Thursday, January 31, 2008

:: Mimpi


:: semalam... 30.01.2008... sorang kenalan menghantar mesej ringkas... berkaitan bermimpikan arwah maknya yang dah meninggal dunia... cuma PakNgah minta dihuraikan sikit hal2 mimpi tersebut sebagai entri di dalam blognya... tapi nampaknya macam belum ada... mungkin tak berkesempatan barangkali atau pun ada sebab2 lain baginya...

:: mungkin perlu ditambahbanyakkan lagi doa khas bagi ibunya itu... di samping doa untuk semua muslimin dan muslimat... mukminin dan mukminat... yang telah "pergi" dan yang bakal "menyusul"...

:: kekadang mungkin dengan kesibukan kita... dalam mengejar masa dll... selesai sahaja solat... kita terlupa nak berdoa kepadaNYA... lipat sejadah dan ca alif but... terlalu tingginya keegoan kita jika itu yang kita lakukan... sedangkan DIA adalah tempat kita memohon...

:: ibubapa kita yang meninggal dunia mengharapkan doa daripada anak atau anak2... iaitu doa anak2 yang soleh dan solehah... selain amalan baik dan sedekah jariah yang dilakukan dalam tempoh hayatnya... moga dapat "membantu" mereka...

:: namun kata orang tua2... jika kita bermimpikan orang yang kita kenali dan yang dah meninggal dunia itu... mengajak kita ke suatu tempat dan kita mengikut ajakannya... maka "bersedia"lah kita dalam 90 hari... untuk bakal "menyusuli"nya.... wallahu'alam...

Sunday, January 27, 2008

:: Kera memasak...


Era kanak2 dulu... periuk kera ni banyak terdapat di kawasan "hutan kemunting" di Kpg Sg Batu dan kawasan "Kpg Bulang"... yang sekarang ni dah termasuk di dalam pagar Kolam Air Pantai Remis... bermula dari rumah Tok Awang... berdekatan rumah murah dan Kg Ribut membawa ke arah Kpg Sg Batu. Itu zaman dulu2 le... sekarang ni nak tengok benihnya cukup payah. Tapi di Sarawak... banyak dan bersepah... terutama jika kita sedikit rajin meninjau kawasan pinggir jalanraya... semak2... dan kawasan pokok renek... malah diniagakan sebagai pokok hiasan dan digunakan untuk memasak nasi bagi yang bersaiz besar... banyak di Serikin sempadan negara jiran... kira2 sejam lebih perjalanan darat dengan kelajuan purata 90 km/jam.
Macamana boleh dapat nama sebegitu kena buat kajian lanjut le... terutama bagi yang berminat. "Periuk kera"... nama diberi... seolah2 kera telah menggunakannya sebagai periuk... namun yang jelas ialah... selalunya sebagai takungan air dan serangga yang telah mati di dalamnya...

:: Hujung minggu


Hari Jumaat sebelah petangnya MakNgah ambil Acik di asrama... berkongsi kereta dengan Cikgu Dayang yang turut menjemput anaknya Nur Ardiana... yang juga di Tingkatan 1 berlainan kelas... untuk balik bermalam. Mereka lajak ke IPTAR sebab PakNgah ada di sana. Bermalam di IPTAR bersama Anjang dan Angah yang datang kemudiannya.

Pagi semalam kami ke Tabuan Jaya dan bermalam... walaupun PakNgah kelewatan sedikit. Banyak juga bahan yang perlu disiap dan dibawa bersama untuk suatu tugas di Langkawi nanti berkaitan perjawatan 2008 dan 2009. Tidak kesunyian di pejabat pagi semalam... sebab ada kuliah gantian untuk cuti tambahan sempena Tahun Baru Cina. Dah dua kali Sabtu... guru pelatih dan pensyarah mengganti kuliah. Semua ni melayakkan mereka bercuti panjang nanti... terutama yang tinggal jauh dan melibatkan penerbangan. Berkesempatan juga bincang dengan Encik Mohd Iskandar hal2 kolej kediaman... sepanjang ketiadaan PakNgah hampir seminggu nanti.

Masalah penerbangan menyebabkan perlu bermalam di KL malam ni... sebelum berlepas ke Padang Mat Sirat awal pagi esok.

InsyaAllah... sebagaimana biasa... dapatlah berjumpa dan bersembang panjang dengan PakSu Yeh sekeluarga nanti... apabila ke pulau yang kononnya telah disumpah dik Mahsuri... 7 keturunan menjadi padang jarak padang terkukur itu. PakSu Yeh adalah adik tiri bungsu kepada Allahyarham ayahnda Lin... sama emak berlainan bapa... yang bermastautin di Kuah sejak zaman bujang terunanya lagi...

Untuk itu... tak dapatlah nak hantar anak bungsu ke asramanya petang ni... memadai MakNgah bersama Angah dan Anjang yang akan ke sana nanti... dan pagi ini... cadang2nya nak pekena Laksa Sarawak di Satok dulu...

Saturday, January 26, 2008

:: Menumpang kasih


Saya telah menghampiri 40an... masih "single"... punya kerjaya menarik... seorang pensyarah... usia yang sudah dikira agak lewat untuk bercinta dan memadu kasih. Alhamdulillah, saya berkemampuan berbelanja dengan mewah... namun bila dikenang2 semua ini... apakah maknanya... jika masih menyendiri melayan perasaan ingin berkeluarga sebagaimana wanita lain... dan untuk itu saya rela untuk bermadu.

Hingga kini... harapan tinggal harapan... ditambah dengan tiadanya lelaki "special" yang boleh digantung harap. Terfikir juga untuk mempelawa diri dengan lelaki yang lebih muda... namun, jangka panjangnya mungkin tidak akan menyebelahi saya... menjadikan saya mengharapkan akan ada duda atau bujang terlajak (bulajak)... malah suami orang untuk saya menumpang kasih... sementara punya sedikit lagi baki usia dalam menghirup udara di bumi ini.

Saya pasti dilema sebegini makin berleluasa di kalangan wanita... yang punya kerjaya atau tidak. Rasanya tidak salah bagi saya untuk kemukakan persoalan ini... yang lebih bersifat peribadi.

Apakah yang patut saya lakukan...?

NEILA

Thursday, January 24, 2008

:: Selingan: Pandang mudah



Pesakit: doktor... tolong saya...
Doktor: iye... apahal...
Pesakit: sebiji kacang hijau termasuk ke dalam telinga saya...
Doktor: sukar sedikit... perlu diteliti betul2 untuk mengeluarkannya...
Pesakit: apa susahnya... sebiji kacang hijau je...
Doktor: jika tidak berhati2... boleh cederakan bahagian dalaman telinga...
Pesakit: isy... sebiji kacang kacang je... kecil je...
Doktor: jika begitu saya cadangkan... balik je...
Pesakit: kenapa pulak... (kehairanan)
Doktor: buat sendiri... masukkan air ke dalam telinga... (bernada serius)
Pesakit: lepas tu... (rasa ingin tahu)
Doktor: tunggu hingga tumbuh tauge... kemudian cabut sendiri!!! (geram)


:: biasanya... orang yang tak tahu apa2... memang boleh berkata apa2 sahaja...

:: Gendang dah dipalu


:: semakin banyak berita... kisah yang dikisahkan... memungkinkan pilihanraya semakin hampir... cuma menunggu pembubaran parlimen dan diikuti pengumuman tarikh pilihanraya oleh pihak SPR.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu ahli Umno menyokong penuh sesiapa saja yang dipilih pucuk pimpinan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ... [+]

BN mampu menang besar di Putrajaya
PUTRAJAYA 23 Jan. - Pergerakan Pemuda UMNO Putrajaya yakin Barisan Nasional (BN) mampu mengulangi kemenangan besar di kawasan pusat pentadbiran kerajaan itu pada pilihan raya umum akan datang di bawah pimpinan Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Formula Anwar mahu jadi wakil rakyat
KUANTAN 23 Jan. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun tidak dapat bertanding pada pilihan raya umum ke-12 yang dijangka diadakan sebelum April ini, beliau akan memastikan dirinya tetap berpeluang menjadi wakil rakyat.

