikan kita membantu pembentukan bangsa unggul?
UNGKU AZIZ: Saya fikir ada banyak kekurangan dan kelemahannya. Ini hakikat yang perlu saya suarakan. Kalau ada menteri-menteri yang hendak marah dengan kenyataan ini, tidak mengapa. Saya pun sudah 83 tahun (ketawa), tidak kisah apa-apa lagi. Saya hanya menyuarakan pandangan, bukan untuk mengenakan sesiapa. Kita harus memikirkan hala yang hendak kita tuju, dan menyusun langkahnya dari situ. Selepas itu jangan ditukar-tukar separuh jalan.
MINGGUAN: Apakah yang menghalang orang Melayu untuk menjadi unggul?
UNGKU AZIZ: Ini terpulang kepada diri masing-masing, berbalik kepada apa yang saya petik daripada Za'ba di awal tadi. Saya sudah sebut sebelum ini, dan saya hendak ulang lagi: Buku Za'ba itu adalah bacaan wajib untuk semua orang Melayu. Secara ringkas, apa yang dikatakan oleh Za'ba dalam bukunya itu ialah kalau ada keyakinan kita boleh melakukan apa saja. Kita boleh menjadi unggul tetapi usaha itu bergantung kepada diri kita sendiri. Malah apa yang disebut oleh Za'ba itu adalah falsafah yang digali daripada ajaran al-Quran. Itulah yang harus kita tekankan kepada remaja hari ini. Ini soal mahu atau tidak mahu, mahu lebih atau mahu kurang - pilihan masing-masing. Tetapi kalau pemikirannya terkongkong oleh model-model kecil yang dibentuk oleh media, mereka akan sukar membuat pilihan kerana tidak boleh berfikir. Mereka hendak bergembira saja tetapi hidup ini bukan bergembira sepanjang masa. Ini masalahnya. Orang selalu bercakap tentang sifat-sifat negatif Melayu - malas dan suka buang masa, misalnya - sehingga menimbulkan rasa rendah diri untuk mereka maju.
MINGGUAN: Apa pandangan Pak Ungku dalam hal ini?
UNGKU AZIZ: Sifat malas itu ada kaitannya dengan kemiskinan dalam masyarakat. Dari segi ekonominya, kemiskinan menyebabkan orang tidak ada tenaga kerana tidak mendapat pemakanan yang baik. Rasa rendah diri pula sifat yang sudah lama ada dalam jiwa orang Melayu. Ini soal budaya. Tetapi orang yang menjadi berjaya adalah mereka yang mampu mengeluarkan diri daripada kepungan budaya itu - kepungan budaya yang ada dalam minda. Ia boleh diatasi, bergantung kepada diri sendiri. Tidak ada yang mustahil. Tidak ada apa-apa yang menghalang orang Melayu untuk menjadi unggul.
MINGGUAN: Pak Ungku pernah sebut sesetengah orang Melayu yang berjaya daripada Dasar Ekonomi Baru ibarat kacang lupakan kulit; tidak membantu anak bangsa lain berjaya sama. Tidakkah mereka boleh menjadi pemangkin pembinaan Melayu unggul ini?
UNGKU AZIZ: Ini bukan soal boleh; tetapi itulah yang sepatutnya. Siapa lagi kalau bukan mereka?
MINGGUAN: Pak Ungku telah mengupas tentang zaman remaja yang cukup kritikal dalam pembinaan sahsiah bangsa. Pak Ungku semasa remaja bagaimana?
UNGKU AZIZ: Zaman saya remaja sekitar tahun 1930-an dan 1940-an dulu adalah satu zaman yang sama sekali berlainan, zaman perang. Tetapi saya bekerja kuat kerana yakin bahawa kejayaan adalah dengan memiliki ijazah. Jadi saya belajar bersungguh-sungguh. Arwah ayah tidak banyak mempengaruhi saya, tidak banyak meninggalkan nasihat. Dia hidup dalam dunianya sendiri tetapi dari semasa ke semasa kami berbincang juga. Dia banyak meninggalkan saya dengan dunia saya sendiri. Tetapi ada satu perkara yang dia tekankan: Kalau tidak berjaya dalam pelajaran kamu tidak akan jadi sesiapa. Dia nasihatkan bahawa dalam apa keadaan