DAP Sarawak kekal tanding 7 kerusi Parlimen
KUCHING 23 Jan. - DAP Sarawak kekal bertanding di tujuh kerusi Parlimen negeri ini, dengan memperkenalkan tiga muka baru sebagai calon di Bintulu, Miri dan Sibu.

Senarai calon MCA Johor selepas Tahun Baru Cina
JOHOR BAHRU 23 Jan. - Senarai calon MCA di Johor yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-12 akan diketahui selepas sambutan Tahun Baru Cina.

Monday, January 21, 2008

:: Serba salah


Kekasih beristeri dua cemburu melampau

SAYA pelajar institusi pengajian tinggi swasta berusia 22 tahun. Masalah saya adalah kekasih kuat cemburu dan terlalu mengongkong saya. Dia tak benarkan saya keluar siang, apatah lagi malam. Selepas habis kelas, dia nak saya terus balik rumah. Kalau tidak, dua atau tiga hari dia buat perangai supaya saya rasa risau. Dia cuma tak kisah kalau saya pergi pasar.
Saya tertekan dengan cara dia mengongkong saya keterlaluan. Saya masih muda dan nak juga keluar jalan-jalan dengan kawan, tapi dia selalu fikir saya keluar jumpa lelaki lain.Jujur saya katakan, saya setia dan sayangkan dia. Keseluruhannya, saya boleh terima dia seadanya. Cuma dia kuat mengongkong, cemburu dan kasar bahasanya. Dia baik daripada segi lain, termasuk prihatin dan penyayang.
Sebelum saya kenal dia, saya ada ramai kawan lelaki dan perempuan serta bebas ke mana saja, namun masih terkawal. Cuma sekarang saya fikir sampai masanya saya cuba belajar jadi setia dan menjaga kelakuan demi maruah saya sendiri.
Saya bukan nak bebas keterlaluan, cuma nak keluar jalan-jalan, membeli-belah, tengok wayang dan sembang-sembang dengan kawan. Malangnya, kekasih saya tak berkenan dengan aktiviti begini, sedangkan saya jenis yang begitu.
Bolehkah beri saya idea bagaimana nak selesaikan masalah ni. Kami dah berkasih lebih setahun. Kekasih saya umurnya 46 tahun dan mempunyai dua isteri. Kedua-dua isterinya baik dan boleh tinggal sebumbung. Isteri pertama tak bekerja, manakala isteri kedua bekerja di luar negara. Itulah maklumat serba sedikit mengenai kekasih saya.
CESAREENA

:: Highway kita



cantik jugak kalau highway kita sebegini...

Sunday, January 20, 2008

:: Hangus


:: membaca entri abg putra... "sama bahasa lain makna" tu... PakNgah dah pun berikan komen mengenainya... yang berkaitan kisah benar... ketika PakNgah kali pertama masuk ke kelas... ketika menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Rajang... ketika itu... tahun 1978...

:: apa2pun ada satu lagi bahasa yang memberi makna yang amat jauh bezanya... dan kisahnya bermula dengan suatu malam...

:: sedang PakNgah dan pensyarah2 lain sedang menikmati jamuan makan malam di dewan makan maktab bersama guru pelatih lain (ketika itu... sekarang ni dah ditukar kepada institut)... tiba2 datang seorang isteri seorang pensyarah tercungap2 akibat berlari2 anak... eh eh eh... mana itu encik..... (disebut le nama sebenar PakNgah)... rumah dia dah HANGUS... cepat... katanya lagi sambil berpatah balik.

:: maka... apa lagi... secara spontan PakNgah dan En. Encharang Agas... pengetua maktab ketika itu (sekarang ni dinamakan Pengarah) yang kini dah pun bersara... meninggalkan majlis... berlari2 anak ke quarters yang PakNgah diami... dan apa yang difikirkan oleh PakNgah ketika berlari2 anak bersama2 boss itu ialah... habislah semua dokumen penting... habislah segala peralatan dan perabut... musnahlah segala pakaian dll termasuk mungkin telah memusnahkan quarters pensyarah lain... fuh... macam2 yang difikirkan ketika itu...

:: ahli keluarga pensyarah lain ramai yang datang dan mengerumuni kawasan quaters... namun PakNgah bersyukur kerana tak sakit jantung... jika tidak... mungkin dah "padam"... kerana premis kerajaan dah hangus terbakar...

:: HANGUS bermakna... menjadi binasa kerana dimakan api... terbakar hingga menjadi hitam... dah menjadi arang... itu yang biasanya yang kita fahami... tapi bagi penduduk tempatan (Sarawak) maknanya lain sedikit... walaupun yang terbakar tu sikit je... asalkan ada api dan ada asap... hangus le kata mereka...

Saturday, January 19, 2008

:: Susu yang tumpah


:: ketika berehat dan bersantai bersama keluarga... sempat juga mengulang baca sebuah buku lama... yang mengisahkan bagaimana seorang pensyarah di sebuah universiti memulakan pengajarannya... bagi subjek kesihatan berkaitan pemakanan.

Seorang daripada pelajarnya menceritakan:

"Beliau membawa segelas susu dan meletakkannya di atas meja. Jelas kelihatan oleh kami. Kami duduk sambil kehairanan melihat susu tersebut. Apa yang akan dilakukannya?"

Akhirnya pensyarah tersebut memukul gelas susu itu dengan kuatnya. Gelas jatuh lalu pecah dan susu pun tumpah... dan sambil mengeraskan suaranya... diberitahu kepada pelajarnya... jangan risau mengenai susu yang tumpah!


Boleh difikirkan:

Susu telah hilang sedangkan sebelumnya ada... ada di dalam gelas. Oleh kerana sesuatu sebab... kita yang memecahkan gelasnya... atau kita yang menuangkannya atau mungkin kerana dipecahkan oleh orang lain... menjadikan susunya tumpah. Sukar bagi kita untuk mengambilnya kembali... itu yang pasti. Susu yang sepatutnya tidak tumpah... telahpun tumpah... dan kini telah terlambat untuk kita mengumpulkannya kembali.

Begitu juga dengan kita... dengan kehidupan kita. Perlukah kita bersedih dan menyesali nasib atau menyalahkan diri sendiri... atau cuba membabitkan orang lain apabila sesuatu perkara telah berlaku... dan apakah yang sepatutnya kita lakukan... ?

:: All-new proton

Perdana Menteri... Pak Lah disisi kereta Proton Saga generasi baru
yang dilancarkan oleh beliau di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur


New Saga 'will be the people's pride and joy'
KUALA LUMPUR: The new Proton Saga model will be a worthy successor to the iconic first Malaysian car, said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi taking a closer look at the Proton Saga. With him are Proton Holdings Berhad chairman Datuk Mohamed Azlan Hashim (left) and managing director Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir. Read more

Say hello to the all-new Proton Saga, which was launched earlier this evening. The entry-level B-segment offering looks set to redefine the segment, and in a very big way. More..

Saga baru bukti kemampuan Proton: PM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu strategi operasi Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) ditambah baik secara berterusan kerana persekitaran industri automotif global semakin mencabar dan cita rasa serta kehendak pelanggan pula semakin berbeza. [+]


PM lancar model baru Proton Saga
Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 18 Jan. – Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) hari ini mengembalikan nostalgia kelahiran pertama keretanya 23 tahun lalu apabila melancarkan model ke-16 dengan nama ‘Saga’ yang dijangka menjadi ‘kereta rakyat’.
Proton Saga model terbaru itu bakal meneruskan kejayaan model pertama dikeluarkan pada tahun 1985 yang telah menjadi ikon dan kebanggaan negara dengan kira-kira 1.2 juta unit telah terjual sehingga hari ini.
Proton Saga generasi baru ini, menggunakan enjin Campro 1.3 liter yang dibangunkan Proton, ditawarkan dalam tujuh warna dan lima versi pada harga antara RM31,500 sebuah (termasuk insurans) hingga RM39,998 sebuah.

Friday, January 18, 2008

:: Hari asyura


Sejarah Puasa Asyura
Artikel ini dipetik dari laman web Persatuan Ulama Malaysia


Sepuluh Muharram dalam bahasa Arab, disebut Asyura. Orang Melayu Kelantan menyebutnya Sura. Di beberapa daerah di Indonesia misalnya, hari itu dirayakan dengan membuat bubur merah-putih. Putih mencerminkan Hasan dan merah melambangkan Husein. Seperti dalam sejarah, Saidina Hasan pernah melakukan perdamaian dengan penguasa demi kebaikan umat. Tetapi malangnya, perdamaian itu dikhianati oleh elit-penguasa itu sendiri. Putih adalah lambang perdamaian.Sementara Saidina Husein melihat pengkhianatan itu segera bangkit melawan pemerintah lalu terjadilah peristiwa tragis iaitu Tragedi Karbala. Padang pasir Karbala memerah dengan darah syuhada. Merah adalah lambang kesyahidan.

Agak sukar untuk menemukan orang tua yang dapat menjelaskan asal-usul tradisi itu. Para ulama yang ditanya, hanya menjelaskan tentang disunatkannya puasa pada hari itu. Mengapa? Kerana hari itu adalah hari pertolongan Allah kepada para nabi dalam menghadapi orang-orang zalim.

Pada hari Asyura, Ibrahim lepas dari api Namrud, Yunus keluar dari perut ikan, Musa bebas dari hambatan Firaun, dan Muhammad SAW selamat dari racun orang Yahudi. Kononnya, masih kata para ulama, ketika Nabi Muhammad SAW ke Madinah, baginda menemukan orang Yahudi berpuasa pada hari itu untuk mengenang kemenangan Musa. 'Aku lebih berhak untuk berpuasa daripada kalian,' kata Nabi SAW kepada orang-orang Yahudi. Maka kaum mukmin yang saleh di Malaysia selalu melakukan puasa Asyura sebagi ungkapan syukur atas kemenangan para Nabi.

Sebahagian Muslim di Mesir mengungkapkan rasa syukur mereka dengan cara lain. Mereka memakai pakaian yang indah, makan-makanan dan bergembira. Al-Makrizi, ahli sejarah Islam, dalam At-Khuthath, jilid 1, hlm. 490, menulis, 'Dinasti Fathimiyyah di Mesir menjadikan Asyura sebagai hari dukacita (untuk mengenang kematiah Saidina Husein di Karbala)... Ketika raja-raja Bani Ayyub merebut Mesir, mereka menjadikan hari itu hari gembira... melanjutkan tradisi orang-orang Syam yang dirintis Al-Hajjaj pada zaman Abd al-Malik ibn Marwan.

Tujuan utamanya adalah mempermalukan pengikut Ali bin Abi Talib yang menjadikan Asyura sebagai hari dukacita. Al-Hajjaj adalah tonggak besar dinasti Umayyah. Dia melakukan strategi kekerasan dalam menumpas pengikut Ali - lawan politik Bani Umayyah -secara fizikal. Di samping itu, dia melakukan penyelewengan fakta untuk membasmi Saidina Ali secara intelektual. Bermula sejak kekuasaan Muawiyah, pengetahuan umum diarahkan untuk membenci Ali dan mencintai penguasanya. Pendapat yang berbeza dibanteras. Pendapat yang sesuai dengan selera elit-penguasa disebarluaskan. Para khatib disuruh mengutuk Ali di mimbar-mimbar Jumaat. Hadis-hadis tentang keutamaan Ali dilarang diriwayatkan. Hadis-hadis buatan yang mengecam Ali digalakkan.Begitu pula, ajaran Islam yang dijadikan syiar pengikut Ali dibid’ahkan atau dicarikan tandingannya. Lalu, di Karbala terjadilah pembantaian keluarga Ali bin Abi Thalib pada 10 Muharram 61 H oleh Bani Umayyah. Husein bin Ali dibunuh dengan cara yang sangat kejam. Asyura ertinya -sepuluh- bermakna hari terbunuhnya Husein dan sekaligus hari kemenangan Bani Umayyah. Para pengikut Ali tentu sahaja menjadikan hari itu hari berkabung, hari terbunuhnya cucu Rasulullah, dan hari syahidnya seorang pejuang keadilan.

Setiap kali Asyura mereka mengenangkan peristiwa itu dan merintih penuh nestapa. “Bagi kami, setiap hari adalah Asyura dan setiap tempat adalah Karbala,” teriak mereka. Laungan teriakan itu terdengar lagi ketika para pengikut Ali menumbangkan kekuasaan Syah Moden pada akhir 1978. Oleh kerana itu, Asyura menjadi lambang yang mengancam para elit-penguasa. Al-Hajjaj menetapkan Asyura sebagai hari gembira dan hari bersyukur. Kerana ‘might is right’ (kekuasaan itulah yang benar) maka yang kalah tentu sahaja salah. Justifikasi keagamaan harus dibuat. Lahirlah hadis-hadis yang menyatakan Asyura sebagai hari kemenangan para Nabi dan kekalahan orang zalim. Seperti kata sebahagian ulama, kita harus bersyukur dengan berpuasa pada hari itu.

Akhirnya, kita terpaksa bertanya, “Tidakkah sebahagian yang kita anggap ajaran agama itu sebenarnya hasil rekaan politik sepanjang sejarah?” Nampaknya, agama juga ternyata tidak terlepas daripada politik.

:: Berehat

:: hari ini bercuti rehat... telah dirancang awal... telah maklumkan kepada boss sebelum ini... agar boss tak kehairanan apabila disedarinya akan ketiadaan PakNgah nanti... ketika majlis penutupan minggu pengurusan pelajar baru... pada pagi ini sekitar jam 10 pagi.
:: dapat le berehat selama 3 hari... dan insyaAllah akan berkesempatan dan berpeluang menjemput Acik dari sekolahnya pada petang ni seawal jam 2... dan jangkaan awal akan banyak le cerita dan kisah masam manis... pahit getir dan asam garam yang telah dilaluinya selama 2 minggu melalui "hidup dan kehidupan" di asrama... yang sewajarnya mempercepatkan proses mematangkan dirinya... insyaAllah...

:: Tak sampai ke hujung

:: malam persembahan kebudayaan adalah antara pengisian wajib bagi Program Minggu Pengurusan Pelajar Baru... telah berlangsung malam tadi di Dewan Sri Samarahan... PakNgah perlu hadir sebab boss keuzuran... apa2 pun tak sampai ke hujung sebab PakNgah pun keuzuran... batuk menjadi2... terkilan sedikit tak dapat bersama hingga penamatnya... terpaksa minta Ketua Jabatan HEP mewakili...
:: persembahan dipelbagaikan mengikut kreativiti kumpulan... dan bilangan persembahan dikurangkan apabila beberapa kumpulan digabungkan selain dari beberapa kumpulan asal yang dikekalkan... menarik persembahan yang dipertontonkan walaupun tempoh latihan amat singkat akibat aktiviti yang dipadatkan... kelihatannya perjalanan program licin dan teratur.... tapi rasanya mungkin lebih baik jika turut dihadiri dan mendapat sambutan daripada para pensyarah dan pelajar senior lain... sebab seolah2nya hanya sebilangan kecil sahaja yang mungkin punya ruang waktu yang mampu diperuntukkan untuk aktiviti sebegini...
:: syabas kepada semua yang menyumbang ide... tenaga dan masa untuk aktiviti malam tadi... walaupun mungkin masih ada ruang penambahbaikan jika diteliti benar2...