saya mesti belajar kerana kejayaan itu datang daripada usaha kita belajar. Ini tidak ada galang-gantinya. Dia menanam dalam dada saya bahawa kejayaan akan datang dengan belajar bersungguh-sungguh. Jadi semasa di English College, Johor Bahru saya belajar bersungguh-sungguh. Selepas ayah meninggal pada tahun 1939, saya jadi anak yatim piatu. Ibu meninggal semasa saya umur 4 tahun. Semasa itu pun saya tidak suka pergi kepada ahli keluarga untuk minta bantuan. Apabila bapa saudara saya (Datuk Onn Jaafar) jadi Menteri Besar Johor pun saya tidak rasa saya perlu minta kerja, sokongan atau duit daripada dia. Saya pernah jadi kerani semasa menunggu keputusan peperiksaan. Apa yang saya buat itu adalah sebahagian daripada usaha untuk berjaya, pemikiran yang sudah tertanam dalam diri saya. Saya tidak kisah jadi kerani untuk cari duit supaya dapat belajar. Saya tidak pernah segan macam kebanyakan graduan yang menganggur sekarang. Saya fikir sikap inilah yang harus ada pada setiap orang muda yang mahu berjaya.
MINGGUAN: Sikap terhadap pelajaran?
UNGKU AZIZ: Ya, sudah semestinya. Sebelum Perang Dunia Kedua saya sudah masuk ke Raffles College tetapi kemudian terganggu apabila Jepun datang. Tetapi semasa itu pun saya terus belajar juga. Saya ke Universiti Waseda di Jepun, sempat belajar dua tahun. Orang perang atau tidak perang, saya belajar juga. Apabila semua universiti di Jepun ditutup saya balik semula ke Johor dan berkhidmat sekejap dengan kerajaan negeri. Apabila Raffles College buka semula saya sambung belajar sampai lulus. Kepada saya jentera dalam mindalah yang menggerakkan saya untuk berjaya. Kemahuan untuk berjaya itu harus ada dalam minda terlebih dulu. Soal hendak jadi kaya tidak pernah terlintas dalam fikiran saya.
MINGGUAN: Apakah antara perkara penting yang Pak Ungku belajar yang membentuk diri Pak Ungku sampai ke tahap ini?
UNGKU AZIZ: Satu perkara yang saya belajar semasa di Jepun ialah sifat samurai: Kalau dicabar, tarik pedang dan lawan. Kalau menang, menanglah; kalau kalah, mati. Habis cerita. Saya fikir orang yang hendak jadi unggul ini perlu ada semangat seperti itu - pantang dicabar. Tidak tahu takut, tidak kenal undur. Semangat samurai ini kepada saya ialah sifat perkasa. Dalam falsafah al-Ghazali pun ada disebut bahawa sifat orang yang berjaya ialah mereka yang berani.
MINGGUAN: Boleh Pak Ungku namakan Melayu unggul yang boleh dicontohi?
UNGKU AZIZ: Susah bagi saya hendak menamakannya tetapi orang itu harus ada ciri-ciri yang kita bincangkan tadi. Dia harus berani, jujur, amanah, berkata benar, berhemah, bekerja keras dan semangat tinggi. Dia mesti bersungguh-sungguh bak kata pepatah genggam bara api biar jadi abu. Kita jangan jadi bangsa hangat-hangat tahi ayam. Dan keunggulan mereka itu tentunya akan diukur dari segi kejayaan, baik dalam bidang apa sekalipun.
MINGGUAN: Sekarang ini orang melihat kepada Pak Ungku?
UNGKU AZIZ: (Ketawa) Saya tidak berani. Lihatlah diri saya ini. Saya begini saja. Saya tidak suka pakai tali leher dan saya makan simple saja. Ini bukan saya buat-buat; saya memang begini. Ini memang saya. Susah untuk orang jadi macam saya. Saya tidak fikir orang boleh meniru cara saya. Tetapi kalau dedikasi saya - dedikasi ini perkataan yang besar - terhadap pendidikan, barangkali, ya. Saya fikir orang boleh tiru sifat-sifat baik yang mereka fikir ada pada saya.