Wednesday, January 16, 2008

:: Minggu ini


:: sepanjang minggu ni... ada Program Minggu Pengurusan Pelajar Baru... melibatkan pelajar KPLI (SR) sepenuh masa... KPLI (LPBS) j-QAF dan PISMP yang mula mendaftar pada 14.01.2008... dan hingga semalam hanya 219 orang yang datang mendaftar dari sejumlah 251 orang kesemuanya... tak termasuk pelajar PISMP yang telahpun berada di IPTAR selama 18 bulan sebelum ini ketika praPISMP.

:: program keseluruhan adalah kendalian Jabatan HEP dengan kerjasama erat daripada para pensyarah... JPP dan pelajar lain... dan alhamdulillah majlis perasmian sempurna dilaksanakan pada 15.01.2008 oleh Timbalan Pengarahnya... manakala majlis penutupan program akan disempurnakan oleh Datin Pengarah pada Jumaat ini, insyaAllah.

:: program dipadatkan dengan aktiviti bermanfaat antaranya... taklimat, kenali IPTAR, LDK, riadhah, tazkirah/moral dan malam persembahan bakat.

:: diharap selama tempoh 1 tahun bagi pelajar KPLI dan selama 18 bulan bagi pelajar KPLI(LPBS) j-QAF... yang akan menerima diploma pendidikan masing2... dan selama 4 tahun bagi pelajar PISMP... yang akan menerima ijazah pendidikan nanti... mampu menjadi guru permulaan yang "berwatak serta berwajah guru" sebagaimana harapan semua pihak.

Tuesday, January 15, 2008

:: Sekadar meneka


(daripada "alahai pakngah"... entri rakan maya kita... SH)


Teringat seseorang yang pernah bercerita tentang konsep membina dan mencari ni... dia kata...


"rumahnya menggunakan lampu gasolin, dan dia nak berikan yang terbaik pada si isterinya iaitu lampu elektrik kerana dia dah kepenatan mengepam lampu gasolin, dan dengan harga minyak gasolin yang semakin mahal dan harga penunu butterfly yang semakin sukar untuk ditemui so dia teringin nak ada lampu elektrik yang mampu menerangi rumahnya hanya dengan memetik suis jerr...so berjalanlah dia mencari siapa yang mampu memberikan cara dia untuk menyediakan lampu elektrik ni..akhirnya seseorang memeberitahu bahawa dia perlu membina sebuah janakuasa yang mampu menyalurkan sumber elektrik yang diperlukan...dan si suami ni, siang dan malam bertungkus lumuslah membina janakuasa untuk si isterinya tetapi si isteri asyik komplen kerana selalu balik lambat dan sering kepenatan...tanpa memahami niat si suami tu..."

PANDANGAN:
:: niat dan usaha suami demi isteri sewajarnya dipuji ... tapi... suami mungkin sepatutnya mendapatkan pandangan lain... bukannya terus setuju terima cadangan yang diberikan... sekurang2nya memilih yang terbaik dari pilihan yang ada... dan suami mungkin perlu memaklumkan niat dan usahanya itu kepada isterinya... agar tidak disalah anggap... dan nampaknya pasangan ni semacam punya masalah komunikasi... dan punca masalah mungkin lebih berpihak pada suami... walaupun isteri juga turut menyumbang sedikit sebanyaknya...

:: sekadar meneka je...

::Hakikatnya


usahlah kita mengira bahawa dunia diciptakan untuk melayani seseorang secara lengkap sempurna... hakikatnya tiada seorang pun di kalangan kita ini akan memperolehi semua keinginannya dan bebas dari segala macam "kekeruhan"...

Monday, January 14, 2008

:: Catatan rakan maya

Seorang rakan maya kita ada membuat catatan seperti berikut:
ada seseorang pernah berkata..."aku menghadap kehidupan kerana aku hidup"...Apa maksud kata-kata itu?
(Jawab:... tak tau...SH kena tanya balik kat orang tu...... tapi mungkin orang tu redha akan apa yang dia ada dan menerima semua perkara seadanya...dia menerima kelebihan dan kekurangan pasangannya...dia juga redha terhadap masalah yang ditimbulkan oleh pasangannya...)
ada seseorang pernah berkata..."aku ingin seorang pendengar yang dapat mendengar segala keluh kesah dan lara aku"...Apa maksud kata-kata itu?
(Jawab:... tak tau... SH kena tanya balik kat orang tu...... tapi mungkin orang tu hanya perlukan seseorang sebagai pendengar sahaja... tak lebih dari itu... pasangannya dianggap macam boneka... pandangan, pendapat dan nasihat tak perlu untuknya...)
ada seseorang pernah berkata..."aku ingin hak aku dihormati dan aku menerima hak aku"...Apa maksud kata-kata itu?
(Jawab:... tak tau... SH kena tanya balik kat orang tu...... tapi mungkin orang tu mau dirinya dihormati sebagaimana sepatutnya dan dianggap itu adalah haknya untuk mendapat penghormatan tersebut... jangan perlekehkannya...tiada kompromi tentang itu... cuma hanya untuk dirinya sahaja... bukan untuk pasangannya...)
ada seseorang pernah berkata..."apa kau nak aku akan berikan..cuma aku nak kau beri balik sebagaimana aku terima dari kau"...Apa maksud kata-kata itu?
(Terdapat semacam adanya kesilapan penggunaan aku dan kau di situ. Jawab:... tak tau... SH kena tanya balik kat orang tu...... tapi mungkin orang tu cuba memenuhi segala permintaan... tapi pemberiannya semacam tidak ikhlas... perlu dibalas balik...namun orang tu adalah jenis berterus terang... tiada selindung2...ucapannya adalah kata hatinya...)
ada seseorang pernah berkata..."aku beri dan akan terus memberi agar suatu hari dia memahami bahawa aku juga ingin menerima"...Apa maksud kata-kata itu?
(Jawab:... tak tau... SH kena tanya balik kat orang tu...... tapi mungkin orang tu cuba memenuhi segala permintaan... tapi pemberiannya semacam tidak ikhlas... sebab masih mengharapkan balasan... cuma orang ni jenis tak berani atau tak mau berterus terang... hanya mengharapkan agar orang lain memahami dan mengerti kehendak hatinya... dan pasangan orang ni sewajarnya punya deria ke-6 agar kelangsungan berumahtangga mampu dipertahankan...)
Itu adalah antara ruang lingkup yang boleh dibuka dan dilihat...dan dilondeh, cuma bergantung kepada keberanian kita menyebut satu-satu tanpa melibatkan emosi dan bersikap rasional terhadap keperluan dan kehendak kita dan pasangan kita.
(Jawab:... amboi mak... banyaknya yang dilondeh... kahkahkah... ada 5 jenis manusia ni yang mungkin dimiliki oleh seorang individu atau mungkin dimiliki oleh individu yang berbeza... )
Ramai di antara kita tidak berani kerana kita takut...ada yang takut dengan bayang-bayang sendiri, ada takut ditinggalkan, ada yang takut dipandang serong, takut mengecewakan harapan orang...Maka tiada keputusan, tiada harapan, tiada pengisian...TIADA! Apa yang ADA?
(Jawab:... keputusannya ada... harapannya ada... pengisiannya ada... cuma kita perlukan penyesuaian diri dengan pasangan kita... ubahsuai kehendak dan keperluan kita agar tidak bertentangan dengan kehendak dan keperluan pasangan kita... dan begitu juga dengan pasangan kita yang perlu mengubahsuai kehendak dan keperluannya agar tidak bertentangan dengan kehendak dan keperluan kita... namun jika KEDUA2nya KERAS KEPALA... tunggulah saat kemusnahan dalam berumahtangga... dan kelangsungan berumahtangga itu tidak akan panjang usianya jika hanya SATU pihak sahaja yang sentiasa mengalah... manakala SATU pihak lagi sentiasa nak menang... tapi apa2pun... komunikasi +ve tu amat perlu dalam banyak keadaan yang mampu merungkai kekusutan... yakinlah tentang itu... dan orang tua2 selalu berpesan... RUMAH TANGGA DIBINA BUKANLAH UNTUK DIRUNTUHKAN)