:: Shahrir Samad: Ada berita baik

Malaysiakini.com
Rakyat bakal menerima beberapa berita baik sebelum atau pada 1 Mei ini, bagi membantu mereka menghadapi kesan kenaikan harga barang yang berlaku sekarang. Itu janji Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad kepada rakyat Malaysia. Beliau membayangkan khabar baik itu akan berkait secara langsung atau tidak langsung dengan kesan inflasi harga barang yang ditanggung pengguna ketika ini. "Kita akan mendengar beberapa pengumuman yang akan dilaksanakan sebelum atau pada 1 Mei ini. Ada berita yang baik, ada berita yang akan membolehkan rakyat menjimat perbelanjaan, mungkin dari segi pelajaran, dan juga bantuan kebajikan yang lebih tersusun, lebih teratur dan bantuan perniagaan kecil-kecil-kecilan akan disusun balik," katanya. Shahrir berkata kesemua keputusan itu dibuat hasil perbincangan jawatankuasa kabinet bagi membendung inflasi sejak sebulan lalu, demikian menurut laporan Bernama.

:: Harga naik... masih murah


Rabu, 23 April 2008 00:48 WIB

MEDAN, WASPADA Online
Terhitung mulai kemarin (Selasa, 22 April 2008) pemerintah menetapkan harga pembelian pemerintah (HPP) beras dan gabah Rp200-Rp300 per kg, sehingga HPP beras di gudang Bulog naik dari Rp4.000 menjadi Rp4.300 per kg. Hal tersebut disampaikan Deputi Menko Perekonomian Bidang Pertanian dan Kelautan, Bayu Krisnamurthi di Jakarta, Selasa (22/4). "Dengan begitu harga gabah kering panen (GKP) di tingkat petani naik dari Rp2.000 per kg menjadi Rp2.200 per Kg. Sedangkan gabah kering giling (GKG) di Gudang Bulog naik dari Rp2.600 per kg menjadi Rp2.840 per kg."

:: UNITAR


KUALA LUMPUR, 18 April: Selain menyelamatkan Umno yang sedang hendak karam, para pemimpin Umno juga diminta menyelamatkan Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) yang mereka ambil alih dari KUB setahun lalu yang sedang menghadapapi malapetaka sekarang. Rata-rata kakitangan Unitar tidak berpuashati dengan kedudukan mereka bahkan mereka terasa selesa dan aman berada di bawah pentadbiran lama dahulu berbanding dengan pentadbiran Umno sekarang.

Yayasan Tun Abdul Razak (Pintar) yang dimiliki oleh Umno telah mengambilalih Unitar dari KUB Mac 2007 lalu selepas 10 tahun ia beroperasi untuk dijadikan universiti Umno. "Pada mulanya, kami cukup gembira dengan kehadiran pengurusan baru yang berjanji untuk membawa perubahan yang lebih baik kepada Unitar. Pengurusan baru kemudiannya telah membawa masuk orang-orang baru yang memegang jawatan tinggi. Namun setelah genap setahun Unitar di bawah engurusan baru dan setelah beberapa perubahan dilakukan, Unitar kni berada di dalam krisis," tulis seorang kakitangan Unitar kepada Siasah.

Kini, penyakit yang dihadapi Umno juga melanda Unitar. "Namun budaya mereka sama sahaja. Apa yang hadapi Umno itulah yang dihadapi kami di Unitar," kata pensyarah kanan Unitar kepada Siasah.

Rasuah, penyalahgunaan kuasa, suka mempersalahkan orang lain, memperlekehkan kakitangan, membina kekayaan peribadi dan sebagainya yang berlaku dalam Umno dan telah dihukum rakyat dalam pilihan raya baru-baru ini kini sedang menjalar dalam Unitar. "Kami tertanya-tanya, sampai bila pengurusan baru ining menyalahkan pihak lain selain daripada mereka sendiri," tulis kakitangan itu kepada Siasah.

Beliau membariskan beberapa gejala yang sedang berlaku dalam Unitar sekarang. Pembelian bas tanpa prosedur, pengubahsuaian sebuah dapur yang melibatkan wang jutaan ringgit, kekurangan kemasukan pelajar, pembelian kereta mewah untuk pihak pengurusan atasan dan kebajikan kakitangan yang terbiar adalah antara tanda-tanda Unitar sedang ditimpa malapetaka, tulisnya.
Posted by Siasah at 1:12 AM

:: Sabah bergelap



KOTA KINABALU 22 April – Gangguan bekalan elektrik yang menyebabkan hampir dua juta penduduk Sabah terpaksa ‘bergelap’ malam tadi berpunca daripada perbuatan pihak tidak bertanggungjawab mencuri besi palang penyokong sebuah menara kabel elektrik di Kampung Suang Parai dekat sini.... Berita Penuh

:: Negara Islam: DAP vs PAS


Pengerusi DAP berkata, janggal bagi PAS untuk meneruskan agenda negara Islamnya dan pada masa yang sama bekerjasama dengan dua parti lain dalam Pakatan Rakyat - PKR dan DAP.LAGI
Minta nasihat Tun Salleh
Henti buat kenyataan

Tuesday, April 22, 2008

:: Samy: Suara siapa



Ugutan Samy macam suara Hindraf...
OLEH BADRUL HISHAM ABDUL AZIZ
Dalam kata duanya kepada kerajaan, Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu berkata beliau akan mendapatkan bantuan daripada Negara lain sekiranya kerajaan tidak memenuhi kehendak masyarakat India yang diwakilinya. Kenyataan ini dinyatakan dalam temubual dengan laman sesawang Malaysiakini, hari Selasa. Beliau mengeluarkan kata dua itu kerana mendakwa selama ini kerajaan tidak melihat kehadiran dan peranan masyarakat India pada tahap sewajarnya. Antara lain beliau memberi contoh, masyarakat India... .. Berita Lanjut

:: Mantan menteri meraba




Dalam keadaan suhu politik negara agak panas sekarang, tiba-tiba muncul pula berita gempar mendakwa seorang bekas menteri dituduh melakukan gangguan seksual ke atas seorang wanita pelayan hotel berumur 30 tahun. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur Jumaat malam semasa menteri berkenaan bersama-sama beberapa rakannya sedang menikmati cigar (cerut) di sebuah kelab eksklusif yang terletak dalam hotel berkenaan. Kisah itu mula berlegar dalam internet sejak Isnin malam dan mencetuskan berbagai tandatanya khususnya siapakah bekas menteri itu. Asalnya ada juga yang menduga ia cerita tak berasas yang sengaja disebarkan menerusi internet. Namun kisah itu semakin jelas apabila Selasa Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC II, Ku Chin Wah semasa ditanya mengenai isu berkenaan mengesahkan polis ada menerima laporan mendakwa kes cabul melibatkan bekas menteri itu. KLIK PADA TAJUK UNTUK LAPORAN LANJUT.- 22/4/2008

:: BPR: Jerung dan bilis




Usaha pembaharuan bagi memulihkan keyakinan rakyat kepada ketelusan kerajaan diperkukuhkan lagi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Isnin mengumumkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan dijadikan sebuah suruhanjaya sepenuhnya. Pengumuman itu menurut Abdullah adalah sebahagian daripada usaha untuk menunaikan janji-janji yang dilakukan pada pilihan raya umum 2004. Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarkan maklum balas awal orang ramai, kerajaan mendapati kekecewaan rakyat terhadap situasi hari ini berpunca kepada tiga sumber utama. "Pertama, rakyat merasakan bahawa institusi dan kerangka perundangan bagi antirasuah masih lemah dan wujud kecenderungan untuk disalahguna. Mereka menyatakan keperluan bagi memisahkan kuasa secara jelas antara institusi kerajaan serta ketelusan dan kebertanggungjawaban awam yang lebih tinggi daripada agensi-agensi penguatkuasa," katanya. KLIK PADA TAJUK UNTUK LAPORAN LANJUT.- 21/4/2008