Sunday, January 13, 2008

:: Anjang memandu


:: "seronoknya memandu... tapi masa nak membelok tu tangan jadi bersimpang siur kat stering kereta... dan berpeluh jugak le apabila selama 3 jam "didera" dik Udak Jas... dan keadaan kereta macam ular kena palu... ke kiri ke kanan... ke kiri ke kanan..." begitulah antara kata2 Anjang (Ahmad) yang mula belajar memandu kereta hari ini... setelah menghadiri 2 sesi kursus sebelum ini... yang diwajibkan oleh pihak sekolah memandu sebagaimana tuntutan pihak JPJ sebagai prasyarat sebelum dibenarkan memandu.

:: "macam sengaja nampaknya Udak Jas (adik MakNgah yang punya lesen sebagai instruktor) nak dera... diarahnya melalui jalan yang sibuk... entah ke mana2 diarahnya... dah le ini kali pertama nak memandu... berpeluh sejuk wooo... "... tambahnya lagi sambil bercerita yang menampakkan keseronokannya dapat belajar memandu kereta mulai hari ni.

:: pagi tadi... dalam perjalanan nak ke sekolah Acik... Jazlan (Udak Jas panggilan anak2 PakNgah) menghubungi Anjang memaklumkan bahawa jadual memandu ditetapkan sekitar jam 1.30 tengahari... dan akan menjemput Anjang di Tabuan Jaya... apabila Jazlan ternampak kelibat kereta yang PakNgah pandu ( bersama MakNgah, Angah dan Anjang) ketika melalui Jalan Matang sebelum membelok ke simpang kiri nak ke SM Sains Kuching.

:: Membentuk jati diri

:: se awal pagi jam 7.45... anak bungsu PakNgah dah hubungi bertanyakan di manakah kami kini... sebab mungkin menjangkakan kami telah bergerak ke sekolahnya... sebagaimana yang diharapkannya agar kami berada bersamanya dalam tempoh yang lebih lama sehingga jam 12.30 tengahari... sedangkan ketika itu kami masih di rumah.
:: setelah siap semuanya... termasuk membawa bersama barang dan alatan lain yang dipesannya... kami tiba di sekolahnya... agak masih terlalu awal pada anggapan PakNgah iaitu sekitar jam 9.00 pagi untuk melawat... dan kelihatan dia sedang berlonggok di pondok wakaf di bahagian kiri dewan perhimpunan sekolahnya... bersama 3 orang rakan lain yang mungkin juga sedang menunggu ibubapa dan penjaga untuk menziarahi mereka... dan beredarlah rakan2 sekelasnya itu ke tempat lain untuk memberi laluan kepada kami di pondok tersebut yang hanya memuatkan 6 bangku simen bersama 1 meja bulat.
:: dan begitulah biasanya mungkin bagi anak2 yang kali pertama diam di asrama... berjauhan sedikit dari ketiak ibubapa... melalui program minggu orientasi yang disusunatur oleh pihak sekolah... dan kehidupan yang berbeza sedikit dari kebiasaan ketika di rumah bersama ahli keluarga berbanding aturcara rasmi dan tidak rasmi serta peraturan di sekolah yang perlu dipatuhi dalam usia sebegitu... baru masuk ke tingkatan 1.
:: banyaklah perkara dan hal2 yang diceritakan oleh anak bungsu kepada Angah dan Anjang yang turut serta bersama PakNgah dan MakNgah pagi tadi... dan PakNgah hanya sebagai pendengar setia terhadap luahan perasaan yang terkumpul dan dipendamnya selama 6 hari sejak mendaftar ke sekolah tersebut pada 8 januari lalu... yang sesekali dicelah oleh MakNgah... sambil menjamah sedikit juadah yang dibawa.
:: selain dari pesanan biasa daripada Angah (kakak), Anjang (abang) dan MakNgah kepada Acik (anak bungsu) apa yang patut dan tak patut dilakukan... PakNgah hanya menegaskan peri perlunya jati diri dibina ketika berada di sekolah... termasuklah segala peraturan dan cara hidup di asrama dan di sekolah... dan PakNgah turut memaklumkan bahawa PakNgah akan mengurangkan tempoh masa lawatan dari semasa ke semasa mengikut keadaan dan keperluan... agar Acik mampu membiasakan diri dengan keadaan2 di luar jangka terutama apabila tidak dilawati nanti jika keadaan tidak mengizinkan atas sesuatu hal... dan alhamdulillah... Acik memahami... malah ditekankan jugak agar Acik tidak kerap balik ke rumah walaupun berpeluang balik ke rumah iaitu sekali bagi setiap 2 minggu... supaya terbiasa dengan kehidupan sendiri di asrama... dan dari maklumannya PakNgah tahu bahawa Acik mengaku memahami dan mengerti erti dan makna di sebalik "hidup dan kehidupan" diam di asrama.
:: alhamdulillah... semoga Acik tabah melalui semua cabaran dan dugaan (jika ada) dalam melalui detik2 sepanjang usia remajanya dan seterusnya... hinggalah mampu berdiri dengan penuh yakin... sebagai asas pengalaman yang perlu dilalui... terutama apabila PakNgah dan MakNgah "dah tiada" nanti...
:: insyaAllah... minggu depan kami akan menjemputnya balik ke rumah... setelah 2 minggu merasai nikmat hidup di asrama... iaitu suatu pengalaman yang tidak mampu diperolehi kecuali kita berada di dalam "kehidupan" itu sendiri...

Saturday, January 12, 2008

:: Tidak sebaya

Menjadi nampaknya apa yang dirancang... pagi tadi sekitar jam 10... bertemulah dengan rakan maya di Kopi O Corner (satok)... arsaili... orang Kg Stapok (Batu Kawa, Kuching)... yang baru tiba dari Australia/KL... yang menyambung pelajaran di sana... kecil molek orangnya... peramah... dan tak hairanlah jika puas kami "berlabun" sakan hingga melebihi jam 1 tengahari... dan merupakan pelanggan terakhir yang beredar... itupun setelah beberapa kali pekerja/petugas berulangalik mundar mandir di hadapan kami... perbualan secara santai yang berkisar tugas rutin dan dunia pendidikan...
Terima kasih kepada rakan maya ini yang sudi meluangkan masa berbual santai dengan PakNgah dan "ole2" yang diterima daripadanya.
Menariknya... "rata2 rakan maya yang ditemui adalah rakan tidak sebaya"... ujarnya lagi... sebab usia antara kami berdua... hampir separuh bezanya... dan seronoknya perkenalan bermula dengan... " ini PakNgah ke?"... soalnya ketika PakNgah sedang meneliti akhbar di ruang luar Kopi O Corner sebagaimana yang dijanjikan.

:: Tunggulah cahaya fajar


Sedari kecil kita sentiasa inginkan sesuatu... dan kita akan berusaha untuk mendapatkannya walau apa cara sekali pun... begitulah kita... kekadang perlu berusaha sendiri... kekadang perlu merengek malah kekadang perlu mendesak agar keinginan kita dipenuhi... dan biasanya ibu bapa dijadikan sasaran untuk memenuhi segala keinginan atau hasrat kita itu... dan perkara itu berterusan hinggalah kita membesar... terus membesar dan hinggalah kita berumah tangga... dan keinginan itu terus kita dambakan.

Kekadang kita terlupa... bahawa tidak semua keinginan kita itu munasabah untuk dipenuhi... dan amat jarang kesemua keinginan kita itu akan dipenuhi oleh mana2 pihak yang berkaitan... sebab mungkin ada sebab tertentu yang menjadikan keinginan kita itu tidak wajar dipenuhi malah tidak sepatutnya dituruti... dan jika itu yang berlaku... kita biasanya akan kecewa... kita biasanya berasa sedih yang teramat sangat.

Jika kita menagih dan mengharap bahawa segala sesuatu itu mesti sesuai dengan keinginan kita... serta kita enggan menerima sesuatu kecuali yang kita sukai sahaja... maka kita sewajarnya bersedia untuk menerima kenyataan iaitu rasa sedih dan rasa kecewa yang jika tidak dibendung sebaik mungkin... kita akan melihat seolah2 dunia tidak berlaku adil terhadap kita. Sesetengah daripada kita kekadangnya meluahkan kekecewaan itu dengan menjerit sekuat2 hati... dan kekadangnya merintih pilu bukan sahaja kerana tidak berjaya memenuhi keinginan tetapi kerana kehilangan apa yang sepatutnya kita miliki... dan begitulah kita biasanya.

Masa beredar dan terus beredar dan begitulah seterusnya... tetapi kekadangnya kita tidak berusaha untuk mengubah keinginan kita mengikut kesesuaian dan peredaran masa. Kekadang juga kita terlupa bahawa putaran bola dan peredaran masa itu adalah benar... ada turun naiknya... sentiasa beredar dan berputar serta berubah setiap detik... tetapi kita terlupa tentang itu... walaupun kita maklumi mengenainya.

Di mana sahaja kita berada... di bandar atau di desa... di istana tersergam atau di gubuk buruk... berkereta mewah atau hanya berjalan berkaki ayam... menikmati juadah semeja penuh atau sekadar nasi bergaram... kesemua ini adalah roda kehidupan... ada pasang surutnya... ada siang malamnya.

Kita bertuah kerana diberi kesempatan mempunyai pasangan hidup... berbanding yang hanya mampu melihat gandingan pasangan lain... kita beruntung kerana diberi peluang membina rumah tangga dan berkeluarga... dan kita juga sewajarnya bersyukur akan segala limpahan nikmatNYA berbanding ujian dan cubaanNYA ke atas kita atau ke atas pasangan kita atau ke atas keluarga kita... hinggalah kepada skop yang lebih besar... iaitu masyarakat dan negara kita.

Orang tua2 selalu menegaskan... ingatlah bahawa malam pekat yang gelap gelemat bukanlah penghujung kepada malam itu... tetapi itulah petanda bahawa cahaya fajar akan segera menjelma... cuma perlukan kesabaran menunggu saat tibanya sahaja.

:: Buangkan kesedihan


"Orang menjadi sedih apabila di waktu sedang berehat beliau risau apakah dirinya bahagia atau tidak. Itulah rahsianya"... begitulah lebih kurang kata Bernard Shaw. Kekadangnya kita bersedih tanpa sebab... tanpa sebab yang menyebabkan kita bersedih... tapi di dalam masa yang sama kita terus melayan perasaan kita itu... mengikut kata hati yang lebih banyak menjurus kepada rasa sedih... rasa risau yang tak menentu datangnya itu... dan jika itulah yang kita lakukan... maka akan berterusanlah rasa sedih itu dan kita akan sentiasa berada di dalam keadaan kemurungan yang berterusan.

Kenapa tidak kita ketepikan rasa sedih itu? Kenapa tidak kita buangkan perkara atau punca penyebab timbulnya rasa sedih itu? Kita buang jauh2 dan jangan kita biarkan diri kita untuk kembali mengingat perkara atau punca penyebab timbulnya rasa sedih itu... rasa kecewa itu.

Ayuh... sinsingkan lengan baju... kuatkan azam dan tekad... gunakan minda sedar untuk kembalikan diri asal kita... jangan kita dibuai dan dihanyut oleh perasaan yang berbolak-balik... yang lebih mengikut kata hati... yang lebih mengikut perasaan dan bukannya mengikut fikiran... walaupun mungkin fikiran juga mampu mendorong kita untuk tersilap langkah dalam sebarang tindakan dan percaturan.

Kenapa tidak kita sibukkan diri supaya kita sentiasa terasa sibuk? Kenapa kita hanya menyibukkan diri hanya sanya untuk melayan rasa sedih? Kenapa? Sedangkan setiap masa dan ketika... kita punya pilihan samada untuk melayan perasaan sedih itu atau tidak? Pilihan di tangan kita... dan kita boleh membuat pilihan yang terbaik. Mungkin malang bagi kita... jika kita memilih sesuatu yang tidak baik... sedangkan kita punya peluang untuk memilih yang terbaik. Begitulah kita selalunya... mungkin tersilap membuat pilihan apabila berpeluang membuat pilihan.

Dengan menyibukkan diri... perjalanan darah biasanya lancar... fikiran mulai terbuka dan akhirnya akan memungkinkan semua yang positif dalam kehidupan kita akan mengenepikan kesedihan serta kerisauan daripada berterusan menghantui kita dan tindakan kita... jika tidak... kita akan menghadapi saat2 kehancuran di dalam kesedihan dan keputusasaan yang tak berpenghujung.

:: Pilihan kita

nak bersatu atau nak berpisah



"Aku tidak terkejut jika pada suatu hari temanku ini mengambil keputusan untuk meninggalkan suaminya kerana temanku ini sudah mulai merasa penat dan bosan dengan sikap suaminya yang terlalu bergantung dan berharap agar temanku memenuhi semua kehendak dan keperluannya tetapi dia sebagai lelaki gagal memenuhi kehendak dan keperluan temanku. Malang sekali bagi lelaki yang dikurniakan wanita sedemikian kerana jika mereka tidak tahu cara bagaimana untuk menjaga dan menghargai wanita yang telah menemui rahsia sebenar seorang lelaki..." itulah antara kata2 atau kata hati yang mungkin diluahkan oleh kita... di kalangan kita apabila rasa kecewa mungkin telah berjaya menguasai diri kita.

Kekadang tu kita tersepit antara dua keperluan... iaitu keperluan diri dan keperluan memenuhi tuntutan pasangan kita. Ada orang sanggup memenuhi keperluan diri dan di dalam masa yang sama berusaha memenuhi keperluan pasangan... seboleh2nya seadil mungkin. Tapi ada juga yang mementingkan diri... iaitu mengutamakan keperluan sendiri berbanding keperluan pasangan... walaupun ada juga yang mengutamakan keperluan pasangan berbanding dengan keperluan diri.

Inilah hidup dan kehidupan. Kita bertindak dan berfikir mengikut kepercayaan dan keyakinan kita yang mungkin diasaskan daripada ilmu kita... pengalaman hidup kita... atau mungkin pemerhatian kita yang disekalikan dengan ilmu, pengalaman dll yang kita campuradukkan. Kesemua inilah yang mungkin sedikit sebanyaknya mempengaruhi sikap kita... harapan kita... cita2 kita... pegangan hidup kita dll yang mungkin pula akan menentukan sikap kita kepada pasangan kita.

Itulah sebabnya kekadang tu kita dapati ada isteri yang sanggup memohon cerai atau berpisah... walaupun kita dapati kehidupan pasangan itu tidaklah seteruk mana... makan pakai OK... ada tempat tinggal... ada harta sedikit sebanyak... dan punya zuriat yang boleh digantung harap... tapi ada juga pasangan yang jodohnya kekal... walaupun suaminya adalah seorang yang tak boleh diharap langsung... kaki judi... kaki botol... kaki betina... menjadi mangsa sepak terajang suaminya... harta yang dimiliki bukannya semakin bertambah tapi semakin susut... dan isteri pula yang mungkin beralih memegang tampuk sebagai pencari rezeki berbanding suami yang "tak berguna" itu.

Dan kedapatan juga... mungkin wujud di kalangan kita... ada isteri yang terpaksa menyara suami serta keluarga... terutama apabila suami tidak berupaya melaksanakan tugasnya... yang mungkin diakibatkan oleh sakit yang berpanjangan dan kecacatan akibat kemalangan... namun semua ini mungkin bergantung kepada diri kita... bagaimana kita melihat "hidup dan kehidupan" ini dan harapan2 serta jangkaan2 yang masih bersisa di dalam kotak minda kita...

Friday, January 11, 2008

:: Kebersamaan

Kita biasanya punya personaliti yang berbeza antara kita. Di kalangan kita... di dalam keluarga yang sedarah sedaging pun berbeza... inikan pula dalam suatu organisasi yang mungkin terdiri dari ratusan staf yang berlainan latar belakang... berbeza cara bekerja... berlainan cara berfikir... malah punya kelainan dalam tindakan... dan kelainan2 inilah yang memberikan "keceriaan" suasana di dalam organisasi kita. Namun... apakah di dalam kepelbagaian itu... kita tidak langsung mempunyai persamaan walaupun sedikit? Sedikit janggal bunyinya jika kita memberikan jawapan... tidak ada!
Cuba kita imbau kembali kisah lama sebelum ini yang kita alami dan yang kita lakukan. Ingatkan kembali suasana kita bersama rakan2 berehat santai... berbual2 ringan... yang mungkin diselangseli dengan soal2 berat... mungkin ketika sambil minum2 di bilik rehat... atau ketika berada di jabatan masing2 atau di kantin atau di mana2 sahaja... dan biasanya kita akan berbual atau berbincang satu topik yang sama. Dan biasanya juga... ketika berbual2 itu kita sesekali akan ketawa bersama2... malah kekadangnya serentak... dan jika itu yang berlaku dan jika itulah yang kita alami... maka apakah yang mampu kita tafsirkan daripada keujudan hilai tawa kita itu?
Mungkin dapat kita katakan... bahawa kita punya citarasa yang sama ketika kita ketawa itu. Mungkin juga dapat kita katakan bahawa kita punya kesepakatan dalam memahami kisah yang dibualkan itu. Walau pun mungkin tidak kesemua kita yang menyumbang ide ketika berbual itu... tetapi pendengar lain akan secara serentaknya ketawa berdekah2... ada yang sekadar senyum memanjang... malah dapat dikatakan bahawa ramai di kalangan kita akan seolah2 sepakat untuk ketawa... walaupun mungkin akan ada di kalangan kita... yang hanya sekadar tersenyum kambing. Ini bermakna... secara tidak bertulisnya... kita bersetuju untuk mengatakan bahawa kita boleh berkongsi nilai yang sama di kalangan kita... kita juga mampu memberi fokus yang sama ketika itu... malah mungkin boleh kita katakan bahawa kita adalah sama serta serupa ketika itu. Pelik bunyinya... tapi itulah hakikatnya... sebab kita mempunyai persamaan ketika itu.
Ketawa yang yang kita pamerkan itu... sebenarnya mungkin boleh dikaitkan dengan kemampuan kita untuk menyatakan sesuatu... iaitu melakukan perbuatan ketawa itu tanpa kata2... tanpa ucap bicara atau tanpa bualan... namun kita telah berjaya "berkongsi ketawa" ketika itu.
Analogi mudah ini... yang biasa kita lakukan selama ini iaitu "berkongsi ketawa" mungkin boleh kita kekalkan perkongsian itu... yang akhirnya membawa kita kepada ikatan kebersamaan yang dapat dijamin keberkesanannya dalam tugas dan peranan kita di dalam organisasi kita... atau paling tidak di dalam keluarga kita.
Kita mampu dan boleh laksanakan kebersamaan ini... jika kita mahu dan jika kita punya tahap keinginan yang tinggi untuk mencapainya... dan akhirnya kita akan "enjoy" di dalam memainkan peranan serta tugas kita di dalam organisasi yang kita anggotai selama ini.

Thursday, January 10, 2008

:: Silap pukul

Guru tersilap pukul dua bekas murid minta maaf

KUCHING: Seorang guru terpaksa memohon maaf kepada dua bekas pelajar selepas dia tersalah 'melibas' buku diarinya ke arah muka dua remaja terbabit yang berada di kawasan sekolah tanpa memakai tudung, di sini, semalam. [+]

Wednesday, January 09, 2008

:: Sengsara


sukar makan atau minum akibat ketumbuhan

DUNIA
'Lelaki gajah' ingin hidup normal

GUANGZHOU: 'Lelaki gajah' China, Huang Chuncai, berharap pembedahan kedua akan membolehkan beliau menjalani kehidupan normal. Huang, 32, berasal dari sebuah kampung terpencil di Hunan, berkata dia lega selepas sebahagian ketumbuhan yang pada asalnya seberat 23 kilogram berjaya dibuang tahun lalu. Dia nyata menghadapi masalah menikmati makanan di wad sebelum menjalani pembedahan kedua membuang ketumbuhan yang kini seberat 10 kilogram di sebuah hospital di sini.

Huang menderita masalah Neurofibromatosis, iaitu gangguan genetik sistem saraf yang menjejaskan perkembangan dan pertumbuhan tisu saraf. Keadaan Huang menyebabkan dia disisihkan masyarakat. Malah, dia terpaksa berhenti sekolah ketika berusia 10 tahun kerana sering dibuli rakan sekelas. Katanya, dia turut dipujuk seorang lelaki yang mahu membelinya beberapa tahun lalu kerana mahu menjadikannya sebahagian tarikan sarkas.

Tetapi, harapan meningkat untuk Huang dibedah kali kedua di hospital Guangzhou. ibu kota wilayah Guangdong. Ketua pakar bedah, Dr Liu Lizhi berkata, operasi pada masa ini tidak berisiko tinggi sebaliknya mencabar. 'Berbanding pembedahan pertama, yang kedua memerlukan tumpuan lebih baik. Masalah utama ialah tumor berkenaan terlalu dekat dan masuk dalam telinganya," katanya. "Masalah utama ialah tumor itu terlalu dekat dengan telinganya dan memasukinya. - Agensi

Tuesday, January 08, 2008

:: Mendaftar

Hari ni ambil cuti sehari... urusan pendaftaran anak bungsu di SM Sains Kuching... sekadar utamakan pilihan anak yang beria2 sangat nak diam di asrama... walaupun PakNgah cadangkan memadai ke sekolah harian... banyak pilihan... mau yang dekat... mau yang jauh semuanya ada... tapi anak bungsu nekad nak ke sekolah pilihannya... dan kerana ini adalah urusan untuk anak bungsu (setakat ini... hehehe)... maka MakNgah, Angah dan Anjang ikut sama... menjadikan MakNgah perlu memohon kebenaran khas dari sekolahnya.

Urusan bermula jam 9.00 dan diikuti dengan Taklimat Pengetua hingga jam 12.30 tengahari... kemudian urusan ke asrama dll... menjadikan urusan selesai sepenuhnya pada jam 2.30 petang. Berdasarkan senarai yang terpampang di papan kenyataan di depan dewan pendaftaran... 139 orang pelajar ke tingkatan satu sepatutnya melapor diri... tapi rasanya tak seramai itu yang datang sebelah paginya... mungkin berhalangan atau masing2 punya sebab lain.
Selesai kesemuanya... MakNgah berkejar ke sekolahnya sebab ada mesyuarat staf... dan pesan kepimpinan sekolahnya semalam... habis urusan pendaftaran, mesti balik hadiri mesyuarat walaupun di penghujung mesyuarat... fuh... inilah akibat apabila GB baru2 ini telah dinaikkan ke gred DG38... berbeza gaya pengurusan dan pengendalian staf di sekolahnya... dan pastilah GB punya sebab untuk bertindak sedemikian.

Monday, January 07, 2008

:: Anakku


"Wahai anakku... engkau bakal menghadapi hidup dan kehidupan baru... hidup yang di dalamnya tiada tempat bagi ayah dan ibumu... termasuk sedara2mu. Selepas ini... engkau akan menjadi rakan kongsi bagi suamimu... seorang lelaki yang baru diijabkabulkan... seorang lelaki yang juga merupakan pilihan hatimu... seorang lelaki yang dicintai dan yang juga mencintaimu. Ibu amat pasti selepas ini... bahawa suamimu tidak akan rela ada orang lain yang mencampuri dalam urusan rumah tanggamu berdua... hatta orang yang amat hampir dengan mu... malah kaum kerabat serta rakan taulan mu."

Begitulah mungkin nasihat terakhir yang mungkin mampu diberi oleh seorang ibu kepada anak perempuan kesayangannya... yang baru diijabkabulkan... yang bakal menghalalkan segala sesuatu yang diharamkan ke atas mereka sebelum ini... iaitu ke atas anak dan menantunya.

"Anakku... jadilah seorang isteri yang baik... sekali gus seorang ibu bagi suamimu... walaupun dirimu adalah isteri baginya... berusahalah sedaya upayamu menjadikan sehingga suamimu merasai bahawa dirimu adalah segala2nya di dalam hidupnya... dan ingatlah bahawa seorang lelaki itu tidak ubah seperti kanak2 yang amat menyenangi jika dirinya dimanjakan... ingat tu."

Nasihat ini mungkin juga akan dituturkan oleh ibu yang amat memahami betapa pentingnya peranan yang bakal dimainkan oleh anak perempuannya... dalam melayari kehidupan berumahtangga... selepas ini.

"Janganlah engkau membuat suamimu berasa bahawa dengan menikahimu... menjadikan dirimu terpisah dari keluarga dan ibu bapamu. Perasaan itulah juga yang akan dirasai oleh suamimu. Dia akan merasai sebagaimana dirimu merasainya... tiada bezanya. Ingatlah... suamimu juga telah meninggalkan rumah kedua ibu bapa dan keluarganya... demi kamu wahai anakku... ingat itu wahai anakku."

Kekadang... perasaan saling memahami dan saling mengerti antara pasangan yang baru berumah tangga... akan bercampur baur hingga tak terkawal akan peranan yang sewajarnya dilaksanakan oleh antara kedua pihak.

"Anakku... setiap perempuan sepertimu ini... biasanya akan merindui pada keluarga dan kepada rumah tempat dia dilahirkan... tempat dia membesar dan berterusan belajar mengenali akan hidup dan kehidupan di dalamnya. Pastinya adalah sebegitu. Tetapi... perempuan sepertimu ini... yang baru berumahtangga perlu membiasakan diri untuk hidup di dalam suasana yang baru... yang serba baru. Anakku... kamu perlu menyesuaikan diri dengan seorang lelaki... iaitu lelaki asing yang bukan sedarah sedaging denganmu... yang telahpun sah menjadi suamimu... sebagai pelindung kepada dirimu dan bakal menjadi ayah kepada anak2mu nanti. Inilah duniamu yang baru... anakku! Oleh itu anakku... aku minta padamu... cintailah suamimu... hidup dan berbahagialah bersamanya..."

Dan jika kata2 nasihat sebegini... yang telah diucapkan oleh para ibu kepada anak2 perempuannya... sedikit sebanyak pastinya akan berupaya membantu dan mampu membentuk suatu bentuk hidup dan kehidupan berkeluarga sebagaimana yang dihasratkan.

Sunday, January 06, 2008

:: Federal Constitution

Sitemap
Bookmark

This Site: Commentaries MCA 马华公会 马华公会 放眼大马 马华通告 时事评析 华社动态 为民服务 读者来函 MCA In The News MCA Notices MCA Events All Sites Commentaries Complaints & Actions Reader Feedback

Advanced Search
MCA > Home > News Center > Commentaries > Federal Constitution: Syariah Court holds no jurisdiction over non-Muslims
Federal Constitution: Syariah Court holds no jurisdiction over non-Muslims
Quick Launch
Commentaries
Parliament
"What Opposition Says"
Archive
Recommended Reading
Ijok By-Election
Machap By-election
In The News
MCA Notices
MCA Events
Community Highlights
Complaints & Actions
Reader's Feedback
Video Corner


4/09/2007

In a special interview with The Edge (3 Sept 07 edition), the Prime Minister YAB Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi was reported as saying that “to get the feeling that when (Non-Malays) go to the Syariah Court they will not get justice, is wrong … the Syariah Court cannot be seen as anti Non-Muslims because they are not.”

These remarks allegedly made by the Prime Minister are viewed with great concern by the MCA Youth Legal Bureau.

The Federal Constitution has clearly stipulated that the Syariah Court has no jurisdiction over Non-Muslims and that Non-Muslims are subject to the sole jurisdiction of the civil courts. The two jurisdictions are distinct and shall not be confused with each other.

A fortiori, whether a Non-Muslim would be treated fairly or not in a Syariah Court is entirely beside the point and is a non-issue. To put it simply, the Syariah Court has no business in dealing with civil laws or Non-Muslims’ affairs.

The MCA Youth Legal Bureau is worried that the PM’s remarks could cause unnecessary confusion and purportedly justifies the unconstitutional extension of the Syariah jurisdiction over matters within the sole realm of civil jurisdiction.

In these circumstances, the MCA Youth Legal Bureau urges the Attorney General to duly advise our national leaders accordingly. Our national leaders might otherwise make unintended or ill-advised unconstitutional remarks which will cause anxiety to Non-Muslims.

MCA Youth Legal Bureau

:: Mainan kata2

Sedang BOSS berserabut dengan tugas dan masalah pejabat... tiba2 masuk Mat Bom...
MAT BOM: Boss... boleh benarkan saya keluar sekejap... sebab ada hal penting...
BOSS: Tak boleh... (sambil meneruskan kerjanya)
MAT BOM: Alaaa Boss... bukan lama pun... setengah jam je...
BOSS: Tak boleh!!! (suara sengaja dikeraskan)
Maka keluarlah Mat Bom dari bilik boss dengan muka mencuka. Tak lama kemudian... masuk pula orang kanan boss... Mat Bam.
MAT BAM: Boss... nampaknya Mat Bom dalam keadaan murung dan bersedih. Kesian kat dia.
BOSS: Kenapa dengan dia..?
MAT BAM: Kereta dia rosak. Nak dibaikinya. Tengahari nanti nak ambil anaknya pulak di SMK sebelah tu. Petang nak jemput isterinya dari opis di JPN pulak.
BOSS: Emmmm... macam tu... jadi...?
MAT BAM: Mungkin boleh kita benarkan dia menghantar keretanya ke bengkel... bila dia free nanti... bolehkan boss.... ?
BOSS: Iye... benarkan... (setelah terdiam sebentar)
Dua situasi ini melambangkan psikologi manusia yang mungkin dipengaruhi oleh emosi... keadaan2 semasa. Kekadangnya emosi ini boleh diramal... walaupun kekadangnya tidak. Nampaknya Mat Bom kurang bijak memainkan kata2 dan bossnya punya mood yang tidak baik ketika itu. Nasib badan le jawabnya. Manakala Mat Bam pulak berbeza sedikit. Diceritakan masalah Mat Bom untuk menagih simpati... dan dengan sedikit mainan kata2... boss membenarkan Mat Bom membawa keretanya ke bengkel.

:: Brain power